Khamis, 4 Mei 2023

NIKMATI RAYA SE-NORMAL NYA... ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Seronoknya raya, bila kita dapat kembali bertemu sanak saudara. Bila terkenang macamana syahdu nya raya pada tahun 2020 dan 2021, di mana kita semua dalam fasa pandemik covid 19. Tahun 2022, kita dah mula raya 'normal', tapi cuti sekolah pendek dan kita masih berjaga-jaga. 




Sambutan Hari Raya kali ini amat bermakna bagi saya kerana selama lebih 2 tahun terpaksa berjauhan dengan keluarga besar akibat pandemik. Namun, selepas pelbagai cabaran dan ujian yang dihadapi, akhirnya kita dapat berkumpul kembali dengan keluarga dan sahabat handai pada Hari Raya tahun ini. 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi cuti tambahan, menjadi kan jumlah cuti raya ni kepada 11 hari. Alhamdulillah. 





Pada Hari Raya pertama, saya bersama-sama keluarga mentua berkumpul di rumah keluarga di Shah Alam, Selangor. Kami menikmati hidangan lezat yang disediakan secara potluck - saya masak kuah lodeh, kari ayam serta daging masak kicap, manakala adik ipar masak soto nasi, keluarga along pula masak pulut kuning dan rendang, keluarga achik bawa sambal udang dan ayam masak bali - first time rasa. hihi. sedap!!!. Seperti biasa tak lengkap raya, tanpa sesi bersalaman dan saling bermaafan.

Kegembiraan ini berterusan sehingga ke Hari Raya ke 2, ketika kami berangkat ke Ipoh, Perak untuk berkumpul dengan keluarga sebelah saya pula. Alhamdulillah dapat juga berjumpa dengan semua walaupun ada yang TouchNGo sebab nak gerak ke rumah mentua nya pula. 

Gambar instagram raya Anisah

Kami memilih untuk berada di Ipoh selama 4 hari, mengambil kesempatan bertemu dengan saudara mara yang terpisah lama. Seronok dapat masak-masak dan makan-makan beramai2. Di samping syok-syok makan tu, jangan lupa makan seimbang ya. Alhamdulillah Alfalfa Complex & Omega Guard bantu pelawasan yang selesa. Biasa kan kita dengar orang ada masalah 'cirit birit' atau pun sembelit masa raya ni sebab perut terkejut. 

Sebelum pulang ke Selangor, kami berkunjung ke Cameron Highlands, melalui Simpang Pulai. Dah alang-alang lalu kata cousin saya. hihi. . Udara sejuk dan landskap yang indah di sana benar-benar menyegarkan fikiran. Kami berjalan-jalan dan menikmati suasana sekitar, serta membeli buah-buahan segar seperti strawberi dan sayur-sayuran untuk dibawa pulang.


Kami juga mengambil kesempatan untuk menikmati sarapan pagi di Boh Centre Sg Palas, tempat yang terkenal dengan scone dan teh tarik yang sangat sedap. Kami menikmati hidangan tersebut sambil menikmati pemandangan indah di sekitar pusat teh tersebut. 



Selain itu, kami juga diberi peluang untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu dan rumah terbuka di sekitar lembah kelang dan menziarahi beberapa saudara mara yang kali terakhir berjumpa sebelum pandemik. Ini memberi kita peluang untuk saling mengingatkan dan menyampaikan pesan-pesan positif dalam menghadapi kehidupan.


Kami semua merasa amat berterima kasih kerana dapat berkumpul kembali dan merayakan Hari Raya bersama-sama. Walau bagaimanapun, kami tetap perlu berhati-hati dan mengikuti prosedur keselamatan yang ditetapkan demi kebaikan bersama. Semoga pandemik ini dapat berakhir dengan cepat dan kita dapat kembali berada bersama-sama tanpa sebarang halangan pada Hari Raya tahun-tahun akan datang. Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin kepada semua pembaca. 

Throwback sikit gambar raya keluarga kecil kami yang kita ada 7 orang dah...alhamdulillah. Mama & Papa almost maintain sama jer, anak2 yang jelas makin membesar, Alhamdulillah #shakleeEffect yang terbukti. 



Salam hormat dari saya, 
Anisah Khalid 
#ShakleeConsumerSince2013. 


Salam Aidilfitri , Maaf Zahir Batin 

Nak PRODUK Shaklee atau nak mulakan BISNES Shaklee? Jom saya bantu 😃

Wasap.my/60136216522/NakShaklee



Nak JOIN SHAKLEE SEKARANG

#RakanShaklee Anda,

Anisah Khalid



#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...