Memaparkan catatan dengan label cash bonus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cash bonus. Papar semua catatan

Ahad, 21 Mei 2023

Raih Kecantikan dan Kesihatan Secara PERCUMA dengan Vitamin Shaklee melalui CASH REBATE

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Adakah anda ingin menikmati manfaat vitamin Shaklee secara PERCUMA? Jika ya, saya mempunyai beberapa tip menarik untuk anda. Anda dapat makan vitamin Shaklee secara PERCUMA melalui Cash Rebate. Secara umumnya, cash rebate ni di khas kan untuk mereka yang menjadi ahli shaklee, samada untuk makan sendiri ataupun nak berbisnes. Ada saya kongsikan di entry  insentif shaklee.  

 Mari kita terokai cara mudah untuk menjadi ahli Shaklee dan menikmati manfaat yang menakjubkan ini.


Pertama sekali, anda perlu tahu cara menjadi ahli Shaklee. Anda boleh melakukannya melalui pengedar Shaklee yang dipercayai. Sebagai pengedar, kami akan membimbing anda melalui proses pendaftaran dan memberi konsultansi bagi membantu anda memilih produk yang bersesuai dengan diri anda. Dengan menjadi ahli Shaklee, anda akan mendapat akses kepada produk-produk berkualiti tinggi Shaklee dan pelbagai keistimewaan, antaranya ialah dapat menikmati produk shaklee dengan harga ahli iaitu sekitar 20% penjimatan. 

Terdapat dua cara untuk mendaftar menjadi ahli shaklee, nak yang berbayar atau PERCUMA? pilihan di tangan anda. 


Cara pertama - 

Anda hanya perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM35 dan boleh terus membeli produk shaklee pada harga ahli atau, 

Cara kedua - 

Inilah yang menarik! Anda boleh mendapatkan keahlian Shaklee secara PERCUMA melalui pembelian mana-mana produk Shaklee bernilai 100 Unit Volume (UV) yang berharga sekitar RM400.

Lebih menarik lagi, kini shaklee tawarkan promosi hebat, dengan belian SET RAHMAH ni, keahlian di beri secara PERCUMA. Bayangkan dengan belian combo pertama - satu botol vitamin C dan 1 botol ESP pada harga RM99 anda layak dapat keahlian PERCUMA pada masa yang sama dapat penjimatan RM132 ( jauh lebih jimat dari bulan lain tau!). pastu kalau ambil combo kedua, boleh dapat free delivery sekali. hebat kan? 



Jika anda zoom poster di atas, boleh nampak gambar $ tu kan? di sini lah kita boleh dapat CASH REBATE. scroll sikit ke bawah ada saya share ya... 

Selain tu, boleh juga dapat keahlian PERCUMA melalui SET HELLO NEW ME


Dan pelbagai lagi set yang anda nak... kami sebagai pengedar boleh customized kan mengikut keperluan dan bajet anda juga. Shaklee kan terkenal di kalangan ibu hamil dan menyusu kan, jadi untuk yang nak prenatal & postnatal set pun boleh dapat keahlian PERCUMA. dengan belian sekitar 100uv atau sekitar belian bernilai RM450. 


Ok jom kita teruskan, macamana pula nak dapat vitamin shaklee secara percuma melalui CASH REBATE kan? 

Siapa pernah tengok jadual di bawah? Jadual ni menunjukan peratusan %  cash rebate yang kita boleh dapat melalui belian produk shaklee. Dengan minimum 150uv iaitu sekitar RM510 anda layak 5% cash bonus iaitu di anggarkan sekitar RM25. Biasanya ramai ahli shaklee yang makan sendiri layak dapat 5% ni. Ada yang kumpul order then boleh layak dapat 8%, 11% dan up to 21%. dan ia nya sebenar nya hasil belian semua ahli yang berdaftar di bawah kita. dan jika ahli bawah kita capai minimum uv, mereka pun layak dapat bonus. Kiranya semua orang ada peluang yang sama. 



