Assalamulaikum dan
Salam Sejahtera,
Apa khabar pembaca semua? Moga kita diberi kesihatan yang baik dan diberkati Allah swt sentiasa.
Apa khabar pembaca semua? Moga kita diberi kesihatan yang baik dan diberkati Allah swt sentiasa.
Tak lama lagi,
Dunia akan menyambut Merry Christmas,dan bila sebut merry christmas...
nama jesus di sebut-sebut selalu. Mungkin Di Malaysia,
anak-anak kita kurang terdedah berbanding jika di negara barat, yang mana
Christmas la, perayaan utama mereka.
Alhamdulillah, pengalaman membesar di luar negara semasa zaman kanak-kanak & remaja memberi pengalaman kepada saya bagaimana perayaan ini di sambut di UK. di mana, di setiap sekolah yang 'beraliran' akan ada Role Play dan kanak2 di minta berlakon/menyanyi. Betapa pentingnya AQIDAH kita di tekan kan di sana. Betapa ibu bapa risau...
Alhamdulillah, pengalaman mendewasakan kita.
Decoration di KLCC |
Namun, isu ini tidak
boleh di pandang ringan, nak tak nak, pengaruh ini turut ada di shopping complex sekarang ni penuh dengan perhiasan bertemakan christmas, anak2 saya, Anas (5+ tahun) dan Amanina (3+tahun) juga tahu yang pokok pine berhias lampu2 ni CHRISTMAS...Siaran di kaca TV mahupun
internet juga banyak je pasal CHRISTMAS, Betul?
Bila di fikirkan,mungkin bukan hanya kanak2 yang belum memahami mengenai
SIAPA JESUS??? Boleh ke kita nak SAYANG pada JESUS?
Jesus adalah nama yang di gunakan di dalam bible dan tafsir Al Quran dalam bahasa english. Jom ikuti selanjutnya
Perkongsian dari rakan
fb saya,Pn Noor Afidah membuatkan saya rasa bertanggungjawab untuk
kongsikan nya di sini, supaya lebih ramai mendapat info dan jelas mengenai
perbezaan di antara JESUS dalam agama kristian, dan JESUS dalam agama Islam...
JESUS yang sebenarnya. Wallahualam..
Pn Noor Afidah, sekarang menetap di London bersama keluarga |
[Anak-anak kami dan
Jesus alaihissalam]
It's the time of the
year again.
Apabila tiba musim
perayaan Krismas, anak-anak di sekolah luar negara terutamanya akan terdedah
kepada pelbagai kisah mengenai Jesus. Tetapi bukan Jesus sebagai seorang Rasul
Allah dan manusia biasa, sebaliknya Jesus sebagai ‘God’ (dan Son of God) . Inilah
cabaran membesarkan anak di luar negara.
Ketika Ayunie bersekolah di Melbourne pada
awal tahun 2000 dulu, kami menghadapi cabaran yang sama. Kebanyakan private
schools di Melbourne pada masa itu attached dengan gereja. Seminggu sekali
mereka wajib menghadiri service di gereja Baptist. Seminggu sekali mereka ada
kelas Christian Education di sekolah. Alhamdulillah setelah berbincang dengan
pihak sekolah, Ayunie mendapat pengecualian dari service di gereja dan kelas
Christian Education. Walau bagaimanapun menjelang Krismas, kanak-kanak terlibat
dengan nativity play dan nyanyian carols. Kami mendapatkan lirik lagu-lagu yang
dinyanyikan daripada pihak sekolah supaya kami tahu apa kandungan lagu
tersebut. Kami menerangkan kepada Ayunie siapa Jesus a.s menurut Islam. Being
the only Muslim child in the school bukanlah mudah. She was a smart girl, she
still is. Setiap kali menyanyikan carols yang ada menyebut Jesus (as God atau
son of God), dia mengertap bibir dan tidak menyebut lirik tersebut. Ini adalah
idea dia sendiri, bukan arahan daripada kami. That’s a way of not accepting the
belief…according to a 5-year-old Ayunie. Malah semasa pendakwah Jehovah Witness
datang ke rumah kami, Ayunie dengan selamba memberitahu mereka,
"We believe in Jesus. He is a special prophet of Allah. But he is
not God or the son of God.”
Keperluan untuk membentuk sistem kepercayaan
yang kuatlah menjadi sebab utama kami mengambil keputusan untuk kembali ke
Malaysia walaupun berpeluang berada lebih lama di Melbourne. Kami percaya, faktor persekitaran sangat
penting untuk perkembangan aqidah anak.
