Sabtu, 3 Ogos 2013

Saya, Kami, Anda bersama SHAKLEE


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Sekarang ni sudah banyak syarikat yang mengeluarkan produk kesihatan, ada yang herba, ubat tradisional (manjakani, kacip fatimah, tongkat ali) , mahupun yang sintetik ( kebanyakan ubat di farmasi) 

Alhamdulilah saya di lahirkan dalam keluarga yang memang mengamalkan pemakanan yang sihat dan percaya kepentingan pengambilan supplemen untuk badan. Mak dan abah menerapkan  pengambilan supplemen sejak kami kecil lagi. Kata mak saya lebih besar dan sihat berbanding adik beradik perempuan yang lain sebab masa mengandungkan dan menyusukan saya mak mengamalkan supplemen extra. Alhamdulilah, terima kasih mak, Sayang mak!

Buat sesiapa yang pernah berjumpa/kenal mak abah, ramai yang puji 'kemudaan' mereka. Alhamdulilah mereka sehingga kini sangat sihat dan 'muda' walaupun sudah mencapai Golden Years. Mak masih boleh menjadi jurulatih bola jaring. Abah masih boleh bawa basikal dengan cucu-cucu. Cucu-cucu sangat manja dengan atok dan opah sebab atok dan opah main dengan mereka seperti mak abah main dengan kami dulu. Jiwa pun 'muda'. 

Mak dan Abah mengamalkan supplemen tanpa mengira brand sebab pada mereka khasiat di dalamnya yang penting. Cuma, bila tidak stick pada sesuatu brand, kita pun tahu produk mana yang efektif, produk mana yang mahal tp tidak berkesan mana. 

Saya sendiri pernah mencuba pelbagai jenis produk kesihatan dan pernah turut menjadi ahli  produk XXX, untuk mendapatkan harga ahli (of course la lagi murah kan).  Tapi sayang syarikat tersebut kurang kukuh. Jadi saya pun mencari alternatif yang lain. 

Pencarian saya dan suami mendapati ada sesetengah syarikat menawarkan keahlian seumur hidup, ada juga yang kena renew setiap tahun, ada juga yang kena pastikan ada belian pada setiap bulan baru keahlian tu effective. Ada company keuntungan hanya berdasarkan jualan runcit, ada yang berdasarkan kumpulan mata.  Ada juga, sekali masuk jer, dapat untung bertahun-tahun.

 Memula hendak berkenalan dengan Shaklee ni ialah melalui fb, pelik dan teruja kenapa ramai orang posting pasal shaklee, bagus sangat ke? kalaupun bagus, mesti mahal kan ?  tapi kalau mahal, kenapa semakin ramai yang mempromosi, mestilah ramai juga yang membeli kan? 

Bila dapat tahu shaklee menggunakan sistem MLM, ohh.. itu yang semakin ramai turut serta membeli dan menjadi ahli. Suami saya sudah agak serik dengan MLM ni, sbb dulu semasa di UiTM Melaka, kami di approach oleh kawan-kawan dari pelbagai syarikat. 

Suami kata, "Ala semua MLM sama je"  

Metaliti kami tersekat sbb ada MLM yang orang atasan hanya perlu 'makan' duit orang bawah. Maksudnya downline je yang berkerja keras, bila dah jadi upline, hanya perlu goyang kaki (jual sikit2), duit masuk je setiap bulan. Adil kah?

Alhamdulilah Allah takdirkan saya untuk membaca dan mengikuti blog kak maria dan abg firdaus, banyak sangat sumber inspirasi yang mereka berikan. Beberapa bulan juga saya ambil untuk menyakinkan suami, kenapa shaklee ni berbeza dengan syarikat-syarikat lain. Yang paling penting Shaklee adalah sebuah syarikat MLM yang Lulus syariah. InshaAllah Adil untuk semua level. 

Sehinggakan di ofis, kawan-kawan mula mengambil shaklee, bila berbual dengan kakak ipar, beliau sendiri telah mengamalkan pemakanan supplemen shaklee sejak 3 tahun lepas, dan sangat yakin dengan keberkesanan nya. Alhamdulilah berjaya menyusukan anak dan badan lebih sihat. Saya pun kaji produk apa yang shaklee ada...rupanya banyak produknya yang sesuai untuk semua peringkat umur.. Peluang untuk menstabilkan kewangan dah ada depan mata, apa TUNGGU lagi? tercabar dengan posting beberapa orang rakan di fb yang memetik kata-kata  Dr Azizan Osman
" FAST ACTION, FAST RESULT"



Maka bermula lah episod kami bersama Shaklee... bila beritahu pada keluarga dan kawan-kawan, ramai yang menyokong dan inshaAllah satu hari nanti akan turut serta bersama kami. 

Do the right biznes, do the biznes right

Jom baca... Apa yang beza sgt Shaklee ni berbanding syarikat lain? Apa keuntungan nya menjadi ahli? 




1) Syarikat yang kukuh. 



Shaklee ditubuhkan di Amerika Syarikat sejak 1956, sebelum Malaysia Merdeka lagi. 

Shaklee Malaysia pula mula beroperasi pada 1995, hampir 20 tahun di Malaysia.



Di seluruh dunia, Shaklee telah wujud di Canada, Japan, Mexico,Taiwan, China dan Indonesia.
InsyaAllah memang Shaklee company yang sangat kukuh setakat ini.


