Khamis, 30 Mac 2017

Kenapa orang lain lebih berjaya???


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 
Alhamdulillah saya di kelilingi oleh rakan2 yang positif, menurut kata pakar motivasi jika kita berada bersama dengan mereka yang positif maka jiwa kita juga akan terlatih untuk menjadi positif. 

Di kala... kata terasa apalah nak jadi dengan aku ni??? 
Di kala rasa cemburu orang lain  lebih berjaya, kenapa???
Di kala jiwa terasa... apakah yang patut aku lakukan???
Di kala terasa... perlukah aku berjumpa kaunselor???

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah. soalan2 terjawab bila menonton video motivasi dari Prof Muhaya dan juga ustaz dan ustazah.

Tetiba hari ni terbaca posting fb dari seorang rakan sekelas semasa degree dulu, beliau agak pendiam dahulu dan kini telah bertugas sebagai seorang pendidik. berjaya dalam kerjaya beliau, inshaAllah. 

Refleksi tentang 'hidup dan kejayaan'



Setiap kali buat "quiz", mesti ada yang aku tidak boleh skor.
Setiap kali buat "test", mesti ada yang aku buat silap.
Setiap kali buat " assignment", mesti ada yang aku cuai.

Kadang-kadang aku cemburu dengan orang lain.

Orang lain belajar biasa-biasa saja
Orang lain asyik tidur saja
Orang lain asyik main "game" saja
Orang lain hadap muka buku saja
Tapi boleh skor dengan cemerlang

Kenapa orang lain boleh skor dengan cemerlang?
Kenapa aku tidak boleh menjadi seperti orang lain?

Mungkin,
Waktu aku tidur, orang lain bangun untuk belajar
Waktu aku berjimba, orang lain sedang pulun untuk memahamkan apa yang tidak faham
Waktu aku sibuk bergosip, orang lain sibuk membuat "homework"
Waktu aku lapang, orang lain sibuk ulangkaji

Usah salahkan orang lain. Tetapi tanyalah pada diri, adakah aku ingin skor dengan cemerlang seperti orang lain? Jika ya, bangkitlah. Usah dikenang peristiwa yang berlalu. Tetapi bangkitlah dari lena itu dan teruslah berjuang serta berusaha untuk skor dengan cemerlang seperti orang lain. Jadikan peristiwa yang lalu sebagai pembakar semangat untuk mencapai cita-cita dan impian yang diimpikan.

Kejayaan itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih dan semangat yang kental. Bangkitlah walau jatuh berkali-kali kerana manisnya kejayaan itu apabila kita tidak kenal erti jemu dan putus asa.
- Halimah Mohammed 30 Mac 2017-



Terjemaahan surah albqarah ayat 286 juga telah menjelaskan Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan apa yang terdaya olehnya.
 
Yakinlah ujian Allah itu datang dengan hikmah tersendiri. jom usaha untuk sentiasa memperbaiki diri.

Semoga Allah permudahkan, lancarkan urusan saya, anda dan kita semua di dunia dan di akhirat...al fatihah

Road to Ramadhan 1438H... another 59days. 

Salam hormat, 

Anisah 0136216522
 

Rabu, 29 Mac 2017

Selamat Datang Rejab.

Assalamualaikum Dan salam sejahtera.

Hari ni 1 Rejab 1438H.

Maksudnye lagi 60 hari lagi Ramadhan akan tiba..inshaAllah.


Doa apabila tibanya rejab....



Sedikit perkongsian mengenai amalan 'khusus' yang banyak dikongsikan di media sosial , fb, whatsapp, telegram etc.



Dipetik dari : http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith/1211-irsyad-al-hadith-siri-ke-47-kelebihan-dan-amalan-dalam-bulan-rejab

Kesimpulannya amalan2 zikir, doa dan puasa boleh dilakukan, namun bukanlah dengan niat khusus sempena bulan rejab..

Wallahualam.

Semoga kita bertemu Ramadhan 60hari lagi... Ops bagi yang belum habis ganti puasa... Sila2 la ganti cepat. Sahur yang mudah tetapi kenyang boleh tahan sampai berbuka... ESP+mealshakes+performance drink & kurma... InshaAllah kekal bertenaga dan hidrasi badan juga OK.

