Memaparkan catatan dengan label obesiti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label obesiti. Papar semua catatan

Selasa, 17 Mei 2016

Poster comel : Kenapa Orang Malaysia Semakin GEMUK?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Alhamdulillah sekarang ni saya pengajian sarjana semester 3, apa bidang saya?CLICK SINI
Bila terjumpa poster ni, wow, lengkap nya info nya. 

Kenapa ya ramai di antara kita yang GEMUK???


Cuba2 tengok diri sendiri...


InshaAllah hari ni saya ada presentation di UiTM mengenai kajian saya, doakan saya tenang membentangkan ya.. inshaAllah nanti saya kongsikan lagi mengenai topik ni. 

Agak2 yang rasa GEMUK dan nak slim kan badan menjelang puasa dan raya ni.. boleh lah click kat sini untuk dapat kan tips nya... 

Sehingga berjumpa lagi...

Moga Allah permudahkan dan lancarkan urusan baik kita semua. 

Rabbi Yassir Wala Tuassir
Rabbi Tammim Bi Khair


Isnin, 12 Januari 2015

Now Everyone Can KURUS bersama DUTA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.... Saya doakan anda yang sedang membaca sekarang dalam keadaan yang sihat, bertenaga dan sejahtera... inshaAllah. 


Antara IGAUAN ngeri semua orang ek? 


Seperti yang saya sudah maklumkan sebelum ini, sekarang saya dalam pengajian sarjana dengan topik hangat abad ini...'OBESITI!!!' --> boleh baca di sini --> obesiti-dalam-pengajian-sarjana dan juga saya merangkap DUTA hehe... (perasan jap)

Cukup, cukup, cukup sudah dengan peningkatan obesiti yang melampau2 di kalangan rakyat Malaysia mahupun dunia hari ni!!! 




Misi memBANTU mengKURUSkan orang diteruskan dengan satu method terbaru!!!

Thru ebook yang membongkar

RAHSIA Now Everyone Can KURUS. 




Jeng, Jeng, Jeng....;) 

Ebook ringkas yang membongkar rahsia slimming TANPA perlu mengikat perut, TANPA bahan yang merbahaya, 

dengan mengamalkan konsep M.E.S.T.I semua orang boleh KURUS! 



agak2 ibu ayah yang dah terlebih saiz tu... 

agak2 adik2 yang nak kahwin tu, 

agak2 kawan2 yang terasa FED'UP nak Slim... 

Ebook ringkas ni la JAWAPAN nya.



Macamana nak dapatkan ebook ni? 

Dengan nilai yang MAHAL, anda boleh dapatkan dengan bayaran RM10,

 atau pun dengan PERCUMA dengan satu langkah mudah...tekan button SHARE /facebook pada link di Ebook NECK ini... 


Misi Ebook ini ialah untuk sama2 membantu lebih ramai sihat dan elakkan OBESITI!!!

Moga OBESITI bukan lagi perkataan SENSITIF buat kita semua...;) Dengan berbahagia menaiki penimbang bila2 diperlukan..inshaAllah..;) 

Selamat meNIMBA ilmu, dan sama2 slim sama2 jom....  

~ mana tahu dengan satu click... ada yang SANGAT  perlu turunkan berat badan...
 dan secara tak langsung bantu orang lain untuk SIHAT 
dan mungkin dapat menyelamatkan NYAWA....

PENTING sila Click button fb di bawah untuk SHARE~

Sabtu, 29 November 2014

KeLEBIHan yang tidak patut di banggakan...

Assalamualaikum wbt. dan Salam sejahtera...

Comel kah dia kanak-kanak ini?


Apa khabar anda hari ni? Moga anda yang sedang membaca ni dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu. 

Since saya sekarang dalam pengajian mengenai obesiti, perkataan OBESITI dah jadi macam magnet dah dengan saya... betul! Kalau di shopping compleks, asyikla nampak orang yang 'comel2' seperti dalam gambar di atas tu... 

Aduhai sayang. yang sedihnya, menjadi satu kebiasaan jika ibu & bapa nya bam2, anaknya pun turut bam2, dan ada juga ibu bapa yang biasa-biasa, anak yang bam2. 

Yang lebih menyedihkan, mereka (atau anda) tak rasa perkara tu sebagai satu MASALAH, macam biasa jer. Siap ada yang suka tengok anak DEMBAM semacam. 

Jom baca sekejap petikan surat khabar di bawah, ianya di tulis pada tahun 2009, 15% kanak-kanak Malaysia GEMUK...sekarang? secara keseluruhan peratusannya meningkat. 




Apa faktornya? 

Dah tentu yang paling penting adalah CORAK PEMAKANAN dan GAYA HIDUP kita. 

