Khamis, 11 September 2014

Panggilan Haji telah tiba lagi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 


Alhamdulillah, panggilan haji telah tiba lagi. Tahun ini, sekitar 22Ribu Rakyat Malaysia  menunaikan haji  Bersama jutaan Muslimin dari seluruh dunia. 

Berikut adalah Jadual Penerbangan pergi dan balik...

Tarikh penting penerbangan Haji 1435H 

Tuan/puan boleh semak di website tabung haji

Nasyid RAIHAN

Nasyid Raihan di bawah ini merangkumi nasihat dalam mencapai haji yang diterima, dan bukannya masa untuk membeli belah. 

Teringat saya pernah mengendalikan persembahan kanak-kanak untuk sambutan raya haji, nasyid ini menjadi temanya. (semasa saya bertugas sebagai guru di sebuah sekolah dulu) 
Nasyid yang everlasting sebab setiap tahun, inshaAllah pasti ada orang yang akan menunaikan haji. 

Jom kita dengar dan nyanyikan bersama... inshaAllah akan tiba giliran satu hari nanti.




Labbaikallahumma Labbaik 
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik 
Innalhamda Wan Ni'mata 
Laka Wal Mulk 
Laa Syarikalah

Pergi haji 
Ertinya menuju Allah yang esa 
Membawa hati dan diri yang hina 
Memberi hadiah kepada Allah 
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba 
Pergi haji dengan segala yang baik 
Hati yang baik akhlak yang baik 
Harta yang halal hati yang bersih 
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji 
Ilmu tentangnya mestilah ada 
Agar syarat dan rukun tepat sempurna 
Sah dan batalnya dapat dijaga 
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga 
Buatlah dengan tenang serta tawadu' 
Sabar dan tolak ansur mestilah ada 
Jangan berkasar merempuh manusia

Setiap hamba 
Pergi haji dengan segala yang baik 
Hati yang baik akhlak yang baik 
Harta yang halal hati yang bersih 
Niat yang suci amal mulia

Tanah haram jagalah pantang larangNya 
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah 
Beringatlah betulkanlah niat kita 
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya 
Yang boleh rosakkan haji 
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia 
Takutkan Allah yang esa 
Ingat selalu padaNya 
Agar kita sentiasa memiliki jiwa hamba

Pergi haji 
Ertinya menuju Allah yang esa 
Membawa hati dan diri yang hina 
Memberi hadiah kepada Allah 
Berhati-hatilah menghadapNya


Panggilan Haji buat Makteh, Makcik Suami. 

Alhamdulillah,  berita gembira yang kami terima awal tahun lalu, walaupun kalau ikut jadual asal, belum tiba giliran makteh... Ini adalah antara bukti 'bila Allah kata jadilah, maka jadilah' . 

Alhamdulillah, makteh di jemput untuk menunaikan haji bersama Pakitam dan isteri sebagai mahram beliau. 


Alhamdulillah, makteh atau nama sebenar Azizah bt Endut berangkat ke Madinah pada subuh 5 September 2014. Jemaah telah berkumpul di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada 4 September 2014. Proses penyerahan dokumen dan taklimat telah berlangsung pada malam tersebut. Saya tak dapat hadir ke sana, tapi dapat bercakap melalui telefon, 

Mendengar suara beliau, hati jadi sebak...'Doakan makteh selamat dan mendapat haji yang terbaik ye' 

InshaAllah... Moga Makteh  sihat sejahtera, dapat beramal dengan baik dan dikurniakan haji mabrur. Ameen.





MENUNAIKAN HAJI BUKAN TUGAS YANG MUDAH

Seperti yang kita tahu,  menunai haji memerlukan tenaga yang banyak sebab banyak pergerakan yang diperlukan... seperti tawaf mengeliling kaabah sebanyak 7 kali, (semakin jauh dari kaabah, semakin besar pusingan, bayangkan kalau tawaf di tingkat atas, jauhnya perjalanan kan), saie juga memerlukan pergerakan yang banyak...

Jom kita ambil tahu apa yang bakal haji akan lalui di sana nanti.(boleh click gambar ini, untuk dibesarkan)



 Alhamdulillah, jika anda berminat nak tahu lebih lanjut, tabung haji ada sediakan nota yang lengkap, anda boleh click di Nota Kursus Haji Tabung Haji

Memahami keperluan vitamins tambahan untuk jemaah haji, makteh ada bagi tahu yang mereka menerima sumbangan vitamins dari pihak2 tertentu melalui tabung haji. mungkin seperti yang dalam akhbar di bawah. Namun, vitamins yang diberikan hanya dalam kadar yang sedikit. Hanya beberapa biji bagi setiap vitamins.





Alhamdulillah, diberi keizinan untuk memberi hadiah yang dapat membantu mengurangkan sakit 'orang tua'.

Senyum lebar makcik dapat 'benda' yang beliau sgt perlukan. Al maklum, bila umur semakin meningkat sakit lutut &pinggang mcm biasa jer kan. 



Mekteh berangkat pada 4 Sept 2014, alhamdulillah beliau telah memulakan pengambilan supplement sebagai persediaan sejak Jun lalu. 



Alhamdulillah, antara feedback yang kami terima, 'Alhamdulillah, dah boleh bangun dan duduk dengan lancar, inshaAllah makteh bawa supplement ni ke mekah nanti...memang membantu!' 


Alhamdulillah...


Berikut adalah cadangan vitamins bagi bakal haji dan hajah... inshaAllah, moga urusan mereka sana menjadi lebih lancar dan di beri kesihatan yang baik. Kan kita di sarankan untuk sentiasa berusaha, berdoa dan bertawakal...

Antara usaha untuk kesihatan yang baik ialah dengan makan makanan yang baik & supplement bagi lebih meningkatkan kesihatan, inshaAllah,



SET KESIHATAN OPTIMUM

1) Vitalea - Multivitamin untuk membekalkan nutrisi yang lengkap dan cukup kepada kita kekal cergas dan bertenaga sepanjang masa di tanah suci.

2) B Complex - Berfungsi untuk membekalkan tenaga, meningkatkan ketahanan antibodi serta mengurangkan stress akibat kekurangan tidur sepanjang ibadah Haji.

3) Vitamin C - Meningkatkan imunisasi tubuh badan untuk melawan penyakit.






SET KESIHATAN SENDI  :

1) Ostematrix - Mengelak kekejangan kaki akibat berjalan jauh. Membekalkan kalsium bagi menguatkan tulang untuk ibadah-ibadah yang memerlukan kekuatan fizikal di sana.

2) Omegaguard - Mengurangkan sakit kepala, meningkatkan sistem imun tubuh, memelihari fungsi fungsi sendi dan anti-radang.

3) Advance Joint Health Tablet - Membekalkan glucosamine bagi memelihara kesihatan lutut untuk berjalan jauh.




Entry berkaitan : FREE ebook travelog UMRAH

Jika anda di kalangan saudara mara atau kenalan yang akan menunaikan haji/umrah, inilah antara hadiah terbaik buat mereka.. mana tahu, ia adalah salah satu 'pencen' kubur kita, sebab kita telah membantu mereka beribadat dengan lebih baik lagi. inshaAllah.

Sekiranya tidak keberatan, sila kongsikan artikel ini kepada rakan yang lain, inshaAllah akan ada yang mendapat manfaat dari nya.

Moga Allah merahmati kita semua..Amin.

Untuk konsultansi PERCUMA, sila hubungi saya seperti butiran di bawah. 

 Feel free to LIKE and SHARE

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-
AFFORDABLE Price
FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...