Rabu, 31 Mei 2023

Motivasi Diri Untuk Bangkit Demi Kejayaan

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Apa khabar anda hari ini? Di doakan semoga sihat serta sejahtera jiwa dan raga. 

Sekarang ni, selain dari pemakanan yang sihat untuk tubuh yang sihat, makanan rohani juga penting untuk kesihatan mental yang sihat. 

Semasa dunia di landa covid19, isu kesihatan mental amatlah di titik beratkan. Viral lah isu sana sini, maka badan kerajaan dan bukan kerajaan pun giat melakukan aktiviti bagi membendung masalah mental ni. Pada masa itu, ramai yang di buang kerja, ramai yang jadi murung kerana tak boleh keluar rumah. Buat mereka yang makan gaji, walaupun tak dapat keluar bekerja, gaji masih jalan... itupun ramai yang bekerja swasta juga terpaksa ada potongan gaji dan di tamatkan serta merta.

Apa yang membantu mereka atau pun kita, untuk kekal bersemangat? Tentulah motivasi diri kan? 

Setiap dari kita, ada tanggungjawab tersendiri, untuk bangkit demi kelangsungan hidup dan seterusnya berjaya meningkatkan kesejahteraan diri serta keluarga dan masyarakat, Kata-kata motivasi dari keluarga, sahabat dan juga pakar motivasi serta pakar agama dapat membantu untuk kita sentiasa bermotivasi, 


Buat rakan-rakan yang suka menulis dan ingin terbitkan dalam bentuk buku boleh hubungi biras saya yang di sayangi, Nurul Syahida Hassan click Motivasi

Allah sayang kita



Alhamdulillah selalu kan Allah hantarkan jawapan pada persoalan kita dari pelbagai arah, ada kalanya dari arah yang tidak di sangka-sangka. 

Surah Ad-Dhuha adalah surah yang rasa dekat dengan saya sejak saya mula berkecimpung dalam dunia bisnes shaklee ni, alhamdulillah antara amalan rohani yang kerap di tekan kan oleh team kami, amalkan solat sunat dhuha, di mana surah ad-dhuha di galakkan di baca selepas Al Fatihah. 




Izin kan saya berkongsi artikel dari ikim.fm - Dahsyatnya Surah Ad Dhuha. 
...

AL_QURAN sentiasa menjadi didikan yang terbaik buat diri kita. Akan sentiasa menjadi panduan dalam kita meniti kehidupan yang kadangkala mengecewakan.

Menerusi Segmen Ibrah yang keudara di IKIMfm minggu lalu pada hari Isnin, 5.15 petang, Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman berkongsi mengenai Surah Ad-Dhuha dan bagaimana surah ini menjadi motivasi buat Rasulullah SAW.

Perlu untuk kita ketahui keadaan Rasulullah SAW ketika surah ini diturunkan. Rasulullah SAW merindukan wahyu kerana wahyu telah lama tidak turun kepada Rasulullah SAW. Menyebabkan Rasulullah SAW lebih resah dan gelisah sehingga Rasulullah disindir oleh Ummu Jamil, isteri Abu Lahab “Sesungguhnya Syaitanmu wahai Muhammad telah meninggalkan kamu.”

Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat agar Rasulullah SAW dapat menikmati indahnya wahyu daripada Allah SWT dan membuatkan Baginda rindu akan wahyu. Perlu kita muhasabah kembali, adakah kita benar-benar rindu kepada Al-Quran sepertimana Rasulullah SAW rindu kepada wahyu dan ayat-ayat Allah SWT.

Cuba kita kembali merenung diri sendiri tatkala kita ditimpa musibah dan rasa tertekan dengan kehidupan. 3 persoalan yang kita perlu persoalkan ketika rasa kecewa. Yang pertamanya, adakah bila kita kecewa, kita kembali merenung alam sekeliling dan bertafakur serta melihat seketika apa yang berlaku kepada alam.

Keduanya kembali kita renungkan, apa tujuan dan destinasi kita yang sebenarnya. Adakah kita hidup untuk dunia semata-mata atau menuju alam lain dan yang terakhir adakah kita melihat sejarah di masa lampau dan mengambil pedoman daripada sejarah kita.

Tiga perkara ini antara intipati yng terkandung di dalam Surah Ad-Dhuha yang mana bercerita tentang alam, visi dan sejarah. Rasulullah SAW dimotivasikan oleh Allah SWT menerusi ayat 3 Surah Ad-Dhuha yang bermaksud : (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). Satu ayat ini menjadi tema yang paling penting kenapa Surah Ad-Dhuha ini turun.

