Ahad, 4 Ogos 2013

Surat untuk Bonda...


Perkongsian ikhlas dari hati seorang anak yang sudah bersuami...


Bila sebut pasal ibu bapa, pasti ramai yang mudah tersentuh... budak-budak nakal selalu di nasihat " tak kesian ke kat mak abah, awak buat semua ni?"... "mak bapak tak ajar ke?, awak jadi senakal ni?" senakal-nakal anak pun, bila di tanya soalan sebegini pasti tersentuh. ini kan pulak saya yang tidak lah nakal (hehe, tetiba masuk bakul angkat sendiri pulak), cuma biasalah asalkan lidah lagi tergigit, inikan pulak dgn orang lain. 

Bila berjaya seorang anak, ibu bapa lah orang yang paling bahagia, bukan wang ringgit yang mereka harapkan, cukup lah dengan ingatan tulus ikhlas, bertanya khabar dan bercerita mengenai kehidupan kita. 

Betul kata orang, kita akan lebih memahami ibu bapa kita, bila kita sendiri menjadi ibu dan bapa. 

Alhamdulilah kejayaan saya memperoleh degree  dgn jayanya bersama 2 orang cahaya mata, berjaya membuatkan mak abah tersenyum lebar, walaupun sibuk dengan tugasan kerja, mereka hadir ke majlis konvokesyen saya. (Adik beradik tak dapat dtg, sbb konvo saya jatuh pada hari berkerja). ;) terima kasih tak terhingga juga buat suami tersayang kerana sgt memahami. 



Semalam, mak telefon menceritakan peritnya beliau rasa bila seorang demi seorang anak berkahwin dan pergi meninggalkan rumah... sayu sgt rasa. Mak terasa bila dah berkahwin, anak-anak tidak meletakkan priority buat mak abah.

Maafkan kami mak abah , bukan itu maksud kami. tapi bila masing-masing sudah berkeluarga dan berkerjaya.. kekangan masa menyebabkan keadaan jadi sedemikian.inshaAllah kami akan luangkan masa lebih untuk mak abah selepas ini.  inshaAllah segala pengorbanan dan peritnya mak abah membesarkan kami... kami akan sentiasa hargai.  I will always be your baby. Hence, please do love n support us the way u have always be... Love u in this world and thereafter.


InshaAllah doa buat mak abah, kami tidak pernah lupa... 



ini nukilan saya di facebook tempohari selepas membaca kisah yang dikongsi oleh pengguna fb :-


Aduhai... sebak lagi mata nih... saya sendiri pernah pergi program motivasi dan di minta untuk menulis surat kepada ibu bapa... masa tu saya di awal perkahwinan, seolah-olah di awal percintaan.. semuanya utk suami. mmg betul bila kita sudahberkahwin, taat kita perlu lebih kpd suami...

Sebelum kita bernikah, makan/pakaian/tmpt tinggal...tanggungjawab mak abah dan mereka cuba utk sediakan sebaik yang boleh...

tp bila kita bernikah sahaja... semua tu dh jatuh kpd tanggungjawab suami. Taat kita pada suami, apa yg kita lakukan semuanya kena atas redha suami.. even nak ziarah parents sekali pun perlu redha suami.

Jadi, dilema nya...bila tersepit di antara permintaan ibu ayah dan suami? siapa yang kita akan pilih... tentunya suami kan? dan tentunya ibu ayah yang terkecil hati... rasanya fenomena ni berlaku kepada ramai 'pengantin' perempuan...

Cara nak selesaikan nya... suami pun perlu faham dan ingat, tanpa ibu bapa mertua.. dptkah anda bernikah dgn isteri anda? tanpa keredhaan mereka... bahagiakah anda?

jadinya, surat saya masa kursus tu mmg pjg berjela... (dh terpaksa serahkan kpd penganjur)... siap di baca kan dgn kuat lagi surat saya tu.. ramai yg sebak dan turut menangis... Saya tulis mcmana tersepitnya saya, macamana rasa bersalahnya saya... dan janji saya slps pulang dari kursus tu.

Alhamdulilah balik dari kursus tu, saya dan suami lebih 'pandai' menguruskan masalah spt ini. - :) kan sayang kan...(Asyraf Shaare - Syco Share). Alhamdulilah kami juga sudah pandai 'ambil hati' ibu bapa.. sebagai manusia kita perlu saling ingat mengingati.. supaya sama2 bahagia dunia akhirat, inshaAllah. 


2 Hari lps, ada kawan share di fb kisah seperti yang pembaca boleh jumpa di bawah. 

*********************************************************************************
Sepanjang sesi sinar suci semasa SKSPM19 tempoh hari, saya sangka boleh cover sebak & air mata di depan adik-adik.
But I was wrong.

* * * * * *

Adik-adik peserta diminta menulis surat berisi harapan & ucapan yang ingin disampaikan kepada ibu ayah andainya surat itulah mesej terakhir dari mereka. Kemudian surat tersebut dimasukkan ke dalam sampul & ditulis alamat ibu ayah mereka.

