Memaparkan catatan dengan label bonus perniagaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bonus perniagaan. Papar semua catatan

Khamis, 5 Januari 2017

Nasihat buat diri untuk tahun 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Saya terima nasihat ini melalui group IKRAM di telegram. Sesuatu yang saya kira sangat2 bermanfaat.

Selamat membaca dan mendapat manfaat dari nya.


PERTIMBANGAN UNTUK 2017 
________________________________

1. MENGENAI PENDAPATAN : Jangan sekali-kali bergantung kepada satu lorong pendapatan. Buat pelaburan atau mulakan perniagaan untuk mewujudkan lorong kedua, ketiga mahupun keempat. _________________________________

2. MENGENAI PERBELANJAAN : Jika anda kerap membeli perkara yang anda tidak perlu, kelak anda akan terpaksa menjual sesuatu yang anda perlu.

________________________________

3. MENGENAI TABUNGAN : Jangan simpan apa yang tinggal selepas perbelanjaan, tetapi berbelanja apa yang tinggal selepas menyimpan. 
________________________________

4. DALAM MENGAMBIL RISIKO : Jangan sekali-kali menguji kedalaman sungai dengan kedua-dua kaki.
 ________________________________

5. DALAM PELABURAN: Jangan letakkan semua telur dalam satu bakul. Hati-hati dengan skim cepat kayap! Cari pelaburan yang sah di sisi undang-undang.
________________________________

6. JANGKAAN: Kejujuran sangat mahal harganya. Jadi jangan mengharapkannya daripada orang yang kuat gebang!

________________________________

7. Masa lalu adalah kertas buangan, masa ini adalah suratkhabar dan masa depan adalah kertas soalan. Keluarlah dari masa lalu anda, kawal masa kini dan selamatkan masa depan anda. Ingatlah perubahan yang kita buat hari ini mungkin akan mengubah haluan kehidupan kita buat selamanya.
________________________________

8. Apabila perkara-perkara buruk berlaku dalam hidup anda, anda sebenarnya mempunyai tiga pilihan. Samada anda boleh membiarkan ia menentukan perjalanan kehidupan anda atau membiarkan ia memusnahkan anda atau anda boleh menjadikan ia sebagai motivasi untuk menguatkan diri anda!

_______________________________

9. Mata kita terletak di hadapan kerana itu ia adalah lebih penting untuk melihat ke hadapan daripada memandang ke belakang kepada perkara yang telah berlalu.

_______________________________

10. Kita menggunakan pensil semasa kita muda, tetapi kini kita menggunakan pen. Anda tahu kenapa? Kerana kesilapan di zaman kanak-kanak dengan mudah boleh dipadamkan, tidak seperti sekarang.

_______________________________

11. Kita tak semestinya menempuh jalan yang ramai orang lalu. Kita boleh buat jalan kita sendiri. Mana tahu di hujung jalan sana ada emas yang menanti. Apa yang penting ialah kita telah meninggalkan jejak!

Selamat menjalani tahun 2017.




Semoga ketenangan, kemakmuran, kesejahteraan dan kemakmuran menjadi milik anda!

Rabu, 17 Disember 2014

20 SEBAB KENAPA SHAKLEE?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar pembaca semua? Moga kita semua sihat, ceria dan diberkati Allah swt sentiasa. 

Ada yang bertanya dengan saya... KENAPA masih bersama shaklee

Izinkan saya berkongsi sedikit SEBAB kenapa saya bersama Shaklee, saya setuju sangat dengan pandangan rakan saya Kaklong Nuzula sebab mengapa kami jatuh cinta dan masih bersama shaklee. 


20 SEBAB KENAPA RAMAI JATUH CINTA DENGAN SHAKLEE?
   
1. Kekuatan produk. Produk yg bagus. Shaklee  berasaskan bahan semulajadi, melalui kajian terperinci & ujian yg ketat. Shaklee berdaftar dgn KKM & yg paling penting disahkan halal. Lebih 57 tahun. The Shaklee Difference ~ Always Safe, Always Works, Always Green.


2. Syarikat yg mempunyai kredibiliti dan integriti yang tinggi. Sudah 57 tahun di dunia. Dah established.



3. Sistem yg adil & terbukti. Yang paling penting patuh syariah.




4. Shaklee bayar bonus yg tinggi pd pengedarnya, 50% drp keuntungan syarikat (satu ciri syarikat yg baik). Banyak sangat benefit selain cash bonus, ada car bonus & mcm2 insentif. Satu peluang yg sangat besar. Shaklee sgt menghargai pengedarnya.



