Isnin, 15 Julai 2013

Siapa kata wanita hamil tidak boleh puasa?

Assalamualaikum... dan Selamat Beramal Ibadat di Bulan Ramadhan 1434H ini.

Baru-baru ini ada seorang kenalan melahirkan kerisauan ... " suami tak kasi  puasa, sbb kesian kat anak"  Jadinya pada 1 Ramadhan  1433 beliau pun tak puasa la, tapi biasalah di bulan Ramadhan ni kalau tak puasa pun, bukan boleh nak makan sesuka hati. Segan la walaupun duduk kat rumah je. Jadinya nama je tak puasa, tapi tak makan sangat pun. Baby ok jer, badan pun ok je Macam takde kemudaratan je kan? 

Selepas tu, 2 Ramadhan beliau cuba untuk puasa.. Alhamdulillah, berkat sahur dan berbuka dengan makanan seimbang. Alhamdulilah berjaya puasa sehingga 29 Ramadhan. 30 Ramadhan Dr sarankan beliau untuk tidak berpuasa sbb dah ada tanda nak bersalin... Alhamdulilah beliau selamat bersalin malam ke2 Syawal 1433. Alhamdulilah anak dan ibu sihat dan selamat. 

Pengalaman saya sendiri, anak pertama lahir pada 15 Ramadhan 1430H... alhamdulilah sempat berpuasa 11hari .Ada  hari tak dpt puasa sbb kena checkup - minum air gula yang amat tak sedap- sbb suspect diabetic dan ada yang sbb baby dah meragam dalam perut  (aktif bukan main, sampai nampak pergerakannya di luar perut) dan ada juga maknya rasa mcm tak tahan sgt (gatal tak bgn sahur). Sayang juga rugi 4 hari... + 15hari sbb nifas. 

Dulu sebelum ada anak, Syawal je saya dah mula ganti puasa.. selepas tu di ikuti dgn puasa sunat isnin khamis di niatkan sekali utk ganti puasa. Alhamdulilah sekejap je dah habis ganti. 

SubahanaAllah nak ganti puasa yang 19hari... dgn BF anaknya (alasan je kot?) ..cabarannya sampai ke bulan Syabaan baru habis ganti.

Masa pregnant anak kedua, bulan Ramadhan 1432H, kandungan baru berumur 7 bulan..Alhamdulilah dapat puasa almost sebulan. Terpaksa buka 2 hari sbb macam nak kena baby aktif, mama tak bgn sahur. (aip, mama ni kan)

Jadinya, buat warga ibu hamil sekalian, selagi boleh berpuasa.. berpuasa la di bulan Ramadhan ni. Kalau dapat puasa penuh, lagi baik... Nikmat dan pahala berpuasa di bulan Ramadhan ini kita tak kan dapat di bulan lain.

Masa tu saya belum terjumpa produk shaklee.. tak tahu mudahnya kalau sahur dgn minum air je pun, inshaAllah dpt berpuasa & energetic sampai ptg.. 

Sekarang ni bila baca ramai yang bagi testimoni dapat kekal bertenaga & puasa dgn bersahur dan berbuka dgn ESP + Performance Drink + Mealshake... InshaAllah   saya boleh... anda pun boleh!

Buat ibu hamil ada set khas buat ibu sekalian.. baik utk kandungan dan ibunya juga! 

Artikel di bawah ni menerangkan kajian puasa tidak membahayakan kandungan...

Selamat membaca... 


....

KAJIAN BUKTI PUASA TAK JEJAS PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN

KAJIAN kesihatan mendapati ibu mengandung yang berpuasa tidak menjejaskan kandungan walaupun kadangkala tidak selesa terutama pada tahap tiga bulan pertama kandungan. Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pakar Ampang Putri, Dr Ariza Mohamed, berkata ibu hamil masih boleh berpuasa kerana ia tidak memberi kesan kepada perkembangan bayi.

Ibu mengandung boleh berpuasa, membaca al-Quran terus menerus dan doa untuk kesihatan bayi dalam kandungan,” katanya yang tidak menafikan cabaran ibu mengandung terutama loya, muntah, pening dan gastrik pada tiga bulan pertama menyebabkan badan kekurangan air hingga ada terpaksa menerima rawatan di hospital.
Beliau berkata demikian pada seminar Penghayatan Ramadan anjuran Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Hospital Pakar An Nur dan Persatuan Perubatan Islam Malaysia di Bangi, baru-baru ini.

Dr Ariza berkata, proses dehidrasi menjadikan ibu lemah, berat berkurangan tetapi biasanya keadaan itu tidak menjejaskan bayi. Begitu juga bagi ibu pada peringkat tiga bulan terakhir terpaksa berhadapan dengan keletihan, sukar untuk fokus, tidak dapat tidur dengan baik dan berat badan mungkin statik atau berkurang.
“Dalam keadaan itu bayi tidak terjejas kerana mereka mendapat cukup makanan daripada ibu. Jika mampu ibu mengandung boleh berpuasa tetapi boleh berbuka apabila mengalami muntah yang teruk. Cuma dari segi menggantikan puasa, ada perbezaan pendapat,” katanya.
Beliau berkata, risiko ibu yang menyusukan anak apabila berpuasa ialah kurang susu dan menyebabkan anak menangis. Sedangkan susu ibu adalah makanan lengkap bayi dan WHO menyarankan enam bulan pertama eksklusif susu ibu tanpa dicampur susu formula.
Bagi ibu menyusukan anak, dibolehkan berbuka puasa seperti ibu mengandung. Cuma bagi yang mengandung, ada berpendapat tidak perlu berpuasa tanpa berusaha sedangkan Ramadan memberi banyak manfaat,” katanya sambil menasihatkan wanita hamil melewatkan sahur, makan tamar serta susu ketika sahur dan makanan tinggi serat, berehat tengah hari dan memastikan berbuka dengan makanan yang memberi tenaga segera.
Sementara itu, Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar An Nur, Dr Norshinah Kamarudin meminta penghidap kencing manis bersahur, jangan melewatkan berbuka dan tidak makan berlebihan. Pesakit boleh mengubah dos ubat. Jika dos biasa diambil waktu pagi boleh ditukar kepada berbuka sementara dos diambil sebelum makan malam ditukar kepada waktu bersahur.
“Pengubahsuaian dos insulin perlu dilakukan dengan bimbingan doktor selain melakukan ujian tahap gula dalam darah pada waktu tertentu seperti sebelum bersahur, tiga hingga empat jam kemudian atau sebelum berbuka dan tiga hingga empat jam selepas itu.
Minum cukup air, menggantikan air selepas buang air dan elak minuman manis,” katanya.
(sumber :Islam Itu Indah)

Supplement yang di cadangkan untuk ibu hamil & menyusu : Set Hamil, Pantang dan Penyusuan

Cadangan Sahur seisi keluarga : Kekal Bertenaga Di Bulan Ramadhan

Testimoni mereka yang puasa ketika hamil



Anisah
7 Ramadhan 1434H/16 Julai 2013




Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Anisah Khalid
Shaklee ID : 963691
Call / SMS 0136216522




FB : ANISAH KHALID

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...