Jadi, tunggu apa lagi? Ambil langkah pertama anda menuju keahlian Shaklee dan makan vitamin Shaklee secara PERCUMA melalui Cash Rebate. Mula merancang perjalanan kesihatan yang hebat dengan produk-produk berkualiti tinggi Shaklee.


Ingat, bergabunglah dengan pengedar Shaklee yang dipercayai untuk membimbing anda melalui proses ini. Mereka akan memberi anda sokongan dan nasihat yang diperlukan untuk memulakan perjalanan kesihatan yang luar biasa. Saya berdaftar shaklee di bawah team Master Maria Firdaus, Master Ainul Shahrazad, Master Hafsah, Master Zahirah, Master Laila dan Master Norita. Semua master ini sangat supportive dalam membantu kami semua untuk menjana pendapatan melalui bisnes shaklee dalam pada masa yang sama sangat menjaga hubungan silaturahim yang baik, serta selalu mengingatkan kami menjaga hubungan dengan pemilik rezeki, iaitu Allah swt. 


Nak PRODUK Shaklee atau nak mulakan BISNES ONLINE Shaklee? Jom saya bantu 😃

Wasap.my/60136216522/NakShaklee

#RakanShaklee Anda,

Anisah Khalid



#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023

Ahad, 16 April 2023

Insentif TAMBAHAN Buat Shaklee Bisnes Leader di Malaysia

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang dikasihi,


Hari ini, saya ingin berkongsi tentang insentif shaklee tambahan yang ditawarkan oleh Shaklee Malaysia untuk semua business leader, khususnya dalam menjalankan bisnes online mereka. Selain membantu meningkatkan pendapatan mereka, insentif ini juga dapat memberikan manfaat kepada ekonomi keluarga dan masyarakat secara keseluruhan.

Dalam era dunia yang semakin mencabar dan duit menjadi salah satu "KEKUATAN" untuk kita meneruskan kehidupan, bila dengar ada peluang untuk dapat EXTRA CASH tentu ramai yang nak kan? Alhamdulillah selain dari 3 C - Cash Bonus ( berdasarkan jualan kumpulan bulanan) , Convention Trip  dan Car Bonus seperti yang saya kongsikan dalam entry sebelum ini , bersempena dengan cycle baru 2023/2024 ini, shaklee tawarkan INSENTIF TAMBAHAN bernilai RM600 bagi mereka yang memenuhi syarat-syaratnya. 




Sebagai salah satu syarikat kesihatan dan kecantikan terkemuka di Malaysia, Shaklee mempunyai pelbagai produk berkualiti tinggi yang digunakan oleh ramai orang di seluruh dunia. Namun, Shaklee tidak hanya menghasilkan produk yang berkualiti tinggi, tetapi juga memberikan peluang bisnes kepada individu yang ingin menjana pendapatan sampingan atau memulakan bisnes sendiri.

Dengan mendaftarkan diri sebagai ahli shaklee, dengan bayaran minima RM35 atau pun PERCUMA keahlian dengan belian 100uv iaitu sekitar RM400, kita berpeluang juga untuk menerima cash bonus berdasarkan jumlah belian di bawah id kita. Sebagai contoh seperti dalam jadual di bawah. Walaupun mereka yang hanya makan sendiri pun, boleh layak dapat cash bonus ini.


Selain Cash BONUS berdasarkan jadual di atas, kita juga berpeluang untuk mendapat cash bonus yang di kira berdasarkan jumlah terkumpul belian (sales) di bawah team kita. 


Secara umum nya, ada 7 rank dalam bisnes shaklee, iaitu Supervisor, Senior Supervisor , Coordinator , Senior Coordinator , Key Coordinator , Senior Key Coordinator dan yang terakhir MASTER COORDINATOR. 

Setiap rank ini, ada syarat tersendiri, lebih ramai yang menjadi bisnes leader (supervisor dan ke atas) dalam team kita, lebih tinggi rank yang kita boleh capai. Sebagai contoh seorang senior supervisor ada seorang supervisor di bawahnya. 