5. Satu bisnes yg boleh diwariskan pada anak cucu.



6. Income yg tidak terhad (unlimited income). Boleh jadi passive income dan pelan untuk persaraan. Berpencen dgn Shaklee!



7. Bisnes produk kecantikan & kesihatan adalah antara bisnes yg terbaik, seperti mana pernah dikatakan oleh DAO & Faisal Abdullah. Industri yg bernilai billion dollar, termasuk di Malaysia.



8. Tidak perlukan modal utk mulakan bisnes. Tak perlu buat pinjaman bank dan tak perlu berhutang dengan sesiapa.



9. Boleh dilakukan 100% dari rumah. Home-based business.


Home Office saya yang saya kongsi bersama anak kesayangan....



10. Tak perlukan premis perniagaan. Kan mahal nak sewa kedai.



11. Tak perlu simpan stok yg banyak. Tak ada stok langsung pun boleh.



12. Hampir tiada risiko rugi, barang rosak, tak laku dsb. Biasanya dlm bisnes, high risk high return.. tp Shaklee.. no risk tp high return.. mana nak cari.



13. Kalis recession (kalis kemelesetan ekonomi), insya Allah. Maksudnya dlm keadaan ekonomi bagus atau tidak, orang tetap akan beli. Orang tetap perlukan suplemen & produk kesihatan.



14. Peluang perniagaan online yg sangat besar, seperti mana kajian oleh SKMM & Paypal berkenaan peningkatan pembeli online & nilai yg dibelanjakan secara online meningkat sehingga berbillion ringgit. Drp kajian seorang pensyarah di Malaysia (yg terbaru), bisnes online lahirkan paling ramai jutawan. Kaitannya dgn Shaklee? Shaklee boleh dibuat 100% secara online, lebih2 lagi kita ada online system.



15. Syarat utk berjaya dlm bisnes adalah M.E.S.T.I. Mentor, Elmu, Sistem, Tindakan & Impian. Ramai yg dah berjaya dapat income sehingga 6-7 angka sebulan. Dlm Shaklee, kita dah ada mentor & sistem yg dah tersedia.. malah, peluang menuntut ilmu yg sentiasa terbuka luas… tinggal lagi TINDAKAN & IMPIAN saja utk berjaya.



16. Shaklee menyumbang kepada kepimpinan alam sekitar sejak 5 dekad yg lalu. Syarikat pertama di dunia yg memperolehi pensijilan "Climate neutral". Kita sokong Shaklee, kita juga menyokong usaha ke atas alam sekitar yg lebih baik. GO GREEN.



17. Boleh jadi MLM pahala… peluang utk dpt pahala yg berpanjangan, walaupun kita sudah tiada di dunia ini (drp ilmu yg dicurahkan generasi demi generasi… menjadi ilmu yg bermanfaat)

Multilevel pahala...;) tidak terhad kepada ilmu agama semata-mata



18. Income yg berpanjangan, dgn itu blh jadi amal yg berpanjangan… walaupun kita sudah tiada di dunia ini (seperti yg dijelaskan).



19. Donald Trump & Robert Kiyosaki pun sokong MLM. Juga DAO, pun sokong MLM. Justeru, kenapa tidak?



20. Suplemen Shaklee sbg alternatif kpd ubatan kimia & drugs (ini lbh kpd sebab peribadi tp satu sebab yg penting juga utk diri sy.. Shaklee jauh lg selamat daripada ubat yg ada byk side effect). Shaklee utk mencegah…  kerana mencegah lebih baik drp merawat.     


Jika di beri pilihan... yang mana yang anda pilih? tentu yang semulajadi kan... 



 ~Credit to Kaklong Nuzula




Isnin, 9 Jun 2014

ANUGERAH TAHUN PERTAMA



Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? Alhamdulillah, saya doakan anda semua sentiasa diberkati Allah..


Alhamdulillah pada 7-8 Jun 2014 telah berlangsung Shaklee National Conference 2014 di Sunway Convention Centre, Kuala Lumpur. 2 Hari yang AMAZING! 


NC Shaklee 2014 ini bagi meraikan pencapaian sepanjang cycle Mac 2013/Feb 2014. 




