Monday, 10 April 2017

Anda seorang penulis? Jom jadi penulis yang bermanfaat.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera ...

Apa khabar anda hari ini? Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan. Aamin.

Alhamdulillah... Kita di latih untuk menulis sejak ... Erm... Tadika? Atau paling lewat sejak sekolah rendah lagi. Penulisan adalah salah satu cara komunikasi yang digunakan sejak zaman dahulu lagi. Melalui penulisan banyak ilmu dapat disampaikan dari generasi ke generasi. Walau dalam era moden sekarang, di mana rakaman video penyampaian ilmu berada di hujung jari. Namun ilmu dan perkongsian dalam bentuk penulisan sentiasa akan releven. Nilainya tetap lain, lebih mendalam, lebih tepat dan lebih2 yang lain lagi.

Alhamdulillah. Dalam era 'media sosial' sedang berkembang dengan jayanya ni, ramai di kalangan kita menggilap kemahiran menulis perkongsian peribadi, ilmiah atau apa sahaja menggunakan mukabuku / blog.

Ia menjadi medan penyebaran ilmu pemakanan, kekeluargaan, kerjaya , dan macam2 lagi. Sampaikan bila apa sahaja yang kita nak tahu ... 'Google' je . ada lebih 1001 ilmu/info yang dikongsikan di alam maya ni. Info lebih mudah dicari di alam maya berbanding buku sebab internet yang tolong carikan specific perkara yang kita nak tahu. Berbanding dengan buku, kita kena cari sendiri la kan???

Itulah bila kita berkongsi ilmu, info , tips ataupun perkongsian peribadi lagi2 di alam maya ni, jom jadikan ia bermanfaat untuk dikongsikan. Doakan saya juga begitu.



 Saya memang minat bercerita, dulu sebelum zaman media sosial ni, saya banyak bercerita secara live dengan keluarga dan rakan2. Sekarang, kita sesuaikan dengan keadaan semasa.  Kadang tu, fb & blog ini seolah macam diari. Lagi2 bila melibatkan perkembangan anak2. Alhamdulillah sedikit sebanyak menjadi inspirasi pada diri sendiri dan orang lain untuk menjadi lebih baik.inshaAllah.

  Saya suka membaca dan berkongsi. Jika rajin, say a olah mengikut kefahaman saya. Jika ilmu tu agak berat, biasanya saya c&p, kemudian saya buat sedikit rumusan. Yelah bila kita belum pakar dalam sesuatu hal, kita perlu rujukan yang tepat untuk perkongsian yang bermanfaat. InshaAllah.


Salah satu impian saya.. Nak hasilkan 'diari mama - perjalanan membesarkan anak2 dengan sihat & cergas' boleh di compile kan dari perkongsian saya di fb & blog. Semoga ia menjadi rujukan anak2 saya bila mereka Ada anak nanti.  Amboi jauhnya fikir... Anas belum pun 8tahun. Itulah fungsi menulis... Ia akan kekal dalam bentuk penulisan dan boleh di sampaikan ke generasi seterusnya.

Mari sama2 doakan kita consistent untuk terus menulis perkara yang baik2 dan bermanfaat. Semoga ia menjadi pencen akhirat kelak. Aamin ya rabbalamin



Psstt Anisah! Cepat siapkan thesis Masters tu!!! Doakan saya dapat tamatkan masters dengan jayanya tahun ini.Aamin ya rabbalamin.


Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Sehingga berjumpa lagi.