Memaparkan catatan dengan label kids vitamin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kids vitamin. Papar semua catatan

Selasa, 17 Januari 2017

Sawan Demam... Buat Ibu Bapa Risau

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera...

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan kita semua di berikan kesihatan yang baik dan juga kecergasan dalam menjalani kehidupan harian. 

Agak lama juga saya tak berkongsi mengenai kesihatan anak2 di sini. Perjumpaan yang tidak di sengajakan semalam membuatkan hati ni meronta2...'Anisah... you have to share! so that others can face it, can prevent it better, inshaAllah!' 

Dan izinkan saya berkongsi ya ibu bapa sekalian. 

Semalam, bila pasangan ibu bapa bercerita betapa paniknya mereka ketika anak ke 3 mereka tiba2 di 'serang' sawan tarik, atau di panggil FEBRILE FITS. Mereka merupakan parents kepada kawan Amanina. Bayangkan anak pertama dan kedua tak pernah pun kena sawan demam ni, tiba2 anak ke 3 pula.. the only girl pula tu.

 AllahuAkbar!  ibubapa yang perlu alami nya sahaja mungkin akan faham macamana risaunya tengok anak kita yang biasa aktif, tiba2 kejang macam tu. risau sangat2 kan. 

Allah takdirkan saya terserempak dengan mereka dan mengimbau kenangan lama... sempat juga berkongsi pengalaman dan prevention nya juga. 

Saya kongsikan entry ini --> Anas dan febrile fits <--- yang saya tulis dengan linangan air mata suatu ketika dahulu... tak sangka linangan airmata tu, terkesan juga pada pembaca. betul lah kata mentor saya, bila kita tulis dari hati, ia akan sampai ke hati jua. 

inshaAllah... ianye tinggal kenangan. Sebolehnya tak nak berulang lagi. 

Alhamdulillah, last time anas di kena sawan demam pun awal tahun 2014... kiranya dah 3tahun juga.

Doktor pun kata lazimnya, febrile fits ni berlaku sehingga kanak2 berumur 6 tahun. 

Alhamdulillah, Anas pun dah berumur 7tahun 4bulan sekarang... dah pass 'the critical age'. 

Alhamdulillah, adik-adik anas, Amanina & Amni juga jarang demam dan selsema. 

Alhamdulillah, kesan sampingan yang baik melalui pemakanan yang baik. Untuk tempoh masa yang berterusan, pencegahan masih perlu melalui menguatkan imuniti badan melalui pemakanan yang seimbang juga supplemen tambahan dan persekitaran yang baik. inshaAllah.

Semoga anak2 terus membesar dengan sihat, cergas dan soleh...Aamin. 


Selasa, 20 Oktober 2015

Mengimbas kenangan melahirkan anak dengan induce...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Apa khabar anda hari ini? Moga sihat selalu, dengan izinNya. 



Alhamdulillah, entry ini di karang ketika saya sedang hamil 39minggu...tapi terbantut nak di post. hehe. ;) takpelah, post sekarang ya. hehe. ;) (akan bersambung untuk anak ke 3 pula)



 Sekejap je rasa dah 39 minggu, tup2 menunggu hari untuk bersalin jer. saya kongsikan pengalaman pertama melalui proses labour...6tahun yang lalu. 






Kisah Kelahiran Putera Sulung, 
Anas Huzaifah b. Asyraf...

Orang kata setiap kelahiran, membawa kisah tersendiri, ada juga yang kaitkan dengan pengaruh keluarga juga, ada juga yang kaitkan dengan sengugut tak semasa datang bulan. 

Mengimbau kenangan 6tahun lepas, kehamilan pertama yang amat di 


Pengalaman bersalin yang pertama dulu, masa tu kandungan berusia 38 minggu. Dr cadangkan induce sebab air ketuban kurang, takut baby lemas. 

Antara sebab lain Dr akan cadangkan induce; kandungan lebih 40minggu, GDM, dll. (boleh baca di rujukan di bawah jika berminat nak tahu lebih lanjut. 

Induce ada 2 jenis, 1 jenis tablet di masukkan ke laluan baby nak lahir, yang kedua jenis air, di masukkan ke dalam darah melalui jarum yang di cucuk di tangan. 

