Selasa, 19 Ogos 2014

Ya Allah, Selamatkan anak2 kami...bukan hanya demam biasa

Assalamualaikum wbt. dan Salam sejahtera, 

Alhamdulillah...tanggal 5 September 2009 bersamaan 15 Ramadhan 1430H, Lahirlah putera sulung kami yang diberi nama Anas Huzaifah b. Asyraf. Nama beliau di ambil sempena nama sahabat-sahabat Rasulullah. Anas bermaksud kekasih, namun huzaifah tidak mempunyai makna yang specific. 

Kebetulan yang tidak di sengajakan...ada orang tanya letak nama Anas sebab ANisah +ASyraf  ke? Sungguh kami tak merancang pun macam tu, tapi Allah gerakkan hati kami untuk memilih & bersetuju atas nama Anas. Inilah yang di namakan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah. memang sangat sesuai dengan Anas sebab dia memang penguat kasih kami. 



PENGALAMAN HAMIL

Alhamdulillah, sepanjang mengandungkan Anas, banyak peristiwa yang berlaku, 1-4 bulan pertama, saya mengikuti pengajian ijazah,,, duduk di kolej, berjauhan dengan suami. kemudian cuti semester dan saya duduk di rumah mertua, rumah nenek mertua, rumah mak... merantau sambil bawa anak. hehe. 

Masa baru 7 minggu hamil, saya buat medical checkup + xray! huhu! masa tu tak tahu pun pregnant. Sebelum xray, nurse tanya 'pregnant ke?' dgn pantas nye jawab..'Saya tak pregnant' 


Selepas xray, nurse tanya lagi 'awak pregnant ke?' Terus berdebar..'Erm, saya tak sure.. baru seminggu lewat period'.. terus nurse bebel2..'La kenapa tak cakap?' Terus dia keluarkan UPT test.. POSITIVE! apa lagi.. dia teruskan 'nasihat' "tahu tak bahaya kalau xray masa pregnant...bla, bla.. nanti jumpa Dr macamana"


Astaghfirullah... 


Bila jumpa Dr, Dr pun mengiakan yang bahaya dan mungkin boleh men'cedera'kan janin. Dr nasihatkan kami jumpa pakar O&G terus. 


Nauzubillah, Ya Allah, jauhkan sebarang perkara buruk berlaku kepada anak kami..itula yang kami doakan. 


Alhamdulillah, atas nasihat pakar O&G, jika xray di lakukan pada awal kehamilan, tidak perlu risau. janin baru terbentuk. Tapi sebolehnya kena elakkan. 

...

Accident yang hampir meragut nyawa!!!


3 Ogos 2009, kul 12.00 tghari... masih segar incident tersebut!!!


Pulang dari chekup di klinik, gara2 nak cuba beranikan diri mengambil jalan yang tak biasa...Saya keluar dari simpang-T, namun tak perasan ada kereta dari arah kanan


PONNNNNNN!, dengan paniknya, saya berhenti di tengah jalan!


PANNG....Satu rempuhan yang sangat kuat di pintu driver! 


Bayangkan saya sedang hamil 8 bulan, dan rempuhan tu berlaku betul2 hampir dengan perut...Allahuakbar! doa tak putus2, 'Ya Allah, selamatkan anakku'


Air mata? allahuakbar! automatik berjujuran tanpa di pinta. 


Alhamdulillah, ada insan yang prihatin membantu...di guidenya ke tepi, bila turun kereta, masing2 tergamam...'Ohh, wanita hamil' ...masing2 tanya, 'ok? baby ok?' Alhamdulillah, Allah beri kekuatan untuk bercakap lagi... dan mereka beri kata semangat. 


 Satu ayat yang buat saya banjir sekali lagi! 


abang tow truck kata 'Kak, akak ni kira ok la bertahan, ada orang dah terus terbersalin kalau dah accident macmani... ada yang tercampak keluar kete dsb'


Huuwwaaa.... rasa macam nak tampal je mulut dia masa tu.. ada ke orang tengah risau tahap tertinggi, dia bakarnya lagi dgn kata macam tu?


AllahuaAkbar... betapa nyawa bayi & ibu dalam keadaan yang bahaya kan. 


Alhamdulillah, berkat kesabaran dan sokongan keluarga.... dan izin Allah swt.