;) sehingga berjumpa lagi.

Anisah #0136216522

Isnin, 20 Mac 2017

SPM Dunia vs SPM akhirat

Assalamualaikum wbt dan Salaam Sejahtera.

Perkongsian yang sangat perlu di fahami... Saya terima di group..;)



SPM dunia dan SPM akhirat.
========================

"Puan , dah pernah ambil SPM?"

Tanya ustaz  ketika di dalam kelas Taddabur  bulan lalu. Beliau yang dari depan menghampiri meja saya.

"Eh, mestilah sudah, ustaz. 20 tahun lepas"

Jawab saya yakin.

"Agak-agak kalau diberi peluang, nak ambil lagi sekali lagi tak?"

Tanya ustaz lagi.

"Taknaklah ustaz"

Jawab saya ringkas. Dalam hati berkata sendiri, apalah yang ustaz nak terangkan tentang SPM ni.

Ustaz kembali ke depan memberikan penerangan.

"Hakikatnya, kita semua bakal menduduki SPM kedua. Bezanya, ujiannya sepanjang kehidupan namun tarikh keputusannya kita tidak tahu. Jadi perlu sentiasa ada persediaan. Buku rujukannya sudah ada.

Itulah dia, Sijil Padang Mahsyar (SPM). Bila tarikhnya tidak diketahui. Buku rujukannya adalah Al Quran. Ujiannya sepanjang kita berada didunia. Keputusannya nanti apabila berlakunya akhirat yang kekal.

Semua yang di dalam kelas tertunduk. Seolah sedang membayangkan bagaimanalah keadaannya ketika mengambil keputusan SPM akhirat.

Ustaz menyambung lagi, kali ini dengan penerangan yang lebih menyentap.

"Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di dunia ini nampak besar sangat sebab dengan keputusan baik, seolah-olah nampak cerah sangat masa depan untuk kehidupan yang sementara. Walhal tidak ada jaminan pun. Tetapi inilah yang dikejar-kejarkan.

Tapi keputusan yang kita dapat ketika Sijil Padang Mahsyar (SPM) di akhirat, adalah penentu kemana kita seterusnya selepas kehidupan yang kekal. Balasan syurga dan neraka yang kekal, tetapi kebanyakan kita tidak nampak itu semua.

Ibu bapa menyiapkan anak dengan segala segi persediaan untuk SPM dunia. Hantar anak tuisyen, panggil lagi guru datang kerumah, tak cukup dengan itu, hantar lagi bagaimana cara menjawab soalan yang betul.

Tapi apa usaha ibu bapa untuk persediaan anaknya untuk  mendapatkan keputusan yang baik didalam SPM akhirat kelak?

Maksud Al Fatihah pun tidak tahu, bagaimana mereka dapat melaksanakan solat dengan sempurna, sedang solat adalah amalan yang memberikan markah yang tertinggi disana nanti"

Allahuakbar,  kata-kata ustaz bagai satu pukulan ghaib, tidak nampak dengan mata kasar, tetapi sakitnya menyucuk sampai ke tulang hitam! Saya adalah guru. Yang pernah membawakan propaganda dengan mendapat keputusan SPM dunia yang baik, menjamin masa depan yang cerah!

Ustaz kemudiannya bertanya kami semua,

"Pernah tengok keadaan anak-anak yang ambil keputusan SPM? Masing-masing beratur dengan berdebar. Ahli keluarga ibu bapa semua tunggu di belakang. Menunggu giliran, mengambil keputusan, baik atau tidak. Mereka tertanya adakah sama keputusan seperti adik beradik yang lain?

Nak tahu bagaimana keadaannya kita nanti mengambil keputusan SPM di akhirat?"

Al- Inshiqaq : 7
Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -

Al-Inshiqaq : 8
Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,

Al-Inshiqaq : 9
Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.

Al-Inshiqaq : 10
Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,

Al-Inshiqaq : 11
Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,

Al-Inshiqaq : 12
Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.

