Memaparkan catatan dengan label Raya dengan Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raya dengan Shaklee. Papar semua catatan

Khamis, 4 Mei 2023

NIKMATI RAYA SE-NORMAL NYA... ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Seronoknya raya, bila kita dapat kembali bertemu sanak saudara. Bila terkenang macamana syahdu nya raya pada tahun 2020 dan 2021, di mana kita semua dalam fasa pandemik covid 19. Tahun 2022, kita dah mula raya 'normal', tapi cuti sekolah pendek dan kita masih berjaga-jaga. 




Sambutan Hari Raya kali ini amat bermakna bagi saya kerana selama lebih 2 tahun terpaksa berjauhan dengan keluarga besar akibat pandemik. Namun, selepas pelbagai cabaran dan ujian yang dihadapi, akhirnya kita dapat berkumpul kembali dengan keluarga dan sahabat handai pada Hari Raya tahun ini. 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi cuti tambahan, menjadi kan jumlah cuti raya ni kepada 11 hari. Alhamdulillah. 





Pada Hari Raya pertama, saya bersama-sama keluarga mentua berkumpul di rumah keluarga di Shah Alam, Selangor. Kami menikmati hidangan lezat yang disediakan secara potluck - saya masak kuah lodeh, kari ayam serta daging masak kicap, manakala adik ipar masak soto nasi, keluarga along pula masak pulut kuning dan rendang, keluarga achik bawa sambal udang dan ayam masak bali - first time rasa. hihi. sedap!!!. Seperti biasa tak lengkap raya, tanpa sesi bersalaman dan saling bermaafan.

Kegembiraan ini berterusan sehingga ke Hari Raya ke 2, ketika kami berangkat ke Ipoh, Perak untuk berkumpul dengan keluarga sebelah saya pula. Alhamdulillah dapat juga berjumpa dengan semua walaupun ada yang TouchNGo sebab nak gerak ke rumah mentua nya pula. 

Gambar instagram raya Anisah

Kami memilih untuk berada di Ipoh selama 4 hari, mengambil kesempatan bertemu dengan saudara mara yang terpisah lama. Seronok dapat masak-masak dan makan-makan beramai2. Di samping syok-syok makan tu, jangan lupa makan seimbang ya. Alhamdulillah Alfalfa Complex & Omega Guard bantu pelawasan yang selesa. Biasa kan kita dengar orang ada masalah 'cirit birit' atau pun sembelit masa raya ni sebab perut terkejut. 

Sebelum pulang ke Selangor, kami berkunjung ke Cameron Highlands, melalui Simpang Pulai. Dah alang-alang lalu kata cousin saya. hihi. . Udara sejuk dan landskap yang indah di sana benar-benar menyegarkan fikiran. Kami berjalan-jalan dan menikmati suasana sekitar, serta membeli buah-buahan segar seperti strawberi dan sayur-sayuran untuk dibawa pulang.


Kami juga mengambil kesempatan untuk menikmati sarapan pagi di Boh Centre Sg Palas, tempat yang terkenal dengan scone dan teh tarik yang sangat sedap. Kami menikmati hidangan tersebut sambil menikmati pemandangan indah di sekitar pusat teh tersebut. 



Selain itu, kami juga diberi peluang untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu dan rumah terbuka di sekitar lembah kelang dan menziarahi beberapa saudara mara yang kali terakhir berjumpa sebelum pandemik. Ini memberi kita peluang untuk saling mengingatkan dan menyampaikan pesan-pesan positif dalam menghadapi kehidupan.


Kami semua merasa amat berterima kasih kerana dapat berkumpul kembali dan merayakan Hari Raya bersama-sama. Walau bagaimanapun, kami tetap perlu berhati-hati dan mengikuti prosedur keselamatan yang ditetapkan demi kebaikan bersama. Semoga pandemik ini dapat berakhir dengan cepat dan kita dapat kembali berada bersama-sama tanpa sebarang halangan pada Hari Raya tahun-tahun akan datang. Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin kepada semua pembaca. 

Throwback sikit gambar raya keluarga kecil kami yang kita ada 7 orang dah...alhamdulillah. Mama & Papa almost maintain sama jer, anak2 yang jelas makin membesar, Alhamdulillah #shakleeEffect yang terbukti. 



Salam hormat dari saya, 
Anisah Khalid 
#ShakleeConsumerSince2013. 


