Wednesday, 24 May 2017

KENAPA PERLU ADA BIG WHY KALAU NAK KURUS DAN SIHAT??



Kajian mendapati ramai orang BERJAYA dalam sesuatu perkara kerana mereka mempunyai BIG WHY. Dalam Program NECK Slimfit kebanyakkan peserta mesti mempunyai BIG WHY kenapa mereka nak menyertai Program Kurus Sihat NECK Slimfit.

KENAPA PERLU ADA BIG WHY KALAU NAK KURUS DAN SIHAT??




Antara BIG WHY para peserta :

🔺 Nak mudah melakukan ibadat

🔺Kerana nak elakkan penyakit diabetis, jantung, darah tinggi atas faktor keturunan

🔺 kerana nak slim melim dihari raya

🔺kerana ejekan kawan-kawan


Apapun masalahnya, kita perlu ada BIG WHY untuk menurunkan berat badan supaya kita dapat terus bertindak dan melangkah ke satu tahap yang lebih baik. Kita tidak mudah putus asa dan ada matlamat yang kita perlu capai!
.
Jadi, apa BIG WHY ANDA nak menurunkan berat badan? Tepuk dada tanya iman. Saya doakan anda kurus dan sihat.
.
agen NECK - Anisah 0136216522

Monday, 15 May 2017

Cadangan Hadiah Hari Guru


Assalamualaikum dansalam sejahtera

Di Malaysia, tanggal 16 Mei telah di istihar sebagai HARI GURU... sejak bertahun2 sambutan hari guru telah di adakan. 

Lazimnya semasa sambutan hari guru tu, anak2 murid akan memberi hadiah kepada cikgu tanda penghargaan. Seingat saya semasa saya kecil2 dulu takdelah pula cikgu bagitahu untuk bawa hadiah. tapi bergantung kepada murid dan ibubapa la jika nak beri hadiah. 

Anas & Amanina dah request nak bagi hadiah pada cikgu mereka... erm saya pun tertanya2 apa yang sesuai. tetiba ada kawan share posting ni di fb...luahan seorang cikgu/guru... saya kongsi di sini supaya boleh menjadi rujukan kita semua yang sedang mencari idea

Semoga bermanfaat...

Hadiah hari guru
============
Semalam sewaktu di dalam kelas, seorang murid mendekati saya. Dia lalu bertanyakan soalan.
“ Cikgu..Cikgu nak hadiah apa? “
“ Sempena apa ni?” soal saya meskipun sudah boleh mengagak.
“ Hari guru,” jawabnya.
“Tak payahlah berhadiah-hadiah. Kamu belajar betul-betul tak main-main kat sekolah ni pun cikgu dah cukup syukur dah,” balas saya
“ Ala..cepatlah cikgu..Esok saya dengan mak saya nak pegi beli hadiah ni,” desaknya.
“Nantilah cikgu bagitahu”, balas saya sambil terus mengelilingi kelas dan memantau anak- anak yang sedang tekun menyiapkan latihan.
Dan hari ini saya berusaha menyiapkan senarai hadiah yang saya rasa cukup – cukup berbesar hati sekiranya ingin diberi oleh anak murid saya. Dan saya rasa rakan-rakan guru yang lain pun akan seronok jika hadiah sebegini yang diberi.

1. Pensil 2B
Cukup seronok cikgu kalau anak murid cikgu hadiahkan berkotak-kotak pensil 2B ini sebab anak- anak murid cikgu ni memanjang asyik hilang pensil. Lepas sekotak-sekotak cikgu beli yang baru seminggu dah habis 10 batang. Pensil yang cikgu 'rembat' selepas kursus atau bengkel di hotel pun dah licin. Jadi kalau anak murid cikgu hadiahkan cikgu pensil berkotak-kotak, bolehlah diguna bersama – sama dalam bilik darjah. Cikgu pun tak perlu risau lagi kalau anak murid cikgu hilang pensil.

2. Pensil warna steadler@ faber castle.
Asal mintak dikeluarkan pensel warna maka ramailah anak murid cikgu yang mencebikkan bibir. Masing- masing tak bawaklah, hilang, kawan pinjam dan macam-macam lagi. Ada yang keluarkan dari dalam beg dan diletak atas meja tapi bila dibuka ada lah dua ke tiga batang warna sahaja yang tinggal. Koordinasi mata dan tangan anak- anak murid cikgu ni masih lemah. Sebab tu tulisan pun bukan tahap cakar ayam lagi dah tapi cakar yang tak dapat dikenal pasti spesiesnya. Kalau anak murid cikgu ramai-ramai hadiahkan pensil warna berkotak-kotak, bolehlah cikgu bekalkan setiap kumpulan sekotak pensil warna. Barulah takde lagi murid yang menganga bila diminta mewarna. Kenapa nak jenama steadler atau faber castle ni cikgu? Mahal ni. Sebab kalau pakai pensil warna yang biasa-biasa tu nanti kamu kena tekan kuat – kuat dan akan cepat memenatkan tangan kamu. Nanti kamu pun dah taknak mewarna sebab sakit tangan.