Al-Inshiqaq : 13
Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!

Al-Inshiqaq : 14
Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) !

Al-Inshiqaq : 15
(Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!h

*************
Kita marah anak-anak kita tidak baca dan faham isikandung  buku kerana takutkan mereka gagal dalam peperiksaan. Namun kita tidak pernah marah mereka tidak baca dan faham Al Quran, walhal itulah yang menyelamatkan kita dari menjadi bahan bakaran api neraka.

Analoginya mudah, tak baca / faham buku, mana mungkin dapat keputusan peperiksaan dengan cemerlang. Tak baca /  faham Al Quran, mana mungkin masuk syurga Allah dengan senang...

***********

Selasa, 14 Mac 2017

Rindu bau baby...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Baru pagi semalam share post dari Pa&Ma ni...
 
 
 Orang lain kata, ala amni dah besar, dah boleh ada adik tu, tapi kami suami isteri rasa biarlah dulu... besarkan 3 orang yang sedia ada dengan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya, inshaAllah nanti ada rezeki... ada lah amni dapat adik. hehe. sementara tu, jom kita cium bau baby lain.. ;)
 
Rindu bau baby, yang orang kata 'bau syurga' tu.. alhamdulillah... dan2 terus dapat tahu sepupu baru je bersalin di Hospital Shah Alam...;) dan2 tu juga message dia kata nak ziarah. 
Dulu berangan nak bersalin di Hospital Shah Alam sejak ngandungkan Anas, then Amanina, then Amni.. semuanya hospital belum siap...Amni lahir bulan 10-2015, bulan 1-2016 baru dewan bersalin mula beroperasi. Jadinya kita ziarah lah orang lain, tengok suasana di hospital shah alam. Cantik! nampak selesa... memang jauh beza lah dengan hospital klang = HTAR. yelah HTAR kan hospital lama...

Alhamdulillah... dapat jumpa sekejap semalam...share sikit2 pengalaman sendiri. inshaAllah sebagai panduan asas pada ibu baru.

Antara entry favourite ibu2 nyusu... ;) ===> berapa banyak susu yang diperlukan oleh bayi???

lagi2 yang baru bersalin...

'Istilah susu sikit' tu sebenarnya sesuai dengan saiz perut baby.

RELAX... nanti susu akan keluar ikut kesesuaian.

POSITIF kan diri...

Pegang konsep SUPPLY & DEMAND

dan yang penting DOA selalu..

Semoga berjaya!!!
 
Ikhlas,

Anisah 0136216522
Breastfeeding Mum Since 2009... (eh lama dah kan? Alhamdulillah)
 
Click untuk info ESP==> ESP

Ahad, 12 Mac 2017

KOPI MANIS vs KOPI PAHIT

Assalamualaikum wbt...

Siapa sangka, di sebalik KOPI ada pengajaran yang boleh kita ambil.

KOPI ...




《SEGELAS KOPI》

*Kyai :* Tolong buatkan kopi dua gelas untuk kita berdua, tapi gulanya jangan engkau tuang dulu, bawa saja ke mari beserta bekas berisi gula.

*Santri :* Baik, kyai.

Tidak berapa lama, sang santri sudah membawa dua gelas kopi yang masih hangat dan seberkas gula beserta sudu.

*Kyai :* Cobalah kamu rasakan kopimu nak , bagaimana rasa kopimu?

*Santri :* rasanya sangat pahit sekali kyai

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula, kacau, bagaimana rasanya?

*Santri :* Rasa pahitnya sudah mulai berkurang, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi, kacau lagi, bagaimana rasanya?

*Santri :* Rasa pahitnya sudah berkurang banyak, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi,dan kacau bagaimana rasanya?

*Santri :* Rasa manis mulai terasa tapi rasa pahit juga masih sedikit terasa, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi lalu kacau, bagaimana rasanya?

*Santri :* Rasa pahit kopi sudah tidak terasa, yang ada rasa manis, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi dan kacau, bagaimana rasanya?

*Santri :* sangat manis sekali, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi, kacaulah, bagaimana rasanya?

