Isnin, 23 Mac 2015

Keperluan Kalsium Bagi Ibu Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Alhamdulillah, baru je saya kongsikan mengenai kekurangan kalsium boleh menyebabkan kaki cramp, tetiba ada yang kongsikan artikel dari majalah Pa&Ma seperti di bawah; 



Seperti sedia maklum, ibu hamil memerlukan banyak kalsium daripada biasa. Namun, persoalannya berapa banyak keperluan kalsium yang diperlukan oleh ibu hamil setiap hari?

Kalsium merupakan salah satu mineral yang diperlukan oleh badan dalam jumlah yang lebih banyak berbanding mineral lain. Mengapa kalsium sangat diperlukan sepanjang kehamilan?
Semasa hamil, keperluan ibu terhadap kalsium sangat tinggi dan perlu diberi perhatian utama. 

Fungsi kalsium sangat penting terutama dalam pembentukan tulang dan gigi janin dalam kandungan



Jika ibu kekurangan kalsium ketika hamil maka pertumbuhan tulang dan gigi bayi akan terganggu. Bahkan ibu hamil juga berisiko mengalami masalah osteoporosis lebih awal.



Dianggarkan sebanyak 99% kalsium dalam badan disimpan dalam tulang. Apabila kalsium yang diambil setiap hari berkurangan daripada keperluan maka kalsium dari tulang akan dilepaskan mengikut keperluan kalsium pada hari itu. Namun, jika pengambilan kalsium cukup setiap hari maka tulang  menjadi kuat.


Keperluan kalsium ibu hamil setiap hari meningkat berbanding wanita tidak hamil. Ibu memerlukan kalsium sehingga 1,200 mg setiap hari berbanding hanya 400 mg bagi wanita normal. Selain dari itu kalsium juga penting bagi mengelakkan masalah pra eklampsia. (info mengenai pra eklampsia babycenter praeklampsia)


Kalsium juga dapat melindungi bayi dalam kandungan serta mengelakkan risiko anak mengalami hipertensi. Jadi, ibu yang mengandung perlu mengambil berat pengambilan makanan mereka setiap hari. Pastikan makanan kaya kalsium seperti susu, yogurt, keju, ikan salmon dan lain-lain lagi masuk dalam senarai menu harian sepanjang hamil.






Selain dari itu, ibu juga disarankan mengambil suplemen kalsium bagi membantu mencukupkan keperluan kalsium harian. Bagaimanapun dapatkan saranan daripada doktor sebelum mengambil sebarang suplemen.



Sumber : Pa&Ma


Kita biasa dengarkan Kalsium = SUSU.. tapi tahukan sebenarnya banyak lagi sumber makanan lain yang tinggi kalsium juga.


Sumber Kalsium Melalui Makanan

Susu? dulu masa pregnantkan anas, saya pengemar minum susu AnMum, excited anak pertama kan.. bancuh susu pekat2 spt di cadangkan.. then badan naik bagai di pam2.. hehe. ;) mula pertghan kehamilan, saya kurang minum susu, sebab takut badan besar. ish2, sian anak tau! tulah padah nya gigi pun rapuh, kaki pun cramp.

Pastu, masa pregnantkan amanina, minum susu seMinima yang boleh.. hehe . tu yang rapuh lagi gigi tau! ouch! sian gigi mama.. Alhamdulillah, anak2 lahir sihat, cuma dalaman tak tahu lah kan.

Jadi untuk pregnancy kali ni, tak nak dah gigi HILANG lagi, tak nak dah cramp2 kaki!

Saya cuba pastikan saya cukupkan keperluan kalsium sepanjang kehamilan ni. 


Selain dari pemakananan seharian, saya mengambil  ostematrik sebelum tido bagi mencukupkan keperluan kalsium harian. Katakan pada hari tersebut, saya banyak makan ikan, sayur hijau, tauhi atau pun yang lain2 tu.. saya sesuaikan bilangan ostematrik. tapi agak2 pada hari tersebut, takde sangat sumber kalsium dari makanan, saya ambil lah 4 biji ostematrik.

Setakat ni, belum minum susu AnMum atau yang seangkatan dengan nya lagi. hehe. minum ESP adalah. Macam dah puas sebab 1 tablet ostematrik = 1 gelas susu kalsium tinggi. hehe.



Agak2 mudah lagi makan pil kalsium atau 80biji badam? He he...

Anda pilih ya 

Sekian dahulu, sehingga berjumpa lagi...

Terima Kasih,
Anisah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...