Memaparkan catatan dengan label kehamilan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kehamilan. Papar semua catatan

Selasa, 31 Mac 2015

Pentingnya Asid Folik semasa Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda hari ni? Moga sihat dan bahagia selalu bersama keluarga tersayang. 
Alhamdulillah, kehamilan kali ni 'datang' bersama ilmu untuk dikongsikan. Sebelum ni, saya pun pelik, kenapa bila hamil jer... macam2 vitamins kena makan. huhu. 'TAK BANYAK ke?' Klinik Kerajaan siap bagi percuma lagi, acid folic, vitamin c dan iron--> masa saya pregnantkan anas. then sekarang dalam bentuk obimin yang warna merah tu, kadang tu siap kena tambah lagi dengan yang lain2. 

Dan seperti yang saya isytiharkan... ilmu kehamilan kali ni, adalah untuk di kongsikan bersama. ;) InshaAllah, sama2 kita mendapat kebaikan dari nya. 



Ok kali ni, saya ingin kongsikan mengenai Asid Folik Semasa Hamil, Penting ke?

Penting, Asid Folik sangat di diperlukan untuk perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan. Moga anak kita lahir dalam keadaan yang sempurna sifat nya dan cergas otaknya. Aamin 

gambar ihsan pcik google. Nauzubillah , ,
Artikel di bawah, di kongsikan oleh salah seorang mentor saya, Master Ainul. 

[Kurangkan Risiko Mendapat Anak Cacat Dengan Asid Folik]

Ramai yang ambil ringan dengan kepentingan asid folik ni, sebenarnya.. Pada mereka, vitamin B cuma akan menambah berat badan..

Sebenarnya, vitamin B ada yang berfungsi untuk menurunkan berat badan, tetapi, untuk tujuan ini, anda perlu mengambilnya dalam bentuk vitamin B yang lengkap seperti B-Complex Shaklee. Dan ia juga bergantung cara pengambilan vitamin tersebut

Jadi, bercerita mengenai kepentingan asid folik, ada beberapa info yang sangat menarik:

Apa itu ASID FOLIK?

Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung.Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung.

Mengapa ia PENTING?

1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti:

- Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)

- Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk ( anecephaly/encephalocele)

 2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).

3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:

- Sumbing lelangit (cleft palate)
- Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
- Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
- Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

 4) Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.


Bila ASID FOLIK perlu diambil?

- Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. ( Alhamdulillah, saya telahpun makan bcompleks sebelum hamil lagi , jemput click---> belum hamil, kenapa nak makan vitamins?)

- Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat.

- Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu, pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

 SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?

- Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandun

- Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang

- Merawat kesuburan pada lelaki

SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK


- Daging, ayam, telur

- Kekacang

- Beras perang, barli, oat

- Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

Folik asid di makan sebiji sehari. Folik asid larut dalam air. Jika pengambilan dos folik asid berlebihan ia tidak dapat di simpan dalam hati maka ia akan di keluarkan melalui air kencing. (jangan terkejut dan risau dengan warna yang pelik ya)

Jadi, dalam set hamil & berpantang shaklee juga dalam set kesuburan, kita di sarankan untuk mengambil b-compleks, di mana di dalamnya terkandung asid folik yang tinggi dan 8 jenis vitamin b. 



Info yang telah di summarykan ,,,terima kasih pada rakan SID

Di akhir kata untuk entry kali ni, sama2 kita menjaga kesihatan dengan pemakanan yang seimbang dan melengkapkan nutrisi harian melalui bantuan supplement semulajadi yang dipercayai. 

Salam dari ibu hamil, 
Anisah 

Isnin, 19 Januari 2015

Nikmatnya Sakit Bersalin

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda & keluarga hari ini? Di doakan moga semuanya baik2 belaka...

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Gambar : ihsan google


Awal tahun 2015, keluarga besar saya menerima seorang ahli baru. kelahiran bayi comel kepada pasangan graduan medical school. 

Mereka ialah adik ipar saya & suami... Dr Salwa Shaare & Dr Waqiyuddin. 

Sebagai medical doctors, beliau telah banyak merawat pesakit termasuk lah menyambut kelahiran bayi orang lain, melakukan jahitan , dll. 

Namun, sebagai manusia biasa,  doktor juga melalui proses 'kesakitan' , doktor juga boleh jatuh sakit, doktor juga hamil dan doktor juga perlu di rawat. 