Kemudian Allah SWT menghadirkan ayat-ayat lain di dalam surah ini untuk menjadi bukti bahawa Allah SWT tidak pernah meninggalkan Rasulullah SAW dan juga tidak pernah meninggalkan kita. Kadangkala setiap kali kita menadah tangan memohon kepada Allah SWT kita terasa seperti Allah SWT tidak pernah mendengar kita ekoran dosa-dosa yang kita lakukan. Saat kita bersangka bahawa Allah SWT meninggalkan kita, Surah Ad-Dhuha mengajar kita untuk bersangka baik kepada Allah SWT yang Allah SWT tidak pernah meninggalkan kita walau besar manapun dosa yang kita lakukan selagi kita rasa mahu kembali kepada Allah SWT.

Saat mana kita terasa ingin kembali kepada Allah SWT dan saat kita melafazkan ‘Istighfar’ kita, disitulah tanda Allah SWT tidak pernah meninggalkan kita dan hadir bersama rahmat-Nya agar kita tidak tenggelam dan terus-terusan bergelumang dengan dosa.

Bukti yang pertama Allah SWT tidak pernah meninggalkan Rasulullah SAW adalah menerusi alam yang disebutkan menerusi Surah Ad-Dhuha ini. Ayat 1 dan 2 yang bermaksud : Demi waktu dhuha,. Dan malam apabila ia sunyi-sepi –

Allah SWT menciptakan alam ini bukan sia-sia dan apabila kita merenung kejadian alam ini, ia seolah-olah berinteraksi dengan kita. Cuba kita faham bahasa alam kepada kita dengan merenung setiap kejadiannya lalu kita akan faham dua ayat pertama surah Ad-Dhuha. Allah SWT menyatakan wahai Muhammad SAW, keadaan alam sama dengan keadaan kamu, tiada bezanya. Sekiranya alam ada saat gelap gelita dan hening, begitu juga kamu. Percayalah segelap dan sepekat manapun malam itu, pasti akan muncul matahari dan wujud cahaya di siang hari esoknya. Ketika gelap datang, belajarlah untuk tenang kerana pasti sinar akan muncul. Begitulah Allah SWT mengajar kepada Rasulullah SAW akan perihal alam.

Yang kedua, menerusi Surah Ad-Dhuha, kita dapat belajar apa itu visi dan matlamat kita. Menerusi ayat 4 & 5 surah ini yang bermaksud : Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.

Ayat 4 & 5 surah ini mengajar kita tentang masa depan. Kenapa ramai di kalangan kita tertekan? Kerana kita tidak jelas akan matlamat dan tujuan hidup kita. Pertama, Allah SWT kata, akhirat perlu ada dalam fikiranmu wahai Muhammad SAW. Keduanya, sebagaimana di akhirat nanti Allah SWT menjanjikan yang terbaik, begitu jugalah di dunia. Allah SWT menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan di dunia buat Rasulullah SAW. Kesimpulan ayat ini, kita akan sentiasa bermotivasi apabila kita mengetahui tujuan dan matlamat kehidupan kita.

Faktor ketiga di dalam surah ini adalah faktor sejarah. Allah SWT menunjukkan bukti ketiga kepada Rasulullah SAW. Allah SWT singkap kembali sejarah 40 tahun Rasulullah SAW dalam tempoh tiga ayat.

Tiga ayat merumuskan perjalanan 40 tahun Rasulullah SAW. Ayat 6-8 yang bermaksud : Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)? Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

Allah SWT mengingatkan kepada Rasulullah SAW saat di mana Baginda yatim dahulu. Allah SWT tidak pernah melupakan Baginda begitu jugalah saat kesusahan yang melanda, Allah SWT tidak pernah meninggalkan Baginda Rasulullah SAW. Allah SWT menyampaikan kepada Rasulullah SAW, berdasarkan sejarah masa silam, Kami melihara kamu, takkan Kami terfikir untuk meninggalkan kamu pada ketika ini.

Demikianlah Allah SWT mengajar kita untuk merenung kembali sejarah hidup kita yang terdahulu agar kita lebih mensyukuri apa juga nikmat yang telah Allah SWT kurniakan. Ada kejadian-kejadian lampau yang sengaja Allah SWT hadirkan untuk kita kembali merenung di masa hadapan lalu bersyukur kepada Allah SWT atas segala apa yang terjadi.

Semoga ayat-ayat Allah SWT sentiasa menjadi motivasi untuk kita mendepani dunia yang kian mencabar.

.


Kita manusia biasa, Alhamdulillah bila kita duduk dalam circle yang sama-sama bantu untuk naik bersama, Alhamdulillah di antara circle yang saya sayangi, team shaklee kami, di bawah Master Maria Firdaus yang turut menaung di bawah Master Norita yang sentiasa memberi motivasi dan contoh yang baik, dalam misi hidup, menjadi mukmin yang sejati. InshaAllah. 