Walaupun saya telah menetap di Shah Alam dah 5 tahun, tapi pernah pergi ke Sunway Pyramid sekali sahaja, tu pun sebab ada dinner. Biasalah kan, lagi dekat tempat nya.. lagi macam.'takpelah, nanti bebila boleh pergi'. Masa dapat tahu NC buat kat sini, dah excited sebab nak tunjuk kat anak2 ice rink ( ambil aura oversea sikit..hehe)

Alhamdulillah, secara tak langsung Anas pun tahu pasal Ice Skating, (dedulu masa kat UK selalu ice skate dgn kawan2... best, sebab kita dapat berpeluh dalam kawasan sejuk. kira macam bersukan juga la kan.)

Oklah, tu antara impian nak bawa anak2 pi ice skate juga suatu hari nanti..

.....................................

Hari ni, nak share pengalaman dua hari NC Award, 

Highlight NC kali ni :


Sepanjang dua hari ni, ada penyampaian Star Achiver Awards dengan lebih dari 15 kategori, ada launch produk baru, Phytocol- ST ( untuk kurangkan LDL kolestrol) dan ada beberapa talk dari Ceo Shaklee, Pakar nutrisi, Ceo Shaklee Malaysia  dan Product Expo..

Alhamdulillah, ini adalah NC pertama kami.. sebab kami join shaklee akhir Jun 2013, kira masa NC tahun lepas, kami belum pun lagi ahli shaklee. Based on cerita dari kak affni, (www.mamacilik.com), NC memang meriah.. kita dapat ambil aura positif dan visualise kita berjaya capai juga suatu hari nanti. 

Alhamdulillah, tahun ni kami menerima award Business Growth - New Rank Achiever. Award ni adalah untuk mereka yang baru dapat award pada cycle Mac 2013/Feb2014. (Sila click kisah sebelum saya mendapat Jemputan Anugerah )

Menurut Victor Lim, peningkatan sales  di Malaysia 200% di antara 2012 dan 2013 dan peningkatan yang melebihi 200% leaders.. Wow. memang dahsyat kan penangan shaklee sekarang. 


Sedutan berita utusan Malaysia, 7 Jun 2014

Beribu2 orang yang dapat award ni. Kira kami termasuk dalam beribu orang star achiever, dalam berpuluh ribu orang distributor. Wow.. peluang yang luas sangat sebenarnya. Siapa kata shaklee dah tepu? Masih luas lagi peluang yang ada sebenarnya. 

Ok, jom layan gambar ..

Hari 1 : Amanina bergambar dengan Poster Presidential Master Cery

Hari 2 : Kami berdua bergambar dgn Kak Cery, ramah orangnya, Jutawan Muslimah, Alhamdulillah. beliau telah memberi sentuhan magic pada beribu SID di seluruh Malaysia. dan adalah pecetus fenomena Shaklee di kalangan orang Melayu. Sehinggakan Mr Roger Barnett kagumi kesungguhan beliau. Beliau merupakan bekas engineer dan sekarang setalah 3 tahun sebagai Master Coordinator, telah 'lahir' 46 orang master di bawah legasi beliau. 

Talk by Roger Barnett, CEO Shaklee, di antara produk terbaik  dan unik keluaran Shaklee Vitalea, Nutriferon, Sustainable Vitamin C, Vivix dan yang terkini Phytocol ST. 


Roger said ‘Every Shaklee Independent Distributor  has a very beautiful box consists of health, happiness and family. What do have to do with this box?, Share it! Dont just keep it to yourself..

Help others, help others, help others…

Beliau bercerita tentang kisah di mana, rakan beliau seorang wanita yang berjaya, meminta beliau menanam 1 juta pokok. 

Roger tanya macam mana saya seorang boleh menanam sejuta pokok?

Rakan beliau bertanya ‘How many Shaklee members do you have now?’ 

Jawab Roger ‘Around 1.2 million’

‘See, you can ask each of them to plant 1 tree… then 1 million tree have been planted’

Point di sini - share kebaikan dan peluang dalam shaklee kepada  seramai orang.



You help other people first..then you will get all the benefit later

Health talk - perkenalan produk baru oleh Dr Bruce, Rupa beliau dah seakan-akan Dr Shaklee. hehe. ;) Beliau menceritakan bagaimana beliau melihat ayah beliau menghadapi Heart Attack dan bagaimana Phytocol-St membantu. (akan saya kongsikan di entry seterusnya)



Replika botol Phytocol-ST

Pada hari pertama, ada penyampaian award yang besar-besar... khas untuk Masters ke Coordinator dan Car Achiever Award. Banyak lagi award yang lain, tapi saya selitkan gambar mereka yang saya kenali.. hehe. 