Orang yang dah obese atau menuju kepada obesiti biasanya disebabkan oleh kurangnya aktiviti fizikal di samping mengamalkan pemakanan yang sangat tidak SEIMBANG. 





Obesiti Ohh Obesiti... 2 daripada 5 orang rakyat Malaysia adalah obese! dan mungkinkah  anda salah seorang dari nya?

Sila click di sini untuk kupasan selanjutnya
1. apa-kata-kkm-mengenai-obesiti
2. pemakanan-seimbang-vs-diet

Terima kasih kerana meluangkan masa...Sehingga berjumpa lagi. 

Usaha...Doa...dan TAWAKAL. 
Jangan lupa 'LIKE' post ni dan JOM 'SHARE' dengan orang tersayang. Semoga ada di kalangan mereka mendapat manfaat dari entry ini

TERIMA KASIH!!!!

Isnin, 17 November 2014

Obesity, The little things?

Assalamualaikum wbt, 

Apa khabar anda hari ini? 

Seperti yang saya coretkan sebelum ini, saya sekarang sedang dalam penyelidikan mengenai obesiti. -->

Video di bawah menerangkan secara ringkas bagaimana lebihan berat badan membebankan kita dan membawa kepada pelbagai penyakit lain termasuklah sakit sendi, diabetic, kanser dll


Enjoy this short video; 





Lets help our self to have a wonderful healthy life, inshaAllah.


Rabu, 29 Oktober 2014

Apa kata KKM mengenai Obesiti?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 

Alhamdulillah, saya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat masters dengan kajian mengenai pemakanan diet yang seimbang bagi mengurangkan kadar obesiti di Malaysia. 

Melihat kepada statistic yang diperolehi melalui sumber rasmi seperti dibawah, membuatkan saya seram sejuk.. huhu. ramainya orang yang obese kan sekarang. dalam the star online melaporkan 45.3% rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan. SCARY kan? (Berita penuh boleh baca di sini The star, june 2014)




Oklah, hari ni saya kongsikan dulu apa kata Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai OBESITI ni... jemput baca ya.. 

APA KATA KKM?


Kegemukan (Obesiti)