Saya ? kena 2 kali di induce dengan tablet PROSTAGLADIN. 

induce pertama- pukul 6 pagi, takde rasa sakit contraction pun. Cik abang beria tunggu. 

induce kedua- pukul 1ptg, dalam kul 2+ cik abang balik rumah  hehe. nampak isterinya segar je, boleh je berjalan macam biasa, katanya nanti kalau sakit bagitahu.  tup2 pukul 3-4, contraction dah mula. terus call... abang sampai jer, baru lepas check bukaan dah 4cm, nurse terus tolak masuk labour room. Tup2 pukul 6.30 ptg, lahirlah putera sulung kami. 



Nurse & Staff nurse duk cakap..'Alhamdulillah, mudahnya awak bersalin... lagi2 ni anak pertama' Tetapi di sebalik nampak mudah tu... sakit tak? 

Sakit ke induce? soalan cepu emas kan? Sebelum tu, Sakit tak bersalin? 

mestilah sakit kan.. kalau tak, takkan di berikan ganjaran seperti mati syahid jika ibu meninggal dunia sewaktu melahirkan anak. 

Cuma nya, bila di induce ni... sakitnya tu berpanjangan. Orang tanya, setiap berapa minit rasa contraction nye? Ermm ntahlah macam tak berhenti jer. Oh kebetulan masa tu, gastrik pun menyerang sekali. sampai muntah2 keluar air jer. kiranya saya rasa sakit contraction + gastrik serentak. sampai tak tahu sakit nya kat mana? macamana rasa sakit tu? ntahlah.. tak boleh nak di bayangkan dengan kata2. masa tu, zikir dan doa memang tak putus. tahap tawakal kepada Allah swt memang tinggi sangat.



Nurse siap bisik kan zikir ' Ingat Allah, dik' .. suami hanya boleh masuk bila baby dah nak keluar, huhu. kiranya masa contraction tu, kita bergelut sendirian. sakit yang memang tak pernah alami seumur hidup.

dan yang paling sayu, teringatkan mak..sakit macam ni ke mak nak lahirkan saya ke dunia?

  'Ya Allah, ampunilah dosa & dosa kedua ibubapaku... kasihani mereka , tempatkan mereka di syurgaMu' 

Alhamdulillah, bila baby dah hampir nak keluar, cik abang datang menemani... masa tu, nampak je muka abang, dalam hati terus ucapkan syukur, bagai kurang sikit rasa sakit tu. miracle kan?  kasih sayang dan anugerah yg Allah berikan. 

Alhamdulillah,dengam izin Allah swt, bertemankan cik suami, dan sokongan dari pasukan hospital... proses bersalin i.e dengan 2 kali push... lahir lah bayi seberat 2.8kg ke dunia. 

saat bayi dalam pelukan... MashaAllah, SubahanaAllah, AllahuAkbar, bagai hilang terus rasa sakit tu. satu pengalaman, satu suasana yang pasti segar dalam ingatan. 

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. 

Pengalaman bersalin kedua pula... ada saya kongsikan di sini --> pengalaman bersalin yang sukar di lupakan


Kali ini? Wallahualam.. padsti ada kisah tersendiri. 


'Ya Allah, permudahkan dan lancarkan urusan kami semua, sempurnakan anak yang ku kandungkan ini dari segi fizikal dan mentalnya, berikan kami kesempatan mendidik beliau dengan islam dan iman... Jadikanla dia dai yang berjaya dunia akhirat, aamin'




Inilah pengalaman pertama saya hamil bersama Set HAMIL shaklee . InshaAllah akan diteruskan untuk berpantang dan juga menyusu ( penyusuan SUSU IBU)  Nak tahu apa saya makan? boleh click->SET HAMIL SHAKLEE.


...

Info tambahan 
http://www.babycentre.co.uk/a173/induced-labour
http://bayi-ibu.com/induce-semasa-bersalin/

Khamis, 16 April 2015

3 Simple Tips To Be A Great Parent


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hari ni ada rakan kongsikan poster di bawah, tersenyum mungkin sebab memang selama ni mempraktikkan ketiga2 nya. 