Salam Aidilfitri , Maaf Zahir Batin 

Nak PRODUK Shaklee atau nak mulakan BISNES Shaklee? Jom saya bantu 😃

Wasap.my/60136216522/NakShaklee



Nak JOIN SHAKLEE SEKARANG

#RakanShaklee Anda,

Anisah Khalid



#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023



Selasa, 17 Mei 2016

Poster comel : Kenapa Orang Malaysia Semakin GEMUK?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Alhamdulillah sekarang ni saya pengajian sarjana semester 3, apa bidang saya?CLICK SINI
Bila terjumpa poster ni, wow, lengkap nya info nya. 

Kenapa ya ramai di antara kita yang GEMUK???


Cuba2 tengok diri sendiri...


InshaAllah hari ni saya ada presentation di UiTM mengenai kajian saya, doakan saya tenang membentangkan ya.. inshaAllah nanti saya kongsikan lagi mengenai topik ni. 

Agak2 yang rasa GEMUK dan nak slim kan badan menjelang puasa dan raya ni.. boleh lah click kat sini untuk dapat kan tips nya... 

Sehingga berjumpa lagi...

Moga Allah permudahkan dan lancarkan urusan baik kita semua. 

Rabbi Yassir Wala Tuassir
Rabbi Tammim Bi Khair


Jumaat, 31 Julai 2015

Raya bulan MenGEMUKkan diri, setuju?

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda hari ni? Apa khabar diet anda hari ni? 

Diam tak diam, hari ni dah pun 15 Syawal 1436H. dah 2 minggu pun kita raya. 

Dan dalam diam tak diam tu, ramai yang berjaya MemBINA badan dengan pelbagai makanan raya yang enak2 belaka. hehe. kan? 

Alhamdulillah, tahun ni saya dan keluarga beraya di Muar, Johor dan Masjid Tanah, Melaka. Alhamdulillah, seronok berkumpul bersama sanak saudara. Hari raya pertama jer, kami beraya dalam 6-7 buah rumah, dan setiap rumah menghidangkan menu yang agak sama...

Cuba teka apa?

RENDANG, KETUPAT, LEMANG, KUAH LODEH, KUAH KACANG... dan banyak kuih2 manis juga tak lupa, air MANIS juga. 

ala2 macam ni la menu kita kan ? ( gambar ihsan google.. hehe hari tu tak ambil pula gambar makanan)


Selang satu rumah, saya minta air kosong dengan tuan rumah... kembang rasa tekak dengan air manis banyak2 ni. 

Makan pula? orang dah hidang kan... kena la jamah juga. tapi di sebabkan perut yang semakin sempit, jadi memang kira jamah jer. Harap maklum perut makyong kan. 

Orang lain pula, ada yang saya jeling... makan macam betul2 membalas SEBULAN puasa. huhu. 

Maka, bermula la episod FLUSHING out pada malam raya pertama tu. kesian tandas tau... tak sempat die berehat. 


oklah tu kisah RAYA pertama... yang saya rasa RAMAI yang terlibat sama kan? huhu... tulah status yang famous di fb pada 1 Syawal. 


ok jom kita tengok apa kesannya pada badan kita pulaa...


Inilah kesannya... huhu. Ramai sangat yang berjaya KURANGkan berat badan sepanjang SEBULAN PUASA... turun nye mungkin 1-2 kg.. tetiba raya naik sampai 10 kg? huhu. 



Real Case kan? cuba tengok orang sekeliling kita... jangan tengok orang sangat, cuba cermin diri kita. huhu. Sian dia tau.. sian badan kita. TERKEJUT! 

Alhamdulillah, sempena dengan bulan pemBINAan Badan ni... makanye set slimming memang menjadi pujaan. hehe. 

Ramai yang mendaftar di bawah program Now Everyone Can Kurus.(N.E.C.K) untuk batch yang ke 7 bermula 1 Ogos 2015 ni.. boleh baca lebih lanjut di sini. blog RASMI N.E.C.K

Antara supplement yang membantu pemBINAan yang minima.. hehe. 



;) nak tahu lebih lanjut pasal N.E.C.K... jemput pm na... 
dan nak tahu pasal lain2 pun...inshaAllah saya sudi membantu. 


Di akhirkata, mari kita sama2 doakan kita semua sihat dan ceria selalu, inshaAllah.

