Memaparkan catatan dengan label sambung belajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sambung belajar. Papar semua catatan

Rabu, 29 Oktober 2014

Apa kata KKM mengenai Obesiti?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 

Alhamdulillah, saya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat masters dengan kajian mengenai pemakanan diet yang seimbang bagi mengurangkan kadar obesiti di Malaysia. 

Melihat kepada statistic yang diperolehi melalui sumber rasmi seperti dibawah, membuatkan saya seram sejuk.. huhu. ramainya orang yang obese kan sekarang. dalam the star online melaporkan 45.3% rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan. SCARY kan? (Berita penuh boleh baca di sini The star, june 2014)




Oklah, hari ni saya kongsikan dulu apa kata Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai OBESITI ni... jemput baca ya.. 

APA KATA KKM?


Kegemukan (Obesiti)

Pengenalan
Kegemukan atau obesiti (perkataan obesiti akan digunakan seterusnya) adalah satu penyakit kronik yang sedang menular di kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya. 10 tahun dahulu, obesiti hanyalah dikenal pasti sebagai faktor risiko kesihatan terutamanya untuk penyakit kardiovaskular khususnya penyakit jantung. Tetapi sejak 5 tahun kebelakangan, bersandarkan penemuan saintifk baru, masalah obesiti ternyata adalah satu penyakit yang membawa kesan buruk terhadap kesihatan dan menyumbang kepada penyakit-penyakit serius pada individu yang terdedah kepada obesiti terutamanya penyakit jantung dan diabetes (1, 2).
Negara Amerika Syarikat mencatatkan pada tahun 2003 - 2004 seramai 32.2% orang dewasa adalah obese (3). Manakala statistik di Malaysia melalui National Health Morbidity Survey yang di jalankan pada tahun 2011 mencatatkan 15.1% rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah obese. Ini menunjukkan peningkatan berbanding dengan 14% pada tahun 2006. Ini bermakna seramai 2.6 juta populasi dewasa di Malaysia adalah obese menjadikan Malaysia negara tertinggi mempunyai kadar obesiti di kalangan negara-negara asia tenggara (4).
Oleh kerana kadar obesiti yang tinggi dan penyebab kepada penyakit-penyakit kronik, saringan obesiti hendaklah di jalankan di premis kesihatan terutamanya di premis kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Definasi
Obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan. Lelaki dikatakan obese sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25% (5). Manakala wanita pula di katakan obese apabila lebihan lemak sebanyak 35%. Obesiti boleh di ukur menggunakan penggiraan Body Mass Index – atau BMI (Indeks Jisim Badan). BMI adalah indeks pengukuran berat badan berbanding dengan ketinggian.
Formula adalah seperti tertera:
BMI = Weight (kg) / Height² (m) ²
Saringan obesiti memerlukan ukuran berat badan dalam kilogram dan ukuran ketinggian di dalam meter.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendefinasikan BMI 30 kg/m2 atau lebih sebagai obes. Sementara BMI 25 kg/m2 atau lebih sebagai berat badan berlebihan (6).
Walau bagaimana pun risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular di kalangan penduduk Asia berlaku pada tahap BMI yang lebih rendah dari skala yang telah dinyatakan. Penduduk Asia mempunyai kadar lemak yang lebih tinggi berbanding dengan masyarakat barat pada skala BMI yang sama. 
Klasifikasi Kegemukan (Obesiti)
WHO Klasifikasi Obesiti untuk populasi Asia (rujukan 7)
KlasifikasiBMI (kg/m2)Risiko Kesihatan
Kurang berat badan<18.5Rendah
Julat normal18.5 - 22.9Risiko meningkat tetapi boleh di terima
Berlebihan berat badan> 23
Pra-Obes23.0 - 27.4Risiko meningkat dengan ketara
Obes 127.5 - 34.9Risiko tinggi
Obes II35.0 - 39.9Risiko sangat tinggi
Obes III> 40.0Risiko terlalu tinggi
Faktor Risiko Kegemukan (Obesiti)
Mengapa obesiti berlaku? Apakah faktor penyumbang kepada obesiti?