Nak PRODUK Shaklee atau nak mulakan BISNES ONLINE Shaklee? Jom saya bantu 😃

Wasap.my/60136216522/NakShaklee

#RakanShaklee Anda,

Anisah Khalid

#NextLevelBlogging #Shakleetriumph2023 #shakleethrive2023 #SetRahmahShaklee2023

Rabu, 24 Mei 2023

Mudahnya Renewal Keahlian Shaklee

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Dalam entri sebelum ini saya ada kongsikan bagaimana kita sebagai ahli shaklee boleh dapat cash rebate, secara tak langsung dapat menikmati produk shaklee secara PERCUMA, ada saya kongsikan juga cara mendaftar menjadi ahli shaklee. 




Jom kali ni, kita explore pula cara untuk renewal keahlian shaklee, Eh kena renew ke? ya kena renew setiap tahun pada tarikh lahir kita, macam kena renew lesen kenderaan tu. tapi ada cara yang PERCUMA juga.


Bagaimana nak renew keahlian secara PERCUMA?



Proses ini sangat mudah. Buat belian produk shaklee dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh lahir anda.  Anda boleh berhubung dengan pengedar Shaklee yang daftarkan anda dulu dan beritahu mereka mengenai keinginan anda untuk mengaktifkan keahlian anda, ataupun boleh login sendiri di website shaklee. Jika tak ingat password mahupun id? boleh click pada Forgot password dan masukkan nombor telefon yang di daftarkan. 


Jika anda terlepas untuk mengaktifkan keahlian sebelum dari tarikh lahir anda, anda masih boleh renew keahlian sehingga setahun. Boleh cross check dengan pengedar shaklee yang anda daftar atau mana-mana pengedar shaklee yang anda percaya untuk semak status keahlian. 

Seterusnya, jika nama anda sudah tiada dalam sistem shaklee, anda boleh mendaftar semula dan peroleh id baru. Adalah sangat penting untuk berdaftar dibawah pengedar shaklee yang anda percaya dan boleh membantu anda dalam membuat order serta memberikan konsultansi terbaik. Shaklee adalah syarikat MLM yang mana setiap pengedar nya bertanggungjawab untuk memberi konsultansi yang baik buat pelanggan nya. 

 


Sebagai ahli Shaklee, anda juga layak untuk mendapatkan cash rebate yang menarik. Ini bermakna setiap pembelian produk Shaklee yang anda lakukan, anda boleh mendapat pulangan tunai (jika cukup 150uv keatas).  Selain daripada manfaat kesihatan dan kebaikan produk Shaklee, cash rebate ini adalah satu insentif yang memudahkan anda dalam menjaga kesihatan dan kehidupan sihat secara ekonomi.

Anda boleh renew dengan belian mana-mana produk shaklee melalui website shaklee.com.my ataupun boleh pilih SET RAHMAH ataupun HELLO NEW YOU yang sedang promosi sekarang. 







Menjadi ahli Shaklee memberikan banyak kelebihan. Anda boleh menikmati harga istimewa untuk produk berkualiti tinggi, akses kepada sumber maklumat yang berguna tentang kesihatan, dan juga pelbagai program ganjaran dan tawaran eksklusif.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memperbaharui keahlian Shaklee anda dan terus menikmati manfaat yang ditawarkan. 

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri blog ini.

 Semoga perkongsian mengenai cara mudah memperbaharui keahlian Shaklee ini memberi manfaat kepada anda semua. Jaga kesihatan dan kehidupan sihat anda, dan selamat ber-Shaklee!

Nak PRODUK Shaklee atau nak mulakan BISNES ONLINE Shaklee? Jom saya bantu 😃

Wasap.my/60136216522/NakShaklee

#RakanShaklee Anda,

Anisah Khalid





#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023


#SetRahmahShaklee2023

Ahad, 21 Mei 2023

Raih Kecantikan dan Kesihatan Secara PERCUMA dengan Vitamin Shaklee melalui CASH REBATE

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Adakah anda ingin menikmati manfaat vitamin Shaklee secara PERCUMA? Jika ya, saya mempunyai beberapa tip menarik untuk anda. Anda dapat makan vitamin Shaklee secara PERCUMA melalui Cash Rebate. Secara umumnya, cash rebate ni di khas kan untuk mereka yang menjadi ahli shaklee, samada untuk makan sendiri ataupun nak berbisnes. Ada saya kongsikan di entry  insentif shaklee.  

 Mari kita terokai cara mudah untuk menjadi ahli Shaklee dan menikmati manfaat yang menakjubkan ini.


