Memaparkan catatan dengan label vitamin untuk budak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vitamin untuk budak. Papar semua catatan

Isnin, 24 November 2014

Mama, berjaya!!!

Assalamualaikum wbt. 

Kisah yang berlaku hari ni rasanya sangat sayang jika ianya hanya berlalu begitu sahaja...

Saya titipkan di sini untuk kita sama2 mensyukuri salah satu nikmat yang Allah berikan pada kita. 

Alhamdulillah, tengahari tadi...dalam keadaan nak cepat, saya bawa beberapa beg sekali gus untuk masuk ke rumah mertua. Erm. biasala bila ada anak ni.. beg mereka dah 1, beg laptop (teman kerja saya) , dan handbag.. tambah lagi saya bawa sedikit makanan. huhu.. bayangkan banyaknya kan. 
tup2, dalam keadaan kurang stabil, handset saya tercampak kebawah..terburai and to make it worst, bateri tercampak masuk longkang yang setinggi sekitar 1.5 meter. Allahuakbar! 

Dalam otak duk fikir macamana la nak ambil kan.. agak dalam dan tajam2 juga dalam tu.. ada air juga sikit2.. Saya masuk dalam letak barang dan kemudian amanina datang dengan penyapu, 

'Mama, boleh guna penyapu ni kan ambil bateri mama?'

Allahuakbar, SubahanaAllah... 

Aksi spontan dari anak yang berumur 3 tahun, really make my day. 

Then terus saya dapat idea... 'ikatkan kayu dgn penyodok then blh la kan' 

terus saya bagitahu amanina.. dan dia pun setuju. 

Alhamdulillah, semasa dalam proses 'menyelamatkan', nina jadi tukang sorak 'Mama. boleh!.. Mama, sikit lagi mama...'  bila bateri tu susah nak masuk ke dalam penyodok.. dengan spontan nina cakap

'mama, kan nina cakap guna penyapu lagi senang'

Alahai sayang... alhamdulillah, sel2 otak bersambung dengan jayanya... 

Akhirnya, bila saya berjaya mendapatkan bateri tu.. dengan semangat nya Amanina bersorak 

'Mama, BERJAYA!.. Good job mama!'

Bertakung air mata gembira dengan kata2 dari seorang anak...

Ohh Amanina Aisyah...character beliau seperti maksud namanya...

'HARAPAN kami untuk HIDUP BAHAGIA'



Moga membesar dengan baik dan solehah ye sayang...

Sayang mu di dunia dan akhirat.. 

Mama kepada amanina, 
24 Nov 2014

Isnin, 29 September 2014

Vitamin untuk kanak-kanak


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda semua hari ni? 

Dalam dunia sekarang yang penuh dengan pencemaran udara, pencemaran makanan, dan macam2 pencemaran lagi, nak tak nak... kita memang semakin terdedah dengan pelbagai risiko penyakit dan atas sebab itulah, kita perlukan supplement, bagi membantu meningkatkan imuniti - kadar lawan penyakit. InshaAllah.. dengan izinNya, kita dan keluarga akan bertambah sihat. 

Hari ni saya nak kongsikan mengenai anak-anak saya,Anas Huzaifah & Amanina Aisyah... 

Sewaktu ketika dahulu, mereka juga kerap demam seperti kebanyakkan kanak2 di luar sana.. mungkinkah anak anda juga?

Anas, anak sulung kami pernah melalui sawan demam beberapa kali, dan Tendency untuk di serang semula, semakin meningkat bila semakin banyak kali kena...

Doktor sendiri pesan untuk mengambil supplement tambahan bagi meningkatkan imuniti beliau.

Ada kami kongsikan di sini ---> SAWAN DEMAM 

Anas juga mengalami masalah kulit ezcema dan juga beberapa jangkitan kulit sebelum ini, boleh click di sini --> Lawatan Pakar kulit kanak-kanak

Kedua2 keadaan di atas, memerlukan kewangan yang banyak juga masa yang banyak sangat terluang untuk ke klinik, untuk menjaga...dan yang lebih utama, kesian sangat setiap kali sakit tu datang. 

Sebagai ibu, sakit nya macam saya juga yang sakit... merengek dan yg lain2 memang tak dapat di elakkan..

Kesian anak kita di sumbat ubat je kan?

PERUBAHAN SEKARANG...

Alhamdulillah, sekarang dah jarang sgt demam, kalau selsema kejap2 jer.. 

Alhamdulillah, kalau luka pun, cepat pulih... 

Alhamdulillah, anak2 bertambah sihat, cergas dan bertenaga...

si adik skrg ni.. aduhai celotehnya macam 'mak nenek'

'mama, kenapa ini.. kenapa itu..'

Antara celoteh Amanina
Alhamdulillah, daya ingatan juga sangat baik... 

jangan la nak main2 jawab dgn mereka.. nanti dia pusing semula pada kita... 

Anak ohh Anak... Mereka lah jantung hati kami. 


Kenapa mereka perlukan supplement?

Jemput tengok video ni sekejap ye..


Macamana?

Sebab dengan Set kanak2 ni.. ia membantu meningkatkan imuniti, meningkatkan selera makan, membekalkan tenaga. 


Jika anda rasa tak sanggup nak bagi supplement, sanggup lagi kah tengok mereka sakit? 
tidak kan?

Jika rasa nak berikan yang terbaik, jom kita berikan yang terbaik! inshaAllah. 


Khas buat kawan2 yang sedang mencari supplement buat anak tersayang supaya mereka lebih 'kebal' dgn penyakit dan bertambah cergas...

Jemput hubungi saya ye... 

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...