Monday, 26 October 2015

Tips KKM: 3 vitamins PENTING ketika jerebu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar kawan2 semua? Semoga sihat sentiasa yer, walaupun dalam keadaan berjerebu ni.  Saya? Alhamdulilah dh Selamat melahirkan anak ke 3, seminggu yang lalu.

Hari ni, izinkan saya berkongsi tips KKM ketika jerebu.



Jemput baca info dalam gambar ni, Tips Pemakanan Sihat Semasa Jerebu dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tips no 6 menyatakan kita perlu ambil makanan yang tinggi kandungan VITAMIN C, E & OMEGA-3.

Kebetulan, bulan October ni ada promosi dari Shaklee iaitu :-

VITAMIN E COMPLEX
Buy 1 Free 1

OMEGAGUARD FISH OIL
Buy 2 Get 5% Off
Buy 6 Free 1

So, kalau berminat nak dapatkan pada harga promosi, boleh bagitahu saya ya. Memang jimat banyak ni. Rugi kalau tak grab.

Take care! ๐Ÿ˜Š

Salam hormat,

☺anisah☺
...
Www.AsyrafAnisah.blogspot.com

Tuesday, 20 October 2015

Mengimbas kenangan melahirkan anak dengan induce...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Apa khabar anda hari ini? Moga sihat selalu, dengan izinNya. 



Alhamdulillah, entry ini di karang ketika saya sedang hamil 39minggu...tapi terbantut nak di post. hehe. ;) takpelah, post sekarang ya. hehe. ;) (akan bersambung untuk anak ke 3 pula)



 Sekejap je rasa dah 39 minggu, tup2 menunggu hari untuk bersalin jer. saya kongsikan pengalaman pertama melalui proses labour...6tahun yang lalu. 






Kisah Kelahiran Putera Sulung, 
Anas Huzaifah b. Asyraf...

Orang kata setiap kelahiran, membawa kisah tersendiri, ada juga yang kaitkan dengan pengaruh keluarga juga, ada juga yang kaitkan dengan sengugut tak semasa datang bulan. 

Mengimbau kenangan 6tahun lepas, kehamilan pertama yang amat di 


Pengalaman bersalin yang pertama dulu, masa tu kandungan berusia 38 minggu. Dr cadangkan induce sebab air ketuban kurang, takut baby lemas. 

Antara sebab lain Dr akan cadangkan induce; kandungan lebih 40minggu, GDM, dll. (boleh baca di rujukan di bawah jika berminat nak tahu lebih lanjut. 

Induce ada 2 jenis, 1 jenis tablet di masukkan ke laluan baby nak lahir, yang kedua jenis air, di masukkan ke dalam darah melalui jarum yang di cucuk di tangan. 

Saya ? kena 2 kali di induce dengan tablet PROSTAGLADIN. 

induce pertama- pukul 6 pagi, takde rasa sakit contraction pun. Cik abang beria tunggu. 

induce kedua- pukul 1ptg, dalam kul 2+ cik abang balik rumah  hehe. nampak isterinya segar je, boleh je berjalan macam biasa, katanya nanti kalau sakit bagitahu.  tup2 pukul 3-4, contraction dah mula. terus call... abang sampai jer, baru lepas check bukaan dah 4cm, nurse terus tolak masuk labour room. Tup2 pukul 6.30 ptg, lahirlah putera sulung kami. 



Nurse & Staff nurse duk cakap..'Alhamdulillah, mudahnya awak bersalin... lagi2 ni anak pertama' Tetapi di sebalik nampak mudah tu... sakit tak? 

Sakit ke induce? soalan cepu emas kan? Sebelum tu, Sakit tak bersalin? 

mestilah sakit kan.. kalau tak, takkan di berikan ganjaran seperti mati syahid jika ibu meninggal dunia sewaktu melahirkan anak. 

Cuma nya, bila di induce ni... sakitnya tu berpanjangan. Orang tanya, setiap berapa minit rasa contraction nye? Ermm ntahlah macam tak berhenti jer. Oh kebetulan masa tu, gastrik pun menyerang sekali. sampai muntah2 keluar air jer. kiranya saya rasa sakit contraction + gastrik serentak. sampai tak tahu sakit nya kat mana? macamana rasa sakit tu? ntahlah.. tak boleh nak di bayangkan dengan kata2. masa tu, zikir dan doa memang tak putus. tahap tawakal kepada Allah swt memang tinggi sangat.



Nurse siap bisik kan zikir ' Ingat Allah, dik' .. suami hanya boleh masuk bila baby dah nak keluar, huhu. kiranya masa contraction tu, kita bergelut sendirian. sakit yang memang tak pernah alami seumur hidup.

dan yang paling sayu, teringatkan mak..sakit macam ni ke mak nak lahirkan saya ke dunia?

  'Ya Allah, ampunilah dosa & dosa kedua ibubapaku... kasihani mereka , tempatkan mereka di syurgaMu' 

Alhamdulillah, bila baby dah hampir nak keluar, cik abang datang menemani... masa tu, nampak je muka abang, dalam hati terus ucapkan syukur, bagai kurang sikit rasa sakit tu. miracle kan?  kasih sayang dan anugerah yg Allah berikan. 

Alhamdulillah,dengam izin Allah swt, bertemankan cik suami, dan sokongan dari pasukan hospital... proses bersalin i.e dengan 2 kali push... lahir lah bayi seberat 2.8kg ke dunia. 

saat bayi dalam pelukan... MashaAllah, SubahanaAllah, AllahuAkbar, bagai hilang terus rasa sakit tu. satu pengalaman, satu suasana yang pasti segar dalam ingatan. 

