Selasa, 31 Mac 2015

Pentingnya Asid Folik semasa Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda hari ni? Moga sihat dan bahagia selalu bersama keluarga tersayang. 
Alhamdulillah, kehamilan kali ni 'datang' bersama ilmu untuk dikongsikan. Sebelum ni, saya pun pelik, kenapa bila hamil jer... macam2 vitamins kena makan. huhu. 'TAK BANYAK ke?' Klinik Kerajaan siap bagi percuma lagi, acid folic, vitamin c dan iron--> masa saya pregnantkan anas. then sekarang dalam bentuk obimin yang warna merah tu, kadang tu siap kena tambah lagi dengan yang lain2. 

Dan seperti yang saya isytiharkan... ilmu kehamilan kali ni, adalah untuk di kongsikan bersama. ;) InshaAllah, sama2 kita mendapat kebaikan dari nya. 



Ok kali ni, saya ingin kongsikan mengenai Asid Folik Semasa Hamil, Penting ke?

Penting, Asid Folik sangat di diperlukan untuk perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan. Moga anak kita lahir dalam keadaan yang sempurna sifat nya dan cergas otaknya. Aamin 

gambar ihsan pcik google. Nauzubillah , ,
Artikel di bawah, di kongsikan oleh salah seorang mentor saya, Master Ainul. 

[Kurangkan Risiko Mendapat Anak Cacat Dengan Asid Folik]

Ramai yang ambil ringan dengan kepentingan asid folik ni, sebenarnya.. Pada mereka, vitamin B cuma akan menambah berat badan..

Sebenarnya, vitamin B ada yang berfungsi untuk menurunkan berat badan, tetapi, untuk tujuan ini, anda perlu mengambilnya dalam bentuk vitamin B yang lengkap seperti B-Complex Shaklee. Dan ia juga bergantung cara pengambilan vitamin tersebut

Jadi, bercerita mengenai kepentingan asid folik, ada beberapa info yang sangat menarik:

Apa itu ASID FOLIK?

Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung.Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung.

Mengapa ia PENTING?

1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti:

- Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)

- Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk ( anecephaly/encephalocele)

 2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).

3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:

- Sumbing lelangit (cleft palate)
- Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
- Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
- Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

 4) Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.


Bila ASID FOLIK perlu diambil?

- Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. ( Alhamdulillah, saya telahpun makan bcompleks sebelum hamil lagi , jemput click---> belum hamil, kenapa nak makan vitamins?)

- Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat.

- Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu, pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

 SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?

- Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandun

- Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang

- Merawat kesuburan pada lelaki

SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK


- Daging, ayam, telur

- Kekacang

- Beras perang, barli, oat

- Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

Folik asid di makan sebiji sehari. Folik asid larut dalam air. Jika pengambilan dos folik asid berlebihan ia tidak dapat di simpan dalam hati maka ia akan di keluarkan melalui air kencing. (jangan terkejut dan risau dengan warna yang pelik ya)

Jadi, dalam set hamil & berpantang shaklee juga dalam set kesuburan, kita di sarankan untuk mengambil b-compleks, di mana di dalamnya terkandung asid folik yang tinggi dan 8 jenis vitamin b. 



Info yang telah di summarykan ,,,terima kasih pada rakan SID

Di akhir kata untuk entry kali ni, sama2 kita menjaga kesihatan dengan pemakanan yang seimbang dan melengkapkan nutrisi harian melalui bantuan supplement semulajadi yang dipercayai. 

Salam dari ibu hamil, 
Anisah 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...