Selasa, 10 September 2013

Anda pilih the Highway atau Jalan Kampung?

Assalamualaikum dan Salam Kejayaan,

Hari ini dalam sejarah,
Pertama kali saya merempuh traffic jammed hampir 1 jam (drive manual ye), padahal selalunya dalam 15min saja perjalanan balik.
Kereta, motor, bas, dan lori masing-masing ambil je peluang jika ada untuk memintas. Setiap kenderaan ada tempat yg ingin dituju.

Bagi sesiapa yang biasa dgn Shah Alam, kat sini memang banyak sangat roundabout (ada 18 di sekitar bandar shah alam - kata pakcik google), jika terlepas satu exit, pusing la satu round lagi.. (hehe.. sebenarnya saya la tuh).


Tapi bagi sesiapa yang sudah cekap, sudah biasa.. pandai je cari jalan pendek, jalan yang kurang jammed. ( Suami saya  termasuk dalam kategori ni.. inshaAllah tak lama lagi, saya juga!).

Lantas saya terfikir, dalam hidup pun begitu juga. Impian kita untuk capai sesuatu dan masa yang kita peruntukkan adalah berkait dengan kecekapan kita dan keyakinan kita untuk mencapainya.

Saya dulu takut nak drive kat hway, banyak kereta yang laju…. Tapi sedar tak, bila kita tengok kereta lain laju, nak tak nak, kita pun terpaksa laju. Kita pun ikut flow nya, 110km/jam dah macam tak laju pun… silap2 lebih dari tu macam tak laju.

Takut nak laju.. takut nak tukar gear.. kalau dah 60km/jam.. ok la tuh, biar lah orang potong kalau dia nak cepat. Tapi sebenarnya, lagi slow kita drive lagi lambat la kita sampai. Betul tak? 

Ok saya nak bagi contoh basic matematik…

Kalau jarak = 10 km..

Saya bawa = 60km/ jam = 60km/60min

Berapa min perjalanan saya?

Masa = 10 min kan?

Tapi kalau saya bawa = 120km/jam = 120km/60min

Masa nya Cuma 5min.

Ada 5 min dapat di jimatkan…

Ini contoh mudah.. cuba anda bayangkan kalau perjalanan nya 30km? kan dah banyak lagi masa yang dapat di jimatkan.. kalau 60km… kalau 100 km… kalau 200 km… wah byk nye masa tuh.

Alhamdulillah, sejak di beri amanah untuk drive sendiri ke mana saya nak pergi..terima kasih pada cik suami yang beri kepercayaan ni ( yela ke tempat kerja, dan kini tempat belajar dan tempat-tempat yang sepatutnya… Shaklee HQ salah satu tempat wajib sekurang-kurangnya sekali seminggu)  

Alhamdulillah saya sudah semakin cekap dan yakin untuk drive sendiri.. mudah rupanya bila kita dah biasa.

Sama seperti dalam berbisnes… ramai orang cuba lalu jalan biasa sebab dah tahu jalan tuh, tak ramai yang berani nak terjun ‘hway’ takut tak tercapai.. tapi sebenarnya, selagi kita belum mencuba kita sendiri tak tahu keupayaan kita.

Alhamdulillah, saya di takdirkan untuk terjun ke ‘hway’ bisnes Shaklee ni bersama mentor hebat. Nak tak nak, kena panas engine, masuk gear 1 sekejap, 2, 3, 4, dan 5 yang lama..inshaAllah masa nak capai impian sudah semakin hampir...

Yang seronok dan lebih meyakinkan, dalam group bisnes shaklee kami, kami di 'didik' untuk kejar dunia dan akhirat. 

Alhamdulillah, perjalanan  lebih lancar bila kita banyak berserah kepadaNya selepas usaha ke arah mencapai impian tu.


Kisah dalam ebook ini lah membuatkan saya berada di 'highway' shaklee ni.. 

Ebook ini menceritakan perjalanan melalui jalan biasa dan kemudian berdesup melalui hway, penulis mengharapkan kita semua untuk berani untuk mencuba jalan yang LUAR BIASA untuk menjadi orang yang LUAR BIASA.

Sila layari : http://www.ebookniaga.com/sorryboss/anisahk atau klik gambar di bawah.

Jom dapatkan satu hari ini, anda boleh juga share dengan saudara mara dan rakan-rakan agar mereka tahu

> bukan senang nak kaya tapi TIDAK SUSAH NAK SENANG…jalan nya ada, anda yang pilih di mana dan bila anda mahu berada.


Wallahu Alam,
Anisah

Please LIKE this post and SHARE if you like it via below social media links.

1 ulasan:

  1. Di mana ada kemahuan di situ ada highway. Itu kata adnan sempit berfikiran rempit.

    Buat para ibu, dimana ada kemahuan disitu ada shaklee. :)

    BalasPadam

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...