Pertama sekali, anda perlu tahu cara menjadi ahli Shaklee. Anda boleh melakukannya melalui pengedar Shaklee yang dipercayai. Sebagai pengedar, kami akan membimbing anda melalui proses pendaftaran dan memberi konsultansi bagi membantu anda memilih produk yang bersesuai dengan diri anda. Dengan menjadi ahli Shaklee, anda akan mendapat akses kepada produk-produk berkualiti tinggi Shaklee dan pelbagai keistimewaan, antaranya ialah dapat menikmati produk shaklee dengan harga ahli iaitu sekitar 20% penjimatan. 

Terdapat dua cara untuk mendaftar menjadi ahli shaklee, nak yang berbayar atau PERCUMA? pilihan di tangan anda. 


Cara pertama - 

Anda hanya perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM35 dan boleh terus membeli produk shaklee pada harga ahli atau, 

Cara kedua - 

Inilah yang menarik! Anda boleh mendapatkan keahlian Shaklee secara PERCUMA melalui pembelian mana-mana produk Shaklee bernilai 100 Unit Volume (UV) yang berharga sekitar RM400.

Lebih menarik lagi, kini shaklee tawarkan promosi hebat, dengan belian SET RAHMAH ni, keahlian di beri secara PERCUMA. Bayangkan dengan belian combo pertama - satu botol vitamin C dan 1 botol ESP pada harga RM99 anda layak dapat keahlian PERCUMA pada masa yang sama dapat penjimatan RM132 ( jauh lebih jimat dari bulan lain tau!). pastu kalau ambil combo kedua, boleh dapat free delivery sekali. hebat kan? 



Jika anda zoom poster di atas, boleh nampak gambar $ tu kan? di sini lah kita boleh dapat CASH REBATE. scroll sikit ke bawah ada saya share ya... 

Selain tu, boleh juga dapat keahlian PERCUMA melalui SET HELLO NEW ME


Dan pelbagai lagi set yang anda nak... kami sebagai pengedar boleh customized kan mengikut keperluan dan bajet anda juga. Shaklee kan terkenal di kalangan ibu hamil dan menyusu kan, jadi untuk yang nak prenatal & postnatal set pun boleh dapat keahlian PERCUMA. dengan belian sekitar 100uv atau sekitar belian bernilai RM450. 


Ok jom kita teruskan, macamana pula nak dapat vitamin shaklee secara percuma melalui CASH REBATE kan? 

Siapa pernah tengok jadual di bawah? Jadual ni menunjukan peratusan %  cash rebate yang kita boleh dapat melalui belian produk shaklee. Dengan minimum 150uv iaitu sekitar RM510 anda layak 5% cash bonus iaitu di anggarkan sekitar RM25. Biasanya ramai ahli shaklee yang makan sendiri layak dapat 5% ni. Ada yang kumpul order then boleh layak dapat 8%, 11% dan up to 21%. dan ia nya sebenar nya hasil belian semua ahli yang berdaftar di bawah kita. dan jika ahli bawah kita capai minimum uv, mereka pun layak dapat bonus. Kiranya semua orang ada peluang yang sama. 



Jadi, tunggu apa lagi? Ambil langkah pertama anda menuju keahlian Shaklee dan makan vitamin Shaklee secara PERCUMA melalui Cash Rebate. Mula merancang perjalanan kesihatan yang hebat dengan produk-produk berkualiti tinggi Shaklee.


Ingat, bergabunglah dengan pengedar Shaklee yang dipercayai untuk membimbing anda melalui proses ini. Mereka akan memberi anda sokongan dan nasihat yang diperlukan untuk memulakan perjalanan kesihatan yang luar biasa. Saya berdaftar shaklee di bawah team Master Maria Firdaus, Master Ainul Shahrazad, Master Hafsah, Master Zahirah, Master Laila dan Master Norita. Semua master ini sangat supportive dalam membantu kami semua untuk menjana pendapatan melalui bisnes shaklee dalam pada masa yang sama sangat menjaga hubungan silaturahim yang baik, serta selalu mengingatkan kami menjaga hubungan dengan pemilik rezeki, iaitu Allah swt. 


Nak PRODUK Shaklee atau nak mulakan BISNES ONLINE Shaklee? Jom saya bantu 😃

Wasap.my/60136216522/NakShaklee

#RakanShaklee Anda,

Anisah Khalid



#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023

Jumaat, 12 Mei 2023

Testimoni SET KURUS SHAKLEE "Hello New You"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Kita masih dalam bulan Syawal yang diraikan, entri terdahulu saya telah berkongsi tips menghadiri open house di hari raya , namun pasti ada yang tersasar juga kan? diri saya sendiri terasa juga baju yang pakai awal syawal tu, mengecut sikit sekarang. ops, maafkan diri ya. Dalam sedar tak sedar ter enjoy makan pula kan. tak kawal gula - minum air manis , kurang bersenam dan lain-lain lagi antara faktor berat badan boleh naik. setuju?  Marilah sedar diri... kita nak turunkan berat badan ni bukan untuk orang lain, tapi untuk kesihatan dan keselesaan diri sendiri juga. 