2) Produk Shaklee SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 

 


Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam pembangunan produk yang lengkap, penyelidikan dan clinical test.


Setiap tahun lebih kurang 83,000 ujian makmal dan kualiti dijalankan ke atas produk nutrisi dan bahan-bahannya sahaja.
Shaklee juga bebas daripada sebarang parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS) dan lain-lain bahan toksik dan tiruan.




2) Harga yang berpatutan dan mampu milik. 

Harganya sangat berpatutan dengan kualiti. Produk shaklee nampak mahal, sebab di jual dalam kuantiti yang banyak. Jika di bahagikan dengan pengambilan mengikut bulan. Sudah jatuh beberapa RM sahaja sebulan. Lagipun supplemen berasakan semulajadi ni kena ambil untuk jangka masa tertentu untuk nampak kesannya. Takkan makan hari ini, esok dah nampak kesan kan?


Andai badan tak sihat, apa guna duit berkepul-kepul. Sebab Health is Wealth kan?




3) Business Plan yang Menarik dan Adil



Pengiraan bonus berdasarkan jualan /kumpulan mata. Even kalau sudah di rank yang tinggi, tapi tiada mata terkumpul. tak dapatlah bonus. 


Sebenarnya, ramai yang bermula sebagai pengguna Shaklee, kemudian berpuashati dengan results dan terus berminat untuk join sebagai ahli. 

Shaklee ada macam-macam supplement yang sangat sesuai untuk seisi keluarga, dari kanak-kanak, orang dewasa, lelaki, wanita, dan orang tua. 

Bila kita dah tau produk Shaklee dapat selesaikan masalah kita, sepatutnya menjadi tanggungjawab kita BERKONGSI kebaikannya pulak kan. Mudah-mudahan ia dapat memberi manfaat kepada orang lain pula. "Berdosa" kalau kita simpan kebaikan dan ilmu sorang-sorang. Betul tak? 

Alhamdulillah, bila dah jadi ahli, nampak pula peluang-peluang yang cerah dalam Bisnes Shaklee. Apa lagi, takkan nak tengok je ahli-ahli lain dapat faedahnya kan. Takkan nak tengok jer leaders semua dah dapat 4,5,6 ANGKA SEBULAN. Ish..tak boleh jadi ni, mesti nak grab juga...

Ini antara faedah-faedah yang Shaklee sediakan. Bila kita dapat achieve certain Target Sales , kita akan dapat CASH BONUS every month. Ada macam-macam lagi faedah yang diberi based on our own performance seperti Car Bonus dan Free trips bila kita dapat melepasi syarat-syarat tertentu.



Tapi apa yang PALING PENTING, kita mesti memilih THE RIGHT GROUP and MENTOR untuk bernaung. Dalam group kami, kami ada ramai mentor yang memberi tunjuk ajar tentang business online dengan cara yang terbaik dan terbukti berjaya. Jadi kita cuma perlu ikut jejak kejayaan mereka, InsyaAllah, jalan kejayaan itu akan menjadi milik kita juga. 

Memang ada banyak group di luar sana. Pilihlah yang terbaik. Jangan "tersalah pilih rumah", nanti anda juga yang menyesal. 


4) Sistem DROPSHIP yang mudah.

Ramai orang yang 'beralasan' sibuk dan tak sempat nak buat business.

Dengan Shaklee, kita boleh mula business part-time secara online jer.  Kita cuma perlu berkongsi kebaikan produk dan testimony diri sendiri dan orang lain. Niat berkongsi untuk membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka. 

Kalau ada yang berminat untuk membeli, kita boleh submit email order to Shaklee, dan Shaklee boleh tolong hantarkan produk terus kepada customer.


Itu yang ramai buat business part-time. Sebab kalau nak pergi pos sendiri memang tak sempat. 
Lagi satu, percaya tak, kebanyakan ahli yang mendaftar di bawah group kak Maria, kami memang tak pernah berjumpa langsung. Segala urusan hanya melalui email, facebook dan phone. 

Jadi, kalau anda jenis yang sangat sibuk (masih bekerja atau housewife yang super busy dengan anak-anak di rumah), takde masa nak keluar dan jumpa-jumpa orang selalu, maka SHAKLEE adalah BUSINESS YANG PALING SESUAI untuk anda.

Tak perlu buka kedai, tak perlu bayar sewa, elektrik, air, upah pekerja. Tak perlu beli stok banyak-banyak simpan di rumah/kedai. Tak perlu keluar jumpa orang selalu. Segalanya hanya mengikut kemampuan kita. Tapi, kita akan mampu menjana sehingga 4, 5, 6 angka sebulan!!


Pasti anda tercabar untuk berjaya seperti mereka?? 


Jom sertai kami.


My Online shop is open 24 hours/day. 365 days/year.


Sekian, dulu untuk kali ini. 


Sehingga berjumpa lagi, 


Salam kejayaan


Sambungan Entry ini : Saya Kami, Anda dan Kita Bersama Shaklee (part 2)



Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-


FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!
Anisah Khalid
Shaklee ID : 963691
Call / SMS 0136216522

FB : ANISAH KHALID


"Sila share sekiranya anda rasa entry ini dapat memberi manfaat kepada orang lain"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...