Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apa khabar pembaca yang dihormati hari ni? Moga sihat sejahtera dan bahagia bersama keluarga tersayang.
;) Alhamdulillah, berita kehamil semakin menjadi2 pula awal tahun macam ni. hehe, bak kata makcik tukang urut masa saya bersalin kan anak sulung saya, Anas (September) dan
anak kedua, Amanina ( Oktober) , bulan September sampai Disember selalunya jadual beliau penuh sangat dengan jemputan mengurut sebab ramai yang bersalin. ;) bahasa pasar nye.. Disember-Jan = musim mengawan. hehe suka2 jer kan.
Dua kali mengandung sebelum ni, hb saya di line MERAH.. huhu, di bawah 11. Jadi untuk kehamilan kali ni, saya nak usahakan supaya hb bukan lagi di line merah. Bersungguh lah kali ni nak cari 'bahan2'. hehe. penat tau checkup banyak kali. Sebab if di line merah, kena checkup 2 kali sebulan. Dr takut nanti Anemia, membahayakan ibu dan baby juga.
Ops, lupa nak cakap, Alhamdulillah saya di sahkan hamil sekarang, lagi sekali inshaAllah anak ke3 ni, bakal lahir sekitar September-Disember. Boleh lah celebrate birthday 3 orang sekali nanti. Doakan semuanya selamat ya.
Oklah, hari ni nak kongsikan artikel yang saya baca di eMajalah Pa&Ma tentang Makanan Tingkatkan haemoglobin (hb) terutama ketika hamil.
Topik ni BEST tau... kenapa?
Sebab setiap kali checkup pregnant, ujian darah ni dah jadi wajib sebab? Nak tahu kenapa? jemput baca ya..
Kadang kala ada dalam kalangan wanita hamil yang mempunyai masalah bacaan hemoglobin (Hb) rendah di dalam sel darah merah atau dikenali sebagai anemia. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu apabila ibu hamil mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.
Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl. Cara mengatasi masalah anemia iaitu melalui pengambilan suplemen menambah darah dan pemakanan makanan kaya dengan zat besi.
Pengambilan suplemen yang bersesuaian untuk wanita hamil bermasalah anemia adalah zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks. (Click di sini --> Set HAMIL& Menyusu)
Suplemen tersebut penting kerana kandungan zat besi, B kompleks dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Suplemen vitamin C pula membantu meningkatkan penyerapan zat besi.
Sebaiknya makan pil tersebut bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan optimum. Elakan daripada minum dengan air kopi, teh, minuman berkola, bercoklat dan susu. Minuman ini mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi.
Jika ingin mengambil makanan mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi, pastikan ia diambil sekurang-kurangnya satu hingga dua jam selepas waktu makan atau selepas makan suplemen zat besi.
Sumber Zat besi |
Sumber makanan yang kaya zat besi yang baik adalah terdiri daripada sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis. Sayur-sayuran hijau pula seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kalian.
Lebihkan makan makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam hidangan setiap hari seperti
*Buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C iaitu jambu batu, limau, betik, mangga dan sayuran hijau.
*Minum jus buah-buahan.
*Makan bersama pencecah buah-buahan seperti sambal mangga, tomato atau limau kasturi.
*Gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis, udang, isi ayam dan daging.
Adaptasi dari Majalah Pa&Ma.
Apa pun, samaada tengah hamil ataupun tak, balance diet amat2 diperlukan, Di tambah lagi jika semasa hamil, badan kita perlu bekerja lebih lagi. Jadi memang memerlukan hb senormal yang boleh, supaya oksigen dapat di bawa dengan lebih lancar.
Jadi, sebagai kesimpulan,
Jom banyakkan makan makanan berkhasiat, tinggi zat besi dan makanan yang kaya dengan vitamins supaya zat besi lebih mudah menyerap dalam darah.
Jom banyakkan makan makanan berkhasiat, tinggi zat besi dan makanan yang kaya dengan vitamins supaya zat besi lebih mudah menyerap dalam darah.
Di akhirkata,
Saya doakan anda yang membaca ni, di kurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan dunia & akhirat. Sudilah kiranya berkongsi artikel ini untuk kebaikan rakan-rakan yang lain.
Mohon doa kesejahteraan semua muslim muslimat di seluruh dunia.
Wassalam,
Ibu hamil anak ke 3,
#9minggu.
Jangan
lupa 'LIKE' post ni dan JOM 'SHARE' dengan orang tersayang. Semoga ada di
kalangan mereka mendapat manfaat dari entry ini
TERIMA
KASIH!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan