Isnin, 11 Ogos 2014

Percubaan UPSR bukan penentu UPSR sebenar!

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Diam tak diam... Kita dah pun berada di bulan Ogos 2014. Pada 9, 10 & 11 September, akan berlangsung Peperiksaan TerBESAR di peringkat sekolah rendah di seluruh Malaysia., iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Walaupun pada kita yang dewasa, ia hanya sekadar U.P.S.R... tapi ia boleh menjadi titik perubahan ke arah kejayaan yang lebih besar dan baik, inshaAllah. 



Terkenang, saya ambil UPSR pada hari lahir saya pada tahun 1998. Pada masa tu, UPSR terasa sangat BESAR! Huhu.. Sungguhpun macam tu, saya takla rajin sangat.

Alhamdulillah... Turn out OK!

Tapi apa yang cikgu ajar? Tips2 terakhir menghampiri exams?

Tentulah... Jawab soalan past year, soalan ramalan dan soalan percubaan dari negeri lain. Sebabnya ada soalan2 percubaan ni yang di pusing2kan menjadi soalan peperiksaan sebenar. Mungkin bukan 'sebiji' macam yang sebenar... Tapi patern yang seakan sama. InshaAllah lebih mudah nak jawab dengan baik bila dah cuba banyak kertas soalan.

Tips ni juga sesuai sampai la ke universiti. Betul tak para graduan?

Alhamdulillah...bila betul2 jawab dan fahami soalan n jawapan. Soalan dipusing2 pun, inshaAllah boleh jawab dengan baik mahupun cemerlang!

Alhamdulillah... Antara teknik yang saya amalkan sehingga ke peringkat sarjana muda.

...
Percubaan UPSR bukan penentu utama! 

Sebuah kisah yang di petik dari Harian Metro, Seorang murid yang berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR, walaupun hanya mendapat 4B 1C semasa peperiksaan percubaan membuktikan walaupun dalam masa yang singkat, kita boleh mencapai kejayaan yang lebih baik! dengan syarat kena banyak berusaha & berdoa serta tawakal kepada Allah swt. 



Khas untuk calon UPSR 2014, apa pun keputusan percubaan UPSR yang adik-adik telah capai, ia bukan lah penentu 100% keputusan UPSR yang sebenar...

Masih ada masa untuk perbaiki keputusan tersebut, moga ia menjadi titik permulaan yang baik menuju ke era Sekolah Menengah pada tahun hadapan.

Buat para pembaca, sila la kongsikan untuk adik beradik/anak/ saudara mara/ rakan2 yang bakal menduduki UPSR 2014. Saya doakan mereka cuba yang terbaik untuk hasil yang terbaik, inshaAllah! 


Koleksi Soalan Percubaan Mengikut Negeri - link sudah tidak dapat di akses. harap maaf




Buat adik bongsuku tersayang, Ahmad Taufiq Iqbal b Khalid... Selamat menduduki peperiksaan UPSR dan berikan yang terbaik yang adik boleh berikan.InshaAllah!

 Anak mak abah yang lahir semasa mak & abah sedang sambung PhD.
 PhD Mak Abah! Alhamdulillah.



Meniti kejayaan dunia akhirat, 
Salam kejayaan, 

Anisah Khalid
BSc (Hons) Management Mathematics, 2011, UiTM
Dip Quantitative Science,2008,UiTM
GCSE, Hinde House School, Sheffield, 2003,UK
PMR, Temenggung Ibrahim Girl School,2001, Batu Pahat, Johor
UPSR, Sek Ren Keb Limpoon 2, 1998, Batu Pahat, Johor


~Feel Free to LIKE and SHARE~
Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-

FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...