Selasa, 16 September 2014

KISAH QURBAN SI FAKIR


Assalamualaikum wbt dan Selamat Menyambut Hari Raya Qurban tidak lama lagi...

Kisah ini di kongsikan melalui rangkaian media sosial. Saya sendiri tidak pasti sumber asal.


Namun, kisahnya sungguh terasa di hati dan perlu dikongsikan sebagai peringatan buat kita semua. 


In sha Allah moga kita di beri keizinan untuk berQurban tahun ini.


BACA & HAYATI !!!!!!!! MENITIS AIR MATAKU...


Cerita Qurban pada  hari raya Aidil Adha ini mungkin boleh memberi pengajaran dan keinsafan kepada kita yang mempunyai hati-hati yang keras tidak berapa lembut ini..

Menarik kisahnya adalah seorang anak dan ibu nya yang sudah tua dan uzur bersama seorang pedagang binatang Qurban.

Al-kisah di ceritakan oleh seorang pedagang binatang qurban tentang pengalamannya:

Suatu hari seorang ibu di usia awal 40an datang memperhatikan dagangan saya. Dari penampilan luarannya, nampaknya dia tidak akan mampu membeli haiwan ternakan ini. Namun saya cuba juga menghampiri dan menawarkan kepadanya,

Gambar ihsan google

“Silakan bu…”, lalu ibu tadi menunjuk salah seekor kambing termurah sambil bertanya,” ye kalau yang itu berapa Pak?”.

“Yang itu 700 ribu rupiah (RM190) bu,” jawab saya ringkas. “Berapa Harga terendah?”, Tanya kembali si Ibu.

“600 ribu (RM160), harga itu untung saya kecil, tapi tak apalah…… .
“Tapi, wang saya cuma ada 500 ribu sahaja (RM130), boleh pak?”, pintanya.
Waah.., saya jadi pening, kerana itu harga modalnya, akhirnya saya berbincang dengan teman dan saya pun bersetuju walaupon tidak untung..
Nah.. tak apalah, ambillah. Lalu saya berikan saja dengan harga modal itu kepada si ibu tersebut.

Saya pun menghantar kambing Qurban tersebut sampai kerumahnya.  Sebaik sahaja tiba dirumahnya, lalu saya terkejut.

“Astaghfirullah al-Adziim ……, Allahu Akbar…, terasa menggigil seluruh badan kerana melihatkan keadaan rumah ibu itu yang sudah sangat uzur.

Rupa-rupanya si ibu itu hanya tinggal bertiga, dengan ibunya dan anak lelakinya yang masih kecil dirumah usang yang berlantai tanah tersebut. Saya tidak nampak pon ada tilam, ada kerusi di ruang tamu, apatah lagi perabut mewah atau barangan elektronik. Yang saya lihat hanya katil kayu yang beralaskan tikar dan bantal lusuh. Rumah yang tidak ada bilik dan terhalang dari pandangan.

Gambar ihsan google

Diatas katil kayu itu, terbaring seorang nenek tua yang kurus.

“Mak….. bangun mak, tengok nih, saya bawakan apa di rumah ini.?”, kata ibu itu pada seorang nenek yang tidur dan akhirnya terbangun.

“Mak, saya sudah belikan emak seekor kambing untuk di buat Qurban, nanti kita hantarkannya ke Masjid ya mak….”, kata ibu itu dengan wajah penuh kegembiraan dan puas.

Si nenek tadi sangat terkejut meski nampak bahagia, sambil dia membelai kambing yang berdiri di sebelah katilnya..

Lalu nenek itu mengucapkan rasa syukur “Alhamdulillah syukur Ya Allah, kesampaian juga emak nak mahu berQurban tahun ini”.

“Ini Pak, wangnya, maaf jika tadi saya menawar harga kambingnya terlalu murah, kerana saya hanya tukang cuci baju di kampung sini. Saya berusaha mengumpulkan wang qurban ini sudah sekian lama untuk membeli seekor kambing yang diniatkan buat qurban atas nama ibu saya….”, kata ibu tadi.

Kaki ini bergetar, hati terasa sebak, dada terasa sesak, sambil menahan titisan air mata, saya berdoa ,
“Ya Allah…, Ampuni dosa hambamu ini,
Aku malu berhadapan dengan hamba-Mu yang pastinya lebih mulia ini, seorang yang miskin harta namun kaya Imannya. Ibu ini begitu luar biasa”.

“Pak, pak... ini ada sedikit wang upah  kerana mengantar kambing ini ke rumah…”, panggil ibu itu,”
Saya tidak melihatnya dan tidak mahu ambil tahu berapa nilaiannya lalu dengan rasa sayu, saya berkata..!!!

"Sudah bu, biarkan tambang kendaraanya saya yang bayar’ dengan wajah yang malu dan sayu.

