Jumaat, 6 Disember 2013

Pengalaman Bersalin yang sukar di lupakan..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Setiap kelahiran, ada kisahnya tersendiri... Pengalaman bersalin pasti berbeza mengikut orang dan juga kelahiran anak yang berbeza. 

Izinkan saya berkongsi kisah yang saya tulis selepas terbaca kisah bayi yang 'pergi' sebelum mengenali ibubapa beliau.//sungguh hati ni terusik..ada saya kongsikan di akhir entry ini. 


Kisah kelahiran Puteri kami

AMANINA AISYAH = Harapan Kami Untuk Hidup Bahagia...

Amanina Aisyah hampir2 di lahirkan di sana, di Hospital Sungai Buloh (HSB)... Dalam banyak review hospital yang kami terima, HTAR mmg penuh, Hospital Putrajaya hanya terima pesakit yg tinggal di kawasan putrajaya dan yang terdekat sahaja. bila tanya HSB, diorg boleh terima pesakit dari Shah Alam. Jadi kami merancang untuk melahirkan anak ke2 kami di HSB. 

Ikuti kisah ringkas saya..

19 Oktober 2011 5pm : turun tanda, takde rasa sakit apa2 pun.. mak kata takpe, duduk dulu di rumah... tunggu dah sakit nanti baru serah diri. 

20 Oktober 2011 6pm : Serah diri di HSB, kena isi satu borang ni mengatakan 'jika tiada katil dalam wad, maka pesakit akan di tempatkan di tempat menunggu - sehingga ada kekosongan' memula tu tak faham juga... bila di tanya.. oh.. sbb kan wad selalu penuh, jadi kalau serah diri mcm ni.. kena duduk je . ok la, sbb kan tak nak bersalin di HTAR... saya dan suami pun sign je la.. maknanye 'rela utk tidak dpt katil' 

20 Oktober 2011 7pm : Doktor check laluan.. baru 1cm.. then di suruh duduk je kat kawasan menunggu.. 

20 Oktober 2011 8-10pm: Duduk berbual ngan ibu2 yang lain... mendengar cerita.. rakan2 ibu yg menunggu juga.. ada yg bersalin terus, tanpa duduk di wad.. kemudian balik terus.. tanpa masuk ke wad... bayangkan DUDUK sahaja beberapa jam.. dalam keadaan contraction! AllahuAkbar... sakitnya.. mereka yang melalui nya sahaja yang akan terbayangkan.. 

Dalam tempoh ni, tiada makanan di sediakan... suami nak beli nasi, di cafe nye pun takde nasi.. yg ada cuma roti canai.. agak kelakar juga. tapi takpela asal ada makanan.

Telefon mak, mak pesan buat solat hajat, doa byk2.. moga Allah permudahkan jalan. Moga Allah bagi petunjuk yang terbaik buat semua. 

 20 Oktober 2011 11pm : Doktor check lagi laluan.. baru 2 cm , then Doktor tanya samada nak balik@ tunggu di sekitar labour room..  saya ambil tindakan berani, balik! 


walau pun masa tu berdebar2 juga.. kalau ikut sejarah keluarga.. dh buka 2 cm.. dah tak lama dh nak bersalin tu.. cumanya... pinggang dah mula sakit sebab dalam keadaan macam ni.. tiada katil di sediakan... pilih la mana2 kerusi/sofa untuk duduk. rasanya tak sanggup nak tido dalam keadaan duduk dgn mmg dah sarat sangat. 



21 Oktober 2011 12am : sampai rumah... 



21 Oktober 2011 1am -4am: perut mula meragam sebab gastrik dan contraction kot (haha, dh 2 kali bersalin .. tapi saya tak tahu nak bezakan contraction ke gastrik... sbb mcm sama je..)




21 Oktober 2011 5.30am :serah diri di HTAR, di emergency utk wad bersalin.check laluan dh buka 8cm... terus masuk labour room...dalam 20min ... alhamdulillah lahirla Amanina Aisyah...




Allah nak takdirkan Amanina lahir di HTAR, sebelum ni.. dgn pelbagai cerita yang kami dengar.. mmg seram sejuk juga nak bersalin kat situ.. tapi Alhamdulillah.. Allah mudahkan sangat proses bersalin dll. Amanina lahir, di sambut dengan azan subuh di kawasan hospital...AllahuAkbar.. besar sungguh kuasaMu. 



bila berbual dgn nurse di HTAR... pasal layanan di HSB.. katanya 'walaupun HTAR mmg penuh, tapi kami takan tolak patient'  Melihat suasana dalam wad, memang penuh.. memang nurse dan doktor bagai tak menang tangan.. suasana yang sangat berbeza dgn di HSB. 

Pelbagai kisah dan pengalaman ibu2 lain juga saya dengar semasa duduk di wad. Inilah di namakan takdir, ketentuan Ilahi... mungkin berkat doa, zikir dan bacaan Al-Quran yang kerap saya amalkan memudahkan semua proses kelahiran cahaya mata kami ini. Alhamdulillah. Allah permudahkan dan lancarkan urusan kami. dan lahirnya seorang anak solehah, inshaAllah. 


Di antara doa yang kerap saya amalkan...


Terima kasih kami ucapkan di atas kecekapan dan kesungguhan semua... Alhamdulillah, moga Allah membalas jasa dan pengorbanan kalian sebaiknya, inshaAllah.




Buat ibu2 di luar sana... jika ada pilihan... elakkan bersalin di HSB ye...


Penafian : Kisah ini adalah kisah peribadi penulis, ia tidak mencerminkan kualiti mana2 hospital secara keseluruhan. 



Al fatihah buat si kecil yang telah di janjikan syurga ni...nantikan ibu bapa mu di syurga ye sayang..


Semalam ada kenalan berkongsi status 'perginya seorang anak' tanpa sempat mengenali ibu bapanya... Saya tak kenal ibu bapa nya.. mahupun rakan beliau ni. cumanya saya terbayang2 kisah saya suatu ketika dahulu...




Takziah buat keluarga beliau.. sesungguhnya yang dah pergi tidak akan kembali lagi... inshaAllah bayi ini akan menunggu ibu bapanya di syurga kelak... 

Al - Fatihah..

Sila ‘LIKE’ dan ‘SHARE’ sekiranya anda rasa kisah ini bermanfaat untuk dikongsikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...