Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Apa khabar anda hari ini? Moga kita semua sentiasa dalam keberkatan Allah swt. dan di berikan kesihatan rohani dan jasmani yang baik. InshaAllah
Entri ini merupakan sambungan dari Saya,kami,anda bersama bersama SHAKLEE
Setiap orang ada kisah mereka tersendiri, dan ini adalah di antara permulaan saya dalam bisnes Shaklee.
From Zero, InshaAllah soon one fine day will be a HERO... with god will!
Alhamdulillah bulan ini, beberapa orang sudah bertanya dengan saya 'macamana menjadi ahli?' Saya percaya mereka teruja dengan status di bawah;
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Bulan ni merupakan antara bulan yang agak sibuk di office, tapi alhamdulillah, dalam kesibukan tu, Allah hantarkan juga beberapa orang rakan dan kenalan fb untuk membeli melalui saya.
Ramai yang tanya, macamana boleh dapat 3 angka? part time je kan?
Jawapan saya : Ya, memang part time dan tidak terasa terbeban sgt utk nak dapat 3 angka tuh.
KISAH PERMULAAN
Kisah saya menjadi ahli telah bermula sejak bulan 3 yang lalu, saya selalu mengikuti status beberapa rakan yang sudah menyertai Shaklee... sehingga bulan 6, sangat teruja dengan status kak Maria...bonus 4angka? biar betul.... saya pun mula ber'pm' dgn k.maria.. dan kini, beliau la mentor terdekat saya. (Ops, bukan dekat secara fizikal tetapi di alam maya dan secara formalnya)
Saya telah membuat keputusan untuk menjadi ahli sekitar 20+hb Jun, dan secara jujurnya masa tu lah baru saya tahu 'OHHHH... inilah produk yang orang selalu makan masa pregnant & pantang' hehe.. kelakar je bila di kenangkan balik. Saya pilih untuk memulakan bisnes tanpa saya sendiri kenal produknya.
Alhamdulillah, penerangan dari kak maria membuatkan saya yakin dengan produk dan juga peluang bisnes dalam shaklee. Ini lah mentaliti awal saya semasa join tu. (Pesan kak maria, buat solat istigharah...bagi Allah tunjukkan jalan. Dan Alhamdulillah...inilah yang Allah tunjukan jalan)
Keputusan saya pun, bila dapat tahu ramai di sekeliling saya telah mengenali shaklee, ada yg sudah mula membeli dgn orang lain, tanpa jadi member.
Beberapa orang rakan ofis, telah berkongsi pengalaman mereka makan supplement shaklee dan berpuas hati.
Kakak ipar saya sendiri, rupanya telah mengamalkan supplement shaklee sejak lebih 3 tahun lalu, semasa berpantang & menyusu anak ke 2 beliau dan hamil & menyusu anak ke 3.
 |
Testimoni kakak ipar saya |
Bila cerita2, rupanya shaklee dah lebih 20tahun di Malaysia, dan dah 50+ wujud di USA. dan merupanya supplement semulajadi yang di ranking pertama di USA.
Masa tu saya pun...'OHHH... dah lama ye shaklee ni?' haha, kesian kan saya. Dan saya percaya sampai sekarang pun, masih ada yang belum mengenali shaklee. bak kata Super Upline saya, shaklee baru menyentuh 1% rakyat Malaysia. bermakna masih ramai lagi yang seperti saya dulu.
ORDER PERTAMA
Seperti yang saya maklumkan di atas, saya baru nak kenal shaklee, hehe, Nak order apa pun tak tahu. Sebagai seorang ibu yang masih menyusukan anak, kak maria cadangkan saya ambil set penyusuan, jadi saya pilih set penyusuan basic, ESP & alfafa.
Dah nak signup sangat dah, saje cakap dengan kawan ofis
'KORANG, kita dah jadi ahli shaklee, alhamdulillah...'
Kak H; 'Ohh ye ke, akak memang nak beli beberapa vitamins ni... ramai bagi feedback postif.. nak cuba juga' : akak H ambil set kesuburan, beliau telah berkahwin 3 tahun, tetapi belum di kurniakan cahayamata. pelbagai usaha telah beliau cuba, mana tahu shaklee serasi dengan beliau dan boleh menjadi asbab beliau hamil. dan yang pasti, dengan keizinan Allah swt.