Master MariaFirdaus, mentor terdekat saya dalam shaklee menerima award Master... Bayangkan untuk NC 2015, kami juga berada di atas pentas seperti ini.



Car Achiever Award, buat mereka yang memperolehi point yang tertentu dalam sales & leadership. InshaAllah soon saya juga akan terima jika. dan kunci seperti ini akan saya pegang NC2015 . Side line saya ada kongsikan kisah beliau..sila click mama cilik


Amanina pinjam kejap kunci kete replika... InshaAllah, tahun depan mama & papa dapat juga ye? Jom sama2 kita berusaha dan doakan, Amin.
Jom terus layan gambar-gambar sambil cerita di sebaliknya..
Master Ainul dan Master Dhuha

Bersama nanny Shaklee saya, Master Ainul . Skrg ni, beliau adalah WAHM dan suami beliau, masih bekerja sebagai engineer. Mereka masih PJJ = Perkahwinan Jarak Jauh, beliau duduk di Bangi, dan suami bekerja di Sarawak. Tiada alasan sebenarnya untuk berjaya. Sempat juga beliau berpesan beberapa perkara kepada kami. Tahniah & Terima Kasih kak Ainul

Bergambar 'bersama' Roger Barnett di pintu masuk utama.

Pada hari kedua, ada sharing oleh Presidential Master Nur Laila dan Presidential Master Khor Chyi Chong.

Masing-masing punyai kisah tersendiri, dan kedua-dua nya telah berjaya dalam kerjaya sebelum ini. Mr Khor, telah pun memiliki syarikat elektronik yang membekalkan bahan elektronik kepada syarikat gergasi dunia. Namun, kerana flexible masa dan peluang penjanaan pendapatan yang Shaklee tawarkan telah menyebabkan beliau memilih untuk menjadi Usahawan Shaklee yang berjaya! Satu kepuasan yang beliau lahirkan.. Beliau berjaya membawa ahli keluarga berjalan sekitar dunia, tanpa memerlukan beliau untuk mengambil cuti.

Anugerah Presidential Master kepada lebih kurang 10 orang yang terhebat! Wow, ada yang belum pun berumur 30 tahun, sudah berjaya ke tahap ini.

Presidential Master Nur Laila


PM Nur Laila, Suami dan anak-anak menerima anugerah Presidential Master. Beliau adalah bekas engineer dan kini WAHM  kerana ingin melihat anak-anak membesar di depan mata. Kini, beliau telah menerima bonus 6 angka/ bulan! Pencapaian yang sangat membanggakan.


Saya sempat bersalam dengan Kak Laila, tapi tak sempat bergambar. Beliau sangat ramah dan berbudi bahasa. Saya berada di bawah susur galur beliau.. (PM Cery>PM Laila>Master Zahirah>Master Hafsah>Master Ainul>Master Maria>Saya) 



Alhamdulillah, saya mempunyai ramai mentors yang hebat! PM Cery, PM Laila dan Master Zahirah, mencapai rank Master sewaktu mereka semua masih bekerja sebagai engineer.! AllahuAkbar! Tabik hormat! Kerana minat yang mendalam dan semangat yang tinggi... mereka telah buktikan mereka boleh! 



Bak kata PM Laila..kalau impian sebesar gajah, alasan akan jadi sebesar kuman


InshaAllah, akan kami susuli langkah-langkah mereka!

Masa yang di tunggu-tunggu... majlis penyampaian Award kami. Penerima award teramai, jadi bila di naikkan je sign G1... kami terus beratur, hehe.. rakan-rakan dari MFMS berpakat untuk ambil bersama di akhir-akhir. (Hset saya ada masalah teknikal, jadi tak dapat nak pakat). Alhamdulillah, dapat juga bergambar dengan mereka di akhir majlis bersama plague masing-masing. 
Award kami...;)
Ambil feel duduk atas carpet merah..;) Ini laluan Master Parade yang menyambut masters.. inshaAllah, NC tahun depan kami di sambut di laluan ini.


Bergambar bersama 'mummy' shaklee saya dan team MFMS yang awesome!