Saya cepat-cepat pergi sebelum ibu itu tersedar yang air mata ini sudah membasahi pipi kerana tidak sanggup mendapat teguran dari Allah yang sudah mempertemukan dengan hamba-Nya yang sangat sabar, tabah dan penuh keimanan ingin memuliakan dan menggembirakan orang tuanya..

Masyaa Allah.. Allahu Akbar...!!!!

Moral of the story, 
wahai diriku dan sahabat2ku sekalian..

Untuk menjadi insan mulia  ternyata tidak memerlukan harta berlimpah ruah dan berjuta-juta, dan tidak juga perlu mempunyai gelaran kenamaan Dato, Datin, Tan Sri, Puan Sri Diraja ataupun Tun,tidak perlu punya kedudukan yang tinggi sebagai Sultan, menteri, ketua pengarah atau pun Mufti tidak juga perlu punya kuasa super power dan pengaruh yang di beli dengan wang ringgit dari orang lain.

Cukuplah kita belajar dari sifat keikhlasan yang luhur dari si ibu tadi.. demi untuk mencapai erti kemuliaan hidup dan Redha Allah.

Berapa ramai diantara kita yang diberi kecukupan dan kekayaan serta kemewahan demi kemewahan, namun masih ada sahaja keengganan dan pelbagai halangan untuk berQurban, bersedekah, menginfaqkan sebahagian harta ke jalan Allah.

Kalau pon bukan harta dan wang ringgit, sekurang-kurangnya masa dan tenaga untuk pengorbanan di jalan Allah.. untuk mencari Redho Allah.

Ramai dari kita termasuk saya..masih tersangat sayang akan harta dunia yang sudah di kumpul bertumpuk-tumpuk setinggi gunung, tetapi masih khuatir simpanan akan berkurangan dan habis di berikan kepada orang lain.

Kita mampu membeli handfone yang mahal, jam tangan dan beg yang berjenama, ataupun pelbagai  aksessoris yang melekat di muka dan tubuh kita yang harganya jauh lebih mahal dibandingkan harga seekor haiwan Qurban ataupun sebahagian darinya, iaitu 1/7 bahagian.

Kenapa kita rasa macam tidak mampu, atau masih lagi suka menangguh-nangguhkan melakukan perkara-perkara dan kerja-kerja ibadah dan kerja kebajikan dan amal soleh.?

Hakikat sebenarnya kita mampu..!..

kita boleh sahaja sediakan hampir segalanya..
  • Kita mampu melanggan Astro, kita mampu melancung ke dalam dan luar negara,
  • Kita mampu makan makanan yang mahal-mahal di restoran dan hotel yang mahal-mahal..
  • Kita mampu membeli atau membayar ansuran motorsikal berkuasa tinggi, ansuran kereta mewah beberapa buah, dan ansuran rumah yang mencecah harga ribuan dan lebih dari harga satu bahagian lembu Qurban...

Namun sering kita sembunyikan KUFUR NI'MAT KITA kepada Allah sebalik kata-kata "TIDAK MAMPU" atau TAK CUKUP BUDGET, TIDAK ADA PERUNTUKKAN dan 1001 macam alasan. Di mana Rasa syukur Kita Kepada ALLAH. Zat yang telah banyak memberi Rizqi & Kenikmatan kepada hakikat dan kenyataan ini..


Muhasabah diri:

Tanya pada diri kita yang mampu ini, sudahkah kita mengerjakan ibadah qurban sebelum Allah menarik sedikit demi sedikit rezeki yang dikurniakannya sementara kita masih lagi diberi nafas untuk hidup.

Fikir fikirkanlah wahai saudaraku sekalian.

Terasa sangat keinsafan, sering kali kita mengeluh dan merungut tidak punya wang yang cukup.


 Astaghfirullahalazim..!!!!  


Ambillah kisah ini sebagai iktibar, sebagai nasihat, sebagai peringatan dan muhasabah untuk diriku juga .saudaraku sekalian.

Terimakasih wahai sahabatku kerana tidak jemu membaca dan menerima nasihatku ini.. !!!!!!

Selamat Menunaikan ibadat Qurban 1435H

Info mengenai ibadat Qurban : http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/qurban.htm

Senarai khidmat qurban & aqiqah di luar Malaysia...

1. http://qurban-aqiqah.ikram.org.my/blog/borang-penyertaan/
2. http://www.ezqurban.org/
3. http://www.korbanaqiqah.com.my/bmportal/


Sila kongsikan (tekan button share di bawah) artikel ini untuk manfaat bersama. Mana tahu, dengan ada yang membaca kisah ini, Allah bukakan hati beliau untuk berqurban, sedikit sebanyak menjadi 'pencen' kubur kita. Wallahualam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...