Sunday, 3 August 2014

Salam Aidilfitri Syawal 1435H/Julai 2014

Assalamualaikum wbt dan Salam Aidilfitri,

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, bertemu kita sekali lagi di bulan Syawal.


Memetik lirik nasyid Raihan, Syawal tanda kemenangan! Alhamdulillah.


Sebulan sudah Ramadhan bersama
Tibalah syawal tanda kemenangan
Sempurnakah segala amalan
Adakah kita berjumpa semula
Di Ramadhan yang akan datang...


Tahun lalu, saya menyambut sambutan 1 Syawal di rumah mertua di Shah Alam, kemudian ke Melaka. dan seterusnya beraya ke Perak bersama  mak abah & adik beradik. Saya kongsikan pengalaman raya saya tahun lalu, jemput click Salam Aidilfitri 1434H .




Tahun ini, giliran beraya 1 Syawal di sebelah saya pula dan kemudian baru di sebelah mertua. 




 Alhamdulillah, setiap kali raya ianya pengalaman yang berbeza. Dengan pertambahan ahli keluarga hampir setiap tahun, berkahwin ataupun bayi baru... ops, macam belum ada pertambahan berbanding tahun lalu. ;) . 




Kalau ikut 'sejarah', sejak tahun 2007, pasti ada sekurangnya seorang cucu Khalid&Su lahir setiap tahun sehingga tahun 2013. Tapi tahun 2014, so far...semua ibu2 cuti dari mengandung dan bersalin.. hehe. mungkin tahun depan legacy dikembangkan, inshaAllah. 




Jom layan gambar kami.. hehe, bab kata sedara mara.. keluarga khalid ni memang kuat bergambar. Jadi layankan jer ye.. hehe. 

Petang sebelum raya : 'Tolong' bakar lemang.. hehe.. tolong tengok je sebenarnya.
Chef import, moksu orang Melaka, pakar memasak lemang.
Antara menu wajib setiap tahun, rasanya hampir sama je kan dengan rakan pembaca semua... Nyummy, memang sedap.. penuh dengan pelbagai ramuan dan rempah ratus! hehe, lepas makan, jangan lupa kasi detox balik ye! moga perut & badan selesa je.. inshaAllah sihat selalu.
Inila lemangnya... hahaha, gara2 orang lain yang tolong jaga, jadilah 'putih' sebegini. tapi tetap sedap! 

Alhamdulillah, selesai menjamah makan sikit pagi raya, Alhamdulillah tahun ni, saya dapat menunaikan solat sunat aidilfitri di surau berhampiran rumah atok, anak-anak tinggal di rumah, minta tolong makcik-makcik diorg jaga kan.Saya dan suami berjalan kaki je ke surau di temani abang ipar yang berbaju hijau ni. Tetiba rasa lain juga, bila berjalan tanpa anak2, tapi rasa romantik gitu.. hehe. Gambar kiri sebelum solat sunat Aidilfitri, gambar kanan, sebelum masuk magrib 1 syawal 


    



Inilah keluarga besar saya, Alhamdulillah tahun ni hampir lengkap semua berkumpul di rumah atok. Cuba kira berapa orang dalam gambar ni? (Makintan dan keluarga je takde)


Atok bersama anak2 dan cucu beliau.... 

Dan Inilah kami... ahli keluarga yang ramai! hehe.. Mak, Suhaidah Tahir (cuba cari mana satu mak saya?) dan abah, Khalid Hasnan, Atok (mak kepada mak), dan adik beradik saya bersama keluarga masing-masing 








Ops, tak sempat bergambar duduk, sebab atok dah kepanasan.. hehe. ;) 
Alhamdulillah 5 orang dari 11 orang adik beradik saya sudah berkahwin, dan inshaAllah tahun depan ada pertambahan ahli baru lagi. 

Alhamdulillah, sedang berposing-posing, kami menerima kunjungan pertama, kawan sekolah rendah mak, comelnya setelah berpuluh tahun tidak bertemu... kali ini bertemu masing-masing dah mempunyai anak yang besar dan bercucu pula. ;) Siapa nak teka, berapa umur mak saya?



Aktiviti seterusnya, Ziarah kubur arwah Tokbah, Moyang dan beberapa orang saudara mara lain, Al -fatihah, moga ruh mereka sentiasa di cucuri rahmat Allah swt.


Sejak kami kecil, mak abah selalu bawa ziarah ke rumah adik beradik dan sepupu arwah tokbah.. sekarang ni, kebanyakkan nya telah meninggal dunia.. tinggal lah Tokngah Nasir dan Tok Tunggal sahaja.. Sayu rasanya bila lalu di rumah Atok saudara yang lain kosong dan hanya tinggal rumah sahaja. Sayangkan rumah pusaka di biarkan begitu, tapi atas desakan kerjaya masing-masing memilih untuk tinggal di bandar. InshaAllah, rumah atok takkan di biarkan sebegitu jika satu hari nanti. 


Ziarah Sepupu Tokbah, Tokngah Nasir... Alhamdulillah beliau masih kuat dan boleh drive sendiri dari Ipoh-KL- Muar.


Sambil abah berbual.. kami pun bercerita sesama sendiri, sebab inilah pun peluang nak berjumpa sesama adik beradik

 Jejaka tampan...;) 3 adik beradik lelaki bersama 4 orang ipar (termasuk cik suami saya la).. adik lelaki sorang lagi, Zarif!! oh Zarif... where are you? hehe.. selalu dia ni 'hilang dari radar'. 



Wanita solehah, inshaAllah... 7 adik beradik perempuan + 1 ipar.. bersama anak2, biasala kan ayah2 sendirian, ibu2 juga yang sentiasa di kelilingi anak2.. hehe.. Indahnya menjadi wanita!

Sekian dulu untuk entry kali ini.. di akhir kalam.. mohon pembaca semua mengamin kan doa ini. dan bersama kita jadikan ia doa harian kita. Moga kita semua sentiasa di lindungi dari sebarang musibah dan diberkati Allah swt. 


Walaupun Ramadhan telah pergi, jom kita teruskan amalan yang telah kita lakukan dan pertingkatkan lagi, inshaAllah. 


inshaAllah moga kita bertemu lagi di tahun hadapan dengan lebih bersedia.Ameen

Wallahualam.

Salam Aidil fitri, Maaf Zahir Batin

Wassalam, 
Anisah Khalid & Asyraf Shaare
6 Syawal 1435H

Sila LIKE dan SHARE,
 inshaAllah semoga ada insan yang mendapat manfaat dari entry ini.
Terima kasih kerana meluangkan masa.