Pengenalan
Kegemukan atau obesiti (perkataan obesiti akan digunakan seterusnya) adalah satu penyakit kronik yang sedang menular di kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya. 10 tahun dahulu, obesiti hanyalah dikenal pasti sebagai faktor risiko kesihatan terutamanya untuk penyakit kardiovaskular khususnya penyakit jantung. Tetapi sejak 5 tahun kebelakangan, bersandarkan penemuan saintifk baru, masalah obesiti ternyata adalah satu penyakit yang membawa kesan buruk terhadap kesihatan dan menyumbang kepada penyakit-penyakit serius pada individu yang terdedah kepada obesiti terutamanya penyakit jantung dan diabetes (1, 2).
Negara Amerika Syarikat mencatatkan pada tahun 2003 - 2004 seramai 32.2% orang dewasa adalah obese (3). Manakala statistik di Malaysia melalui National Health Morbidity Survey yang di jalankan pada tahun 2011 mencatatkan 15.1% rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah obese. Ini menunjukkan peningkatan berbanding dengan 14% pada tahun 2006. Ini bermakna seramai 2.6 juta populasi dewasa di Malaysia adalah obese menjadikan Malaysia negara tertinggi mempunyai kadar obesiti di kalangan negara-negara asia tenggara (4).
Oleh kerana kadar obesiti yang tinggi dan penyebab kepada penyakit-penyakit kronik, saringan obesiti hendaklah di jalankan di premis kesihatan terutamanya di premis kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Definasi
Obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan. Lelaki dikatakan obese sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25% (5). Manakala wanita pula di katakan obese apabila lebihan lemak sebanyak 35%. Obesiti boleh di ukur menggunakan penggiraan Body Mass Index – atau BMI (Indeks Jisim Badan). BMI adalah indeks pengukuran berat badan berbanding dengan ketinggian.
Formula adalah seperti tertera:
BMI = Weight (kg) / Height² (m) ²
Saringan obesiti memerlukan ukuran berat badan dalam kilogram dan ukuran ketinggian di dalam meter.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendefinasikan BMI 30 kg/m2 atau lebih sebagai obes. Sementara BMI 25 kg/m2 atau lebih sebagai berat badan berlebihan (6).
Walau bagaimana pun risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular di kalangan penduduk Asia berlaku pada tahap BMI yang lebih rendah dari skala yang telah dinyatakan. Penduduk Asia mempunyai kadar lemak yang lebih tinggi berbanding dengan masyarakat barat pada skala BMI yang sama. 
Klasifikasi Kegemukan (Obesiti)
WHO Klasifikasi Obesiti untuk populasi Asia (rujukan 7)
KlasifikasiBMI (kg/m2)Risiko Kesihatan
Kurang berat badan<18.5Rendah
Julat normal18.5 - 22.9Risiko meningkat tetapi boleh di terima
Berlebihan berat badan> 23
Pra-Obes23.0 - 27.4Risiko meningkat dengan ketara
Obes 127.5 - 34.9Risiko tinggi
Obes II35.0 - 39.9Risiko sangat tinggi
Obes III> 40.0Risiko terlalu tinggi
Faktor Risiko Kegemukan (Obesiti)
Mengapa obesiti berlaku? Apakah faktor penyumbang kepada obesiti?
Faktor risiko obesiti adalah:
  • Umur. Peningkatan umur akan menyebabkan kadar metabolisma menurun. Oleh itu kenaikan berat badan akan ketara walaupun tiada sebarang pertukaran dan penambahan di dalam tabiat pemakanan dalam aspek jumlah, jenis dan kekerapan.
  • Gender. Kaum wanita mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadi obese berbanding dengan lelaki. Ini adalah kerana wanita mempunyai kadar metabolisma yang rendah berbanding kadar metabolism yang tinggi di kalangan kaum lelaki. Masalah obesiti ini akan menjadi meruncing apabila wanita mencapai menopause.
  • Faktor keturunan.
  • Aktiviti fizikal. Kurang melakukan aktiviti fizikal dan tidak menjaga pemakanan adalah faktor yang sangat penting di dalam peningkatan obesiti.
  • Faktor psikologi. Ramai individu yang makan berlebihan apabila menghadapi tekanan atau mempunyai ketidak stabilan emosi.
  • Penyakit. Walaupun tidak kerap, obesiti boleh berlaku kepada pesakit yang mempunyai penyakit hypothyroidism, kemurungan atau penyakit di bahagian otak yang menyebabkan pesakit makan berlebihan.
  • Ubat-ubatan. Ubat seperti steroid atau ubat untuk merawat kemurungan boleh menyumbang kepada obesiti.
Implikasi Kegemukan (Obesiti)
Obesiti menyumbang kepada banyak penyakit kronik yang boleh membawa kematian atau morbidity. Penyakit-penyakit ini boleh merendahkan kualiti hidup pesakit. Antara penyakit-penyakit yang disebabkan oleh obesiti:
  • Diabetes Mellitus
  • Penyakit hepatobiliary (fatty liver dan batu hempedu)
  • Dyslipidaemia (kolesterol tinggi)
  • Metabolic syndrome
  • Sleep apnoea
  • Penyakit jantung koronari
  • Cerebrovascular disease
  • Kegagalan jantung
  • Tekanan darah tinggi (hypertension)
  • Osteoarthritis
  • Gout
Mengapa Perlu Saringan Kegemukan (Obesiti)
Saringan obesiti adalah perlu kerana dengan menghitung BMI, pesakit boleh mengetahui status kesihatan. Jika BMI berada di skala yang tidak normal, pesakit tersebut boleh ke klinik atau hospital berdekatan untuk mengenal pasti faktor risiko obesiti. Seterusnya pesakit tersebut boleh mengambil langkah mengurangkan berat badan. Jika perlu, pesakit akan di beri rawatan sewajarnya. Pesakit juga boleh mendapatkan kaunseling untuk merawat obesiti.
Pesakit di galakkan menghitung BMI sekurang-kurangnya 3 – 4 bulan sekali atau setiap kali ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Penurunan berat badan akan menurunkan BMI dan penyakit kronik yang dihidapi akan lebih mudah di kawal.
Penurunan BMI juga boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik seperti tersenarai di atas.
Modaliti Saringan Kegemukan (Obesiti)
Pengiraan BMI hanya memerlukan alat penimbang berat badan dan pengukur ketinggian. Berat badan adalah dalam kilogram sementara ketinggian di dalam meter.
Rawatan Dan Pengendalian
Pesakit yang mempunyai obesiti perlulah berjumpa doktor untuk mendapat rawatan yang sewajarnya. Terdapat beberapa ubatan obesiti yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Walau bagaimana pun, pembedahan juga adalah satu pilihan rawatan dan pakar bedah akan mengendalikan kes-kes obesiti rumit.
Cara Mencegah Kegemukan (Obesiti)
Rawatan-rawatan yang telah dinyatakan hanya akan berjaya jika pesakit mengubah sikap dan menjalankan cara hidup sihat dengan mengawal pemakanan dan meningkatkan aktiviti fizikal.
Pengawalan pemakanan boleh di bantu dengan kaunseling oleh pegawai dietetik. Manakala penambahan aktiviti fizikal memerlukan tunjuk ajar dari pegawai pendidikan kesihatan.
Amalan pemakanan yang sederhana dan sesuai dengan menambahkan kadar serat dan mengurangkan lemak serta karbohidrat boleh membantu mengurangkan berat badan (8).
Mengamalkan aktiviti fizikal sederhana (moderate) 60-90 minit setiap hari boleh membantu mengurangkan BMI bagi mereka yang obes (9).
Amalan pemakanan yang buruk
Bersenam boleh menggelakkan obesiti













 



Sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/kegemukan-obesiti

...
InshaAllah, akan saya kongsikan dengan lebih lanjut selepas ini...
Mohon doakan saya berjaya dalam pengajian saya...