*Santri :* Terlalu manis. Malah tidak enak, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi dan kacau, bagaimana rasanya?

*Santri :* rasa kopinya jadi tidak enak, lebih enak saat ada rasa pahit kopi dan manis gulanya sama-sama terasa, kyai.

*Kyai :* Ketahuilah nak.. pelajaran yg dapat kita ambil dari contoh ini adalah.. jika rasa pahit kopi ibarat kemiskinan hidup kita, dan rasa manis gula ibarat kekayaan harta, lalu menurutmu kenikmatan hidup itu sebaiknya seperti apa nak?

Sejenak sang santri termenung, lalu menjawab.

*Santri :* Ya kyai, sekarang saya mulai mengerti, bahwa kenikmatan hidup dapat kita rasakan, jika kita dapat merasakan hidup seperlunya, tidak melampaui batas. Terimakasih  atas pelajaran ini, kyai.

*Kyai :* Ayo santriku, kopi yg sudah kamu beri gula tadi, campurkan dengan kopi yang belum kamu beri gula dan kacau, lalu tuangkan dalam kedua gelas ini, lalu kita nikmati segelas kopi ini.

Sang santri lalu mengerjakan perintah kyai.

*Kyai :* Bagaimana rasanya?

*Santri :* rasanya nikmat, kyai...

*Kyai :* Begitu pula jika engkau memiliki kelebihan harta, akan terasa nikmat bila engkau mau membaginya dengan yang memerlukan.

*Santri :* Terima kasih atas pengajarannya tadi kyai.

*Selamat menjamu kopi*☕☕

 CINCH latte sedap dan lebih berkhasiat .. Hshe tetiba share pasal minuman shaklee ni...

Nak order? Jemput hubungi saya 
Anisah #0136216522

#NowEveryoneCanKurus

Rabu, 1 Mac 2017

Boleh ke Ibu hamil bersenam?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Di doakan anda & kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang berkat. Aamin ya rabbalamin

Ada yang tanya dengan saya, boleh ke Ibu hamil bersenam???

Kan ada bayi yang sedang membesar dengan jayanya, kulit dah menegang, kaki dah bengkak, pinggang dah sakit2, macam an nak bersenam?

Boleh, yang sakit2 tu boleh dikurangkan Bila kena gaya nya. ;) Boleh pm saya untuk kongsikan.

Jadi Ibu hamil tak boleh la asyik nak baring jer, lama2 lagi sakit badan sebab banyak sangat lemak extra sana sini.

Ini poster untuk bersenam semasa hamil, sebenarnya kalau ibu2 ada buku pink- rawatan di klinik kesihatan kerajaan tu, ada juga poster2 seperti ini.


In fact, senaman ini membantu untuk melancarkan proses bersalin. 

Alhamdulillah saya amalkan dulu dan semasa nak bersalin tu, alhamdulillah dipermudahkan sangat. Dan saya terkebil2 'eh betul ke dah bersalin?' walaupun tu pengalaman kali ke3. 

Selain tu, mestilah juga amalkan pemakanan yang baik, banyak kan zikir, berdoa dan mengaji. InshaAllah Allah beri kekuatan yang luar biasa dan permudahkan urusan. 

Buat rakan2 yang sedang hamil dan bakal bersalin... Enjoy the moments and all the best. 

RabbiYassir Wala Tuassir
Rabbi tammin bi khair

Salam hormat,
Anisah 0136216522

Berhati-hati dengan poket kosong

*Poket Kosong*

*_Imam Masjidil Harram Al-Makki dalam khutbahnya mengatakan:_*
إحذروا *الكيس المثقوب*

*Hati-hati dengan poket yang kosong*

" تتوضأ أحسن وضوء " لكــن. .. تسرف في الماء' *كيس مثقْوب*
Engkau telah berwuduk dengan sebaik2 wuduk akan tetapi engkau membazir menguna air, (itu sama dengan) *poket kosong*

" تتصدق عَلى الفقراء بمبلغ ثم .. تذلهم وتضايقهم *كيس مثقْوب.*
Engkau bersedekah kepada fakir miskin kemudian, engkau menghina dan menyulitkan mereka, (itu seperti)
 *poket kosong*