Gambarajah di atas menunjukan purata cash bonus bagi setiap rank, namunnya ianya boleh menjangkau lebih jauh dari figure ini. Seorang supervisor boleh mencapai cash bonus sehingga RM5000 juga sekiranya sales kumpulan nya besar. Saya kenal beberapa orang  MASTER COORDINATOR yang konsisten mendapat cash bonus 6 angka sebulan. HEBAT kan? Namun setiap yang mereka terima itu, tentulah hasil titik peluh yang di curahkan. 

Selain memberikan manfaat kepada individu, Shaklee juga memberikan kesan positif pada ekonomi keluarga dan masyarakat secara keseluruhan. Sebagai contoh, melalui bisnes online, business leader Shaklee dapat membantu masyarakat setempat dengan memberikan peluang pekerjaan atau menjual produk Shaklee kepada mereka, yang pada gilirannya membantu mengembangkan ekonomi setempat.

Bersempena dengan cycle baru 2023/ 2024 ini, shaklee tawarkan insentif tambahan selain dari cash bonus seperti di atas. 

Dengan mengambil bahagian dalam program insentif tambahan Shaklee, business leader dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kesihatan dan kecantikan secara semulajadi. Ini membawa impak positif kepada masyarakat dan kehidupan mereka, dan pada masa yang sama membantu mengembangkan industri kesihatan dan kecantikan di Malaysia.



Bagi yang belum pernah rank up Supervisor. 

Rank up Supervisor dalam bulan April or May or June 2023, dan KEKAL EFFECTIVE 2 bulan seterusnya berturut2, akan dapat CASH RM600.


Bagi yang dah pernah rank up Supervisor.

Rank up Senior Supervisor dalam bulan April or May or June 2023, dan KEKAL EFFECTIVE Senior Supervisor 2 bulan seterusnya berturut2, akan dapat CASH RM600.



Jadi, jika anda ingin mencari peluang untuk memajukan karier anda dalam Shaklee, atau mempunyai keinginan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga dan masyarakat, maka program insentif tambahan Shaklee adalah pilihan yang tepat untuk anda. 

Sertailah Shaklee sekarang dan saksikan sendiri bagaimana bisnes online dan insentif Shaklee dapat membantu meningkatkan pendapatan anda serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan masyarakat di Malaysia.


Tahu kah anda Shaklee di nobatkan sebagai READER'S DIGEST TRUSTED BRAND ? bukan hanya produk nya, tetapi peluang bisnes nya juga. Jemput tonton video di bawah. 





Nak PRODUK Shaklee atau nak mulakan BISNES Shaklee? Jom saya bantu 😃

Wasap.my/60136216522/NakShaklee


Nak JOIN SHAKLEE SEKARANG

#RakanShaklee Anda,

Anisah Khalid


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023


Rabu, 17 Disember 2014

20 SEBAB KENAPA SHAKLEE?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar pembaca semua? Moga kita semua sihat, ceria dan diberkati Allah swt sentiasa. 

Ada yang bertanya dengan saya... KENAPA masih bersama shaklee

Izinkan saya berkongsi sedikit SEBAB kenapa saya bersama Shaklee, saya setuju sangat dengan pandangan rakan saya Kaklong Nuzula sebab mengapa kami jatuh cinta dan masih bersama shaklee. 


20 SEBAB KENAPA RAMAI JATUH CINTA DENGAN SHAKLEE?
   
1. Kekuatan produk. Produk yg bagus. Shaklee  berasaskan bahan semulajadi, melalui kajian terperinci & ujian yg ketat. Shaklee berdaftar dgn KKM & yg paling penting disahkan halal. Lebih 57 tahun. The Shaklee Difference ~ Always Safe, Always Works, Always Green.


2. Syarikat yg mempunyai kredibiliti dan integriti yang tinggi. Sudah 57 tahun di dunia. Dah established.



3. Sistem yg adil & terbukti. Yang paling penting patuh syariah.




4. Shaklee bayar bonus yg tinggi pd pengedarnya, 50% drp keuntungan syarikat (satu ciri syarikat yg baik). Banyak sangat benefit selain cash bonus, ada car bonus & mcm2 insentif. Satu peluang yg sangat besar. Shaklee sgt menghargai pengedarnya.