Alhamdulillah, anas membesar dengan baik dalam kandungan dan saya tidaklah mengalami trauma yang teruk. Cuma perasan takut tetap ada.. Apa yang boleh saya buat? banyakkan membaca ayat Al-Quran dan berdoa pada Allah minta  di selamatkan dari bahaya dan sebarang cacat cela... tu yang kalau sekarang terdengar ibu hamil accident, secara automatik terbayang saat yang mencemaskan dulu. Moga Allah beri kekuatan dan perlindungan buat ibu-ibu hamil semua. InshaAllah. 


..........


Alhamdulillah,  Anas di lahirkan normal dengan berat 2.8kg, dan tinggi 49cm... 

Alhamdulillah, Anas bayi yang sihat dan sempurna fizikalnya. Syukur pada yang Maha Esa. 


Permata hati kami, Anas Huzaifah b. Asyraf

Allahuakbar! 


Sejak anas lahir sampai umur nya 1 tahun, banyak kali anas demam... asal nak 'belajar' perkara baru, samada demam dulu atau demam kemudian...


Alhamdulillah, umur 3 bulan, anas dah pandai berguling dan mula meniarap dan menyelor ( betul ke ejaan nye ek?) menyelor tu.. macam ala2 askar tu, meniarap dan berjalan ke depan. 


umur 6 bulan, gigi pertama tumbuh, duduk sendiri, dan juga merangkak! Alhamdulillah... 

Tapi bayangkan 'bebanan' belajar banyak perkara dalam satu masa... demam tu dah jadi biasa jer kan.


Anas 6 bulan

pastu umur 10 bulan, dah mula menapak... sekali lagi, demam tu dah pasti! 


Lesen P anas dapat masa masuk 11 bulan... Alhamdulillah! demam? ye la rasanya... memang kerap sangat, sampai dah lupa berapa kali demam biasa tu.. 


Apa treatment demam? kalau bawah umur 1 tahun, ada paracetamol khas kan..Suami dengan bersungguh suruh bagi ubat setiap kali demam... 


Saya pula di ajar oleh mak abah, selagi badan tak panas betul... tak perlu makan ubat, lagi2 kanak2.. sebab nak biar antibodi badan lawan demam tuh... sbb bila demam kan tanda2 badan sedang 'berperang'!  Sebab kesian kat anak asyik kena makan ubat... saya lebih gunakan kaedah tradisional... jelumkan dan ikut sunnah, bagi makan madu.. 


Alhamdulillah, sepanjang anas demam... dapat di kawal, dengan izinNya! 


Alhamdulillah... selepas umur 1 tahun, anas jarang2 demam.. tapi masih adalah..(di tambah duduk di taska, virus memang tak dapat di kawalkan). 


Takde apa yang merisaukan kami sangat, sebab 'biasalah kan budak nak membesar... demam tu biasa jer' 


TETAPI.... 


Satu ketika bila demam bukan hanya demam biasa....


SERANGAN PERTAMA

Masa tu, Sekitar pukul 12+ malam bulan April 2011, Anas tido dalam pelukan saya, sebab demam..  tetiba dia menjerit dan terus kejang dan gigi rapat sangat. 

Dalam keadaan terkejut saya terus jerit panggil suami ..'ABANG, KENAPA ANAS NI?' dan dalam pada masa yang sama, saya masukkan jari dalam mulut anas sebab takut sangat  gigi dia patah..


Bila suami datang, dia pula masukkan jari.. huhu.. biru juga jari kami di'kerja'kan... Dalam masa yang sama, 


Mak mertua terus buat panggilan ambulan dan tanya apa yang patut kami buat. Semua orang dalam keadaan yang sangat blur dan agak panik.. sebab tak pernah melalui perkara macam ni.

Atas nasihat paramedik thru phone, kena sengetkan dan basahkan badan dia... Alhamdulillah tak sampai 5 min, sawan tu reda... dan 5 min kemudian, baru ambulan sampai... masa tu, air mata ibu tak tertahan.. tengok anak yang sangat aktif... tetiba terkulai, lemah sangat. panggil2 anas dah macam tak sedar... Saya dan Suami bersama menaiki ambulan untuk ke Hospital Klang dalam keadaan yang seribu satu persoalan.. "APA SEBENARNYA yang berlaku?"


Sayang, Jangan tinggalkan mama...

Sampai di hospital Dr check suhu dan ambil keterangan. Agak kelakar juga, masa tu dah tengah malam.. jadi Dr pun agak moody. kami yang kebinggungan ni... BAHAYA tak? SERIUS tak?

Pertama kali kena febrile fits, satu peristiwa yang memang tak dapat lupa!


Malam tu, anas tido dalam pelukan sehingga pagi... Ya Allah, terlintas...sanggupkah kehilangan anak... Nauzubillah...