Alhamdulillah setakat ni, masih memenuhi 3 Tips ni.. 

Peluk cium banyak kali setiap hari, eye to eye... inshaAllah setiap hari juga.

cuma sekali sekala, terpaksa minta tolong jiran/saudara ambilkan Anas & Amanina dari tadika, hati tersentuh sebab tak dapat dengar directly dari mereka apa yang mereka belajar/bermain di sekolah pada hari tersebut. 

Tido malam? alhamdulillah, setakat umur anas & amanina sehingga hari ni, dalam 3-4 malam sahaja mereka tido bukan di rumah yang sama...;) 

Moments yang indah... 

Moga tips ini bermanfaat buat rakan-rakan sekalian. 




Jumaat, 9 Januari 2015

Multivitamins kanak-kanak : Vitalea for KIDS


Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 

Apa khabar anda hari ini? Saya doakan kita semua di kurniakan kesihatan yang baik.. sakit sikit2 tu biasa lah, tanda banda kita sihat! hehe.. tanda antibodi badan sedang berlawan dengan penyakit. 

Hari ni, saya nak kongsikan mengenai.... jeng jeng jeng... ;) something yang berperisa anggur! Anak-anak saya memang suka sangat anggur a.k.a grapes! erm, kan ada minuman kordial dgn perisa anggur yang sangat famous tu... cer tanya, ada ke kanak-kanak yang tak suka? hehe, rasanya tak de kan. 

Ilustrasi gambar kanak-kanak makan anggur, macam makan keropok jer kan... kismis, yang Rasulullah s.a.w sendiri suka tu pun asalnya dari anggurkan. dan KISMIS pun menjadi salah satu makanan kegemaran anak-anak saya juga. 




Oklah, kali ni saya nak kongsikan kemunculan Multivitamins untuk kanak-kanak, yang di panggil VITALEA for KIDS, dan yang istimewanye, ia di datangkan dengan perisa ANGGUR! Nyummy dan penuh dengan vitamins!!!

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...


Kita semua perlukan makanan yang seimbang dengan cukup kalsium nya, vitamins nya, karbohidrat, protein dan lain2... dan Supplement berfungsi sebagai pelengkap makanan, melengkapkan nutrisi harian yang kita ambil dari makanan harian kita. 

Untuk orang dewasa, multivitamins dewasa di panggil Vitalea ... boleh click di sini --> vitalea



Sebenarnya, dah lama dah vitalea for children ni dah ada, cuma shaklee telah re-formulate semula dengan penambahbaikan lagi..;) Jom2 kita tengok apa yang ada dalam vitalae for kids ni.. (kids= children = kanak-kanak )


Ok Jomm... zoomm  bagi setiap poster di atas... 



Multivitamins yang mengandungi vitamins C, D, E , dan 8 vitmins B... ada kalsium dll juga.. kalsium kan sangat penting untuk tulang yang kuat, sangat2 sesuai bagi anak-anak yang dah mula kurang atau tidak minum susu lagi. 

Dan... yang buat kan vitamns ni lebih SPECIAL... di datangkan dengan xylitol sebagai pemanis semulajadi dan bagus untuk penjagaan gigi. 

Tiada preservatives!!! wahh.. kan sekarang ni macam2 makanan ada preservatives untuk menyedapkan.. tapi vitamins ni 100% semulajadi tanpa perawet tipu2.. hehe. 




katakan if tak nak makan vitalea ni... ini lah senarai makanan yang anak-anak kita perlu makan untuk melengkapkan keperluan nutrisi harian mereka. 

Walaupun anak-anak saya pengemar sayur dan buah-buahan... tapi rasanye tak terlarat juga nak makan sebanyak ni. 


Ouch, rasanye kalau kita pun tak termakan kan banyak2 macam ni kan?.. jadi lah ibubapa yang bijak dengan memilih supplement semulajadi....



Ini pula perbandingan di antara multivitamins yang sedia ada di pasaran... dulu2, saya pun pernah beli brand C... hehe, sikit jer vitamins yang ada di dalam nya, tapi harga nya.. erm boleh tahan juga kan. 