Faktor risiko obesiti adalah:
  • Umur. Peningkatan umur akan menyebabkan kadar metabolisma menurun. Oleh itu kenaikan berat badan akan ketara walaupun tiada sebarang pertukaran dan penambahan di dalam tabiat pemakanan dalam aspek jumlah, jenis dan kekerapan.
  • Gender. Kaum wanita mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadi obese berbanding dengan lelaki. Ini adalah kerana wanita mempunyai kadar metabolisma yang rendah berbanding kadar metabolism yang tinggi di kalangan kaum lelaki. Masalah obesiti ini akan menjadi meruncing apabila wanita mencapai menopause.
  • Faktor keturunan.
  • Aktiviti fizikal. Kurang melakukan aktiviti fizikal dan tidak menjaga pemakanan adalah faktor yang sangat penting di dalam peningkatan obesiti.
  • Faktor psikologi. Ramai individu yang makan berlebihan apabila menghadapi tekanan atau mempunyai ketidak stabilan emosi.
  • Penyakit. Walaupun tidak kerap, obesiti boleh berlaku kepada pesakit yang mempunyai penyakit hypothyroidism, kemurungan atau penyakit di bahagian otak yang menyebabkan pesakit makan berlebihan.
  • Ubat-ubatan. Ubat seperti steroid atau ubat untuk merawat kemurungan boleh menyumbang kepada obesiti.
Implikasi Kegemukan (Obesiti)
Obesiti menyumbang kepada banyak penyakit kronik yang boleh membawa kematian atau morbidity. Penyakit-penyakit ini boleh merendahkan kualiti hidup pesakit. Antara penyakit-penyakit yang disebabkan oleh obesiti:
  • Diabetes Mellitus
  • Penyakit hepatobiliary (fatty liver dan batu hempedu)
  • Dyslipidaemia (kolesterol tinggi)
  • Metabolic syndrome
  • Sleep apnoea
  • Penyakit jantung koronari
  • Cerebrovascular disease
  • Kegagalan jantung
  • Tekanan darah tinggi (hypertension)
  • Osteoarthritis
  • Gout
Mengapa Perlu Saringan Kegemukan (Obesiti)
Saringan obesiti adalah perlu kerana dengan menghitung BMI, pesakit boleh mengetahui status kesihatan. Jika BMI berada di skala yang tidak normal, pesakit tersebut boleh ke klinik atau hospital berdekatan untuk mengenal pasti faktor risiko obesiti. Seterusnya pesakit tersebut boleh mengambil langkah mengurangkan berat badan. Jika perlu, pesakit akan di beri rawatan sewajarnya. Pesakit juga boleh mendapatkan kaunseling untuk merawat obesiti.
Pesakit di galakkan menghitung BMI sekurang-kurangnya 3 – 4 bulan sekali atau setiap kali ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Penurunan berat badan akan menurunkan BMI dan penyakit kronik yang dihidapi akan lebih mudah di kawal.
Penurunan BMI juga boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik seperti tersenarai di atas.
Modaliti Saringan Kegemukan (Obesiti)
Pengiraan BMI hanya memerlukan alat penimbang berat badan dan pengukur ketinggian. Berat badan adalah dalam kilogram sementara ketinggian di dalam meter.
Rawatan Dan Pengendalian
Pesakit yang mempunyai obesiti perlulah berjumpa doktor untuk mendapat rawatan yang sewajarnya. Terdapat beberapa ubatan obesiti yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Walau bagaimana pun, pembedahan juga adalah satu pilihan rawatan dan pakar bedah akan mengendalikan kes-kes obesiti rumit.
Cara Mencegah Kegemukan (Obesiti)
Rawatan-rawatan yang telah dinyatakan hanya akan berjaya jika pesakit mengubah sikap dan menjalankan cara hidup sihat dengan mengawal pemakanan dan meningkatkan aktiviti fizikal.
Pengawalan pemakanan boleh di bantu dengan kaunseling oleh pegawai dietetik. Manakala penambahan aktiviti fizikal memerlukan tunjuk ajar dari pegawai pendidikan kesihatan.
Amalan pemakanan yang sederhana dan sesuai dengan menambahkan kadar serat dan mengurangkan lemak serta karbohidrat boleh membantu mengurangkan berat badan (8).
Mengamalkan aktiviti fizikal sederhana (moderate) 60-90 minit setiap hari boleh membantu mengurangkan BMI bagi mereka yang obes (9).
Amalan pemakanan yang buruk
Bersenam boleh menggelakkan obesiti













