Memaparkan catatan dengan label checkup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label checkup. Papar semua catatan

Selasa, 5 Mei 2015

Sakit Itu satu NIKMAT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Di kala artikel ini di kongsikan, ibu mertua kakak saya yang telah lama sakit, sudah pergi di jemput ilahi dan ada suami kepada pensyarah UiTM juga sedang dalam proses pengembumian, ada seorang staf UiTM, kematian anak sejurus dilahirkan... 

Allahuakbar, Inalillahirajiun, dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali...



Artikel di bawah di kongsikan oleh seorang rakan.  yang saya rasa sangat PERLU di kongsikan bersama rakan-rakan yang lain. sungguh mendalam maksudnye. Moga bermanfaat untuk kita semua. 




Sakit itu satu nikmat 

16 Rejab 1436H
05 Mei 2015M


Kadangkala dalam perjalanan kehidupan ini, manusia jatuh sakit. Allah ujinya dengan kesakitan.

Kadangkala manusia tidak perasan, Allah sedang memberikan kepadaNya titik perhentian untuk bermuhasabah. Sungguh sebenarnya, sakit itu nikmat.

Kita perlu sedar bahawa kita adalah manusia. Dinamakan manusia kerana fitrah manusia adalah pelupa. Ada antara kita berilmu luas, ada pula antara kita harta melaut, ada pula kita kebolehan tak tertanding, dan 1001 nikmat lagi. Tetapi dengan sakit, semuanya itu seakan tidak berguna langsung. Yang kita inginkan adalah sihat.

Ketika itu kita akan tersedar. Kalau ilmu, harta, kebolehan dan kebanyakan nikmat material lain kadangkala boleh menjauhkan kita daripada Allah SWT apabila disertai bongkak, angkuh, riya’ dan sebagainya, sakit mengundang peringatan.



Ada pepatah berkata:
"Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan"

Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita:
"Sesungguhnya Aku boleh menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja"

Allah SWT berfirman:
"Demi Sesungguhnya, Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar"
(Al-Baqarah: 155)

 "Dan patutkah mereka tidak mahu memerhatikan, bahawa mereka diuji, pada setiap tahun, sekali atau dua kali(paling kurang), kemudian mereka tetap juga tidak bertaubat dan tidak juga mereka mahu mengingat?"
(At-Taubah: 126)

Tiadalah sakit-sakit ini menimpa kita, tiadalah bencana menyentuh kita, melainkan ada hikmahnya. Allah ingin kita kembali mengingati-Nya, bergerak ke arah-Nya, muhasabah kembali kehidupan kita. Sakit adalah petanda bahawa kita adalah manusia. Manusia yang lemah. Sebagai yang lemah, kita perlu beringat. Perlu sentiasa sedar akan kekerdilan kita. Didatangkan sakit, adalah untuk kita beringat betapa pada hakikatnya, kita langsung tidak patut mendongak (menengok ke atas) bongkak kepada Yang Maha Berkuasa – Allah SWT.


Jangan dicela sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya kita ini manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan. Dan tidaklah peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila anda sakit, Allah pada hakikatnya sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah itu satu kemuliaan? Tetapi bagaimana kita melayan sakit kita? Bagaimana kita berhadapan dengannya?

Allah SWT berfirman:
"Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu"
(Asy-Syura: 30)

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk"
(Al-Baqarah: 155-157)

Justeru, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah ditempuhi dengan sabar, redha  dan bertawakal kepada-Nya. Terus menerus berusaha mencari penawar dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan rahmat agar keadaan penyakit yang dihadapi akan lebih baik daripada sebelum ini.

====

Buat kita yang masih diberikan kesihatan yang baik, mari sama2 sentiasa bersyukur agar NIKMAT yang Allah pinjamkan kepada kita, berkekalan hingga ke akhir hayat. 




Saya mohon jika artikel ini dirasakan bermanfaat, sila kongsikan sebagai peringatan buat sahabat-sahabat di luar sana...Moga ia menjadi pencen kubur buat kita semua. 


Selasa, 23 September 2014

Cyst dan KEHAMILAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda hari ini? Saya doakan semua pembaca blog ini sihat selalu dan sentiasa dalam keberkatan Allah swt. inshaAllah. 

Isu yang hangat awal bulan hari itu, baru la saya sedar rupanya ramai di kalangan wanita di luar sana yang pernah/ada cyst ovari yang rupanya ada macam2 jenis...Seperti gambar di bawah ;

Dalam macam2 jenis ni, ada yang bahaya dan ada yang tidak seperti yang di terangkan oleh Dr Zubaidi dalam blog beliau, seperti di bawah : 


Raya yang lalu, kami berjumpa dengan rakan sekolah yang sudah 3 tahun berkahwin namun serik menerima Soalan yang agak merimaskan.

 'Bila nak ada anak?

Setiap yang berkahwin, pasti nak anak..pelengkap perkahwinan kan? mungkin belum rezeki tapi setelah bertahun2 berkahwin, mesti pelik kan?  

Rasa badan sihat jer, rasa macam takde apa masalah pun, period OK, semua macam Ok jer. 

Saya telah sarankan mereka untuk menjalani checkup kesihatan (ada saya kongsikan di sini Bila dah kahwin apa lagi ?) dan terbukti si isteri ada fibroid cyst namun Doktor kata masih kecil.

Alhamdulillah, rakan saya rasa lega sebab beliau dapat tahu awal. boleh cegah dari cyst untuk terus membesar dan dapat kecutkan cyst tuh, dengan izinNya. Apa yang saya sarankan? seperti  di sini --> Vitamins untuk Cyst 

Selain itu, mereka suami isteri akan teruskan checkup dan rawatan dalam usaha untuk mendapat cahayamata, pelengkap rumah tangga. 

Doa untuk untuk mendapat anak yang di petik dari ayat suci AlQuran, 

Moga mereka dikurniakan anak yang sihat, cergas dan soleh. Amin Ya Rabbalamin.., 

Buat anda yang membaca, sila kongsikan entry dan khasiat vitamins ini kepada kenalan anda, mana tahu.. usaha anda membantu mereka di luar sana untuk bertambah sihat dan boleh menyelamatkan nyawa dan menambah zuriat rakan2 anda.. 

Untuk konsultansi PERCUMA, sila hubungi saya seperti butiran di bawah. 

 Feel free to LIKE and SHARE

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-

FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...