Kemudian semasa fasilitator kumpulan masing-masing mengumpul surat-surat tersebut, fasi Amirulhisham Mahmud menyerahkan kepada saya salah satu surat.

"Pojan, ada budak ni nak wakilkan kau untuk baca surat dia."

"Eh siapa? Awat kasi aku?"

"Dia cakap mak ayah dia dah takde."

Gulp.
Pada waktu itu saya terus tahu siapa adik yang tulis surat tu. Adik yang sempat saya berkenalan & berborak dengannya sementara menunggu solat asar earlier that day.

Saya langsung broke down, tak mampu menahan sebak & air mata. Saya simpan dulu surat tu elok-elok dalam poket.

Kemudian ketika sendirian di bilik gerakan, saya keluarkan & perasan di sampul tersebut, di bahagian yang sepatutnya ditulis alamat, tertulis "TAK TAHU..."

Sebak semula.

Saya keluarkan & baca isi surat tersebut....

Allah.... 

Nah, saya pasti anda sendiri rasa apa yang saya rasa ketika itu. Sebak yang amat!

Maafkan abang dik. Sejujurnya abang belum mampu memahami perasaan adik. Namun sungguh, adik telah mengajar sesuatu yang sangat berharga buat abang & fasi-fasi yang lain. Sesuatu yang sangat-sangat berharga!

Alamatkanlah doa adik kepada Allah. Kerana insya-Allah ibu ayah sedang menunggu di syurga. Alamatkanlah dengan penuh rasa harap, kasih, dan rindu. Kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar segala rintihan hamba-hambaNya.

Dan teruskanlah berdoa. Semoga ibu ayah kita semua bahagia di sana.
Di syurga Allah, yang disediakan untuk orang yang mengasihi & mendidik sesama manusia!

"Apabila mati seorang anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara:
sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat kepada orang lain, dan anak soleh yang berdoa untuknya." [HR Muslim]

Rabbi ighfirli wa li walidayya warhamhumaa kama rabbayani saghiraa...

Photo: Sepanjang sesi sinar suci semasa SKSPM19 tempoh hari, saya sangka boleh cover sebak & air mata di depan adik-adik.
But I was wrong.

* * * * * *

Adik-adik peserta diminta menulis surat berisi harapan & ucapan yang ingin disampaikan kepada ibu ayah andainya surat itulah mesej terakhir dari mereka. Kemudian surat tersebut dimasukkan ke dalam sampul & ditulis alamat ibu ayah mereka.

Kemudian semasa fasilitator kumpulan masing-masing mengumpul surat-surat tersebut, fasi Amirulhisham Mahmud menyerahkan kepada saya salah satu surat.

"Pojan, ada budak ni nak wakilkan kau untuk baca surat dia."

"Eh siapa? Awat kasi aku?"

"Dia cakap mak ayah dia dah takde."

Gulp.
Pada waktu itu saya terus tahu siapa adik yang tulis surat tu. Adik yang sempat saya berkenalan & berborak dengannya sementara menunggu solat asar earlier that day.

Saya langsung broke down, tak mampu menahan sebak & air mata. Saya simpan dulu surat tu elok-elok dalam poket.

Kemudian ketika sendirian di bilik gerakan, saya keluarkan & perasan di sampul tersebut, di bahagian yang sepatutnya ditulis alamat, tertulis "TAK TAHU..."

Sebak semula.

Saya keluarkan & baca isi surat tersebut....

Allah.... :'(

Nah, saya pasti anda sendiri rasa apa yang saya rasa ketika itu. Sebak yang amat! :'(

Maafkan abang dik. Sejujurnya abang belum mampu memahami perasaan adik. Namun sungguh, adik telah mengajar sesuatu yang sangat berharga buat abang & fasi-fasi yang lain. Sesuatu yang sangat-sangat berharga!

Alamatkanlah doa adik kepada Allah. Kerana insya-Allah ibu ayah sedang menunggu di syurga. Alamatkanlah dengan penuh rasa harap, kasih, dan rindu. Kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar segala rintihan hamba-hambaNya.

Dan teruskanlah berdoa. Semoga ibu ayah kita semua bahagia di sana.
Di syurga Allah, yang disediakan untuk orang yang mengasihi & mendidik sesama manusia!

"Apabila mati seorang anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara:
sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat kepada orang lain, dan anak soleh yang berdoa untuknya." [HR Muslim]

Rabbi ighfirli wa li walidayya warhamhumaa kama rabbayani saghiraa...


Jom kita peluk cium mak ayah kita selagi mereka ada... Doa dan berkat mak abah yang buat kita berjaya seperti hari ini. Teringat kisah abg firdaus semasa program IMKK, mohonlah mak utk doakan sbb doa seorang ibu sangat mustajab.. inshaAllah. 

Mak abah, Tolong doakan kami berjaya dunia & akhirat, teguhkan iman kami, moga kita sama2 berjumpa di syurga nanti. inshaAllah. 

Salam sayang dan rindu khas buat mak dan abah.... 

Anak mak dan abah, 
Anisah 4 Ogos 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...