 



Sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/kegemukan-obesiti

...
InshaAllah, akan saya kongsikan dengan lebih lanjut selepas ini...
Mohon doakan saya berjaya dalam pengajian saya...

Pelajar Sarjana, 
Anisah

Jumaat, 6 Jun 2014

Obesiti dalam pengajian Sarjana...

Assalamualaikum dan Salam sejahtera....

Apa khabar anda hari ini? Apa khabar diet anda hari ini?

Alhamdulillah, di antara kepakaran saya sejak aktif dalam shaklee ialah membantu ramai rakan-rakan mencapai ideal weight dengan bantuan supplement dan jadual makanan yang betul. Boleh lihat entry ini

Alhamdulillah, Allah menjawab permintaan saya...Antara impian saya ialah menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dengan bidang yang sesuai dengan diri saya. Entry berkaitan ada di sini.


Macam tahu2 je bakal supervisor saya ni tau.. tetiba Dr A ni offer sambung master dengan grant yang beliau perolehi dengan tajuk nya yang mengandungi 'Local food and obesity in Malaysia' 

Antara ayat beliau bila menerangkan pasal kajian ni... Malaysia antara negara 'terkaya' dengan orang yang obese...dan kita perlu bantu mereka dan mengurangkan jumlah tersebut. 

Beberapa artikel yang mungkin buat anda tergangga sekejap...(ok, tutup mulut tu)






Adakah anda tergolong salah satu dari nya?

Cuba kira BMI anda, 









Jika anda tergolong salah seorang darinya, Tentulah anda tidak mahu berterusan begitu, bukan?

Kerana obesity adalah penyebab kepada banyak penyakit lain pula... 




'Obesiti ialah jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak yang tidak terkawal. Obesiti menyerang tanpa mengira peringkat usia dan jika seseorang itu mengalami masalah obesiti, secara tak langsung, mereka berhadapan dengan penyakit yang berisiko tinggi seperti serangan jantung, diabetes, strok dan darah tinggi.
Punca obesiti ialah makan secara berlebihan terutamanya makanan yang mengandungi kalori, lemak dan gula yang tinggi.
Kesibukan bekerja dan malas bersenam juga menjadi salah satu punca obesiti dan lebih ketara ialah jika bekerja di pejabat serta kurang melakukan aktiviti kecergasan.
Terdapat beberapa gen dalam tubuh yang mengakibatkan berat badan berlebihan. Contohnya, jika ibu atau bapa seorang obesiti, tidak musatahil anak atau generasi akan datang mengalami masalah yang sama.
Selain itu, punca obesiti ini jjuga ialah mengamalkan pengambilan ubat-ubatan tanpa pengawasan doktor yang menyebabkan berat badan bertambah. Contohnya, steroid yang berlebihan boleh menyebabkan diabetes dan hipertensi.'
~Dipetik dari blog Dr Rosmey

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... 

Dengan tajuk yang 'kena dengan jiwa' saya sekarang, dengan sokongan suami dan ahli keluarga, InshaAllah saya akan meneruskan pengajian dalam masa sebulan ini. Kajian saya akan mengunakan model knapsack problem, mathematical modeling.
 InshaAllah ia kan membantu orang lain di luar sana dalam memilih makanan yang bersesuaian  dengan harga yang bersesuaian bagi mengelakkan obesiti dari terus meningkat di Malaysia. 
Nak tahu pasal knapsack ni?  jemput tengok...http://www.youtube.com/watch?v=ImO-MbW5aCI  , Macam best kan...;) 
InshaAllah, akan saya kongsikan bersama pembaca semua sebahagian dari kajian nya kelak. 
Mohon rakan pembaca mendoakan saya berjaya dalam kajian dan mendapat keputusan yang dapat membantu menyelesaikan masalah orang lain.
'Ya Allah, lancarkan pengajianku dan bisnesku dalam membantu rakan-rakan ku mencapai berat badan yang ideal, supaya dengan kesihatan yang lebih baik, ibadat dan pekerjaan kami lebih mudah dikerjakan..Amin Ya Rabbal Al-Amin '

Salam kejayaan, 

Anisah Khalid 6 Jun 2014
Usaha...Doa...dan TAWAKAL.

