Memaparkan catatan dengan label anak soleh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak soleh. Papar semua catatan

Isnin, 8 Oktober 2018

Sharing dari Seminar Keluarga Sunnah

Assalamualaikum..

Dah lama teringin nak pergi ke seminar keluarga sunnah. Alhamdulillah hari ni ada yang share di whatsapp point yang beliau dapat semasa seminar tersebut. In sha Allah ada rezeki nanti nak pergi juga dengan suami tersayang. yelah, bila kita sendiri ke seminar, in sha Allah boost up semangat dan lebih banyak belajar benda baru juga mengingatkan diri pada ilmu yang pernah di ajar.



...
Beberapa points penting yang saya belajar daripada 4 tokoh yang amat saya kagumi (Ustaz Ebit Lew, Ustazah Fatima Syarha, Ustaz Pahrol dan Ustaz Hariyanto) di Seminar Keluarga Sunnah di Matrade KL, Sabtu lepas.
.
Baca, jgn scroll je.. rugi besar kalau tak baca sampai habis.. sgt bermanafaat... tapi kalau malas baca tu x dapek den nk tolong..
Baca dan perlahan-lahan ubah ke arah yang lebih baik.
Kita usaha sama-sama, ok?
.
.
🔴 Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
.
🔴 Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis2. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
.
🔴 Wujudkan 3 waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual.Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
.
🔴 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
.
🔴 Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
.
🔴 Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu-- penyayang dan pengasih.
.
🔴 Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
.
🔴 Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
.
🔴 Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
.
🔴 Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah saw sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
.
🔴 Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada 3: Tempat tinggal, Makanan, Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
.
🔴 Rasulullah saw tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
.
🔴 Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati--
"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata." 😭
.
🔴 Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak--
SABAR.
Betulkan diri sendiri dulu. Kadang2 kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul2 yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
.
🔴 Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
.
🔴 Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
.
🔴 Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
.
🔴 Rasulullah saw tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
.
🔴 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
.
🔴 Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
.
🔴 Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
.
🔴 Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
.
🔴 Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
.
🔴 Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
.
🔴 Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
.
🔴 Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
.
🔴 Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
.
🔴 Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada. 😂) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
.
🔴 Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah saw.
.
🔴 Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
.
🔴 Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
.
🔴 Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
.
.
Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, dan menjemput rahmat Allah ke dalam keluarga kalian.
.
Ini cuma perkongsian.
Bukan nasihat, atau jauh sekali nak tunjuk bagus.
.
Sama-sama kita berlapang dada,
cuba ikut sunnah Rasulullah,
dan perlahan-lahan kayuh kembali kepada Allah.
.
Sementara masih dipinjamkan nyawa ni.
Kan? 😊

Kredit kepada penulis asal. Semoga sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah swt

Selasa, 20 Oktober 2015

Mengimbas kenangan melahirkan anak dengan induce...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Apa khabar anda hari ini? Moga sihat selalu, dengan izinNya. 



Alhamdulillah, entry ini di karang ketika saya sedang hamil 39minggu...tapi terbantut nak di post. hehe. ;) takpelah, post sekarang ya. hehe. ;) (akan bersambung untuk anak ke 3 pula)



 Sekejap je rasa dah 39 minggu, tup2 menunggu hari untuk bersalin jer. saya kongsikan pengalaman pertama melalui proses labour...6tahun yang lalu. 






Kisah Kelahiran Putera Sulung, 
Anas Huzaifah b. Asyraf...

Orang kata setiap kelahiran, membawa kisah tersendiri, ada juga yang kaitkan dengan pengaruh keluarga juga, ada juga yang kaitkan dengan sengugut tak semasa datang bulan. 

Mengimbau kenangan 6tahun lepas, kehamilan pertama yang amat di 


Pengalaman bersalin yang pertama dulu, masa tu kandungan berusia 38 minggu. Dr cadangkan induce sebab air ketuban kurang, takut baby lemas. 

Antara sebab lain Dr akan cadangkan induce; kandungan lebih 40minggu, GDM, dll. (boleh baca di rujukan di bawah jika berminat nak tahu lebih lanjut. 

Induce ada 2 jenis, 1 jenis tablet di masukkan ke laluan baby nak lahir, yang kedua jenis air, di masukkan ke dalam darah melalui jarum yang di cucuk di tangan. 

Saya ? kena 2 kali di induce dengan tablet PROSTAGLADIN. 

induce pertama- pukul 6 pagi, takde rasa sakit contraction pun. Cik abang beria tunggu. 

induce kedua- pukul 1ptg, dalam kul 2+ cik abang balik rumah  hehe. nampak isterinya segar je, boleh je berjalan macam biasa, katanya nanti kalau sakit bagitahu.  tup2 pukul 3-4, contraction dah mula. terus call... abang sampai jer, baru lepas check bukaan dah 4cm, nurse terus tolak masuk labour room. Tup2 pukul 6.30 ptg, lahirlah putera sulung kami. 