Jadi, sekarang... bukan hanya kerana saya pengedar shaklee, tetapi sebagai pengguna yang bijak, kita nak yang terbaik dengan apa yang kita bayar kan. ;) jadual di atas jelas menunjukkan perbezaannya. ;) 

Jom,jom, jom... 

Nak lebih JIMAT? Bulan ni, sempena pelancaran re-formulated vitalea for kids ni... shaklee buat promosi BESAR-besaran... 


Vitalea for kids Buy 3 Free 1!!! Penjimatan 21% dari harga biasa.


Macamana nak dapatkan vitamins yang BEST ni?

Entry berkaitan :Meal ShakeChewable vitamin C , Omega Guard


Usaha...Doa...dan TAWAKAL.

Feel free to LIKE and SHARE

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-


FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Isnin, 29 Disember 2014

Misi bantuan Mangsa Banjir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda hari ini? Moga kita semua berada dalam keadaan sihat dan diberkati Allah s.w.t 


Kita semua maklum, BANJIR di negara kita hari ini, masih di tahap kritikal, statistic di bawah, Allahuakbar, 247104 mangsa banjir telah di pindahkan... belum lagi termasuk mereka yang tidak berpindah. 

Ada rakan bisnes saya, terperangkap dalam taman perumahan, tidak boleh keluar dari kawasan rumah sendiri..dah jadi macam pulau pula. Nak tak nak, mereka terpaksa duduk dalam keadaan yang bersesak. 



Dalam keadaan tersesak, tak cukup rehat dan terdedah kepada pelbagai Penyakit. Kita jg maklum, ramai dikalangan mangsa banjir sakit/ada yg sudah meninggal dunia.
Info mengenai BANJIR, Penyakit berjangkit (sila click untuk info lanjut)



Pengambilan vitamin C tambahan membantu meningkatkan imuniti badan dan bertindak sebagai 'perisai' diri.



Sumbangan Vit C akan terus dihantar kepada mangsa banjir.

InshaAllah, moga usaha kita dapat menyelamatkan NYAWA sahabat dan saudara di Sana.

SEBOTOL VITAMIN C CHEW HARGA PASARAN RM37 sahaja.
Terpulang pada anda nak donate, 1, 5, 10, 100 botol sekali pun.

Semoga Allah membalas sumbangan anda ini dengan ganjaran yang lebih besar. Amin.

==========================

BAGAIMANA CARANYA :

1. PM SAYA BERAPA BOTOL ANDA NAK SUMBANG

Whatsapp/Telegram: Anisah 0136216522

2. Details bayaran akan dimaklumkan

3.Sumbangan Chewable VIT C akan dihantar oleh wakil kami kepada mangsa banjir.
=======================
Mohon sebarkan untuk kebaikan bersama

Terima Kasih.

Isnin, 24 November 2014

Mama, berjaya!!!

Assalamualaikum wbt. 

Kisah yang berlaku hari ni rasanya sangat sayang jika ianya hanya berlalu begitu sahaja...

Saya titipkan di sini untuk kita sama2 mensyukuri salah satu nikmat yang Allah berikan pada kita. 

Alhamdulillah, tengahari tadi...dalam keadaan nak cepat, saya bawa beberapa beg sekali gus untuk masuk ke rumah mertua. Erm. biasala bila ada anak ni.. beg mereka dah 1, beg laptop (teman kerja saya) , dan handbag.. tambah lagi saya bawa sedikit makanan. huhu.. bayangkan banyaknya kan. 
tup2, dalam keadaan kurang stabil, handset saya tercampak kebawah..terburai and to make it worst, bateri tercampak masuk longkang yang setinggi sekitar 1.5 meter. Allahuakbar! 

Dalam otak duk fikir macamana la nak ambil kan.. agak dalam dan tajam2 juga dalam tu.. ada air juga sikit2.. Saya masuk dalam letak barang dan kemudian amanina datang dengan penyapu, 

'Mama, boleh guna penyapu ni kan ambil bateri mama?'

Allahuakbar, SubahanaAllah... 

Aksi spontan dari anak yang berumur 3 tahun, really make my day. 