Alhamdulillah, beliau di beri kesempatan untuk merasai betapa NIKMATNYA SAKIT BERSALIN. 

Ikuti nukilan seorang doktor perubatan melalui proses melahirkan anak sulung beliau. 

-SAKIT YANG MENDIDIK-


Sharing post untuk wanita sedunia dan bakal ibu dan bapa.
FIRST experience of labour pain

Betulla orang cakap tiada sakit yang boleh menandingi sakit nak bersalin. Pengalaman pertama yang sangat mendidik mental dan jiwa.
Sepanjang hidup memang dah biasa keluar masuk hospital, pernah patah tangan, masuk besi dan operation 2 kali. Pernah kene sakit ulser perut dan usus. Mcm mcm penyakit dah ditanggung tetapi sakit bersalin ni sangat SPECIAL.
Sakit yang tiada terhingga sehingga rasa ingin putus nyawa dan hanya Allah sahaja tempat untuk kita bergantung.
Lagi lagi kene 'induce' dan apabila contraction datang 2 minute sekali. Hanya Allah yang Maha Mengetahui perasaan time tu. Tak sempat untuk bernafas.
Time macam nila mcm mcm 'perangai' keluar. Ada yang akan menangis, ada yang menjerit mcm histeria dan ada jugak yang meronta ronta meminta tolong.
Memang menggila.
Tapi, pasti ramai yang berzikir tak berhenti.
Rabbi Yassir Wala Tu Assir 




dan 

Doa Nabi Yunus.


Dah sudah contraction pain berjam jam (in my case almost 14 hours), kene simpan tenaga untuk meneran dan saat ini sebenarnya yang paling genting dan 'crucial'.
Perlu set mind untuk bersalin secara normal dan mengurangkan koyak. Mcm mana nak set mind tu dalam keadaan kesakitan yang teramat dan diri almost give up.
Haruslah cekal, and focus on giving birth. Put pain aside. Focus Focus Focus. Technique kene kemas.
Saya bersyukur mendapat dorongan yang kuat daripada ahli keluarga yang terdekat kerana first experience and ammature.
Tapi nak tahu benda yang paling special pasal giving birth is...
U remember that it was the most painful experience that ever happened in your life but later after that you lupa rasa sakit tu mcm mana.

HEBAT CIPTAAN Allah buat Wanita. Sebab tu kemampuan wanita melahirkan anak sangat luar biasa. Ada yang setahun sekali. Saya tabik hormat.

At the end of the day, keindahan mendapat cahaya mata yang pertama mengatasi semua kesakitan yang dialami.


Alhamdulillah, semua ini kurniaan Allah.

~Salwa Shaare, 15 Januari 2015~






Pengalaman saya sendiri,  Alhamdulilah...a 'wonder'ful and precious moments... In my case, after having 2 babies...labour pain almost = gastric pain... Huhu. Can't really differentiate between them. (Kisah melahirkan Amanina aisyah, ada saya kongsikan sebelum ini (Sila click--> Pengalaman Bersalin Yang Sukar Dilupakan)

Masa tu...terasa Allah dekat sgt ngan kita kan...betapa sakit itu satu nikmat.

Ramai di antara rakan beliau memberi kata semangat dan ada juga yang berkongsi pengalaman masing2. yang pasti setiap kelahiran, setiap orang diberi kan ujian dan cabaran mereka yang tersendiri. dan rata2 ibu jika di tanya semasa sedang sakit

 'Nak hamil lagi? nak lagi melalui proses serupa? '
Tentunya.. jawapan mereka di kala itu...

'TAK NAK, This is the last time'...

Bayangkan... rahim ibu yang kecil membesar seiring saiz bayi... kemudian dalam proses melahirkan, laluan yang kecil ter'paksa' membesar... Allahuakbar, sakitnya hanya yang pernah melalui nya sahaja yang faham. Itu pun sangat subjektif sebab setiap orang merasai sakit yang berbeza-beza...

Video di bawah menunjukkan animasi bagaimana bayi di lahirkan...dalam dunia sebenar, ia jauh lebih complicated.


 Allahuakbar, manusia di lahirkan dengan kasih sayang... 