5. Satu bisnes yg boleh diwariskan pada anak cucu.



6. Income yg tidak terhad (unlimited income). Boleh jadi passive income dan pelan untuk persaraan. Berpencen dgn Shaklee!



7. Bisnes produk kecantikan & kesihatan adalah antara bisnes yg terbaik, seperti mana pernah dikatakan oleh DAO & Faisal Abdullah. Industri yg bernilai billion dollar, termasuk di Malaysia.



8. Tidak perlukan modal utk mulakan bisnes. Tak perlu buat pinjaman bank dan tak perlu berhutang dengan sesiapa.



9. Boleh dilakukan 100% dari rumah. Home-based business.


Home Office saya yang saya kongsi bersama anak kesayangan....



10. Tak perlukan premis perniagaan. Kan mahal nak sewa kedai.



11. Tak perlu simpan stok yg banyak. Tak ada stok langsung pun boleh.



12. Hampir tiada risiko rugi, barang rosak, tak laku dsb. Biasanya dlm bisnes, high risk high return.. tp Shaklee.. no risk tp high return.. mana nak cari.



13. Kalis recession (kalis kemelesetan ekonomi), insya Allah. Maksudnya dlm keadaan ekonomi bagus atau tidak, orang tetap akan beli. Orang tetap perlukan suplemen & produk kesihatan.



14. Peluang perniagaan online yg sangat besar, seperti mana kajian oleh SKMM & Paypal berkenaan peningkatan pembeli online & nilai yg dibelanjakan secara online meningkat sehingga berbillion ringgit. Drp kajian seorang pensyarah di Malaysia (yg terbaru), bisnes online lahirkan paling ramai jutawan. Kaitannya dgn Shaklee? Shaklee boleh dibuat 100% secara online, lebih2 lagi kita ada online system.



15. Syarat utk berjaya dlm bisnes adalah M.E.S.T.I. Mentor, Elmu, Sistem, Tindakan & Impian. Ramai yg dah berjaya dapat income sehingga 6-7 angka sebulan. Dlm Shaklee, kita dah ada mentor & sistem yg dah tersedia.. malah, peluang menuntut ilmu yg sentiasa terbuka luas… tinggal lagi TINDAKAN & IMPIAN saja utk berjaya.



16. Shaklee menyumbang kepada kepimpinan alam sekitar sejak 5 dekad yg lalu. Syarikat pertama di dunia yg memperolehi pensijilan "Climate neutral". Kita sokong Shaklee, kita juga menyokong usaha ke atas alam sekitar yg lebih baik. GO GREEN.



17. Boleh jadi MLM pahala… peluang utk dpt pahala yg berpanjangan, walaupun kita sudah tiada di dunia ini (drp ilmu yg dicurahkan generasi demi generasi… menjadi ilmu yg bermanfaat)

Multilevel pahala...;) tidak terhad kepada ilmu agama semata-mata



18. Income yg berpanjangan, dgn itu blh jadi amal yg berpanjangan… walaupun kita sudah tiada di dunia ini (seperti yg dijelaskan).



19. Donald Trump & Robert Kiyosaki pun sokong MLM. Juga DAO, pun sokong MLM. Justeru, kenapa tidak?



20. Suplemen Shaklee sbg alternatif kpd ubatan kimia & drugs (ini lbh kpd sebab peribadi tp satu sebab yg penting juga utk diri sy.. Shaklee jauh lg selamat daripada ubat yg ada byk side effect). Shaklee utk mencegah…  kerana mencegah lebih baik drp merawat.     


Jika di beri pilihan... yang mana yang anda pilih? tentu yang semulajadi kan... 



 ~Credit to Kaklong Nuzula




Khamis, 23 Januari 2014

Gaji ku RM3000... Cukupkah?