Di samping memudahkan diri untuk beribadat. Kajian saintifik telah menunjukkan obesiti / overweight adalah salah satu faktor mengurangkan jangka hayat seseorang. Orang yang obesiti / overweight, mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk terkena strok, serangan jantung, sakit sendi, tekanan darah tinggi dan macam-macam lagi.  Kita nak hidup sihat hingga hujung nyawa, maka marilah sama-sama menjaga kesihatan diri kan? InshaAllah. 


InshaAllah saya sendiri dalam proses penurunan berat badan dengan SET KURUS DENGAN CEPAT ni. Doakan saya istiqamah ya.  Tercabar juga tengok banyak sangat-sangat testimoni hebat rakan-rakan yang dah consistent amalkan diet seperti di sarankan dalam SET HELLO NEW YOU ni. 

Set ini dirumuskan oleh pakar pemakanan (nutrionist) dalam Shaklee Malaysia. Dalam website shaklee sendiri, ada menyatakan PERBEZAAN Set Kurus Shaklee berbanding brand lain - 

"Program ini dibangunkan supaya anda mempunyai pendekatan pengurusan berat badan yang selamat, sihat dan berkesan. Tidak seperti kebanyakan diet ikutan di luar sana, “Hello New You” Shaklee menggalakkan pengurusan berat badan yang lestari dengan mengambil kira nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan anda dan bukan hanya solusi sementara untuk mempromosikan penyelesaian pantas bagi penurunan berat badan."


Jom layan jap testimoni terkumpul ya , ramai yang berjaya turun 10kg sekurangnya dalam masa  satu bulan. Tempoh yang ideal dan tidak terlalu drastik. Tempoh sebulan dikira KURUS DENGAN CEPAT, dan yang penting tidak mudah bounce back, sebab bila kita sudah berjaya kurangkan berat badan, tentulah sayang untuk BREAK the pattern pula kan. dan tidaklah sampai tahap giveup. bizinillah . 


TESTIMONI SET KURUS SHAKLEE "HELLO NEW YOU"









SET KURUS SHAKLEE "Hello New You"


Setiap kali kita melangkah ke dalam cermin, apa yang terpancar dari sana adalah gambaran yang seakan-akan menjerit, "Sudah tiba masanya untuk berubah!" Memang, penurunan berat badan bukanlah perkara mudah, tetapi dengan Set Kurus Shaklee "Hello New You", segalanya mungkin!


 Set Kurus Shaklee "Hello New You" adalah satu himpunan produk yang dirumus khas oleh pakar pemakanan dalam SHAKLEE MALAYSIA untuk membantu anda mencapai impian penurunan berat badan dengan mudah dan selamat. Dalam set ini, terdapat empat produk utama yang akan memberikan sokongan yang diperlukan, iaitu Cinch, ESP, Herblax, dan Omega. Selain itu, terdapat tambahan istimewa iaitu ResV / Vivix yang akan menjadikan perjalanan anda menuju kehidupan baru yang lebih sihat dan langsing.


1. Cinch - Setiap langkah anda makan Cinch, anda sedang membuat pilihan yang tepat. Cinch adalah pengganti makanan seimbang yang mempunyai campuran nutrisi penting seperti protein, serat, vitamin, dan mineral. Ia membantu mengekalkan kekenyalan kulit serta memberikan tenaga yang berpanjangan. Dengan Cinch, anda akan merasakan kenyang lebih lama dan dapat mengawal pengambilan kalori dengan lebih efektif.


2. ESP - ESP adalah sumber protein serbuk berkualiti tinggi yang diperlukan untuk membentuk otot yang sihat dan membantu mengawal nafsu makan. Anda boleh mengambil ESP sebagai snek sihat antara waktu makan atau sebagai sarapan yang memberikan kestabilan tenaga sepanjang hari. Dengan ESP, anda dapat mencapai kepuasan yang lebih lama dan mengurangkan rasa lapar yang tidak diingini.


3. Herblax - Satu perkara yang penting dalam proses penurunan berat badan adalah memastikan sistem pencernaan berfungsi dengan baik. Herblax adalah suplemen serat semulajadi yang membantu melancarkan sistem pencernaan dan membersihkan usus dari toksin yang tidak diingini. Dengan pengambilan Herblax secara konsisten, anda akan merasakan perbezaan yang ketara dalam hal ringan dan segar sepanjang hari.