Feel free to LIKE and SHARE


Jumaat, 30 Mei 2014

Kahwin Muda? Alhamdulillah,Hikmah Di sebalik kejadian..

Assalamualaikum dan Salam kejayaan, 

Baru-baru ini, ada beberapa rakan saya merangkap pelajar universiti meluahkan rasa..'mereka ingin bernikah, namun ahli keluarga minta habiskan degree & master dulu... ataupun tunggu 2-4 tahun berkerja dahulu' Risau tak dapat makan pula nnt. ..Astaghfirullah.. 

InshaAllah rezeki Allah itu luas kan...


Alhamdulillah, keluarga kami memberi sokongan yang sangat baik. 


Beberapa hari lalu, ada seorang rakan berkongsi mengenai 'anak' shaklee beliau yang saya olahkan mengikut dalam bentuk jalan cerita. Sungguh ia satu kisah inspirasi kepada saya sendiri. Ada beberapa persamaan kisah beliau dan suami dan kisah saya&suami. Persamaan yang paling ketara... kami berkahwin pada usia 20tahun.


~ Kisah Inspirasi ~

Perasaan 'suka' bermula sejak si isteri berumur 16tahun,  Dengan doa beliau 'Ya Allah, jika dia jodohku, kau permudahkan urusannya' . Siapa sangka..beliau tidak bertepuk sebelah tangan, bakal suami, yang kini suami beliau juga turut menyambut 'tepukan' .



Alhamdulillah ... Mereka di nikahkan semasa Isteri berumur 20 tahun, Suaminya pun masa tu umur 20 tahun. Katanya wawasan 2020 

Walaupun pada awalnya niat mereka ditentang & dihalang, tapi mereka dpt juga berkahwin, dgn izin Allah & dgn restu keluarga.Alhamdulillah. 

 Tahun ini mereka berusia 26 tahun. Beliau berkelulusan master degree & suaminya pula doktor yg komited dgn usaha dakwah. 

Ya, mereka masih muda,  tetapi Allah didik mereka dgn kehidupan ini... itulah tarbiah drp Allah.

Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki mereka. Kini, perkahwinan mereka diceriakan dengan kehadiran 3 org cahaya mata.

Lebih mengembirakan lg, mereka akan mengerjakan haji pada tahun ini, pada usia yg masih muda Allah jemput mereka.Itulah rezeki daripada Allah.

Apa yg kita boleh belajar daripada kisah mereka:

PERTAMA 
Betapa Allah jamin rezeki kita.. selagi mana kita jaga HAK Allah, Allah jaga hak kita.. umpamanya mereka la, berkahwin awal untuk elakkan maksiat.. mereka telah menjaga hak Allah & Allah permudahkan kehidupan mereka dgn rezeki yg tak putus2.

KEDUA
Apapun yg kita lalui dlm hidup kita ini, semuanya adalah tarbiah drp Allah... terpulang pd kita, bagaimana utk mengambilnya.

KETIGA
REZEKI kita tak siapa yg tahu....Siapa sangka rezeki mereka hari ni... umpamanya anak Shaklee sy tu...

KEEMPAT
Kita yg memilih jalan hidup kita.


Mari kita doakan semoga mereka dan kita semua sentiasa dimurahkan rezeki & dlm peliharaan Allah sentiasa... .


Mereka pasangan suami isteri yg harus dijadikan contoh oleh generasi muda hari ini. 

Betapa... 

KITA JAGA HAK ALLAH, ALLAH PASTI JAGA KITA.
KITA JAGA HAK ALLAH, ALLAH PASTI PENUHI HIDUP KITA.