Then terus saya dapat idea... 'ikatkan kayu dgn penyodok then blh la kan' 

terus saya bagitahu amanina.. dan dia pun setuju. 

Alhamdulillah, semasa dalam proses 'menyelamatkan', nina jadi tukang sorak 'Mama. boleh!.. Mama, sikit lagi mama...'  bila bateri tu susah nak masuk ke dalam penyodok.. dengan spontan nina cakap

'mama, kan nina cakap guna penyapu lagi senang'

Alahai sayang... alhamdulillah, sel2 otak bersambung dengan jayanya... 

Akhirnya, bila saya berjaya mendapatkan bateri tu.. dengan semangat nya Amanina bersorak 

'Mama, BERJAYA!.. Good job mama!'

Bertakung air mata gembira dengan kata2 dari seorang anak...

Ohh Amanina Aisyah...character beliau seperti maksud namanya...

'HARAPAN kami untuk HIDUP BAHAGIA'



Moga membesar dengan baik dan solehah ye sayang...

Sayang mu di dunia dan akhirat.. 

Mama kepada amanina, 
24 Nov 2014

Isnin, 29 September 2014

Vitamin untuk kanak-kanak


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda semua hari ni? 

Dalam dunia sekarang yang penuh dengan pencemaran udara, pencemaran makanan, dan macam2 pencemaran lagi, nak tak nak... kita memang semakin terdedah dengan pelbagai risiko penyakit dan atas sebab itulah, kita perlukan supplement, bagi membantu meningkatkan imuniti - kadar lawan penyakit. InshaAllah.. dengan izinNya, kita dan keluarga akan bertambah sihat. 

Hari ni saya nak kongsikan mengenai anak-anak saya,Anas Huzaifah & Amanina Aisyah... 

Sewaktu ketika dahulu, mereka juga kerap demam seperti kebanyakkan kanak2 di luar sana.. mungkinkah anak anda juga?

Anas, anak sulung kami pernah melalui sawan demam beberapa kali, dan Tendency untuk di serang semula, semakin meningkat bila semakin banyak kali kena...

Doktor sendiri pesan untuk mengambil supplement tambahan bagi meningkatkan imuniti beliau.

Ada kami kongsikan di sini ---> SAWAN DEMAM 

Anas juga mengalami masalah kulit ezcema dan juga beberapa jangkitan kulit sebelum ini, boleh click di sini --> Lawatan Pakar kulit kanak-kanak

Kedua2 keadaan di atas, memerlukan kewangan yang banyak juga masa yang banyak sangat terluang untuk ke klinik, untuk menjaga...dan yang lebih utama, kesian sangat setiap kali sakit tu datang. 

Sebagai ibu, sakit nya macam saya juga yang sakit... merengek dan yg lain2 memang tak dapat di elakkan..

Kesian anak kita di sumbat ubat je kan?

PERUBAHAN SEKARANG...

Alhamdulillah, sekarang dah jarang sgt demam, kalau selsema kejap2 jer.. 

Alhamdulillah, kalau luka pun, cepat pulih... 

Alhamdulillah, anak2 bertambah sihat, cergas dan bertenaga...

si adik skrg ni.. aduhai celotehnya macam 'mak nenek'

'mama, kenapa ini.. kenapa itu..'

Antara celoteh Amanina
Alhamdulillah, daya ingatan juga sangat baik... 

jangan la nak main2 jawab dgn mereka.. nanti dia pusing semula pada kita... 

Anak ohh Anak... Mereka lah jantung hati kami. 


Kenapa mereka perlukan supplement?

Jemput tengok video ni sekejap ye..


Macamana?

Sebab dengan Set kanak2 ni.. ia membantu meningkatkan imuniti, meningkatkan selera makan, membekalkan tenaga. 


Jika anda rasa tak sanggup nak bagi supplement, sanggup lagi kah tengok mereka sakit? 
tidak kan?

Jika rasa nak berikan yang terbaik, jom kita berikan yang terbaik! inshaAllah. 


Khas buat kawan2 yang sedang mencari supplement buat anak tersayang supaya mereka lebih 'kebal' dgn penyakit dan bertambah cergas...

Jemput hubungi saya ye... 

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...