Tatkala, selamat melahirkan tak kira dengan normal ataupun Czer, di kala anak dalam pelukan... Allahuakbar, satu perasaan yang tidak terkata, sakit semua 'bagai hilang'... sungguh! satu jawapan yang common 


'BEST, SERONOK...Allahuakbar, MashaAllah, SubhanaAllah... tak serik!'

dan di kala anak semakin besar, pasti ibu-ibu merindui saat melahirkan... 

Bak kata mak saya, 

'You are all still my babies...and i miss my babies' 

Walaupun sekarang ni, 5 dari 11 orang adik beradik saya sudah pun berkahwin dan mempunyai anak... mak masih lagi ingat saat2 kami lahir ke dunia... betapa ia NIKMAT yang sangat berharga. 

Terima Kasih mak & Abah...jasa yang tidal terbalas... 'Ya Allah, kasihanilah mereka...ampun segala dosa mereka dan tempatkan mereka di syurga tanpa dihisab.aamin'



Lukisan Amanina, cuba anda cari di mana bayi dalam lukisan ni?
Nak tahu apa yang beliau ambil, boleh click di sini --> Cadangan untuk ibu dalam pantang








Kirimkan al fatihah buat Rasulullah s.a.w, para sahabat baginda ibu bapa, guru-guru, saudara mara, sahabat kita sama ada mereka masih hidup atau pun telah pergi di jemput ilahi...Moga mereka dicucuri rahmat kasih sayang Allah swt di dunia dan akhirat...

Wassalam,

Terima kasih kerana meluangkan masa.

Anisah.

Feel Free to Like & Share...;)

Rabu, 15 Oktober 2014

Hamil lagi... Alhamdulillah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Hamil a.k.a pregnant adalah  waktu yg sangat saya rindui, pengalaman hamil yang mmg sangat mengujakan... 

Amanina dah minta...'mama, nina nak adik..blh?' ;) huhu..nina excited sebab nampak perkembangan pregnancy makcik2 dia, adik beradik saya dan ipar. Nampak dari perut membesar...dan tiba masa baby pun lahir. 

Allahukbar, bila anak yang tanya.. terkedu sebentar. 

Siap ajuk lagi berjalan macam orang mengandung...;) awak memang buat mama tergelak la sayang. 

InshaAllah, ada rezeki nanti... amanina dapat adik ya.. 


Ihsan google


Alhamdulillah, ramai kawan2 yang anak mereka sebaya amanina, sedang hamil sekarang ni..

Tajuk di atas bukan untuk saya.. hehe, tetapi kepada kawan2 dan juga saudara yang maklumkan kehamilan mereka pada saya. 

Alhamdulillah, tahniah, tahniah, tahniah...inshaAllah bertambah lagi umat nabi Muhammad s.a.w di muka bumi ni.. 

Alhamdulillah, bertubi2 berita gembira saya terima memandangkan mereka tahu yang saya sekarang ni adalah pengedar shaklee..., produk kesihatan untuk kehamilan yang paling famous di Malaysia sekarang ni. Setuju? Cuba search Set Kehamilan... apa yang keluar? tentulah shaklee punya berderet2. 

Alhamdulillah... ramai yang kongsikan mereka rasa bertenaga sepanjang kehamilan dan Alhamdulillah.. anak juga sihat. 

Nak tahu apa yang saya sarankan... sila click di sini ---> Set hamil, set pantang dan set penyusuan

Pssst.. Bulan ni penjimatan & tawaran free membership dengan setiap pembelian lengkap tau...;) 

InshaAllah untuk pregnancy yang akan datang, saya juga akan merasai kesan yang serupa dengan apa yang ramai rasai.inshaAllah. 

Sebenarnya, saya sendiri dah makan pun supplement untuk hamil ni..APA YANG SAYA MAKAN? dan KENAPA? inshaAllah dalam entry seterusnya. 


Ok semua, jika ada kawan2 atau saudara mara yang perlukan konsultansi tentang set kehamilan ni.. boleh tanya saya ya...

Moga anda semua sihat dan sentiasa diberkati Allah swt. 

Salam kehamilan (ops..adakah?hehe),

Anisah | 0136216522

~5 hari menuju ke birthday Amanina yang ke 3~
Happy Becoming Birthday Dear Little Sweet Daughter

Antara gambar terakhir, sebelum Amanina lahir..;) tgh tunggu hari jer.


Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...