Bersama 'anak' Shaklee saya, Kak Zakiah... InshaAllah, tahun depan kami sama-sama naik pentas. Peluang terbuka luas buat mereka yang mahu berjaya!
Setahun yang lalu,  saya tak tahu pun apa itu SHAKLEE, dan saya berjaya mendapat award sekarang. 

Setahun dari sekarang, Macam-macam boleh berlaku.. dan InshaAllah, buat NC 2015 nanti, 

10 award kami genggam erat

Percaya Sebelum Berjaya!

Jom anak-cucu-cicit Legasi Double A with Shaklee, kita ramai dewan lagi dewan..ops, bak kata Victor Lim.. NC tahun depan akan dibuat di Stadium, sebab terlalu ramai yang berjaya! 

Alhamdulillah, thank you to everyone who have help directly and in directly for us to be here! May Allah's Blessing Be with us..

Alhamdulillah, Sekian dulu gambar buat masa ini... akan saya tambah kemudian setelah di compile dari rakan-rakan dan Master MariaFirdaus, mereka siap hire photographer lagi.

Makan Malam 'Glitter Night' akan menyusul kemudian, inshaAllah...sedikit synopsis.. kami makan semeja dengan Master Nur Zahirah! ;) ada beliau ceritakan di blog beliau, Glitter Night di Sunway Pyramid .

Coretan mentor saya dalam NC kali in, http://www.mariafirdaus.com.my/2014/06/11-awards-dalam-genggaman-kami-part-2.html ...Wow, pencapaian yang sangat gemilang! 


Tahniah Master Maria Firdaus! 
InshaAllah, moga impian semua yang membaca ini akan tercapai, dengan izinNya...

Terima kasih kerana meluangkan masa...Sehingga berjumpa lagi. 

Usaha...Doa...dan TAWAKAL.

Feel free to LIKE and SHARE

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-


FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Isnin, 5 Mei 2014

Percaya Sebelum BERJAYA....


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Tahun lepas, perancangan saya berbeza,tetapi Allah telah tentukan jalan cerita saya.

Seperti yang tercatat di dalam Surah Al- Baqarah, Ayat 216 yang bermaksud

Alhamdulillah. Allah telah tunjukkan jalan nya... dan saya yakin saya telah mengambil langkah yang BETUL. 

Pada bulan 6 tahun lepas, saya baru berkenalan dengan shaklee. Masa tu, memang mencari sumber pendapatan tambahan setelah mengambil keputusan untuk menerima tawaran biasiswa dan menyambung pelajaran. Atas dasar pendapatan tambahan sebagai satu KEMESTIAN. (Sila click disini) 

Shaklee telah wujud lebih 50 tahun dan telah bertapak di Malaysia lebih 20tahun.. Kesian, Saya baru tahu kewujudan Shaklee menerusi group Jutawan melalui mentor, a.k.a mummy n daddy shaklee...kak Maria dan abg Firdaus.  Dan saya percaya, masih ada mereka di luar sana, yang belum mengenali shaklee... Jom kita kongsikan bersama.  

Personaliti dan sharing kak Maria & Abg Firdaus di fb dan blog menjadi asbab saya di sini sekarang. Kisah nya ada saya tulis di dalam entry ini. 

Memula join, saya nampak peluang yang ada bila kak maria 'terpaksa' berhenti kerja sebagai seorang engineer dan meningkatkan naik dalam shaklee. Alhamdulillah kini mereka suami isteri telah mencapai rank tertinggi dlm shaklee. Kerana mereka percaya sebelum berjaya. 

(Kisah mereka di sini : http://www.ebookniaga.com/sorryboss/anisahk atau www.mariafirdaus.com.my).

Memula join, saya tidak membayangkan boleh mencapai bonus 4 angka dalam masa yang singkat. Tetapi kak maria dan perkongsian dari mentors yang lain , telah memberi kepercayaan dan keyakinan tersebut melalui 'end products' yang telah mereka capai. Aura kejayaan lebih terasa bila kami bertemu bertentang mata dan mengambil bahagian dalam events yang mereka anjurkan (Magic Raya).

Alhamdulillah, bulan ke 4 (3+ sebenarnya) saya berjaya naik rank pertama, Supervisor dan bulan ke 5, sebagai Senior Supervisor dengan kelahiran 'anak' pertama sebagai Supervisor, iaitu kak ieta. 

