Isnin, 5 Mei 2014

Percaya Sebelum BERJAYA....


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Tahun lepas, perancangan saya berbeza,tetapi Allah telah tentukan jalan cerita saya.

Seperti yang tercatat di dalam Surah Al- Baqarah, Ayat 216 yang bermaksud

Alhamdulillah. Allah telah tunjukkan jalan nya... dan saya yakin saya telah mengambil langkah yang BETUL. 

Pada bulan 6 tahun lepas, saya baru berkenalan dengan shaklee. Masa tu, memang mencari sumber pendapatan tambahan setelah mengambil keputusan untuk menerima tawaran biasiswa dan menyambung pelajaran. Atas dasar pendapatan tambahan sebagai satu KEMESTIAN. (Sila click disini) 

Shaklee telah wujud lebih 50 tahun dan telah bertapak di Malaysia lebih 20tahun.. Kesian, Saya baru tahu kewujudan Shaklee menerusi group Jutawan melalui mentor, a.k.a mummy n daddy shaklee...kak Maria dan abg Firdaus.  Dan saya percaya, masih ada mereka di luar sana, yang belum mengenali shaklee... Jom kita kongsikan bersama.  

Personaliti dan sharing kak Maria & Abg Firdaus di fb dan blog menjadi asbab saya di sini sekarang. Kisah nya ada saya tulis di dalam entry ini. 

Memula join, saya nampak peluang yang ada bila kak maria 'terpaksa' berhenti kerja sebagai seorang engineer dan meningkatkan naik dalam shaklee. Alhamdulillah kini mereka suami isteri telah mencapai rank tertinggi dlm shaklee. Kerana mereka percaya sebelum berjaya. 

(Kisah mereka di sini : http://www.ebookniaga.com/sorryboss/anisahk atau www.mariafirdaus.com.my).

Memula join, saya tidak membayangkan boleh mencapai bonus 4 angka dalam masa yang singkat. Tetapi kak maria dan perkongsian dari mentors yang lain , telah memberi kepercayaan dan keyakinan tersebut melalui 'end products' yang telah mereka capai. Aura kejayaan lebih terasa bila kami bertemu bertentang mata dan mengambil bahagian dalam events yang mereka anjurkan (Magic Raya).

Alhamdulillah, bulan ke 4 (3+ sebenarnya) saya berjaya naik rank pertama, Supervisor dan bulan ke 5, sebagai Senior Supervisor dengan kelahiran 'anak' pertama sebagai Supervisor, iaitu kak ieta. 

Peluang yang saya nampak ini, bila menyertai beberapa kali program yang di anjurkan oleh Mentors saya, Master Hafsah, Master Ira, dan Master MariaFirdaus...juga coaching yang berterusan menerusi facebook dan whatapps/telegram oleh 6 orang Master Coordinator di atas saya. Wah... betapa ramai nya orang yang telah berjaya di sekeliling saya.  

Bila saya berjaya naik rank pertama dan kedua...saya nampak lebih banyak peluang yang ada dalam shaklee. InshaAllah.. akan ramai lagi anak didik saya yang akan merasai nikmat peluang yang di tawarkan oleh Shaklee amnya, dan group Jutawan & MFMS khasnya. InshaAllah.. akan di teruskan juga dalam Legasi Double A with Shaklee.   

Terlalu banyak tips dan pengajaran yang telah di kongsikan oleh group, Untuk berjaya, kita perlu berkorban banyak perkara dan mempunyai hati yang kental dan sentiasa bersemangat untuk berjaya... dan istiqamah dalam berjuang! ~ PERINGATAN buat diri juga~ 

The more we give, the more we get...

Alhamdulillah, melalui kumpulan Shaklee ini, Impian bukan hanya untuk berjaya di dalam bisnes Shaklee sahaja, tetapi lebih kepada membantu lebih ramai orang untuk sihat dan memperolehi financial freedom supaya lebih banyak dapat di sumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Bayangkan... setiap bulan boleh menyumbang 5 angka dengan hati terbuka. MashaAllah. Satu nilai yang mungkin tidak dapat di sumbangkan jika hanya kerja makan gaji...

KUNCI Kejayaan...

Kebergantungan pada Allah swt, Tuhan yang maha Pecipta, Tuhan yang Maha Memberi, Tuhan Yang Maha Penyayang, adalah antara Kunci Kejayaan Group JUTAWAN.

Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita terima, inshaAllah Allah pasti beri lebih lagi.

Alhamdulillah, kami sentiasa di ingatkan dengan minta redha & doa suami/isteri, ibu ayah dan ahli keluarga.InshaAllah, Doa dari mereka adalah antara doa yang Allah makbulkan.

Terima kasih pada ahli keluarga, sahabat  dan customers yang sangat menyokong saya selama ini... teruskan dengan sokongan tersebut.

Alhamdulillah... Saya bersyukur di temukan dengan mereka yang telah berjaya dan sentiasa ingin membimbing orang lain untuk lebih berjaya dari mereka. Memang macam semangat 'mak ayah' kita.

Salah satu kunci yang selalu di pegang... PERCAYA SEBELUM BERJAYA... bercakap dengan diri sendiri 'AKU SUDAH MENCAPAI... bla, bla,..' inshaAllah, Allah akan mudahkan jalannya.

Hasil PERCAYA sebelum BERJAYA tahun lalu...

Hari ni, kami telah terima invitation National Convention Award Shaklee sebagai penerima award dan ada majlis gala dinner. Wah... Kami bakal diraikan!
Tetiba malam ini...terbayang menaiki pentas bersama suami tercinta, Asyraf Shaare.

Tema dinner ' Glitter'... oh, terpaksa la cari baju baru. takpe2, guna duit bonus shaklee untuk beli baju baru...;) secara tak langsung, Dinner & Baju dinner juga di sponsor oleh Shaklee.

Khas buat  anak didik saya dalam shaklee,

Setahun yang lalu..saya tidak tahu saya boleh pergi sejauh ini. InshaAllah kini ia bukan hanya angan2 shj. Anda juga pasti boleh jauh lebih berjaya dari saya. Hadir seminar yang di anjurkan supaya lebih nampak jalannya. InshaAllah.

Untuk bakal-bakal penerima anugerah sekalian...Sehingga kita berjumpa di sana, inshaAllah.

Buat Mentor saya, Master MariaFirdaus,

Terima kasih daun keladi, jangan serik memberi lagi..;) Tahniah di atas kejayaan yang hebat. Poster yang di ambil dari facebook Master Maria, bakal menerima 11 awards...

Sehingga berjumpa lagi...

Anda kaya dan berjaya Dunia Akhirat!

Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua, Amin

Salam kejayaan,

Anisah Khalid.

Terima kasih kerana meluangkan masa.


Usaha...Doa...dan TAWAKAL.

Feel free to LIKE and SHARE

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-

FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...