Nurse & Staff nurse duk cakap..'Alhamdulillah, mudahnya awak bersalin... lagi2 ni anak pertama' Tetapi di sebalik nampak mudah tu... sakit tak? 

Sakit ke induce? soalan cepu emas kan? Sebelum tu, Sakit tak bersalin? 

mestilah sakit kan.. kalau tak, takkan di berikan ganjaran seperti mati syahid jika ibu meninggal dunia sewaktu melahirkan anak. 

Cuma nya, bila di induce ni... sakitnya tu berpanjangan. Orang tanya, setiap berapa minit rasa contraction nye? Ermm ntahlah macam tak berhenti jer. Oh kebetulan masa tu, gastrik pun menyerang sekali. sampai muntah2 keluar air jer. kiranya saya rasa sakit contraction + gastrik serentak. sampai tak tahu sakit nya kat mana? macamana rasa sakit tu? ntahlah.. tak boleh nak di bayangkan dengan kata2. masa tu, zikir dan doa memang tak putus. tahap tawakal kepada Allah swt memang tinggi sangat.



Nurse siap bisik kan zikir ' Ingat Allah, dik' .. suami hanya boleh masuk bila baby dah nak keluar, huhu. kiranya masa contraction tu, kita bergelut sendirian. sakit yang memang tak pernah alami seumur hidup.

dan yang paling sayu, teringatkan mak..sakit macam ni ke mak nak lahirkan saya ke dunia?

  'Ya Allah, ampunilah dosa & dosa kedua ibubapaku... kasihani mereka , tempatkan mereka di syurgaMu' 

Alhamdulillah, bila baby dah hampir nak keluar, cik abang datang menemani... masa tu, nampak je muka abang, dalam hati terus ucapkan syukur, bagai kurang sikit rasa sakit tu. miracle kan?  kasih sayang dan anugerah yg Allah berikan. 

Alhamdulillah,dengam izin Allah swt, bertemankan cik suami, dan sokongan dari pasukan hospital... proses bersalin i.e dengan 2 kali push... lahir lah bayi seberat 2.8kg ke dunia. 

saat bayi dalam pelukan... MashaAllah, SubahanaAllah, AllahuAkbar, bagai hilang terus rasa sakit tu. satu pengalaman, satu suasana yang pasti segar dalam ingatan. 

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. 

Pengalaman bersalin kedua pula... ada saya kongsikan di sini --> pengalaman bersalin yang sukar di lupakan


Kali ini? Wallahualam.. padsti ada kisah tersendiri. 


'Ya Allah, permudahkan dan lancarkan urusan kami semua, sempurnakan anak yang ku kandungkan ini dari segi fizikal dan mentalnya, berikan kami kesempatan mendidik beliau dengan islam dan iman... Jadikanla dia dai yang berjaya dunia akhirat, aamin'




Inilah pengalaman pertama saya hamil bersama Set HAMIL shaklee . InshaAllah akan diteruskan untuk berpantang dan juga menyusu ( penyusuan SUSU IBU)  Nak tahu apa saya makan? boleh click->SET HAMIL SHAKLEE.


...

Info tambahan 
http://www.babycentre.co.uk/a173/induced-labour
http://bayi-ibu.com/induce-semasa-bersalin/

Selasa, 18 November 2014

Teguran Tepat Pada Masa...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Kisah ini dikongsikan oleh rakan saya, AllahuAkbar, Saya tak kenal penulis asal, namun kisah ini benar2 terkesan di hati! 

Astaghfirullah...Moga Allah ampunkan dosa kita dan moga kita istiqamah dalam melakukan perkara yang baik dan menjauhi kemungkaran.



Hayati kisah ini:

Sedikit pengalaman saya ingin kongsikan bersama rakan. Cerita saya semasa menunaikan haji 2014. Lagi empat hari menantikan hari wukuf. Mekah sudah sesak kerana jemaah dari semua penerbangan sudah tiba.

Pada hari itu saya berjanji untuk menelefon anak anak di Malaysia. Kami aturkan temujanji pada pukul 3.00 petang kerana ia bersamaan pukul 8 malam di Malaysia. Waktu yang paling sesuai dan anak anak saya pun belum tidur.



