Selasa, 16 Mac 2021

Pengalaman Menduduki SPM di usia 28tahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pengalaman ini di tulis pada tahun 2017

Alhamdulillah, hari ni keputusan SPM 2016 heboh di newsfeed fb dan ramai geng 'senior2' , graduan SPM 10-15-20 tahun lepas juga mengenang kenangan mengambil keputusan mereka.

Pasti anda tertanya betul ke tajuk ni??? Pengalaman Menduduki SPM di usia 28tahun 

Ya, anda bukan tersilap baca. Saya telah menduduki peperiksaan SPM semasa saya   berusia 28 tahun iaitu pada tahun 2014, pelik kan? kenapa dah tua' baru nak ambil SPM. erm sebenarnya saya antara calon SPM termuda di dalam bilik peperiksaan tu... pelik tetapi benar, ramai
pakcik-2 a.k.a atok2 yang dah pun berumur 40 , 50  yang ambil SPM bersama2 dengans aya pada tahun 2014 yang lalu. pelik kan?

Sebenarnya, saya ambil subjek Bahasa Malaysia sahaja sama seperti pakcik2 tu. sebab apa? sebab antara syarat untuk kerja dengan kerajaan ataupun kelayakan untuk mendapat jawatan tetap dalam jabatan kerajaan ialah memiliki sijil SPM , dan lulus Bahasa Malaysia SPM.Menurut kata seorang pakcik tu, beliau mengambil SPM sebab nak pencen. hehe. macam kelakar kan ... dah nak pencen pun nak kena ambil SPM. Dah macamana tu syarat yang kerajaan tetapkan. Kesian juga kadang tu, pakcik2, terutama yang bukan berbangsa melayu... terpaksa la juga paksa diri menulis karangan BM, membuat rumusan dan huraian novel.

oklah, berbalik kepada diri saya... kenapa saya baru menduduki SPM di usia 28tahun??? Sedangkan saya telah pun tamat Diploma Sains Kuantitatif, UiTM pada tahun 2008 dan Ijazah Sarjana Muda Matematik Pengurusan, UiTM pada tahun 2011... ramai yang tertanya boleh ke masuk UiTM tanpa SPM?

Alhamdulillah... saya telah menduduki GCSE (Setaraf SPM) pada tahun 2003 di Hinde House School, Sheffield, United Kingdom. 

1 ulasan:

Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...