Peluang yang saya nampak ini, bila menyertai beberapa kali program yang di anjurkan oleh Mentors saya, Master Hafsah, Master Ira, dan Master MariaFirdaus...juga coaching yang berterusan menerusi facebook dan whatapps/telegram oleh 6 orang Master Coordinator di atas saya. Wah... betapa ramai nya orang yang telah berjaya di sekeliling saya.  

Bila saya berjaya naik rank pertama dan kedua...saya nampak lebih banyak peluang yang ada dalam shaklee. InshaAllah.. akan ramai lagi anak didik saya yang akan merasai nikmat peluang yang di tawarkan oleh Shaklee amnya, dan group Jutawan & MFMS khasnya. InshaAllah.. akan di teruskan juga dalam Legasi Double A with Shaklee.   

Terlalu banyak tips dan pengajaran yang telah di kongsikan oleh group, Untuk berjaya, kita perlu berkorban banyak perkara dan mempunyai hati yang kental dan sentiasa bersemangat untuk berjaya... dan istiqamah dalam berjuang! ~ PERINGATAN buat diri juga~ 

The more we give, the more we get...

Alhamdulillah, melalui kumpulan Shaklee ini, Impian bukan hanya untuk berjaya di dalam bisnes Shaklee sahaja, tetapi lebih kepada membantu lebih ramai orang untuk sihat dan memperolehi financial freedom supaya lebih banyak dapat di sumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Bayangkan... setiap bulan boleh menyumbang 5 angka dengan hati terbuka. MashaAllah. Satu nilai yang mungkin tidak dapat di sumbangkan jika hanya kerja makan gaji...

KUNCI Kejayaan...

Kebergantungan pada Allah swt, Tuhan yang maha Pecipta, Tuhan yang Maha Memberi, Tuhan Yang Maha Penyayang, adalah antara Kunci Kejayaan Group JUTAWAN.

Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita terima, inshaAllah Allah pasti beri lebih lagi.

Alhamdulillah, kami sentiasa di ingatkan dengan minta redha & doa suami/isteri, ibu ayah dan ahli keluarga.InshaAllah, Doa dari mereka adalah antara doa yang Allah makbulkan.

Terima kasih pada ahli keluarga, sahabat  dan customers yang sangat menyokong saya selama ini... teruskan dengan sokongan tersebut.

Alhamdulillah... Saya bersyukur di temukan dengan mereka yang telah berjaya dan sentiasa ingin membimbing orang lain untuk lebih berjaya dari mereka. Memang macam semangat 'mak ayah' kita.

Salah satu kunci yang selalu di pegang... PERCAYA SEBELUM BERJAYA... bercakap dengan diri sendiri 'AKU SUDAH MENCAPAI... bla, bla,..' inshaAllah, Allah akan mudahkan jalannya.

Hasil PERCAYA sebelum BERJAYA tahun lalu...

Hari ni, kami telah terima invitation National Convention Award Shaklee sebagai penerima award dan ada majlis gala dinner. Wah... Kami bakal diraikan!
Tetiba malam ini...terbayang menaiki pentas bersama suami tercinta, Asyraf Shaare.

Tema dinner ' Glitter'... oh, terpaksa la cari baju baru. takpe2, guna duit bonus shaklee untuk beli baju baru...;) secara tak langsung, Dinner & Baju dinner juga di sponsor oleh Shaklee.

Khas buat  anak didik saya dalam shaklee,

Setahun yang lalu..saya tidak tahu saya boleh pergi sejauh ini. InshaAllah kini ia bukan hanya angan2 shj. Anda juga pasti boleh jauh lebih berjaya dari saya. Hadir seminar yang di anjurkan supaya lebih nampak jalannya. InshaAllah.

Untuk bakal-bakal penerima anugerah sekalian...Sehingga kita berjumpa di sana, inshaAllah.

Buat Mentor saya, Master MariaFirdaus,

Terima kasih daun keladi, jangan serik memberi lagi..;) Tahniah di atas kejayaan yang hebat. Poster yang di ambil dari facebook Master Maria, bakal menerima 11 awards...

Sehingga berjumpa lagi...

Anda kaya dan berjaya Dunia Akhirat!

Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua, Amin

Salam kejayaan,

Anisah Khalid.

Terima kasih kerana meluangkan masa.


Usaha...Doa...dan TAWAKAL.

Feel free to LIKE and SHARE

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-

FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...