4. Omega - Kesihatan jantung dan otak adalah penting dalam setiap program penurunan berat badan. Omega adalah minyak ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 yang membantu menjaga kesihatan jantung dan memperbaiki fungsi otak. Tambahan Omega dalam set ini akan memastikan anda mendapatkan nutrisi yang mencukupi dan memperoleh manfaat kesihatan yang maksimum.

5. Lecithin dalam Set Kurus Shaklee "Hello New You" membantu penurunan berat badan dengan memecahkan lemak, mengurangkan penyerapan lemak, dan meningkatkan metabolisme lemak. Ini membantu membakar lemak sebagai sumber tenaga, mengurangkan kalori yang diserap oleh tubuh, dan memperbaiki profil kolesterol.

Tambahan: ResV / Vivix - Untuk menjadikan perjalanan penurunan berat badan anda lebih lengkap, terdapat tambahan istimewa dalam Set Kurus Shaklee "Hello New You", iaitu ResV / Vivix. ResV / Vivix adalah suplemen penambah tenaga dan antioksida yang membantu meningkatkan sistem imun dan melambatkan proses penuaan. 





*😱 Berat badan naik lepas Raya? Jom try SET KURUS SHAKLEE! *


Promosi Set Hello New You RM353 saja!



💰Normal Price RM520,  Jimat RM167!


Anda dapat:-


✅ Cinch Shake Latte + Omegaguard + Lecithin + Herblax + FREE Cinch Shake Vanilla.

✅ FREE Membership

✅ FREE Postage

✅ FREE Green Shaker (For New Registration Only)

Tambah RM399 sahaja untuk vivix 


Ringkasan Fungsi Set Kurus Shaklee:-

🔹1. Meningkatkan metabolisme supaya lemak lebih cepat terbakar

🔹2. Memecahkan lemak, menghalang pengumpulan lemak & mengeluarkan toksin dari hati.

🔹3. Memberi rasa kenyang lebih lama

🔹4. Membina otot supaya tak menggeleber apabila lemak terbakar.

🔹5. Memudahkan pelawasan & mengeluarkan toksin dari badan.


Detailed info : 

https://www.shaklee.com.my/content/hello-new-you

Nak order sendiri? click di sini ya Order di website shaklee sendiri

Harga promosi sehingga 31 MAY 2023 atau sementara stock masih ada.

Mohon doakan saya ISTIQAMAH ya 



Nak PRODUK Shaklee atau nak mulakan BISNES ONLINE Shaklee? Jom saya bantu 😃


Wasap.my/60136216522/NakShaklee


#RakanShaklee Anda,


Anisah Khalid

#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

Selasa, 9 Mei 2023

Tips menghadiri Open House di Hari Raya

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah kita masih berpeluang meneruskan SAMBUTAN HARI RAYA, dengan membuat open house serta menghadiri Hari Raya Open House.

Salam Aidilfitri , Maaf Zahir Batin 

Tujuan Open house di adakan adalah untuk mengeratkan silaturahim, mengambil peluang yang ada untuk bertukar cerita dan lain-lain. Open house tak lengkap tanpa ACARA MAKAN dan MAKAN kan? Sampaai kita takut nak pergi sebab takut terlebih makan. Alhamdulillah saya sendiri telah melalui puasa dan hari raya dengan  Shaklee sejak 2013, di mana shaklee bantu kawal nafsu makan semasa open house tu. Syaratnya, kena displin ya kawan-kawan. 





Jom kita selami beberapa tips menghadiri Open House...


Menghadiri open house semasa musim perayaan adalah suatu kegembiraan, tetapi kadang-kadang boleh menjadi mencabar. Untuk membantu Anda menikmati pengalaman tersebut dengan selesa, berikut adalah 10 tips panduan semasa menghadiri open house di musim perayaan:


1. Kenal pasti jadual dan lokasi: Pastikan anda mengetahui tarikh, masa dan lokasi open house yang ingin anda hadiri. Pastikan juga anda membuat catatan tentang jadual open house yang anda terima.


2. Hadiahkan sesuatu: Bawa hadiah kecil sebagai tanda penghargaan kepada tuan rumah. Ia boleh berupa bunga, kuih tradisional atau hadiah lain yang sesuai dengan suasana perayaan.


3. Berpakaian sopan: Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dan sopan mengikut adat dan budaya setempat. Ini menunjukkan penghormatan kepada tuan rumah.


4. Tiba pada masa yang tepat: Usahakan untuk tiba pada masa yang dijadualkan. Jangan terlalu awal atau terlalu lewat, untuk menghormati tuan rumah yang mungkin sibuk dengan persiapan.


5. Sapa dengan sopan: Sapa tuan rumah dengan senyuman dan salam yang sopan. Berikan ucapan selamat atau doa kepada mereka dan hargai usaha mereka untuk menjamu tamu.