Kak N: 'Akak dah biasa makan gla, alhamdulillah..masalah cyst dapat di kurangkan... '
Kak M: ' Anak kita dah makin kuat menyusu sekarang, kawan2 bagi tahu alfafa & ostematrik boleh bantu, betul ke?'
 |
Inila anak kawan saya tu.. bam2 kan.. eiii geram! |
Alhamdulillah, dengan bantuan kak maria dan Mr google, juga testimoni ramai orang yang telah berjaya. Rakan-rakan ofis saya terus order;
(Sila click pada set di atas untuk mengetahui lebih lanjut)
Saya tak perlu promote sgt, sebab masing-masing sudah tahu keberkesanan Shaklee... di fb sahaja, ramai yg share kejayaan dalam kesihatan dgn supplemen Shaklee nih.
Kak maria cadangkan, sikit lagi ni dah boleh dapat FREE membership... Siapa tak suka benda FREE kan?
Selepas tu, saya promote sikit2 di fb dan bagi tahu pada ahli keluarga, mak abah memang mengamalkan supplement sejak kami kecil lagi. Mak mohon cadangkan supplement untuk seisi keluarga.. Ramadhan juga tak lama dah, kak maria cadangkan ambil set sahur a.k.a mighty germ.
Bulan 6, promosi Mealshakes, beli 6 percuma 1, kak maria terangkan kebaikan mealshakes secara asasnya. Alhamdulillah saya dapat kumpul order 1 set terus. hehe.. bayangkan dalam keadaan belum kenal produk, tetapi kan maklumat di hujung jari je sekarang. Mealshakes adalah supplement yang baik untuk kanak-kanak, Alhamdulillah boleh check dengan google, mealshakes telah berjaya membantu ramai ibubapa dalam menyelesaikan masalah selera makan anak2. Masalah selera makan & sakit di kalangan kanak2 kan memang common. Dengan pelbagai testimoni yang ada, Adik beradik saya dan rakan-rakan bersetuju untuk mencuba.
SubahanaAllah...Allah mudahkan urusan saya, bila di kira2 pembelian sudah melebihi RM650, sekitar RM9++. Terima kasih buat semua!
Alhamdulillah berjaya signup dengan FREE membership, Jimat rm65+ rm10 postage!
Alhamdulillah, bukan sekadar dapat FREE membership, terus layak dapat bonus 2 angka!
Bonus pertama saya, alhamdulilah bonus 2 angka,
Masuk bulan ke2, Julai 2013, Alhamdulillah dengan pertambahan ilmu tentang produk dan niat untuk membantu orang lain untuk lebih sihat...
Antara pesanan mentors....'Kita berniaga bukan untuk kaya, kita berniaga untuk membantu orang lain... bila kita niatkan untuk membantu, inshaAllah rezeki lebih mudah di jemput' dan ini juga merupakan antara moto shaklee, help others to feel the shaklee effect.
Bulan ke 2, melalui fb dan rakan di ofis juga saudara mara, saya menerima order seperti di bawah,
SET KESUBURAN, SET SLIMMING DAN SET KUATKAN TULANG SHAKLEE
Secara tak langsung, Bonus ke 2, Alhamdulillah naik ke 3 angka...
InshaAllah bonus ke3... target min menghampiri 4 angka!
Alhamdulillah berkat usaha, doa dan tawakal pada Allah dan bimbingan dan tunjuk ajar dari mentors yang telah berjaya mendapat bonus 3-4-5-6 angka sebulan... AllahuAkhbar.. tercabar juga untuk berjaya seperti mereka!
the more we give, the more we get.
Saya dalam susur galur group Jutawan Shaklee, our great mummy shaklee, Pn Shareeza di bawah kak Maria (Ikuti kisah beliau di http://www.mariafirdaus.com.my/)
Jadi kawan-kawan dan pembaca sekalian... ini dia cara mudah untuk jadi Ahli dan mendapat cash bonus sehingga 3-4-5-6 angka sebulan...
BAGAIMANA MENJADI AHLI
SHAKLEE?