Proses checkup biasa2 jer... 

Di antara soalan Dr .. 'Ada tak ahli keluarga yang pernah kena sawan demam masa kecil?' 'Setahu kami, takde... ' Dr pun mengangguk2..

Alhamdulillah, pagi tu, Doktor datang memberi keterangan, Kata- kata dari Doktor pakar kanak-kanak, memberi ketenangan buat kami.

'Your child was having Febrile fits, where it is normally happen for kids under the age of 6... the way body release the heat when body reach  certain high temperature' lebih kurang mcm ni la ayat Dr tu.

OK...NORMAL ye? tak pernah tahu yang perkara macam ni normal!!!

Anas warded 2 malam juga sebab Doktor nak monitor jika berlaku lagi sawan demam dan untuk ketahui result darah. 

Alhamdulillah... ujian darah menunjukan tiada apa yang perlu di bimbangkan.

Macam-macam juga pesan Dr.. antaranya, jika anak demam, pantau sebaiknya, bagi ubat paracetamol mengikut waktunya, dan sentiasa lapkan. Sawan demam mungkin boleh berlaku lagi sehingga anak berumur 6 tahun.

Jika berlaku lagi, Puan dan Tuan boleh pantau sahaja dari rumah.

Kami mengangguk tanda faham dan berdoa moga perkara seperti ni tak berlaku lagi.


Bekalan ubat khas untuk demam dan sawan demam...


SERANGAN KEDUA, KETIGA dan KEEMPAT

Tup2, tanpa di sangka sebulan selepas tu, anas demam sekali lagi... teringat lagi, pada sehari sebelum FINAL YEAR PRESENTATION (Anas lahir pada tahun kedua dalam pengajian ijazah)...

Dalam kesibukan menyiapkan bahan untuk presentation, saya menjaga anas sehingga pagi. Sekitar jam 5pagi, anas di serang sawan demam lagi. Atas nasihat Dr, kami hanya pantau dari rumah sahaja. Namun, air mata ibu tetap mengalir lagi...


Antara doa yang di amalkan


Semasa saya sedang dalam tapak presentation, anas di serang lagi sekali... AllahuAkbar.. saya mohon izin untuk pulang awal dan supervisor telah meminta examiner untuk datang awal ke booth kami.

Petang hari yang sama, lagi sekali anas di'tarik'... AllahuAkbar... 3x pada hari yang sama... lembik dah badan anas waktu tu.

Kami terus bawa Anas ke Hospital Assunta, Alhamdulillah insurance boleh cover sebab kami dah ambil insurance sejak anas bayi lagi (warded pertama kali tu, sebab terus call 999, automatik hospital kerajaan terdekat).

Semasa di Assunta hospital, mereka terus lap dan masukkan ubat di punggung. Allahuakbar.. apa perasaan kami waktu tu? Hanya Allah yang tahu...

Esoknya, Anas menjalani EEG Scanning... meraung2 dia menangis sebab kena pasang banyak sgt wayar di atas kepala.

Alhamdulillah EEG Scan semua normal...

Fits dan SEJARAH KELUARGA?

Sekali lagi Dr tanya.. 'Ada tak ahli keluarga yang pernah kena sawan demam masa kecil?'

Kerana pernah di tanya sebelum ini,  kami telah bertanya dengan ibubapa masing2... semua kata 'takde'. pelik kan..

Jawapan yang sama juga kami beri..'Setahu kami, tiada'.

Tapi dengan penuh keyakinan Dr kata 'THERE MUST BE SOMEWHERE IN YOUR GENETIC LINE, had febrile fits during childhood. Hence, you just have to be aware and take precautions when your child is having fever... the chances of fits will get higher as the number of occurrence increases'

Dalam erti kata lain, kami memang sentiasa kena berjaga2... sebab sehingga anas berumur 6tahun, beliau berpotensi untuk di 'serang' lagi. AllahuAkbar.. kecut perut mendengarnya.

Beberapa lama selepas tu, bila berbual2 dengan atok (mak kepada mak) dan pakcik sebelah ayah... kata memang ada dalam ahli keluarga besar kami yang pernah terkena sawan demam waktu kecil dahulu. Alhamdulillah...tiada yang terkena sawan semasa besar.

