Rabu, 25 Disember 2013

Seminar Dunia Usahawan 2014 (Teori VS praktikal)

Assalamualaikum dan Salam Kejayaan, 



Alhamdulillah, Allah takdirkan saya menghadiri seminar dunia usahawan pagi tadi.. satu program yang sgt di galakkan untuk pergi.. lagi2 buat mereka yg sedang/ masih mencari cara mcmana menjadi usahawan secara praktikal nye.. 

Sekitar 4000 orang yang hadir.. Yang bestnya.. tempat duduk lelaki & perempuan di asingkan... kiranye blh duduk dalam keadaan yang selesa dan melakukan senaman pagi tanpa berlanggar dgn yang bkn mahram. 


Saya kagum dengan makcik yang duduk di sebelah saya, beliau datang dari Perak bersama 5 orang rakan beliau yang masing2 berumur sekitar lewat 50an. Makcik menjual nasi lemak& laksa di kawasan rumah beliau selama berbelas tahun. Tujuan makcik dtg dengan harapan satu hari nanti beliau akan berjaya meluaskan empayar bisnes beliau. InshaAllah, perkara tersebut tidak mustahil jika beliau menggunakan ilmu yang telah di kongsikan oleh Dr Azizan Osman pada hari ini. 





Dr Azizan sendiri adalah alumni UiTM.. tp ilmu pemasaran yg beliau belajar adalah dari mentors yang telah menjana pendapatan melalui bisnes thru praktikal bukan teori... merata beliau menrantau untuk mendapatkan ilmu dan strategi yang beliau kongsikan dalam program-program anjuran beliau. 


v


Berapa ramai di kalangan kita yang 'pandai' dalam pelajaran.. namun terkandas bila dalam praktikal nye... Dr Azizan adalah salah seorg dari nye.. namun kisah kebangkitan beliau.. telah menjadikan beliau seorg yang cekal dan mengharapkan org lain tidak melakukan kesilapan yang sama.. 

Saya, merupakan graduan UiTM dalam bidang matematik pengurusan.. separuh dari silibus ijazah saya adalah dari bidang bisnes.  saya pernah belajar subjek accounting, marketing, entreprenuership, marketing research, finance, islamic banking, international business dan beberapa subject yang aplikasi matematik dalam bisnes - business forecasting, econometric, simulation, ...setakat tu yang saya dapat ingat sekarang. 

Walaupun sebahagian dari assessment subjects tu dulu.. kami kena buat report on case study, kena cipta brg dalam subject techno- entrepreneurship, kena study psl marketing plan syarikat terkemuka... dari segi teori, alhamdulilah ramai dari kita yang boleh SKOR dgn baik.. Belajar atas dasar nak skor, bukan kerana ilmu..

Dari segi praktikal nye... berapa ramai yang boleh run bisnes in real world dan berjaya dengan hanya bergantung pada ilmu yang ada dlm buku semata2?


Gambar buku di bawah - Principles of Marketing (1 semester mentelaah buku ni) setebal sekitar 800m.s mmg padat dengan teori.. manakala buku yang di tulis oleh Dr Azizan, Konsep Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan (diberi PERCUMA pada semua peserta tadi), setebal 131m.s.. di antara 2 buku ni.. yang mana yang lagi menarik perhatian?... corak bahasanye yang jauh berbeza...bukan kerana bahasa pengantara nya, namun kerana ilmu yang ada di dalamnya. 



Buku marketing dari pemandangan yang berbeza,,,

Jika di tanya kepada para pensyarah Business School... berapa ramai yang ada bisnes? dan berapa ramai pula yang ada berjaya dalam bisnes?... Memang ada yang langsung tak pernah berniaga, tapi dari segi teori memang TIP TOP. Kiranya apa yg di sampaikan purely teori.. belum tentu boleh dipakai dalam dunia sebenar. 

Konsepnya, mcm kita tahu macam2 jenis resipi masakan... tapi selagi kita tak masak, kita tak akan tahu cara masak nye. 



Contoh yang Dr Azizan bagi - Bukan semua orang yang tahu pasal teori driving, boleh drive... 
jadi, kalau kita nak belajar driving, kita belajar la dari mereka yang memang dah tahu drive. 

Konsep yang di bawa oleh Dr Azizan..



Untuk berjaya, kita mesti ada Mentor yang betul, ilmu yang bersesuai dgn bidang bisnes kita, kena ada sistem yang tepat, kena ada tindakan dalam mencapai Impian kita. 

Semasa seminar tadi, Dr Azizan panggil beberapa orang peserta untuk naik ke atas pentas, ada yang tak tahu apa impian yang nak  di capai...Kata Dr Azizan, mcmana kita nak capai sesuatu kalau kita tak tahu apa yang kita capai. 


Dr Azizan bagi beberapa tips untuk set target.. berdasarkan pengiraan asas matematik. kita kena tahu siapa potensi pelanggan kita, ramai yang tak tahu... betapa luasnya potensi pelanggan kita.. lagi2 lah bila buat bisnes online ni, memang merentasi sempadan. Kita kena ada sistem supaya apa bisnes berjalan dgn lancar.. bukan main jalan jer. 


Konsep yang di perkenalkan



POWER

P - Pakar ,O- Opportunity ,W- Wilayah ,E -Emosi ,R- Result. 

(Sila la hadir ke seminar dunia usahawan atau pun dapatkan buku seperti di dalam gambar jika ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai konsep ini.)


Di akhir seminar pendek ini, Dr Azizan minta semua peserta untuk tulis.. impian masing2 dari segi pendapatan bersih setahun dari sekarang...


                  'Pendapatan saya pada Disember 2014 adalah sebanyak ___'


Semua peserta di minta untuk menyebutkan seperti di atas beberapa kali.. kata Dr Azizan, tindakan kita akan menyebabkan kita 'terpaksa' capai apa yang kita impi kan.. jika kita sebutkan nya selalu. 


Inilah juga yang mentor saya selalu sebut2kan... 


Testimoni peserta Advanced Marketing Power di selit2kan di antara ceramah Dr Azizan.. tetiba.. terkeluar pula video mentor saya, Mohd Firdaus  dan Kam Maria mengenai bagaimana program tersebut telah mengubah hidup mereka. 


Alhamdulillah, Allah takdirkan saya untuk menerima mentor yang hebat ini. 


Kata Dr Azizan tadi:


'If you are a great follower/student, then you will be a great leader/teacher'

Abg Firdaus & Kak maria.. dah buktikan kata2 ni.. satu pujian ringkas buat mereka..


                'Both of you are great students, that's why both of you are great leader'


Alhamdulillah, moga kalian lebih kaya dan berjaya dunia akhirat!!! 


InshaAllah, akan saya hadiri program yang sebegini lagi di masa akan datang. Jika sesorang betul2 ingin berjaya, duit bukan la satu halangan untuk mencari ilmu. 


Jika anda ingin saksikan video montaj program...sila click : http://youtu.be/srQ2ZVf11zA ( tak ternampak pula muka saya)




Buat rakan-rakan sekalian, lapangkan lah diri untuk menghadiri program sebegini, inshaAllah sedikit sebanyak ia  akan membuka minda kita dan yakin 9/10 rezeki adalah menerusi perniagaan.inshaAllah. 


Sila layari : http://www.duniausahawan.com/ untuk tujuan pendaftaran. 




Terima kasih kerana meluangkan masa...
Sehingga berjumpa lagi.

Sila ‘LIKE’ dan ‘SHARE’ sekiranya anda rasa kisah ini bermanfaat untuk dikongsikan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...