تقوم الليل وتصوم النهار وتطيع ربك" لكــن. .. قاطع الرحم *كيس مثقْوب*
Engkau solat malam hari, puasa di siang hari, dan mentaati tuhanmu, tapi engkau memutuskan (tali) silaturrahm, (jelas itu adalah) *poket kosong*

تصوم وتصبر عَلى الجوع و العطش" لكـن .. تسب وتشتم وتلعن *كيس مثقْوب*
Engkau sabar dengan haus dan lapar,  tapi engkau menghina dan mencaci, (sama dengan) *poket kosong*

" *تلبسين الطرحه والعباية فوق الملابس* "لكـن .. العطر فواح *كيس مثقْوب*
Engkau memakai baju kurung dan berjubah, tapi minyak Wangi menyengat, (itu) *poket kosong*

تكرم ضيفك وتحسن إليه لكـن .. بعد خروجه تغتابه وتخرج مساوئه *كيس مثقْوب*
Engkau memuliakan tamumu dan berbuat baik kepadanya, tapi setelah dia pergi engkau mengumpatnya, (sungguh itu *poket kosong*

أخيرا ً لا تجمعوا حسناتكم في كيس مثقْوب . تجمعوها بصعوبة من جهة .. ثم تسقط بسهولة من جهه أخرى..
*يا رب اسألك لي ولأحبتي الهداية والغفران* .
Pada akhirnya *kamu hanya mengumpulkan kebaikanmu dalam poket kosong,*kamu mengumpulkan dengan susah payah kemudian kamu membazirkannya dengan mudah pula.
Ya Rabb, kami mohon Hidayah dan keampunan atas kami dan orang-orang yang kami cintai.

*عجائب الشعب العربي* :
*_Keganjilan-keganjilan orang-orang Arab (secara khusus dan kaum muslimin umumnya)_*

1- لايستطيع السفر للحج لأن تكلفة الحج مرتفعه .. لكن يستطيع السفر رغبةً في تغيير الجو !
 *ألا إن سلعة الله غالية*
1. Tidak mampu menunaikan Haji kerana konon belanjanya besar, tetapi sanggup pergi melancung menggantinya, *bukankah perdagangan Allah itu mahal*

2- لايستطيع شراء الأضحية لغلاء السعر لكن يستطيع شراء آيفون لمواكبة الموضة.
 *ألا إن سلعة اللَّـه غالية*
2. Tidak sanggup membeli haiwan qurban kerana harganya mahal, tapi sanggup dan mampu membeli iPhone untuk mengganti model yang ada. *bukankah perdagangan Allah itu mahal*

3- يستطيع قراءة محادثات تصل إلى ١٠٠ محادثه في اليوم ..
ولا يستطيع قراءة ١٠ آيات من القرآن بحجة ليس لديه وقت لقراءة القرآن
*ألا إن سلعة الله غالية*
Sanggup membaca beratus-ratus mesej _(whatsapp, fb dll)_ setiap hari,  namun tidak sanggup membaca 10 ayat Al-Quran  dengan alasan tiada waktu yang cukup untuk membaca... *bukankah perdagangan Allah itu mahal*

قليل من سيرسلها لأنه يشعر بالحرج .
Sedikit yang mau menyebarkannya kerana merasa berat dan tak guna.

*تخيل ان الله يراك وانت تنشرها لاجله*.
*Benamkan di fikiranmu bahwa Allah selalu melihatmu. Dan engkau menyebarkannya keranaNya.*

 اذا اعجبتك الفكرة ..  فانشرها .
وإذا لم تعجبك .. فمر كأنك لم ترى شيئا.
Jika engkau terpanggil sebab tulisan ini maka sebarkanlah.. Namun jika tidak maka anggap engkau tidak pernah melihatnya..

*يارب من يرسلها ترزقه من حيث لايحتسب*

*Ya Robb siapa yang mau berkongsi tulisan ini berilah rezki dari arah yang tidak disangka-sangka.*

Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...