Ahad, 21 Julai 2013

Seronoknya Bersalin...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Pelbagai cerita yang kita dgr ttg kisah bersalin... ada yang mudah, ada yang payah, ada yang hidup (selamat) dan ada juga yang meninggal dunia samada di dalam perut, atau sebaik sahaja dilahirkan. Ia adalah nikmat dan ujian dariNya. Sebagai orang Islam, kita percaya ini semua telah tertulis sebagai qada nya. 

Pengalaman bersalin oleh mak tersayang,Dr Suhaidah Tahir sentiasa menjadi pemangkin dan kekuatan buat kami adik beradik. Alhamdulillah ...Beliau berjaya melahirkan 11 org cahaya mata semuanya normal...Alhamdulilah... tanpa complication.. 

Kisah beliau menjadi inspirasi kepada saya, kadang2 bila rasa diri ini tak mampu/ takut dgn ujianNya, beliaulah kekuatan saya. Sejak sblm kahwin lagi terbayang, mampukah aku menjadi seperti mak? 

Alhamdulilah proses melahirkan anak pertama pada 2009, dan yang kedua pada 2011.. MasyaAllah, Allah mudahkan... Berkat Doa semua yang mengenali saya dan keluarga. Alhamdulillah pengalaman yang saya istilah sebagai 'WAH, SERONOKNYA BERSALIN'...saat melihat anak dalam dakapan, SubahanAllah... hilang semua sakit. Satu nikmat Allah yang tidak terungkap dgn kata2..

Alhamdulilah di antara surah yang saya kerap amalkan semasa hamil Surah Maryam, Surah Luqman, Surah Yusuf, Surah Yassin....setiap kali selepas habis satu surah, berdoalah kepada Dia.. kerana Dia akan sentiasa adalah Maha Pengasih dan Penyayang.. 

Doa utk kesihatan bayi + ibu sepanjang hamil..  









Alhamdulilah, Allah telah kurniakan sepasang cahayamata buat saya dan suami, diberi nama Anas Huzaifah bin Asyraf dan Amanina Aisyah bt Asyraf. Nama mereka di ambil sempena nama mereka yang sangat rapat dgn Rasulullah..Semoga peribadi mulia Saidatina Aisyah dan sahabat/periwayat hadith Anas R.A dapat di titipkan ke jiwa anak2 tersayang. MashaAllah, anak2 adalah amanah Allah yang sangat tinggi nilainya. Satu tanggungjawab yang berat... n Insha Allah kami akan berusaha yang terbaik utk anak2 yang tersayang.

Doa untuk anak dan ibubapa...



SubahanAllah, Maha Suci Allah yang menjadikan rahim wanita dan kekuatan wanita untuk bersalin yang tiada sesiapa yang mampu menandinginya.

Pengalaman bersalin adalah satu pengalaman yang akan di alami oleh mereka yang di pilih oleh Allah...

Wassalam

Anisah - 11 Ramadhan 1434H

Jom hayati 10 FAKTA mengenai kelahiran bayi...

♥ 10 Fakta Menarik Mengenai Kelahiran Bayi ♥


Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

♥ Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

♥ Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

♥ 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

♥ Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

♥ Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

♥ Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

♥ Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

♥ Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Wallahuallam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...