Pelajar Sarjana, 
Anisah

Jumaat, 6 Jun 2014

Obesiti dalam pengajian Sarjana...

Assalamualaikum dan Salam sejahtera....

Apa khabar anda hari ini? Apa khabar diet anda hari ini?

Alhamdulillah, di antara kepakaran saya sejak aktif dalam shaklee ialah membantu ramai rakan-rakan mencapai ideal weight dengan bantuan supplement dan jadual makanan yang betul. Boleh lihat entry ini

Alhamdulillah, Allah menjawab permintaan saya...Antara impian saya ialah menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dengan bidang yang sesuai dengan diri saya. Entry berkaitan ada di sini.


Macam tahu2 je bakal supervisor saya ni tau.. tetiba Dr A ni offer sambung master dengan grant yang beliau perolehi dengan tajuk nya yang mengandungi 'Local food and obesity in Malaysia' 

Antara ayat beliau bila menerangkan pasal kajian ni... Malaysia antara negara 'terkaya' dengan orang yang obese...dan kita perlu bantu mereka dan mengurangkan jumlah tersebut. 

Beberapa artikel yang mungkin buat anda tergangga sekejap...(ok, tutup mulut tu)






Adakah anda tergolong salah satu dari nya?

Cuba kira BMI anda, 









Jika anda tergolong salah seorang darinya, Tentulah anda tidak mahu berterusan begitu, bukan?

Kerana obesity adalah penyebab kepada banyak penyakit lain pula... 




'Obesiti ialah jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak yang tidak terkawal. Obesiti menyerang tanpa mengira peringkat usia dan jika seseorang itu mengalami masalah obesiti, secara tak langsung, mereka berhadapan dengan penyakit yang berisiko tinggi seperti serangan jantung, diabetes, strok dan darah tinggi.
Punca obesiti ialah makan secara berlebihan terutamanya makanan yang mengandungi kalori, lemak dan gula yang tinggi.
Kesibukan bekerja dan malas bersenam juga menjadi salah satu punca obesiti dan lebih ketara ialah jika bekerja di pejabat serta kurang melakukan aktiviti kecergasan.
Terdapat beberapa gen dalam tubuh yang mengakibatkan berat badan berlebihan. Contohnya, jika ibu atau bapa seorang obesiti, tidak musatahil anak atau generasi akan datang mengalami masalah yang sama.
Selain itu, punca obesiti ini jjuga ialah mengamalkan pengambilan ubat-ubatan tanpa pengawasan doktor yang menyebabkan berat badan bertambah. Contohnya, steroid yang berlebihan boleh menyebabkan diabetes dan hipertensi.'
~Dipetik dari blog Dr Rosmey

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... 

Dengan tajuk yang 'kena dengan jiwa' saya sekarang, dengan sokongan suami dan ahli keluarga, InshaAllah saya akan meneruskan pengajian dalam masa sebulan ini. Kajian saya akan mengunakan model knapsack problem, mathematical modeling.
 InshaAllah ia kan membantu orang lain di luar sana dalam memilih makanan yang bersesuaian  dengan harga yang bersesuaian bagi mengelakkan obesiti dari terus meningkat di Malaysia. 
Nak tahu pasal knapsack ni?  jemput tengok...http://www.youtube.com/watch?v=ImO-MbW5aCI  , Macam best kan...;) 
InshaAllah, akan saya kongsikan bersama pembaca semua sebahagian dari kajian nya kelak. 
Mohon rakan pembaca mendoakan saya berjaya dalam kajian dan mendapat keputusan yang dapat membantu menyelesaikan masalah orang lain.
'Ya Allah, lancarkan pengajianku dan bisnesku dalam membantu rakan-rakan ku mencapai berat badan yang ideal, supaya dengan kesihatan yang lebih baik, ibadat dan pekerjaan kami lebih mudah dikerjakan..Amin Ya Rabbal Al-Amin '

Salam kejayaan, 

Anisah Khalid 6 Jun 2014
Usaha...Doa...dan TAWAKAL.

Feel free to LIKE and SHARE


Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...