Alhamdulillah...hujung-hujung tahun, sempena dengan cuti sekolah, ramai yang melangsungkan perkahwinan.. Tahniah dan saya doakan semua pengantin semoga sentiasa dalam keberkatan Allah swt dan bahagia dunia dan akhirat inshaAllah. 



Dalam satu majlis yang saya hadiri, ada rakan yg juga merangkap junior saya di UiTM. Alhamdulillah.. sebagai graduan BSc statistic, beliau kini berkerja sbg data analisis, gaji yang di tawarkan sekitar RM3000-3500 , seorang fresh graduate,bagi kebanyakkan dari kita OK sgt tu... jika di bandingkan dengan kebanyakan FRESH GRADUATE Ijazah yang hanya di bayar sekitar RM2000-2500 sahaja.

Bagi rakan saya yang dah dapat RM3000 sebulan, beliau masih rasa mcm tak puas.. yelah masih terikat dengan office hours dan arahan BOS kan.Walaupun beliau masih bujang, tapi dengan keperluan RM yang dahsyat sekarang ni... RM3000 pun mcm sikit je, lagi2 bila duduk di kawasan bandar. 

Saya agak terharu bila berbual dengan rakan-rakan yang sebaya ataupun umur hampir dgn saya.. dalam 2-3 tahun lagi dah nak mencecah 30 tahun. Bila di tanya, kenapa tak kahwin lagi? 'Belum jodoh' dan 'mana cukup duit.. nak kahwin skrg ni, gaji RM2+++, tapi tolak sumbangan buat mak ayah, PTPTN, sewa, kete dan perbelanjaan lain. macamana nak simpan untuk kahwin?'memang tak tersimpan nya...

Soalan lazim bagi yang nak mendirikan rumahtangga..

Bagi yang telah berumahtangga... perbelanjaan keluarga memang tidak dapat di nafikan  amat lah tinggi...

Rajah di bawah menunjukan perbelanjaan yang biasa2 pun dah berjumlah hampir RM2000.. ini bagi yang bujang.. kalau dah berkahwin, jauh lebih banyak...tambah dengan taska lagi.. 


10 tahun lepas, Gaji Fresh graduate adalah sekitar RM2000 juga.. namun perbandingan nilai duit RM50 dulu dan sekarang adalah seperti rajah di bawah: 

Apa sahaja yang kita dapat beli dengan RM50 kan? Tahun 2014... harga barang di jangka (sedang) naik lagi.... 


Kuasa membeli dgn jumlah wang yg sama, dah makin kurang... 


Dulu tahun 90an boleh lagi bawa duit belanja pergi ke sekolah rendah dengan RM1.00...boleh la beli nasi goreng+air+ kuih sebiji.. 


SEKARANG? Nasi goreng nak dpt RM2.00 pun sangat susah... Nasi lemak yang di jual pagi2.. paling murah RM1.20... tu pun sikit jer, boleh la alas perut.. tapi kalau nak kenyang, kena makan 2-3 bungkus. 


Air sirap... teringat dulu beli masa sek ren.. RM0,20 jer segelas... sekarang.. minima RM1.00... 


Apa tindakan kita... dengan kenaikan harga barang yang bagai tak dapat di kawal? 

Apa tindakan kita... untuk tingkatkan pendapatan diri? 

Kalau nak harapkan gaji semata-mata... mungkin apa yang kita dapat beli dengan RM1500 pada tahun 2014 ini.. jauh lebih sedikit berbanding dengan rajah di atas.. 


Nak harapkan kenaikan gaji... berapa % sahaja dan dibandingkan peratusan kenaikan harga barang...


Fakta mengenai Kaya dan Miskin..







 Ini saya petik dari satu akhbar tempatan (di wall ikim.fm) . 




Anda tergolong di mana? ... 

Jika anda tak merancang untuk menjalankan perniagaan.... tetapi nak jadi KAYA... rasa mcm susah jer.. hanya 25% peratus je mereka yang KAYA bukan menerusi perniagaan.. 75% peratus adalah dari perniagaan. 