Bila dapat tahu mengenai hal ni, lagi la kena sentiasa berhati-hati. Allahuakbar.. selepas SERANGAN TRIPLE ni.. beberapa kali anas demam lagi selang sebulan dua.. dan bila temperature naik sekitar 38 C, 'serangan' mudah terjadi... dan seperti kata Dr, semakin kerap dia kena.. semakin tinggi 'peluang' untuk di 'serang'....Memang tak boleh tidur sepanjang malam & siang jika anas demam sebab 'serangan' boleh terjadi bila-bila masa. 

Kalau dulu, saya liat nak bagi paracetamol, skrg ni tak lagi... asal demam jer, perkara wajib! mesti sumbat paracetamol... dalam berdoa 'Ya Allah, sembuhkan anakku' 

Betul kata Doktor!

Selepas warded kali kedua, Anas di serang lagi beberapa kali!!! 

Lagi kerap anas kena, lagi mudah terkena!


Allahuakbar, ada yang berlaku, sejurus selepas saya check suhu... 37.5 C dan baru je bagi makan paracetamol...yang 'menakutkan' sawan demam boleh menyerang pada bila2 masa.. ada sekali tu, anas sedang duduk bermain... tiba2.. BEDEPUK!!! jatuh dan tarik...


Allahuakbar... dan hampir setiap kali berlaku... air mata ibu pasti sekurang-kurangnya bertakung jika tidak mangalir...


Memang setiap kali anas demam, samada saya atau suami terpaksa bercuti... ada kala yang kami terpaksa juga bekerja... penuh satu kertas A4 kami bekalkan pada pengasuh.. apa yang perlu di lakukan dan juga kami akan call setiap beberapa jam. dan yang pasti...PARACETAMOL la peneman demam. 


Allah uji kami sekali lagi, bila amanina yang baru 7 bulan pada ketika itu... turut di serang! 
Allahuakbar! Namun, Alhamdulillah... hanya sekali itu sahaja!. 


Ya Allah, Siapa pun akan tertanya, sampai bila perkara macam ni akan berterusan? 



Alhamdulillah, Allah menjawab melalui hambaNya... 

Kami di temukan dengan supplement untuk kanak-kanak... meningkatkan imun sistem dari dalam badan. 'Chances' untuk di serang lagi masih ada, cuba kita bantu kawal dari dalam badan, inshaAllah... mengurangkan chances virus jahat menyerang lagi. 

Alhamdulillah... Anas semakin sihat sekarang. Melihat perkembangan anas sekarang, tak terbayang yang beliau pernah terkena sawan tarik (Febrile fits) sebanyak 10 kali sejak berumur 1thn 6 bulan. 

Alhamdulillah... Amanina juga membesar dengan sangat baik... petah bercakap macam 'mak nenek'.. Alhamdulillah! 


'Anas tengah exercise ni..mama'
Di tambah pula, sekarang ni saya bekerja dari rumah, dapat la mengadap dan mengasuh mereka sendiri... Anas ke tadika di sebelah pagi. petang pula aktiviti bersama adik di rumah. Kurang juga 'peluang' virus dari rakan2 sebaya.. Alhamdulillah... 

Tipu la saya kalau kata anak2 terus tak sakit... mereka masih lagi terkena selsema & ada juga demam, tapi Alhamdulillah...cepat diorang pulih. Antara tanda imunisasi badan mereka semakin meningkat. 



Mereka, permata hati kami...Alhamdulillah. 
Khas buat ibu bapa di luar sana, sampai bila nak biarkan anak2 mudah kena penyakit? jom kita bagi perisai pada mereka... moga badan mereka lebih kuat untuk lawan virus2 jahat di luar sana..

Nak tahu apa dia supplement untuk mereka? 


Taaadaaa... inilah dia.. nak tahu lebih lanjut, jangan segan silu hubungi saya yer.. 





Pengalaman nyawa hampir diragut semasa hamil dan cabaran membesarkan anak2 membuatkan kita lebih matang dan berdikari dalam menempuh hidup ini. Betapa mati itu pasti, namun tidak semua orang mengalami penyakit sebelum mati. InshaAllah, moga kita sama2 menjaga kesihatan diri dan keluarga dalam mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat, inshaAllah.



Buat kawan2 yang nak tahu pasal febrile fits a.k.a sawan demam, boleh baca di bawah ni. 
Rujukan mengenai febrile fits 


1.http://www.e-mjm.org/1994/v49n4/Febrile_Seizures.pdf

Salam hormat, 

Mama kepada Anas Huzaifah b. Asyraf 
& Amanina Aisyah bt Asyraf..
dan... :) (Doakan kami yer) 


~Feel Free to LIKE and SHARE~
Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-

FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!






...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...