Jumaat, 20 September 2013

Pemakanan Seimbang VS Diet?

Tahniah pada krew upin ipin, sambil berhibur, banyak info dan pengajarannya.

Episod terbaru Upin Ipin di tayangkan pada 14 September 2013, Daun Hijau, mengisahkan "Upin Ipin & Rakan2 belajar mengenai khasiat sayur dan Kak Ros nak diet dengan makan sayur sahaja"

Lazimnya, kanak-kanak tak suka makan sayur. Sebab dah terpahat "Sayur tak sedap".
Asyik-asyik nak ayam goreng jer. Tak boleh nak salahkan mereka, kita yang didik macam tu.

Ada kawan baik saya, sampai sekarang masih sangat memilih untuk makan sayur. Alasan nya "Tak suka, pahit, tawar". Kesannya, beliau mudah sakit. Kenapa ye?

Sebab sayuran mengandungi banyak vitamin dan mineral penting yang dapat mencegah dari penyakit samada yang berjangkit atau pun tidak. Ia baik untuk sistem pencernaan kerana membekalkan sumber serat.

Bak kata opah "Makan sayur, baik untuk kesihatan"

Memetik Kata kak Ros :

"Tomato baik untuk kulit, Carrot baik untuk mata"

Ipin tegur Kak Ros :"Kak ros, jangan makan sayur je, kena makan nasi dan ayam juga".

Dalam keadaan santai, penonton di ajak untuk menilai pemakanan sendiri..

Adakah permakanan anda seimbang hari ini ?

Jom berfikir sambil menonton animasi ini:


JOM Kenali serba sedikit khasiat sayur :

Tahukah anda sayur-sayuran boleh dibahagikan kepada enam kumpulan biologi iaitu yang menjalar, yang berakar, berbatang, cruciferous dan bebawang.

Contoh sayur yang menjalar adalah seperti labu, timun dan kacang panjang. Ia hidup menjalar. Ada sesetengah sayuran jenis ini yang enak dimakan mentah dan ada yang perlu dimasak sebelum dimakan.

Timun boleh dijadikan salad dan dimakan begitu sahaja. Orang Melayu sering menggelarkan timun ini sayur sejuk dan tak elok dimakan selalu lebih-lebih lagi bagi ibu dalam pantang dan kaum lelaki. Tetapi timun sebenarnya baik untuk mengelakkan sembelit. Jus timun boleh mengelakkan gastrik.

Timun juga boleh menurunkan berat badan. Untuk kecantikan luaran. timun selalu digunakan untuk menghilangkan jerawat dan hirisan timun juga digunakan untuk melegakan keletihan mata.

Sayuran daripada akar pula adalah yang tumbuh di dalam tanah. Akarnya akan membesar dan boleh dimakan setelah digali.

Contohnya, keledek, keladi dan kentang. Sayuran ini kaya dengan kanji dan dimakan untuk membekalkan sumber karbohidrat dalam badan.

Kumpulan cruciferous pula adalah terdiri daripada sayuran seperti brokoli, bunga kubis dan kubis.

Pada mereka yang mengamalkan makan sayuran dari kumpulan ini dapat mengelakkan daripada dijangkiti penyakit tiroid iaitu penyakit bengkak kelenjar di leher akibat kurang kandungan iodin.

Jadi dengan mengamalkan sayuran ini akan menghalang penyakit ini daripada dihidapi. Sayuran berdaun hijau pula adalah seperti daun salad, bayam dan daun kobis. Sayuran hijau mengandungi banyak vitamin C, zat besi, anti oksida.

Daun salad misalnya baik untuk mengurangkan penyakit susah tidur malam iaitu insomnia. Selain itu daun salad juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, dengan itu dapat menghilangkan segala keresahan yang kita alami.

Daun ini juga mengandungi karotin, serat dan air yang mampu menghilangkan rasa dahaga dan boleh melancarkan sistem pernafasan kita.

Sayur berbatang pula seperti asparagus dan saderi. Asparagus mengandungi rendah kalori dan natrium. Selain itu ia memberikan vitamin B6, kalsium, magnesium, fosforus, vitamin E dan serat.

Asparagus enak di kukus atau digoreng bersama makanan laut seperti udang. Makanan yang ditumis bersama bawang merah dan bawang dengan putih berasa lebih enak dan menaikkan lagi aroma makanan itu.

Bawang besar, bawang merah dan bawang putih merupakan sayuran dalam kumpulan bebawang.

Selain melazatkan makanan ia juga terbukti untuk memberikan kesihatan dalam badan seperti bawang yang mengandungi sebatian anti oksida iaitu falvonoid yang dapat mengurangkan penyakit kanser, jantung darah tinggi dan kencing manis.

- Di petik dari Khasiat Sayur, Dari Dapur Azli Razali, Utusan Malaysia

Cadangan pemakanan seimbang yang dipersetujui di seluruh dunia

Rasulullah 1400 tahun dahulu juga telah mengajak kita untuk mengamalkan pemakanan yang sihat. Kerana melalui perut datang pelbagai penyakit.

Di petik dari http://jknkedah.moh.gov.my
Kalau orang dulu-dulu, sayuran yang mereka makan adalah segar dan bebas dari racun. Sayuran di pasaran sekarang ini, nampak segar, tetapi sebenarnya segar sebab ulat pun tak nak makan.

Tahukah anda Shaklee mengamalkan konsep semulajadi ala2 sayuran gitu..hehe
Bagi mendapatkan kesihatan yang optimum, pemakanan seimbang dan pengambilan supplemen penting bagi memastikan tubuh badan kita menerima khasiat yang secukupnya.

Tahu BMI anda?

1. Jika ada terlebih berat badan... anda di sarankan untuk mengambil set slimming.
2. Jika ada terkurang  berat badan... anda di sarankan untuk mengambil set weigh gain.

Berikut adalah produk yang di sarankan.

Yang seronoknya, dengan setiap pembelian set diet, kami telah menyediakan jadual pemakanan dan konsultansu supaya anda dapat diet dengan cara yang sihat, inshaAllah.

Jom kenali; 

Set Diet Shaklee




Set Naikkan Berat Badan

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-


FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!
Please LIKE this post and SHARE if you like this post via below social media links.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...