~Feel Free to LIKE and SHARE

~Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-
FREE ConsultationBusiness OPPORTUNITY with Shaklee!!



Jumaat, 8 Ogos 2014

Syawal bulan pemBESARan???

Assalamualaikum dan Salam Syawal yang masih hangat, 

Alhamdulillah, kita di beri kesempatan menyambut bulan Syawal dalam keadaan yang serba serbi dengan pelbagai makanan. Bak kata orang 'Bulan pengepaman' badan? huhu... 



Ok ni baru menu 1 Syawal, belum lagi 2 , 3, 4, 5,6,7...dan seterusnya. ada orang kata nak makan makanan yang berbeza setiap hari... Balas dendam! huhu.




Mana taknya, ada orang yang sepanjang bulan Ramadhan boleh turun 3 kg,
tiba-tiba minggu pertama Syawal... dah naik 5kg!!!
Ouch... tetiba dah terlebih berat lebih dari sebelum Ramadhan..
Macamana tu? sebulan turun 3 kg, dalam masa 7 hari.. naik 5kg?, kalau di teruskan pemakanan yang sama, tup2, boleh naik sampai 20kg pulak kan dalam masa sebulan? 

Lama2 sikit... maka jadi lah obes! huhu... Nauzubillah!

Mahukah anda tergolong dalam golongan Obesiti, yang warna hijau dalam gambar ni? 




Istilah yang semakin famous sekarang ni. Ia menjadi salah satu Fokus Kementerian Kesihatan Malaysia, yang dapat di lihat dari kempen yang mereka adakan sekarang. Saya kongsikan kesan dan akibat obesiti di sini (Duta slimming set)

Cara Untuk Mencapai berat Badan Unggul

1. Ketahui indeks jisim tubuh (BMI) [BMI= berat dalam kg/ (tinggi dalam cm x tinggi dalam cm)]




2. Makan ikut keperluan (ikut cadangan pyramid makanan seperti di entry pemakanan seimbang )
3. Makan sayur, dan buah pada setiap waktu hidangan utama
4. Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak
5. Tingkatkan tahap aktiviti fizikal
6. Percaya anda boleh lakukan
7. Dapatkan sokongan keluarga dan rakan



Ok... esok lusa dan seterusnya akan ada Open House kan? namapun Rayakan Sebulan!! hehe, di tambah pula jemputan walimah juga berturut2 hampir setiap minggu.. di samping ziarah dan mengeratkan silaturahim.. jangan lupa jaga diri yer! 

Alhamdulillah, hari ni saya nak kongsikan satu testimoni BERJAYA kembali slim dan menurunkan BMI ke paras NORMAL dengan bantuan supplement dan juga siap dengan Mentor lagi!

Jeng, jeng, siapa kah orangnya? 

Beliau adalah seorang yang berjaya dalam hidup, mana taknya berumur sekitar awal 20an lagi sudah bergelar usahawan...semakin lama bila bahagia dengan kehidupan beliau semakin bam2...tup2 bila berjalan dengan isteri, boleh pula orang ingatkan bapa?

Alhamdulillah, kini boleh la beliau berjalan seiring dan bagai pinang di belah dua... sama cantik sama padan. (Ops, mohon izin ye master maria firdaus... korang comel sangat la sekarang!)







Ok semua, di akhir kata, jagalah diri baik-baik ye... sebab obesiti boleh menyebabkan macam2 penyakit... sambil beraya, ingat2 ye.. setiap yang anda makan tu tinggi kalori & kolestrol nya. 


Nak bantuan melalui supplement? Jangan segan silu hubungi saya ye...;)

Selamat Hari Raya, 
Maaf Zahir Batin

Wassalam, 
Anisah
10 Syawal 1435H

Selasa, 13 Ogos 2013

Salam Aidilfitri 1434H


Alhamdulilah...kami telah selamat bercuti panjang untuk menyambut Syawal 1434H... Penat memang penat, tapi seronok dapat berjumpa dengan sedara mara yang sudah lama tak jumpa. InshaAllah, semoga silaturahim di antara kita bertambah erat dari hari ke hari. 

Posting saya di pagi raya : Perjalanan kami di sepanjang cuti ni...



Ikuti beberapa gambar yang sempat di ambil dalam tempoh beberapa hari ni. Maaf jika ada yang tidak terupload sebab pakai kamera orang lain / agak tidak sesuai untuk tontonan umum. 

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...