Oleh kerana leka berbual, kami agak lewat memulakan perjalanan ke masjid untuk solat asar hari itu. (Masuknya waktu Asar ialah pada 3.30 petang. Kami memerlukan 20 minit untuk berjalan kaki dari hotel ke masjid). Sampai di masjid, keadaan sudah sesak. Laluan ke tempat kegemaran kami yang berhadapan Multazam di tingkat 1 telah pun ditutup. Lalu saya dan suami memutuskan untuk berpisah di situ dan bertemu semula ditempat yang dijanjikan sesudah solat. Kami pun mencari saf masing masing.

Ruang sudah dipenuhi oleh jemaah. Saya ke kelompok jemaah wanita yang telah penuh dengan jemaah pelbagai bangsa dan warna kulit. Saya meninjau dengan 'muka kesian' memohon simpati agar dapat sedikit ruang untuk solat. Akhirnya saya terpandang seorang wanita Arab yang cantik. Dia seakan faham hasrat saya untuk menumpang saf disebelahnya, tetapi awal awal lagi dia menggeleng kepala mengisyaratkan tiada ruang boleh dikongsikan. Saya faham, walaupun sejadahnya lebar tetapi badannya agak gempal. Dia mungkin khuatir nanti dia tidak selesa.

Seketika kemudian azan asar pun berkumandang. Hati saya semakin cemas kerana saya belum dapat ruang solat sedangkan ketika itu saya sudah terperangkap di tengah tengah kelompok jemaah yang ramai. Semua jemaah duduk di sejadah masing masing menunggu azan tamat. Saya sukar untuk keluar dan tidak juga dapat duduk.

Akhirnya ada sedikit ruangan kosong dibahagian hadapan. Betul betul berdepan dengan saf wanita Arab yang cantik tadi. Namun agak mengecewakan kerana disitulah jemaah melonggokkan selipar mereka. Ada antara selipar itu yang berdebu dan tidak berbungkus. Ia bersebelahan dengan tiang.

Saya tiada pilihan. Sambil azan masih bergema, saya kais selipar selipar itu untuk ruang saya solat. Ia bukanlah lantai yang rata, malahan ia merupakan dua anak tangga untuk ke ruang hadapan yang lebih tinggi paras lantainya. Kesimpulannya, saya akan solat di anak tangga yang penuh dengan selipar, ditepi sebuah tiang. Lebih malang lagi, kerana hendak cepat tadi, saya pula lupa membawa sejadah.

Azan selesai. Saya berdiri sambil meninjau lagi kalau ada ruang yang lebih baik. Seorang lagi jemaah lalu berhampiran dengan saya. Saya lihat wajahnya memohon saf daripada wanita arab cantik itu. Saya menunggu reaksi wanita arab itu. Dalam hati berbisik, aku tadi minta saf dia tidak beri. Bagaimana pula wanita ini?

Wanita arab itu menggeleng sambil matanya memandang saya. Saya tahu dia menyedari apa yang ada dalam hati saya. Saya kasihan melihat jemaah yang senasib dengan saya itu. Dalam kesuntukan masa saya lihat wanita itu melangkah langkah dicelah celah jemaah dengan susah payah untuk mencuba nasib diruang lain. Saya amat faham perasaan yang dia lalui.

Saya tiba tiba merasa sebak. Terutama bila terpandang kembali ruang di celahan selipar yang bakal saya sujud kelak. Ia hanya memuatkan muka dan tangan saya sahaja. Kaki dan lutut saya nanti pula akan berada di anak tangga.

Sambil memandang wanita arab itu, Dalam keadaan senyum yang tawar, terkeluar kata kata dari mulut saya.
"here in masjidilharam sometimes we have to beg for a space. Just to see God." saya menyambung lagi dalam bahasa inggeris, (translated): " Saya pun tadi jadi pengemis juga. Syukurlah saya dapat juga tempat. Tapi.. " airmata saya mula bergenang. "Lihatlah tempat saya.." saya tak mampu lagi terus berkata kata.

Tiba tiba seorang jemaah yang berhampiran menyampuk. "itulah.. awak sebenarnya cuma lewat sikit saja. Sebelum tadi masih banyak tempat".Mendengar saja ucapannya saya terus menangis kuat. Tiada lagi rasa malu ketika itu. Saya sebenarnya terusik dengan perkataan 'Lewat'. Dalam fikiran saya penuh penyesalan. Ada banyak lintasan datang dalam hati saya.

Oleh kerana saya dalam keadaan berdiri di anak tangga dan sebahagian besar jemaah lain duduk (kebanyakannya baru selesai solat sunat qabliyah), maka saya kelihatan jadi tumpuan. Seperti di atas pentas dengan jemaah itu selaku penontonnya.