Tak kisahlah, apa perniagaan yang anda nak ceburi...yakinlah.. 9/10 rezeki memang dari perniagaan..

 Saya nak kongsikan apa  yang bisnes shaklee  tawarkan..bagi menjawab  sebab utama dari petikan surat khabar di atas..

1. Gaji yang tidak setimpal - tetapi dengan bisnes Shaklee.. KITA BUAT LEBIH, KITA DAPAT LEBIH... masa dan apa yang kita nak kongsikan, kita yang tentukan.. hasilnya KITA juga yang tentukan.. (dengan keizinan Allah). 

2. Kurang mendapat penghargaan - tetapi dengan bisnes SHAKLEE... ada 7 pangkat yang SEMUA orang boleh Capai.. Sekali lagi.. KITA BUAT LEBIH, KITA DAPAT LEBIH.. KITA YAKIN, KITA BOLEH.. KITA DAPAT  (dengan keizinan Allah). 

3. Tidak dipercayai ketua - tetapi dengan bisnes shaklee - KITA la KETUA, kita la pekerja... Kita decide.. nak percaya kat diri sendiri ke tidak la kan.. (Mentors bertindak sebagai PENASIHAT dan PENDORONG, supaya memastikan kita di landasan yang betul )

4. Mahu mengembangkan karier - tetapi dengan bisnes shaklee-kita bina EMPAYAR kita sendiri...kita boleh kembangkan... kalau rasa Malaysia belum cukup luas, peluang untuk kembangkan keluar negara pun boleh.

Apa pun alasan nya.. jadikan ia sebagai satu cabaran untuk kita lebih berjaya!.. insyaAllah. 

Nak tahu macamana nak mulakan bisnes shaklee?


Terima kasih kerana meluangkan masa...
Sehingga berjumpa lagi.

Sila ‘LIKE’ dan ‘SHARE’ sekiranya anda rasa kisah ini bermanfaat untuk dikongsikan.
Sila 'COMMENT' untuk sebarang tambahan /penambahbaikan.. terima kasih..

Khamis, 12 September 2013

Alhamdulillah... Rezeki seorang pelajar

Alhamdulillah...

Alhamdulillah... minggu ini, minggu pertama sebagai seorang pelajar (sekali lagi sebagai pelajar UiTM)

Alhamdulillah... seronok dpt refresh memory...

Alhamdulillah... seronok dapat tambah nilai hidup...

Alhamdulillah.. seronok dapat kawan baru..- mcm2 background.. graduan universiti berbeza-beza (UIA, USM, UUM) , umur dan pekerjaan yang berbeza...

Alhamdulillah... semakin jelas impian akan menjadi kenyataan... impian jangka panjang mungkin berbeza.. tp yg pasti, kami semua mahu tamat belajar dgn jayanya pada Ogos 2014!. Doakan kami berjaya!

InshaAllah penambahan satu rangkaian kawan dan bakal bisnes partners...

Alhamdulillah...
Alhamdulilah... dalam diam, dapat tambah 'partner' dalam bisnes shaklee...dan juga coaching terus menerusi fb dan phone  walaupun belum pernah jumpa face to face. Tak perlu risau kan jarak di antara mentors dan kita sebab sekarang ni kan semua nya sudah 'dekat' melalui telefon dan internet.

Sabtu, 17 Ogos 2013

Saya, Kami, Anda dan Kita bersama Shaklee (bahagian 2)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 

Apa khabar anda hari ini? Moga kita semua sentiasa dalam keberkatan Allah swt. dan di berikan kesihatan rohani dan jasmani yang baik. InshaAllah


Entri ini merupakan sambungan dari Saya,kami,anda bersama bersama SHAKLEE

Setiap orang ada kisah mereka tersendiri, dan ini adalah di antara permulaan saya dalam bisnes Shaklee. 



 From Zero, InshaAllah soon one fine day will be a HERO... with god will! 