6. Berbual dengan semua orang: Berinteraksi dengan tetamu lain dan bukalah diri kepada percakapan yang santai. Ini membantu mencipta suasana yang mesra dan memperkukuh hubungan sosial.


7. Menjaga kesopanan makan: Ambil makanan yang sewajarnya dan nikmatilah hidangan yang disajikan. Mengambil makanan yang terlalu banyak boleh memberi kesan negatif kepada tuan rumah dan mungkin menimbulkan kekurangan makanan untuk tetamu yang lain. Tips tambahan : Lapik perut dengan minum ESP/Cinch dulu dari rumah supaya kita tak perlu makan banyak di rumah orang ;) 

disediakan oleh KKM Tips pilih makan hari raya 


8. Jaga kebersihan diri: Pastikan anda menjaga kebersihan diri dengan membasuh tangan sebelum dan selepas makan. Juga, jangan lupa untuk mengelakkan membawa makanan dari satu hidangan ke hidangan yang lain.


9. Menghormati tradisi dan adat: Jika ada adat dan tradisi yang harus diikuti di rumah tuan rumah, patuhi dan ikuti dengan hormat. Ini menunjukkan penghargaan anda terhadap budaya dan tradisi mereka.


10. Berterima kasih kepada tuan rumah: Sebelum meninggalkan open house, jangan lupa untuk berterima kasih kepada tuan rumah atas undangan mereka dan keramahan yang diberikan. Ini adalah cara yang baik untuk menunjukkan rasa syukur dan menghargai usaha mereka.


Dengan mengikuti panduan ini, anda dapat menikmati pengalaman menghadiri open house dengan lancar dan menyeronokkan. Selamat menikmati musim perayaan!


Salam hormat dari saya, 

Anisah Khalid 

#ShakleeConsumerSince2013. 



Salam Aidilfitri , Maaf Zahir Batin 

Nak PRODUK Shaklee atau nak mulakan BISNES Shaklee? Jom saya bantu 😃


Wasap.my/60136216522/NakShaklee




Nak JOIN SHAKLEE SEKARANG


#RakanShaklee Anda,


Anisah Khalid




#blogmegashaklee


#shakleethrive2023


#shakleetriumph2023



Khamis, 4 Mei 2023

NIKMATI RAYA SE-NORMAL NYA... ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Seronoknya raya, bila kita dapat kembali bertemu sanak saudara. Bila terkenang macamana syahdu nya raya pada tahun 2020 dan 2021, di mana kita semua dalam fasa pandemik covid 19. Tahun 2022, kita dah mula raya 'normal', tapi cuti sekolah pendek dan kita masih berjaga-jaga. 




Sambutan Hari Raya kali ini amat bermakna bagi saya kerana selama lebih 2 tahun terpaksa berjauhan dengan keluarga besar akibat pandemik. Namun, selepas pelbagai cabaran dan ujian yang dihadapi, akhirnya kita dapat berkumpul kembali dengan keluarga dan sahabat handai pada Hari Raya tahun ini. 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi cuti tambahan, menjadi kan jumlah cuti raya ni kepada 11 hari. Alhamdulillah. 





Pada Hari Raya pertama, saya bersama-sama keluarga mentua berkumpul di rumah keluarga di Shah Alam, Selangor. Kami menikmati hidangan lezat yang disediakan secara potluck - saya masak kuah lodeh, kari ayam serta daging masak kicap, manakala adik ipar masak soto nasi, keluarga along pula masak pulut kuning dan rendang, keluarga achik bawa sambal udang dan ayam masak bali - first time rasa. hihi. sedap!!!. Seperti biasa tak lengkap raya, tanpa sesi bersalaman dan saling bermaafan.

Kegembiraan ini berterusan sehingga ke Hari Raya ke 2, ketika kami berangkat ke Ipoh, Perak untuk berkumpul dengan keluarga sebelah saya pula. Alhamdulillah dapat juga berjumpa dengan semua walaupun ada yang TouchNGo sebab nak gerak ke rumah mentua nya pula. 

Gambar instagram raya Anisah

Kami memilih untuk berada di Ipoh selama 4 hari, mengambil kesempatan bertemu dengan saudara mara yang terpisah lama. Seronok dapat masak-masak dan makan-makan beramai2. Di samping syok-syok makan tu, jangan lupa makan seimbang ya. Alhamdulillah Alfalfa Complex & Omega Guard bantu pelawasan yang selesa. Biasa kan kita dengar orang ada masalah 'cirit birit' atau pun sembelit masa raya ni sebab perut terkejut. 