~Kisah asal di petik dari facebook sideline shaklee saya~

Petikan surat khabar... bukti ramai yg semakin cemerlang selepas berkahwin

AllahuAkbar, membaca kisah beliau, membuat saya terkenang kisah sendiri, Saya dan suami juga berkahwin di usia yang muda, semasa kami menyuarakan hasrat untuk berkahwin, ada yang kurang setuju..'ala muda sangat lagi, belajar pun belum habis lagi, & mcm2 lagi.

Satu pesan abah yang memang saya pegang...'Abah, kasi kahwin awal, tapi dengan syarat FOKUS pada belajar, FOKUS untuk berjaya dalam hidup untuk dunia dan akhirat'

Alhamdulillah, berkat perkahwinan kami, kami sama-sama lebih 'score' sewaktu Diploma Sains Kuantitatif , UiTM Melaka suatu ketika dahulu. Dan Alhamdulillah, juga sepanjang saya mengikuti Ijazah Sarjana Muda Matematik Pengurusan, UiTM Shah Alam. 

Setiap orang punyai cabaran yang berbeza, cabaran kami tentunya berbeza dengan mereka yang belum berkahwin. Namun, kami melalui cabaran tersebutlah, menjadikan kami lebih kuat dan berusaha lebih lagi. Alhamdulillah, dengan izinNya.. kami berjaya! 



Alhamdulillah, antara kenangan terindah di dalam hidup,  konvo Diploma & Degree..

Masa ni, saya mengandungkan anas 5 bulan. 
Konvo Cik Suami, bersama anas berumur 7bulan

Konvo degree bersama dua orang anak
Alhamdulillah, terlalu banyak jasa dan pengorbanan seisi keluarga, para pensyarah dan sahabat-sahabat dalam kami berjaya dalam pelajaran dan juga berjaya sehingga kini. Alhamdulillah. 

InshaAllah, dengan ilmu yang telah kami pelajari yang formal mahupun tidak formal, sentiasa akan dikongsikan dengan orang lain. InshaAllah. ilmu akan lebih diserap dan sebati dalam diri, bila di kongsikan dengan orang lain. 



Alhamdulillah... 

Di awal perkahwinan, kami punyai plan yang pelbagai, sebolehnya untuk kebahagiaan bersama inshaAllah.  Namun, setelah beberapa tahun bersama, bukan setiap perancangan berjalan seperti yang di rancang, sungguh kita sebagai manusia hanya mampu merancang, dan berusaha...Allah sebaik-baik penentunya. 

Alhamdulillah...

Seperti perkenalan kami dengan shaklee, adalah secara tidak dirancang. Saya baru berkenalan dengan shaklee setahun yang lalu..kisah nya di sini Perkenalan pertama

Alhamdulillah, satu keputusan yang inshaAllah tepat. sebab bila kita duduk di dalam kumpulan yang sentiasa positif, yang sentiasa bergantung pada yang Maha Esa, yang Maha Memberi Rezeki... AllahuaAkbar. Ukhuwah yang terbina bukan hanya untuk bisnes, bukan hanya untuk dunia, tetapi amat di tekan-tekankan untuk akhirat. 

Seminar-seminar yang di jalankan, penekanan untuk mempunyai ViSION BOARD dan 101 impian menjadikan kami lebih berusaha untuk mencapai impian. 


InshaAllah bulan Jun ni, saya dan suami akan bersama menaiki pentas di National Conference Shaklee menerima award pertama kami. Antara kejayaan kami dalam dunia bisnes.  Salah satu perancangan yang Allah aturkan untuk kami. Alhamdulillah. percaya-sebelum-berjaya

InshaAllah, More to come, when we never ever stop giving... 

Saya doakan anda yang membaca, berjaya, kaya dunia akhirat..inshaAllah. 

Semoga kita semua sentiasa dalam keberkatan Allah swt. 

Terima kasih kerana meluangkan masa... 

Usaha...Doa...dan TAWAKAL.

Feel free to LIKE and SHARE

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...