3. Pen marker pelbagai warna.
Sekarang sekolah dah tak pakai kapur. Tak macam dulu-dulu. Bagus sebab tak berdebu. Cuma 'segan' sikit sebab harga isian semulanya pun boleh tahan harganya. Selalunya sebulan akan kering lima atau enam batang pen marker yang pelbagai warna ni. Kalau anak murid cikgu hadiahkan pen marker ni maka bolehlah cikgu kembali menconteng papan putih kelas dengan pelbagai warna. Seronok sikit anak murid cikgu membaca dan belajar.

4. Kertas A4 70 gram.
Ish..biar betul cikgu? Betul. Kita perlu banyak kertas A4. Kalau setiap anak murid cikgu bagi kertas A4 seorang satu rim pun lagi bagus. Boleh cikgu guna untuk fotostat latihan untuk kamu banyak-banyak. Tak perlu cikgu pergi fotostat di kedai –kedai kat luar tu. Penguasaan kemahiran membaca dan menulis anak- anak cikgu ni masih lemah. Perlu banyak latihan. Tidak memadai dengan hanya bergantung pada buku aktiviti yang sedia ada yang diberikan sekolah. Makin banyak kertas A4, makin banyak latihan yang kita boleh buat. Lagi cepatlah kamu pandai membaca dan menulis insya-Allah. Kenapa 70g pulak cikgu? Mesin fotostat kat sekolah kalau pakai 80g asyik sangkut. Cikgu pun tak tahu kenapa. 

5. Plastik laminate.
Dalam kepala cikgu ni macam- macam benda nak buat. Macam tahun – tahun sebelum ni cikgu sediakan setiap murid mini white board yang cikgu buat dari kertas A4 putih yang di laminate. Dan cikgu bekalkan bersama pen marker mini yang cikgu beli kat Daiso. RM 5 untuk 5 batang. Tahun lepas 'kopak salak' cikgu bila anak murid cikgu suka sangat menulis atas mini white board tu. 3 hari sekali nak tukar pen marker. Huhuhu dan tak sampai sebulan dah kena buat baru mini whiteboard tu sebab dah hitam dan tak boleh dibersihkan lagi. Tapi hasilnya bagus. Anak-anak murid semuanya suka menulis dan melukis. Bila cikgu takde pun diam je semuanya khusyuk menulis, menyalin dan melukis. Sebab tu kalau kamu nak hadiahkan cikgu plastik laminate ni bolehlah cikgu teruskan projek cikgu ni.

6. Pen merah.
Ini paling mudah. Tak kira yang berapa harga dia atau berapa batang nak bagi pun ok. Memang confirm pakai 2 batang setiap bulan. Tambah-tambah lagi musim exam. Cikgu – cikgu ni kalau takde pen hitam boleh hidup lagi, tapi kalau takde pen merah memang menggelupur. 

7. Cop pelbagai gambar
Kamu selalu dapat cop kat buku kamu bila dah siap latihan kan. Haaa..cop yang macam tu lah. Yang ada tulis bagus, gambar piala, bintang atau hadiah dan macam- macam gambar lagi yang menarik. Rakan-rakan kamu pun suka sangat kalau dapat cop tu dalam buku latihan mereka. Jadi kalau cikgu ada banyak cop tu bolehlah cikgu tukar-tukar cop setiap minggu. Anak-anak murid cikgu pun seronok buat latihan sebab boleh dapat macam – macam cop bila dah siap latihan.
Jadi kalau kamu nak juga belikan hadiah untuk cikgu sekolah rendah di hari guru, inilah antara cadangan yang cikgu sediakan. Tak payah pasu punga, bingkai gambar, cawan tembikar atau kotak bunyi – bunyi. Takde tempat dah cikgu nak simpan semua tu. Tapi kalau nak belanja KFC pun ok. Pastikan ayam ada 40 ketul kat dalam tu. Kita makan sama-sama dalam kelas. Kalau tak cukup 40 ketul kamu ambik kentang putar dengan coslow tu. Ayam bagi cikgu. Kalau tak nanti merajuk-rajuk pulak tak cukup ayam.
Cikgu dahulukan sebarang hadiah dari kamu dengan ucapan terima kasih. Tak bagi pun takpa tau. Jangan paksa mak ayah pergi beli hadiah pulak

~Cikgu Asmadi Abdul Samad~


Wednesday, 10 May 2017

Lirik lagu AdaMu - Najwa Latif

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Somehow lirik lagu AdaMu yang dinyanyikan oleh Najwa ni menusuk kalbu pagi ni. 
Apa2pun yang kita lakukan, apa2pun yang kita lalui, kita kena sentiasa ingat kita ada Allah bersama kita. kita hidup untuk mencari dan mendapat keredhaan Allah swt. 

