Selasa, 13 Ogos 2013

Salam Aidilfitri 1434H


Alhamdulilah...kami telah selamat bercuti panjang untuk menyambut Syawal 1434H... Penat memang penat, tapi seronok dapat berjumpa dengan sedara mara yang sudah lama tak jumpa. InshaAllah, semoga silaturahim di antara kita bertambah erat dari hari ke hari. 

Posting saya di pagi raya : Perjalanan kami di sepanjang cuti ni...



Ikuti beberapa gambar yang sempat di ambil dalam tempoh beberapa hari ni. Maaf jika ada yang tidak terupload sebab pakai kamera orang lain / agak tidak sesuai untuk tontonan umum. 

Anas dan Amanina tengah bersiap untuk ke masjid.. Anas beria sangat nak kunci pintu. 

Anas buat muka sebab kena paksa amik gambar... hehe.. nasib la syg, mama memang suka ambil gambar. 


 Sempat melawat tapak bakar lemang dekat dgn rumah... Sedap sgt lemang nya.. siap ada yang special- di tambah jagung. berbaloi dengan harga RM12/batang


Amanina, Papa dan Atok Shaare... manjanya dia dgn atok...

Kanak2  dan tangga...



 Amanina dan Paklang.. Sorry maktam tak termasuk pulak dalam gambar ni.. (Amanina mengada2 nak paklang je yang suap..)

di Kampung Londang, Masjid Tanah, Melaka.. anak2 sedang sedap menjamu selera masakan kampung... yummy2.

Kami di Tanjung Bidara, Anas tengah tidur kepenatan dalam kereta. ..Amanina tengah minum coconut shake.. sedap, dia campur dengan vanilla aiskrim.. tetiba terasa macam Mealshake Shaklee pulak...( Nak buat aisblended+ mealshake kat rumah nnt, mesti rasa dia lebih sama)

Anak2 posing di tangga rumah Nenek di Masjid Tanah





Persiapan sebelum sesi bergambar keluarga sebelah abah, anak2 yang ready dulu.. yang tudung purple tu, Jan Yusof merangkap the anchor person untuk sesi bergambar ni. 




Adik beradik abah, dari 11 orang.. tinggal 3+1 sahaja, yang duduk di atas sofa... 
(Dari kiri : Ayahuda: Shuib Hasnan, AyahChik: Hussain Hasnan, AyahChu(Abah) : Khalid Hasnan, Makecik: Mimun Jana)

Ini lah sebahagian besar keluarga dari Hasnan&Co...




Ipar Duai... mereka nampak muda kan? semuanya sudah golden age (kecuali makecik, almost) Rahsianya... mereka memang mengamalkan cara hidup yang sihat, diet yang seimbang dan lagi2? kenali mereka untuk lebih mendapatkan tips2 tersebut. 
(Dari kiri, WanChu (Mak), Makuda, Makecik, WanYang dan WanChik)


The ladies and girls

Tetiba kamera buat hal, inilah kami, 11 beradik bersama mak abah dan 15 orang kanak2 riang.. di Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Rumah Arwah Opah Nek, adik kepada  ArwahTok.




Menu Sarapan kami pada 4 Syawal...

Mealshake + Performance Drink + ESP... Shake2.. yummy..



Ini dia Syahmi Haziq bin Luqman, anak shaklee.. umminya, Kak Sahrinor (Yin) mengambil supplemen Shaklee sejak sebelum hamil, sedang hamil, dan sekarang masih almost fully BF. Kata kak Yin, memang badan rasa jauh lebih bertenaga dengan pengambilan ESP, Alfafa, Ostematrik, Vitamin C...+ anak juga puas sangat menyusu. 




Sekian dulu sehingga hari ini... semoga kita berjumpa lagi...;) Esok dah nak mula kerja... 

Salam Aidilfitri 
6 Syawal 1434H

Anisah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...