Alhamdulillah bulan ini, beberapa orang sudah bertanya dengan saya 'macamana menjadi ahli?'  Saya percaya mereka teruja dengan status di bawah;





Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Bulan ni merupakan antara bulan yang agak sibuk di office, tapi alhamdulillah, dalam kesibukan tu, Allah hantarkan juga beberapa orang rakan dan kenalan fb untuk membeli melalui saya. 

Ramai yang tanya, macamana boleh dapat 3 angka? part time je kan? 

Jawapan saya : Ya, memang part time dan tidak terasa terbeban sgt utk nak dapat 3 angka tuh.


KISAH PERMULAAN 

Kisah saya menjadi ahli telah bermula sejak bulan 3 yang lalu, saya selalu mengikuti status beberapa rakan yang sudah menyertai Shaklee... sehingga bulan 6, sangat teruja dengan status kak Maria...bonus 4angka? biar betul.... saya pun mula ber'pm' dgn k.maria.. dan kini, beliau la mentor terdekat saya. (Ops, bukan dekat secara fizikal tetapi di alam maya dan secara formalnya)

Saya telah membuat keputusan untuk menjadi ahli sekitar 20+hb Jun, dan secara jujurnya masa tu lah baru saya tahu 'OHHHH... inilah produk yang orang selalu makan masa pregnant & pantang' hehe.. kelakar je bila di kenangkan balik. Saya pilih untuk memulakan bisnes tanpa saya sendiri kenal produknya. 


Alhamdulillah, penerangan dari kak maria membuatkan saya yakin dengan produk dan juga peluang bisnes dalam shaklee. Ini lah mentaliti awal saya semasa join tu. (Pesan kak maria, buat solat istigharah...bagi Allah tunjukkan jalan. Dan Alhamdulillah...inilah yang Allah tunjukan jalan)



Keputusan saya pun, bila dapat tahu ramai di sekeliling saya telah mengenali shaklee, ada yg sudah mula membeli dgn orang lain, tanpa jadi member. 



Beberapa orang rakan ofis, telah berkongsi pengalaman mereka makan supplement shaklee dan berpuas hati. 

Kakak ipar saya sendiri, rupanya telah mengamalkan supplement shaklee sejak lebih 3 tahun lalu, semasa berpantang & menyusu anak ke 2 beliau dan hamil & menyusu anak ke 3. 



Testimoni kakak ipar saya


Bila cerita2, rupanya shaklee dah lebih 20tahun di Malaysia, dan dah 50+ wujud di USA. dan merupanya supplement semulajadi yang di ranking pertama di USA. 


Masa tu saya pun...'OHHH... dah lama ye shaklee ni?' haha, kesian kan saya. Dan saya percaya sampai sekarang pun, masih ada yang belum mengenali shaklee. bak kata Super Upline saya, shaklee baru menyentuh 1% rakyat Malaysia. bermakna masih ramai lagi yang seperti saya dulu. 



ORDER PERTAMA


Seperti yang saya maklumkan di atas, saya baru nak kenal shaklee, hehe, Nak order apa pun tak tahu. Sebagai seorang ibu yang masih menyusukan anak, kak maria cadangkan saya ambil set penyusuan, jadi saya pilih set penyusuan basic, ESP & alfafa. 


Dah nak signup sangat dah, saje cakap dengan kawan ofis 

'KORANG, kita dah jadi ahli shaklee, alhamdulillah...'


Kak H; 'Ohh ye ke, akak memang nak beli beberapa vitamins ni... ramai bagi feedback postif.. nak cuba juga' : akak H ambil set kesuburan, beliau telah berkahwin 3 tahun, tetapi belum di kurniakan cahayamata. pelbagai usaha telah beliau cuba, mana tahu shaklee serasi dengan beliau dan boleh menjadi asbab beliau hamil. dan yang pasti, dengan keizinan Allah swt.


Kak N: 'Akak dah biasa makan gla, alhamdulillah..masalah cyst dapat di kurangkan... '


Kak M: ' Anak kita dah makin kuat menyusu sekarang, kawan2 bagi tahu alfafa & ostematrik boleh bantu, betul ke?'



