Isnin, 2 September 2013

Sedapnya sambal tu.. tapi saya ada ulser mulut...aduh sakitnya

Ulser mulut...Apa zat yang terkurang ni?

Makanan Malaysia terkenal dengan pedasnya...tidak kiralah makanan melayu, india mahupun Cina.

Sedikit sebanyak mesti nak ada cilinya. Saya sendiri pun rasa macam kurang puas kalau makan makanan yang tidak pedas.

 Ini di antara menu biasa kita kan?
Tapi sayangnya tidak dapat nak menikmati sangat kelazatan makanan ini kalau mulut kena ulser.

Ouch... lagi-lagi kalau ulser tu bukan setempat je. merata mulut ada, aduhai.. rasa nak tercabut rambut bila kuah nya terkena kat tempat ulser tu. Kalau ulser yang teruk, even minum air kosong pun sakit juga. 

Saya faham sangat KESAKITAN nya, sebab dulu saya selalu kena ulser ni.. aduhai terbatas sikit mulut ni nak bercakap. kadang sampai orang kurang faham saya cakap sebab jadi PELAT gara2 nak elakkan gigi terkena ulser...

Aduh.. Sakitnya... namun Alhamdulillah sejak kenal Shaklee ini, saya semakin peka dengan punca dan cara mengelakkan ulser ni. 

Jom, saya kongsi sikit pasal ulser mulut ni....


Ulser Mulut

Apakah ulser mulut?

Ulser mulut adalah sebarang jenis ulser yang terjadi di dalam rongga mulut.















Apakah yang menyebabkan ulser mulut?

Terdapat banyak-banyak sebab dan ini boleh meliputi :
  • Kekurangan setengah zat-zat seperti zat besi, asid folik dan vitamin B 12.
  • Punca dari kecederaan (trauma) fizikal seperti tergigit atau terkena alat-alat tajam
  • Daya tahan badan yang berkurangan
  • Jangkitan bakteria, virus atau kulat.
  • Alahan / reaksi alergik
  • Faktor keturunan
  • Kesan –kesan radioterapi / kimioterapi
  • Kesan-kesan dari penyakit sistemik
  • Kanser mulut
  • Sebab-sebab yang tidak diketahui (ulser afta)
Apakah ulser afta?
Ulser afta juga dikenali sebagai kudis mulut atau mata ikan. Ulser afta adalah luka atau kudis dalam mulut, yang terjadi berulang kali samada secara sebiji atau berbilang biji. Ia selalu sembuh tanpa meninggalkan parut.
Apakah ciri-ciri ulser afta?
Ulser afta merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan. Ulser ini boleh mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. Tanda yang ketara ialah kesakitan dan kemerahan di sekeliling tompokan ulser (luka/ kudis) di mana ia boleh berlarutan selama 7 hingga 14 hari.
Apakah gejala yang timbul berkaitan dengan ulser afta?
  • Ia sering dihubungkaitkan dengan :
  • Rasa membakar di dalam mulut
  • Kesakitan
  • Ketidakselesaan yang berpanjangan
  • Hilang selera makan
  • Demam

Berapa lamakah ulser afta akan sembuh?
Kesakitan akan berkurangan dalam tempoh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.
Komplikasi ulser afta
Ulser berkemungkinan menjadi lebih teruk sekiranya ada jangkitan kuman. Pesakit mungkin menghadapi kesukaran semasa makan.
Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit?
Cuba petua di bawah untuk menghilangkan rasa sakit :
  • Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
  • Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
  • Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
  • Makan makanan yang lembut.
  • Kurangkan makanan pedas dan berempah.
  • Minum air secukupnya.
Perhatian
Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan disebabkan oleh keadaan yang lebih serius seperti kanser mulut atau penyakit sistemik.


Sebab kan kurangnya vitamin B dan acid folik, kita mudah terkena ulser mulut. 

Alhamdulillah Shaklee dah combine kan dua zat ini dalam produk yang di kenali sebagai 

B-Complex. 

Harga dia juga sangat-sangat berbaloi untuk kita dapat merasai kelazatan makanan dan dapat juga mengurangkan stress.. 

Jom dapatkan satu hari ini... 

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-

FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!
Anisah Khalid
Shaklee ID : 963691
Call / SMS/Whatapps 0136216522

FB : ANISAH KHALID


Please LIKE this post and SHARE if you like this post via below social media links.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...