Peringatan untuk saya dan anda semua...

Jom hayati kejap..

AdaMu- Najwa Latif

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
 
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
 
Yang setia bersama ku Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
 
 

Tuesday, 9 May 2017

Tanya khabar...eratkan silaturahim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar anda hari ni? semoga sihat dan sentiasa dalam keberkatanNya. 

Alhamdulillah di beri kesempatan bertanya khabar dengan beberapa orang rakan...
Alhamdulillah, seronok sangat bila dengar... macam2 berita gembira... 



ada yang anak dah duduk sekali setelah lama berjauhan, ada yang ibu ayah bertambah sihat, ada yang dah nak kahwin, ada yang nak tambah anak, ada yang 'hormon' dah kembali kepada rutin...

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

Tu semua rezeki yang Allah beri dalam bentuk yang berbeza2..
Alhamdulillah, rezeki datang bila di jemput... (mungkin masa dan ketika nya yang berbeza).. 

Kita nak sihat? kena usaha untuk sihat..
Kita nak anak? kena usaha untuk dapatkan anak
Kita nak kahwin? kena usaha untuk kahwin...


Sebab semua benda kena ada usaha, doa dan tawakal.. barulah berhasil kan.
dan semua nya berlaku dgn izin Allah...

'Tidak akan bergerak satu zarah pun, tanpa izinNya'

Wallahualam...
Al-fatihah buat semua...
...
Tercari 'wonderpet' supplement untuk kesihatan?
Anda bertanya, saya menjawab...;) Senyum

Anisah0136216522

Monday, 8 May 2017

Perbandingan ESP, Mealshakes dan Cinch Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Baru-baru ni kecoh se-malaya, ESP dah sampai dan boleh di order limit 20 tong jer per SID pada 28 April.. tup2, sekitar pukul 8malam ESP OutOfStock dah.. huhu. kemudian 5 Mei.. shaklee announce ESP dah available namun limit 10 tong per SID. tup2.. sejam selepas tu Out Of Stock lagi!

ni kan dah nak puasa, ramai juga yang dah mula puasa sunat. ESP memang biasa menjadi sarapan/sahur bagi kebanyakan pengedar shaklee mahupun pengemar ESP yang hanya makan sendiri. Antara tanda DEMAND terlebih dari SUPPLY ni. InshaAllah shaklee sedang cuba memenuhi permintaan pengemar ESP.

Bila ESP nak sampai lagi? tak tahu lagi... alternatively boleh je minum Mealshakes ataupun cinch. +- lebih kurang juga lah fungsinya. 



Jadual dibawah ni perbandingan di antara ESP. Mealshakes dan Cinch. 


Untuk ibu hamil/ menyusu dan warga tua(yg tidak diabetis) boleh mengambil meal shakes sebagai alternatif. Bagi yang lain, boleh minum cinch shake mix. Dari segi rasa? mealshakes & ESP berperisa vanilla. Cinch pula ada dalam perasa vanilla, chocolate ataupun latte. 


Saya personally... suka je semua. hehe. bukan hanya kerana saya pengedar shaklee tapi kerana khasiat yang terkandung di dalam nya dan kesan yang baik pada badan dan kulit yang saya dapat rasakan. 

Jika anda berminat, sila lah hubungi saya ya...

Salam hormat, 

Anisah 
0136216522
fb.com/anisahkhalid86

18 hari menuju Ramadhan...

Sunday, 7 May 2017

Alam Kehidupan - Ilmu 2 minit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 


Apa khabar anda semua hari ni? Sama2 kita berdoa supaya kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan diberkati dunia akhirat. 

Ilmu 2 minit, short video yang ditayangkan di channel tv media prima. Pendek sahaja tapi padat. 

Pagi ni selepas program TANYALAH USTAZ, di tayangkan video ilmu 2 minit, ALAM KEHIDUPAN. 



Izinkan saya berkongsi di sini sebagai peringatan untuk diri saya dan anda semua.



5 Alam Kehidupan -

1. Alam Roh
2. Alam Rahim ( 9 bulan 10 hari )
3. Alam Dunia (umur kita singkat)
4. Alam Kubur ( kebun syurga ? / lembah neraka ?)
5. Alam Masyar

7 Golongan yang mendapat naungan Allah swt. 


 Semoga kita tergolongan dalam golongan yang mendapat naungan Allah swt dan keberkatan di dunia  & akhirat.

Aamin Ya Rabbalamin

Buat yang terbaik, selebihnya serah pada Allah swt.