Inila anak kawan saya tu.. bam2 kan.. eiii geram!


Alhamdulillah, dengan bantuan kak maria dan Mr google, juga testimoni ramai orang yang telah berjaya. Rakan-rakan ofis saya terus order;



(Sila click pada set di atas untuk mengetahui lebih lanjut)

Saya tak perlu promote sgt, sebab masing-masing sudah tahu keberkesanan Shaklee... di fb sahaja, ramai yg share kejayaan dalam kesihatan dgn supplemen Shaklee nih. 

Kak maria cadangkan, sikit lagi ni dah boleh dapat FREE membership... Siapa tak suka benda FREE kan? 





Selepas tu, saya promote sikit2 di fb dan bagi tahu pada ahli keluarga, mak abah memang mengamalkan supplement sejak kami kecil lagi.  Mak mohon cadangkan supplement untuk seisi keluarga.. Ramadhan juga tak lama dah, kak maria cadangkan ambil set sahur a.k.a mighty germ. 


Bulan 6, promosi Mealshakes, beli 6 percuma 1, kak maria terangkan kebaikan mealshakes secara asasnya. Alhamdulillah saya dapat kumpul order 1 set terus. hehe.. bayangkan dalam keadaan belum kenal produk, tetapi kan maklumat di hujung jari je sekarang. Mealshakes adalah supplement yang baik untuk kanak-kanak, Alhamdulillah boleh check dengan google, mealshakes telah berjaya membantu ramai ibubapa dalam menyelesaikan masalah selera makan anak2. Masalah selera makan & sakit di kalangan kanak2 kan memang common. Dengan pelbagai testimoni yang ada, Adik beradik saya dan rakan-rakan bersetuju untuk mencuba. 

set mighty germ dan alfafa, mealshakes

(Sila click pada set di atas untuk mengetahui lebih lanjut)


Sebahagiaan dari order  (ada yang telah di deliver)



SubahanaAllah...Allah mudahkan urusan saya, bila di kira2 pembelian sudah melebihi RM650, sekitar RM9++. Terima kasih buat semua! 

Alhamdulillah berjaya signup dengan  FREE membership, Jimat rm65+ rm10 postage!

Alhamdulillah, bukan sekadar dapat FREE membership, terus layak dapat bonus 2 angka! 

Bonus pertama saya, alhamdulilah bonus 2 angka,

Masuk bulan ke2, Julai 2013,  Alhamdulillah dengan pertambahan ilmu tentang produk dan niat untuk membantu orang lain untuk lebih sihat...


Antara pesanan mentors....'Kita berniaga bukan untuk kaya, kita berniaga untuk membantu orang lain... bila kita niatkan untuk membantu, inshaAllah rezeki lebih mudah di jemput' dan ini juga merupakan antara moto shaklee, help others to feel the shaklee effect. 


Bulan ke 2, melalui fb dan rakan di ofis juga saudara mara, saya menerima order seperti di bawah, 


SET KESUBURAN, SET SLIMMING DAN SET KUATKAN TULANG SHAKLEE



Secara tak langsung, Bonus ke 2, Alhamdulillah naik ke 3 angka...




InshaAllah bonus ke3... target min menghampiri 4 angka!

Alhamdulillah berkat usaha, doa dan tawakal pada Allah dan bimbingan dan tunjuk ajar dari mentors yang telah berjaya mendapat bonus 3-4-5-6 angka sebulan... AllahuAkhbar.. tercabar juga untuk berjaya seperti mereka!


 the more we give, the more we get.

Saya dalam susur galur group Jutawan Shaklee, our great mummy shaklee, Pn Shareeza di bawah kak Maria (Ikuti kisah beliau di http://www.mariafirdaus.com.my/)

Jadi kawan-kawan dan pembaca sekalian... ini dia cara mudah untuk jadi Ahli dan mendapat cash bonus sehingga 3-4-5-6 angka sebulan...

BAGAIMANA MENJADI AHLI SHAKLEE?

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...