Wanita Arab tadi datang dengan rasa bersalah lalu memeluk saya yang sedang menangis.
"I am sorry.. bukan saya taknak beri ruang, tapi saya pun tak cukup." perbualan kami didengari oleh semua orang kerana jemaah hanya beberapa ketika saja lagi akan memulakan solat.

Sambil mengesat air mata saya mengeluarkan apa yang terbuku di dada tanpa segan silu. "Saya bukan marahkan kamu. I just missed my hometown. In my country, I got a lot of space, I can pray wherever I want, we have a lot of masjid."

gambar hiasan dari google


Tapi di sana saya tidak hargai ruang yang Allah beri. Saya selalu lewatkan solat dengan sengaja. Tapi Allah tidak pernah menghina saya atau membalasnya serta merta. Di sini, disebabkan lewat sedikit saya terpaksa terima hukuman, lihat sajalah ruang solat saya. Saya rasa terhina di hadapan Tuhan".

Kami kelihatan seperti pelakon drama. Semua jemaah lain yang faham bahasa Inggeris menunjukkan muka yang sayu. Jemaah yang tidak faham kelihatan bertanya tanya rakan di sebelah.
Salah seorang menyampuk "where is your hometown?".

" I am from Malaysia. Its a beautiful muslim country".


"When I got back to Malaysia, I dont want to pray late anymore. I dont want Allah to embarrase me in Mahsyar"

Wanita arab tadi memegang tangan saya sambil berkata "terima kasih, hari ini saya belajar sesuatu dari kamu. Allah menegur hambanya dengan pelbagai cara. Saya pun akan hargai ruang dan masa yang saya ada bila saya balik nanti. Semoga kamu mendapat haji yang mabrur".

Bilal pun qamat, imam pun memberi isyarat memulakan solat. Saya kembali ke ruang saya tadi dan berusaha menyesuaikan diri. Tiba tiba dari barisan belakang, kedengaran suara jem
aah lain memanggil. "Hajjah, here is space for you". Rupa rupanya mereka tadi memahami dan berganjak ganjak sehingga terhasil satu ruang yang cukup cukup untuk saiz badan saya. I feel blessed.

Seusai solat fardhu dan solat jenazah, jemaah pun mula bersurai. Tanpa disangka beberapa jemaah lain yang tidak dikenali datang memeluk saya dan berkata, "Thank you Hajjah, haji mabrur In Shaa Allah". ##


Astaghfirullah...Moga Allah ampunkan dosa kita dan moga kita istiqamah dalam melakukan perkara yang baik dan menjauhi kemungkaran.


Jika anda rasa posting ini bermanfaat untuk dikongsikan, saya mohon anda tekan LIKE dan Fb di bawah. Mungkin akan ada ramai yang mendapat manfaat dengan satu LIKE daripada anda. Semoga ia menjadi pencen kubur buat kita semua.'Wallahualam.

Rabu, 2 Julai 2014

Kisah Anak Soleh, Penghuni Syurga Allah swt

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan, 

Alhamdulillah, kita sedang berada dalam bulan Ramadhan yang penuh rahmat. 

Hari ini, saya ingin berkongsi kisah yang mungkin ada di kalangan kita pernah dengar dan ada yang belum. Kisah seorang anak soleh, Uwais al-Qarni yang terkenal di langit Allah swt. Semoga kita dapat mengambil iktibar dari kisah ini. 

..........


Uwais al-Qarni adalah seorang daripada kalangan tabi’in yang hidup selepas kewafatan Rasulullah , dan dapat bertemu dengan para sahabat. Sejak dilahirkan beliau berpenyakit sopak dan ayahnya telah meninggal dunia. Hidupnya sangat fakir dan dalam keadaan yatim.Ibunyalah yang menjaganya sejak kecil sehingga beliau dewasa. Walaupun miskin, Uwais kaya dengan budi bahasa dan amanah.

Uwais al-Qarni hanya tinggal bersama seorang ibu yang sudah tua, buta dan lumpuh. Malah, ibu tua itu cuma bergantung harap pada Uwais untuk menguruskan kehidupannya. Di situlah mereka dua beranak meneruskan kehidupan tanpa ada sanak saudara. Tatkala ibunya memerlukan bantuan, Uwais tidak pernah mengeluh dan akan menguruskan ibunya terlebih dahulu sebelum membuat perkara lain.

Selain dikenali sebagai seorang anak yang taat kepada ibunya. Uwais juga sangat taat melakukan ibadah, beliau seringkali berpuasa dan malam hari masanya terisi dengan ibadahsolat-solat sunat dan tahajud kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidina Umar r.a. dan Saidina Ali k.w.: “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.

Saidina Umar dan Saidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah SAW: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?

Rasulullah SAW menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian."

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...