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. 

Pengalaman bersalin kedua pula... ada saya kongsikan di sini --> pengalaman bersalin yang sukar di lupakan


Kali ini? Wallahualam.. padsti ada kisah tersendiri. 


'Ya Allah, permudahkan dan lancarkan urusan kami semua, sempurnakan anak yang ku kandungkan ini dari segi fizikal dan mentalnya, berikan kami kesempatan mendidik beliau dengan islam dan iman... Jadikanla dia dai yang berjaya dunia akhirat, aamin'




Inilah pengalaman pertama saya hamil bersama Set HAMIL shaklee . InshaAllah akan diteruskan untuk berpantang dan juga menyusu ( penyusuan SUSU IBU)  Nak tahu apa saya makan? boleh click->SET HAMIL SHAKLEE.


...

Info tambahan 
http://www.babycentre.co.uk/a173/induced-labour
http://bayi-ibu.com/induce-semasa-bersalin/

Tuesday, 13 October 2015

Salam Maal Hijrah 1437H

Salam Maal Hijrah 1437H

Alhamdulillah, diam tak diam.. dah nak masuk tahun baru hijriah. 



Menurut sejarah, 1 muharam bukan lah detik permulaan hijrah Nabi s.a.w, 



Namun, sejak zaman Syaidina Umar, tarikh 1 Muharam di pilih sebagai tarikh permulaan tahun baru hijrah bagi menyambut selesainya ibadat haji. 



Erm,,, kiranya Nasyid yang kita nyanyi kan sejak kecil tu...kurang tepat lah kan? Wallahualam. 

'1 Muharaam Detik Permulaan, penghijrahan Nabi dan umat Islam, dari kota Mekah ke Kota Madinah' 

Mungkin lirik nya perlu di ubah? Wallahualam 

Apa2 pun, sebagai orang Islam di bumi Malaysia, yang banyak terikut dengan budaya di sini. Menjadi amalan nenek moyang kita untuk membaca doa awal tahun dan akhir tahun. Siap memang terprint dalam kitab surah yassin. Dulu, saya ingatkan ianya seolah2 wajib.. yelah bukan main nenek2 mengingatkan.. kini, saya belajar... 

ok jom tengok jap rakaman video Ustaz Azhar Idrus mengenai HUKUM Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun ni. 


Kesimpulannya, bukan lah wajib, namun tidak lah haram. Doa yang baik, tak mengira waktu, Allah terima. 

Jadi jom lah kita berdoa...;) 

click untuk lebih jelas



Moga Allah permudahkan, lancarkan urusan kita di dunia dan akhirat.

Tahun baru membawa sinar yang baru๐ŸŒŸ. InshaAllah.

Di akhir kata, doakan saya selamat melahirkan anak kami yang ketiga dalam sehari dua ni...;) dah masuk 40minggu pun.. Moga Allah permudahkan dan berikan kesihatan yang baik kepada seisi keluarga. Aamin Ya Rabbalamin.

Salam hormat,
Anisah Khalid dan keluarga

Sunday, 11 October 2015

Suara halus yang boleh menyelamatkan atau membinasakan

Cara nak Pastikan Anda Capai Matlamat

Ada dua orang kawan Amir dan Imran tinggal di kawasan perkampungan di India. Amir berumur 6 tahun dan Imran berumur 11 tahun dan dua kali lebih besar dari amir.

Suatu hari mereka pergi bermain di bukit di berdekatan kampong mereka. Tidak ada sorang pun di situ macam tempat berhantu. Apa yang ada ialah satu perigi dan timba yang dikat dengan tali.

Semasa bermain Imran telah terjatuh dalam perigi dan Amir cemas. Puas dia menjerit meminta tolong tapi MEMANG TIDAK ADA ORANG Di kawasan tu.

Amir tak tahu nak buat apa, tapi dia tahu satu perkara. Kalau dia tak buat sesuatu Imran kawan kesayangannya akan lemas dalam perigi tu. Jadi apa dia boleh buat ialah campakkan timba dan suruh Imran pegang timba tersebut. Dan dia mula menarik tali itu sedaya upaya. Imran terselamat.

Sampai di kampong, Imran menceritakan pada orang kampong apa yang telah berlaku . Semua orang tak percaya.

Mereka menyuruh Amir mengangkat satu timba yang berisi air. Ternyata Amir tidak dapat mengangkat timba tersebut.

Tetapi ada seorang tua yang amat dihormati datang dan berkata “Saya percaya apa yang kamu berdua ceritakan”

Orang kampong bertanya “Macamana Amir boleh mampu menyelamatkan orang yang dua kali lebih besar darinya.

Pakcik tua itu berkata “Pada masa kejadian Amir tidak berpeluang untuk dengar suara kamu mengatakan ia adalah mustahil.

“Seseorang dapat melakukan sesuatu yang dianggap mustahil sekiranya ia terlindung dari dua suara”

“Satu suara orang disekitarnya yang meragui kemampuannya”
“Dua suara diri sendiri yang selalu mencuri hak seseorang untuk menjadi hebat”

Tapi macamana Amir dapat bisukan keraguaan yang wujud pada semua orang?

Orang tua tersebut menjawab “ Waktu kejadian Amir terlalu sibuk mendengar suara Imran yang minta diselamatkan.

Moral of the story is apabila anda ada matlamat jangan masukkan satu benda pun dalam otak anda yang boleh membuat anda meragui kemampuan anda.