Khamis, 22 Mei 2014

Petrosains, KLCC... Informal Science Education Trip



Assalamualaikum dan Salam ceria, 


Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lalu, kami telah melawat Petrosains, yang terletak di tingkat 4 KLCC Shopping Centre. Sebelum ni, duk dengar orang lain pergi, tapi sendiri tak dapat nak bayangkan macamana rupanya petrosains ni. Pernah juga nak masuk sebelum ni, tapi selalu sangat tiket habis. Sambutan nya, memang sentiasa ramai orang kata pegawai kat sini. Kalau cuti sekolah, lagi la kan. 

Alhamdulillah, kebetulan mak saya bertugas untuk bawa Cikgu-cikgu dari negara ASEAN untuk lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur. Mak pun ajak kami adik beradik yang berada di sekitar lembah kelang untuk turut serta. Tiket mak beli kan siap2 beberapa hari sebelum lawatan.

Mak bersama ahli lawatan. Kita sendiri tak pernah ambil gambar macam ni  di sini kan?

Alhamdulillah, di samping dapat 'belajar sambil berjalan'... dapat juga berjumpa dengan ahli keluarga. 

Jom layan gambar yang kami ambil di sana. (Maaf, ada yang kurang jelas sebab dalam tu agak gelap dan kami guna kamera telefon sahaja).

http://www.petrosains.com.my/

Tiket masuk
Peta lawatan...




Simulator taufan.... sejuk sangat dalam ni.

Wayang kulit

Scientist Anas... agak2 anas tengok apa ni?

Anas tengah tengok sample faeces... eeii.. kalau cair sgt tu, maknanya cirit.. kalau keras sangat, maknanya, kurang air. 




Bersama replica dinasour
6 dari 11 orang adik beradik...

Di atas pelantar minyak...



Anas ambil feel jadi engineer kejap.. ;)

Ujian kecekapan 


Weeiii... simulator ski..  best!

Simulator Racing car 






Buat Replika lapisan tanah guna custard dan biskut oreo








Daun2 di belakang tu... akan tertahan di atas bayang2.. Macamana ye?

Lego.. favourite anak2 lelaki





Opah lawan BOLA KERETA dengan achik 

Alhamdulillah... lawatan sekitar 2-3 jam sahaja, tetapi sangat bermanfaat. tanpa dinasour dan fosil2 .. petrol takkan ada. sumber tenaga utama bahan bakar kenderaan hari ini. 


Nenek saudara suami yang turut serta pun seronok dengan lawatan ni.. 'Takpernah tahu pun dunia macam tu dulu' 


Ada banyak lagi bahagian yang lagi yang di lawati... nak tahu lebih lanjut, sila pergi sendiri ye. Pengetahuan Am buat semua peringkat umur. 

Sekian dahulu, terima kasih kerana meluangkan masa... sehingga berjumpa lagi. 


Sila ‘LIKE’ dan ‘SHARE’ sekiranya anda rasa kisah ini bermanfaat untuk dikongsikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...