Lebih mudah buat Azzam kerana asas
pemahamannya tentang Nabi Isa a.s juga dipupuk di sekolah Islam di Malaysia
selain di rumah.
Hakeem juga mendapat pengetahuan asas tentang
Nabi Isa a.s dari tadika Islam di Malaysia. Apabila tiba di UK pada usia 5
tahun, dia mula terdedah kepada Jesus as God dan Son of God. Walaupun
International School meraikan semua agama tapi budaya di UK meraikan Jesus as
God. Pada satu hari saya ternampak Hakeem membaca The Noble Quran (terjemahan
oleh Taqiuddin Al Hilali). Tanpa diduga, dia mencampak terjemahan tersebut ke
atas katil. Air mukanya agak kaget dan marah.
Saya kehairanan lalu
bertanya, “ Whats wrong Hakeem ?”.
Dengan nafas yang laju,
dia menjawab “Why does THIS
Quran mention Jesus? Jesus is not God. Quran shouldn’t mention Jesus”.
Fahamlah saya. Pada pemahaman the 5-year-old
Hakeem, Nabi Isa dan Jesus adalah dua individu yang berbeza. Orang Melayu tidak
menyebut Jesus. Walaupun belajar dalam Bahasa Inggeris, kita menyebut Prophet
Isa a.s. Kita tidak menyebut Jesus. Jadi apabila Hakeem membaca kisah Jesus di
bahagian Appendix Noble Quran, dia keliru. Dia keliru kenapa nama Jesus di
sebut di dalam Al Quran sedangkan Jesus yang difahaminya adalah yang diraikan
sebagai God dan itu adalah salah. Salah kami juga sebagai parents kerana
terlepas pandang aspek itu kerana baru saja tiba di UK.
Selepas saya menerangkan bahawa Jesus dan Nabi Isa adalah orang yang sama dan tidak
salah menyebut Jesus kerana itu adalah satu nama. Yang salah adalah menyebut
dan mempercayai bahawa Jesus adalah God atau Son of God. Dia kelihatan lega selepas itu dan teruskan
membaca Noble Quran tersebut. Alhamdulillah.
Kesimpulannya, never assume when it comes to
aqidah. Kita perlu pastikan anak-anak betul faham soal aqidah terutamanya yang
berkaitan dengan Jesus a.s sewaktu musim perayaan Krismas. Walaupun kita berada
di Malaysia dan berada di dalam persekitaran yang ‘selamat’, jangan terlepas
pandang apa yang mereka serap dan mereka faham terutamanya dari media sosial.
Biar anak-anak selesa dengan nama Jesus. Biar mereka selesa menyebut:
"Yes I believe in Jesus and I love Jesus
as a prophet of Allah. In fact, no Muslim is a Muslim, unless he or she
believes in Jesus as a prophet of Allah."
Saya percaya semua
ibubapa Muslim di luar negara ada pengalaman dengan anak masing-masing tentang
Jesus (peace be upon him) terutamanya di musim Krismas ini.
Panduan untuk mendidik anak2 mengenai Jesus..
1. Mula sekali kena tahu apa yang anak 3 tahun tu dah tahu dari sekolah, kiranya dia dah ke sekolah. Pada masa yang sama, story telling/baca bersama-sama adalah aktiviti yang sesuai.
2. Sesi penceritaan perlu berlaku dua hala. Perlu ada peluang dialog/soal jawab supaya kita tahu apa yang anak faham.
3. Perkenalkan juga nama-nama lain para Nabi contohnya Isa/Jesus, Yusuf/Joseph, Ayub/Job dsbnya.
4. Penting juga pupukkan rasa hormat pada kepercayaan agama lain. ayat dalam Quran tentang ini (Al An'am: 108)
5. Penting: Jelaskan tentang Jesus bukan God/Son of God (Al Ikhlas). Allah Maha ESA, tiada anak dan hanya SATU.
~Di petik & di adaptasi dari fb wall Pn Noor Afidah.
Semoga perkongsian ini, memberi sedikit penjelasan dan kepentingan untuk kita percaya dan didik anak2 kita untuk faham dengan jelas mengenai perbezaan di antara JESUS dalam agama kristian, dan JESUS dalam agama Islam... JESUS yang sebenarnya.
Wallahualam..
Jemput tekan button share di bawah, jika anda rasa ianya bermanfaat untuk di kongsikan...;) 'Sampaikanlah walau 1 ayat'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan