Memaparkan catatan dengan label pengajaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengajaran. Papar semua catatan

Rabu, 10 Mei 2017

Lirik lagu AdaMu - Najwa Latif

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Somehow lirik lagu AdaMu yang dinyanyikan oleh Najwa ni menusuk kalbu pagi ni. 
Apa2pun yang kita lakukan, apa2pun yang kita lalui, kita kena sentiasa ingat kita ada Allah bersama kita. kita hidup untuk mencari dan mendapat keredhaan Allah swt. 

Peringatan untuk saya dan anda semua...

Jom hayati kejap..

AdaMu- Najwa Latif

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
 
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
 
Yang setia bersama ku Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
 
 

Ahad, 7 Mei 2017

Alam Kehidupan - Ilmu 2 minit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 


Apa khabar anda semua hari ni? Sama2 kita berdoa supaya kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan diberkati dunia akhirat. 

Ilmu 2 minit, short video yang ditayangkan di channel tv media prima. Pendek sahaja tapi padat. 

Pagi ni selepas program TANYALAH USTAZ, di tayangkan video ilmu 2 minit, ALAM KEHIDUPAN. 



Izinkan saya berkongsi di sini sebagai peringatan untuk diri saya dan anda semua.



5 Alam Kehidupan -

1. Alam Roh
2. Alam Rahim ( 9 bulan 10 hari )
3. Alam Dunia (umur kita singkat)
4. Alam Kubur ( kebun syurga ? / lembah neraka ?)
5. Alam Masyar

7 Golongan yang mendapat naungan Allah swt. 


 Semoga kita tergolongan dalam golongan yang mendapat naungan Allah swt dan keberkatan di dunia  & akhirat.

Aamin Ya Rabbalamin

Buat yang terbaik, selebihnya serah pada Allah swt. 









Khamis, 30 Mac 2017

Kenapa orang lain lebih berjaya???


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 
Alhamdulillah saya di kelilingi oleh rakan2 yang positif, menurut kata pakar motivasi jika kita berada bersama dengan mereka yang positif maka jiwa kita juga akan terlatih untuk menjadi positif. 

Di kala... kata terasa apalah nak jadi dengan aku ni??? 
Di kala rasa cemburu orang lain  lebih berjaya, kenapa???
Di kala jiwa terasa... apakah yang patut aku lakukan???
Di kala terasa... perlukah aku berjumpa kaunselor???

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah. soalan2 terjawab bila menonton video motivasi dari Prof Muhaya dan juga ustaz dan ustazah.

Tetiba hari ni terbaca posting fb dari seorang rakan sekelas semasa degree dulu, beliau agak pendiam dahulu dan kini telah bertugas sebagai seorang pendidik. berjaya dalam kerjaya beliau, inshaAllah. 

Refleksi tentang 'hidup dan kejayaan'



Setiap kali buat "quiz", mesti ada yang aku tidak boleh skor.
Setiap kali buat "test", mesti ada yang aku buat silap.
Setiap kali buat " assignment", mesti ada yang aku cuai.

Kadang-kadang aku cemburu dengan orang lain.

Orang lain belajar biasa-biasa saja
Orang lain asyik tidur saja
Orang lain asyik main "game" saja
Orang lain hadap muka buku saja
Tapi boleh skor dengan cemerlang

Kenapa orang lain boleh skor dengan cemerlang?
Kenapa aku tidak boleh menjadi seperti orang lain?

Mungkin,
Waktu aku tidur, orang lain bangun untuk belajar
Waktu aku berjimba, orang lain sedang pulun untuk memahamkan apa yang tidak faham
Waktu aku sibuk bergosip, orang lain sibuk membuat "homework"
Waktu aku lapang, orang lain sibuk ulangkaji

Usah salahkan orang lain. Tetapi tanyalah pada diri, adakah aku ingin skor dengan cemerlang seperti orang lain? Jika ya, bangkitlah. Usah dikenang peristiwa yang berlalu. Tetapi bangkitlah dari lena itu dan teruslah berjuang serta berusaha untuk skor dengan cemerlang seperti orang lain. Jadikan peristiwa yang lalu sebagai pembakar semangat untuk mencapai cita-cita dan impian yang diimpikan.

Kejayaan itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih dan semangat yang kental. Bangkitlah walau jatuh berkali-kali kerana manisnya kejayaan itu apabila kita tidak kenal erti jemu dan putus asa.
- Halimah Mohammed 30 Mac 2017-



Terjemaahan surah albqarah ayat 286 juga telah menjelaskan Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan apa yang terdaya olehnya.
 
Yakinlah ujian Allah itu datang dengan hikmah tersendiri. jom usaha untuk sentiasa memperbaiki diri.

Semoga Allah permudahkan, lancarkan urusan saya, anda dan kita semua di dunia dan di akhirat...al fatihah

Road to Ramadhan 1438H... another 59days. 

Salam hormat, 

Anisah 0136216522
 

Ahad, 12 Mac 2017

KOPI MANIS vs KOPI PAHIT

Assalamualaikum wbt...

Siapa sangka, di sebalik KOPI ada pengajaran yang boleh kita ambil.

KOPI ...




《SEGELAS KOPI》

*Kyai :* Tolong buatkan kopi dua gelas untuk kita berdua, tapi gulanya jangan engkau tuang dulu, bawa saja ke mari beserta bekas berisi gula.

*Santri :* Baik, kyai.

Tidak berapa lama, sang santri sudah membawa dua gelas kopi yang masih hangat dan seberkas gula beserta sudu.

*Kyai :* Cobalah kamu rasakan kopimu nak , bagaimana rasa kopimu?

*Santri :* rasanya sangat pahit sekali kyai

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula, kacau, bagaimana rasanya?

*Santri :* Rasa pahitnya sudah mulai berkurang, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi, kacau lagi, bagaimana rasanya?

*Santri :* Rasa pahitnya sudah berkurang banyak, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi,dan kacau bagaimana rasanya?

*Santri :* Rasa manis mulai terasa tapi rasa pahit juga masih sedikit terasa, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi lalu kacau, bagaimana rasanya?

*Santri :* Rasa pahit kopi sudah tidak terasa, yang ada rasa manis, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi dan kacau, bagaimana rasanya?

*Santri :* sangat manis sekali, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi, kacaulah, bagaimana rasanya?

*Santri :* Terlalu manis. Malah tidak enak, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi dan kacau, bagaimana rasanya?

*Santri :* rasa kopinya jadi tidak enak, lebih enak saat ada rasa pahit kopi dan manis gulanya sama-sama terasa, kyai.

*Kyai :* Ketahuilah nak.. pelajaran yg dapat kita ambil dari contoh ini adalah.. jika rasa pahit kopi ibarat kemiskinan hidup kita, dan rasa manis gula ibarat kekayaan harta, lalu menurutmu kenikmatan hidup itu sebaiknya seperti apa nak?

Sejenak sang santri termenung, lalu menjawab.

*Santri :* Ya kyai, sekarang saya mulai mengerti, bahwa kenikmatan hidup dapat kita rasakan, jika kita dapat merasakan hidup seperlunya, tidak melampaui batas. Terimakasih  atas pelajaran ini, kyai.

*Kyai :* Ayo santriku, kopi yg sudah kamu beri gula tadi, campurkan dengan kopi yang belum kamu beri gula dan kacau, lalu tuangkan dalam kedua gelas ini, lalu kita nikmati segelas kopi ini.

Sang santri lalu mengerjakan perintah kyai.

*Kyai :* Bagaimana rasanya?

*Santri :* rasanya nikmat, kyai...

*Kyai :* Begitu pula jika engkau memiliki kelebihan harta, akan terasa nikmat bila engkau mau membaginya dengan yang memerlukan.

*Santri :* Terima kasih atas pengajarannya tadi kyai.

*Selamat menjamu kopi*☕☕

 CINCH latte sedap dan lebih berkhasiat .. Hshe tetiba share pasal minuman shaklee ni...

Nak order? Jemput hubungi saya 
Anisah #0136216522

#NowEveryoneCanKurus

Ahad, 12 Februari 2017

8 Jenis Rezeki Dari Allah swt

LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH

*1.Rezeki Yang Telah Dijamin.*

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).

*2. Rezeki Kerana Usaha.*

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).

*3. Rezeki Kerana Bersyukur.*

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).

*4. Rezeki Tak Terduga.*

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

*5. Rezeki Kerana Istighfar.*

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

*6. Rezeki Kerana Menikah.*

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32).

*7. Rezeki Kerana Anak.*

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31).

*8. Rezeki Kerana Sedekah.*

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).



Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah. Amiin..

Rabu, 20 Ogos 2014

Kisah dari Al -Azhar, Kaherah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

 Kisah ini telah dikongsikan oleh kenalan saya. Mungkin pencerita sebenar, tidak kita dapat ketahui. Namun, kisah seperti ini sebenarnya biasa terjadi di sekitar kita.

Kadang kita lupa, dengan memberi dan membahagiakan orang lain jauh lebih MANIS berbanding dengki dan mentertawakan orang lain. Berbuat baik dan mengajak kepada kebaikan adalah ajaran Al Quran dan Sunnah. 

Semoga kita sama2 memperoleh pengajaran dari kisah ini. InshaAllah.

…………………………………………………………………………………………………… Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah 

Gambar sekadar hiasan

Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.

 Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut.. Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir. Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas. 

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang. 

 Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul: "Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”

 Guru yang alim dan bijak itu menjawab: "Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun tu?" 

 Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan utk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut. 

 Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon.. Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. 

Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan. Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun. Ada beberapa keping dalamnya!! Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yg lebih banyak!!! Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya. Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. mungkin nak bertanyakan sesuatu.. Beliau mendapati dirinya kesaorangan!!

 Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki) “Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku. Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini. Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah". 



 Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah. Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung. Guru yang bijak terus bersuara:

 “Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?” 

 Pemuda itu segera menjawab, “Harini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku: “Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”. 

 Gurunya melanjutkan "Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam: 

 • Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas dendam, adalah suatu pemberian.
 • Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian. 
 • Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.
 • Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi. *Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja. Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai sahabatku! 

 Semoga bermanfa'at


Salam hormat, 
Anisah 
Ogos 2014.

*Sila kongsikan kisah ini jika anda rasa ia bermanfaat... (inshaAllah memang bermanfaat pun)

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...