Isnin, 21 Ogos 2017

Perkembangan anak di usia 22bulan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah... Bila subscribe ke babycenter ni, setiap bulan akan dapat email tentang perkembangan biasa bagi bayi/anak yang kita daftarkan.

Alhamdulillah... Amni dah pun setahun 10bulan... Lagi 2 bulan sahaja lagi genap 2thn. InshaAllah.

Bila baca perkongsian dari babycenter ni...Terpaksa setuju sangatla kan. Hehe.

Ala sayang. Bila edit die jadi halus pula.  Takpela saya share keywords nya ya.

Tantrum di kalangan toodler

Kata pakar, biasa umur toodler ni tengah tantrum, hehe mereka sedang belajar banyak benda baru, mengexpresikan diri dan macam2 lagi. Amni pun samalah.

Percakapan / literasi

Sekarang ni, amni dah boleh cakap apa yang dia mahu dengan jelas. Contohnya : Nak makan nasi, ayam dan sayur. Nak salin nappy sebab berak. Nak main masak2 dengan kakak. Nak pergi sekolah. (ok sebenarnye pergi ambil kakak abang kat sekolah) dan pelbagai aktiviti harian. Juga dah pandai nak request nak pakai baju/kasut apa... Kadang bila tak dapat, golek terus atas lantai. Alhamdulillah, mudah nak tackle dia, kita offer dan bagi dia pilihan dengan trick.hehe. mudah dia cair. Alhamdulillah.

Susu Ibu / Susu Formula

Alhamdulillah,amni masih lagi dapat rezeki susu ibu dan tanpa FM. Dulu kakak abang umur ni dah mula campur. Sekarang ni, belum keperluan lagi. Alhamdulillah susu cukup untuk amni. Alhamdulillah #setPenyusuanShaklee membantu juga merealisasikan impian untuk fully bf sahaja tanpa FM. Terapi yang baik untuk hubungan ibu dan anak.

Bab makan?

 Alhamdulillah amni mudah makan apa yang kita orang dewasa makan. Saya memang biasakan begitu, dan alhamdulillah perut Amni pun ok. Amni sangat suka meratah sayur tamoto, carrot, salad, sawi, kailan... Pelik kan? Alhamdulilah makanan yang sihat... Jadi kami galakkan je lagi.

Okla setakat ni dulu perkongsian kali ini, lebih kepada diari untuk amni. Nanti amni dah besar boleh la baca kan? InshaAllah.

Ni terbaca Tips latih anak tak pakai pampers ,boleh la taklama lagi starts dengan amni. InshaAllah.

www.majalahpama.my/mobile/kanak-kanak/perkembangan/ibu-ini-kongsi-cara-latih-anak-tak-pakai-pampers-dalam-masa-3-hari-ibu-ibu-lain-bolehlah-cuba-1.701841

Sehingga berjumpa lagi.

Breastfeeding mum since 2009
Happy to help sesiapa yang perlu.

Salam hormat,
Anisah
0136216522

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...