Sebelum pulang ke Selangor, kami berkunjung ke Cameron Highlands, melalui Simpang Pulai. Dah alang-alang lalu kata cousin saya. hihi. . Udara sejuk dan landskap yang indah di sana benar-benar menyegarkan fikiran. Kami berjalan-jalan dan menikmati suasana sekitar, serta membeli buah-buahan segar seperti strawberi dan sayur-sayuran untuk dibawa pulang.


Kami juga mengambil kesempatan untuk menikmati sarapan pagi di Boh Centre Sg Palas, tempat yang terkenal dengan scone dan teh tarik yang sangat sedap. Kami menikmati hidangan tersebut sambil menikmati pemandangan indah di sekitar pusat teh tersebut. 



Selain itu, kami juga diberi peluang untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu dan rumah terbuka di sekitar lembah kelang dan menziarahi beberapa saudara mara yang kali terakhir berjumpa sebelum pandemik. Ini memberi kita peluang untuk saling mengingatkan dan menyampaikan pesan-pesan positif dalam menghadapi kehidupan.


Kami semua merasa amat berterima kasih kerana dapat berkumpul kembali dan merayakan Hari Raya bersama-sama. Walau bagaimanapun, kami tetap perlu berhati-hati dan mengikuti prosedur keselamatan yang ditetapkan demi kebaikan bersama. Semoga pandemik ini dapat berakhir dengan cepat dan kita dapat kembali berada bersama-sama tanpa sebarang halangan pada Hari Raya tahun-tahun akan datang. Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin kepada semua pembaca. 

Throwback sikit gambar raya keluarga kecil kami yang kita ada 7 orang dah...alhamdulillah. Mama & Papa almost maintain sama jer, anak2 yang jelas makin membesar, Alhamdulillah #shakleeEffect yang terbukti. 



Salam hormat dari saya, 
Anisah Khalid 
#ShakleeConsumerSince2013. 


Salam Aidilfitri , Maaf Zahir Batin 

Nak PRODUK Shaklee atau nak mulakan BISNES Shaklee? Jom saya bantu 😃

Wasap.my/60136216522/NakShaklee



Nak JOIN SHAKLEE SEKARANG

#RakanShaklee Anda,

Anisah Khalid



#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023



SERONOKNYA RAYA AIDILFITRI 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Hari Raya Aidilfitri kembali lagi tiba. Setelah sekian lama terpaksa berpisah akibat pandemik yang melanda, kita akhirnya dapat berjumpa kembali dengan saudara-mara kita yang tersayang. Sambutan Hari Raya tahun ini pasti berbeza daripada sambutan sebelumnya. Walaupun begitu, semangat untuk menjalin silaturahim dan berkongsi kegembiraan pada hari yang mulia ini masih kekal.


Bagi sesetengah daripada kita, Hari Raya juga bermakna jamuan raya meriah, open house, dan kenduri kahwin. Namun, walaupun kita sedang menikmati makanan-makanan yang lazat, kita perlu mengambil kira kesihatan kita. Kita perlu mengamalkan diet seimbang dan memantau berat badan kita agar kita tidak mengalami masalah kesihatan pada masa akan datang.


Oleh itu, Shaklee merupakan pilihan yang tepat bagi kita yang ingin mengekalkan kesihatan kita semasa Hari Raya. Shaklee menawarkan produk-produk berkualiti tinggi yang dapat membantu kita untuk mengamalkan diet seimbang dan menjaga berat badan. Produk seperti ESP (Energy Soy Protein), Vita-Lea, dan Omega Guard adalah antara produk-produk yang sesuai untuk kita ambil semasa Hari Raya.




ESP (Energy Soy Protein) adalah minuman protein soy yang lazat dan menyegarkan yang sangat baik untuk mengawal berat badan dan membantu tubuh kita mengekalkan tahap tenaga yang mencukupi. Vita-Lea pula adalah multivitamin dan mineral yang menyediakan nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh kita untuk berfungsi dengan baik.


Omega Guard pula adalah sumber asid lemak omega-3 yang dapat membantu mengawal berat badan dan menjaga kesihatan jantung kita. Produk-produk Shaklee adalah pilihan yang tepat bagi kita yang ingin mengekalkan kesihatan kita semasa Hari Raya.





Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog ini. Semoga kita semua dapat menikmati kegembiraan dan kebahagiaan Hari Raya dengan penuh kesederhanaan dan keikhlasan. Jangan lupa mengambil kira kesihatan kita dan amalkan gaya hidup yang sihat agar kita dapat menikmati kegembiraan ini pada masa akan datang.


Salam sayang dari saya, kepada semua saudara-mara yang saya kasihi dan hormati. Dan jangan lupa, Shaklee adalah pilihan yang tepat bagi kita yang ingin mengekalkan kesihatan kita semasa Hari Raya.


Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...