Memaparkan catatan dengan label set bersalin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label set bersalin. Papar semua catatan

Selasa, 14 Mac 2017

Rindu bau baby...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Baru pagi semalam share post dari Pa&Ma ni...
 
 
 Orang lain kata, ala amni dah besar, dah boleh ada adik tu, tapi kami suami isteri rasa biarlah dulu... besarkan 3 orang yang sedia ada dengan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya, inshaAllah nanti ada rezeki... ada lah amni dapat adik. hehe. sementara tu, jom kita cium bau baby lain.. ;)
 
Rindu bau baby, yang orang kata 'bau syurga' tu.. alhamdulillah... dan2 terus dapat tahu sepupu baru je bersalin di Hospital Shah Alam...;) dan2 tu juga message dia kata nak ziarah. 
Dulu berangan nak bersalin di Hospital Shah Alam sejak ngandungkan Anas, then Amanina, then Amni.. semuanya hospital belum siap...Amni lahir bulan 10-2015, bulan 1-2016 baru dewan bersalin mula beroperasi. Jadinya kita ziarah lah orang lain, tengok suasana di hospital shah alam. Cantik! nampak selesa... memang jauh beza lah dengan hospital klang = HTAR. yelah HTAR kan hospital lama...

Alhamdulillah... dapat jumpa sekejap semalam...share sikit2 pengalaman sendiri. inshaAllah sebagai panduan asas pada ibu baru.

Antara entry favourite ibu2 nyusu... ;) ===> berapa banyak susu yang diperlukan oleh bayi???

lagi2 yang baru bersalin...

'Istilah susu sikit' tu sebenarnya sesuai dengan saiz perut baby.

RELAX... nanti susu akan keluar ikut kesesuaian.

POSITIF kan diri...

Pegang konsep SUPPLY & DEMAND

dan yang penting DOA selalu..

Semoga berjaya!!!
 
Ikhlas,

Anisah 0136216522
Breastfeeding Mum Since 2009... (eh lama dah kan? Alhamdulillah)
 
Click untuk info ESP==> ESP

Rabu, 8 Februari 2017

ESP Shaklee Kembali dengan Perisa VANILLA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Alhamdulillah... mengimbau perkenalan saya dengan shaklee dulu, asbab menyusukan amanina. Jadi cubalah minum ESP + alfalfa + ostematrix.
 
dan sejak tu ESP kegemaran saya tau! sejak 2013 lagi...
 
Dulu perisa asli, ala2 pure air soya tanpa gula tu.
Mula2 minum dulu macam agak pelik juga.. hehe. yelah tak manis kan. pastu saya tambahlah milo/horlick.. pernah juga bancuh dengan Performance Drink perisa oren tu. 
 
 
Alhamdulillah saya suka jer.. hehe. sebabnya kesan nya yang best tu cover habis la rasa yang awal2 tu mcm tak sedap. 
 
tetiba gastrik dah lama tak kena,
tetiba cepat dan lama rasa kenyang,
tetiba kulit macam lembab je,
tetiba kulit macam tegang je
dan yang paling best
tetiba perasan slim... 
 
ok sila jangan besarkan mata tu. haha. boleh cuba sendiri untuk rasa kesan nya. 
 
dan takdelah tetiba sangat. hehe. kenalah consistent minum. kesan nya bila boleh rasa/nampak tu bergantung pada  seseorang tu sendiri. ada yang cepat, ada yang lambat. dan inshaAllah jika minum berpanjangan dalam tempoh yang lama pun OK je.. sebabkan shaklee di jamin selamat. 
 
Shaklee ada kajian klinikal dan landmark study yang membuktikan produk shaklee selamat dan berkesan di makan untuk tempoh masa yang lama. cer google je 'landmark study shaklee' .. ada papernya jika anda berminat nak baca dan tahu lebih lanjut. Boleh juga click -->website shaklee Malaysia
 
ppsst tambahan, masa saya pregnantkan khadijah, strecthmark macam takde! makcik urut pun pelik.. kenapa tak macam orang selepas bersalin pun? ;)
 
Wow, sekarang ni pula... ESP dah berperisa Vanilla... mesti sedap kan! shake dengan air sejuk... dah jadi ala2 aiskrim vanilla gitu. 
 
 
 
 
 Jom nikmati kesan2 sampingan yang awesome ni.
Anisah Khalid 0136216522

Ahad, 5 Februari 2017

Promosi Shaklee Februari 2017


⭐️PROMOSI SHAKLEE FEB 2017!⭐️
===================
1. OSTEMATRIX (Calcium & Magnesium)
✅ Buy 6 Free 1 / Buy 2 Get 5% Off

2. VITALEA FOR CHILDREN
✅ Buy 3 Free 1

3. LECITHIN
✅ Buy 1 Free 1 (Expiry Apr 2017) Non promo : Expiry 2018

4. ALFAFA 700 biji
✅ Buy 1 Free 1 (Expiry Jun 2017) Non promo : Expiry 2018

5. ALFAFA 330 biji
✅ Buy 1 Free 1 (Expiry Aug 2017) Non promo : Expiry 2018




Sila refer poster di atas untuk Harga  promosi. Terima kasih!

P.s untuk harga ahli khas untuk ahli ;) boleh pm saya untuk konsultansi PERCUMA.

Isnin, 26 September 2016

Terima Kasih ESP : kulit cantik , perut selesa.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dalam banyak2 product Shaklee, ESP adalah antara yg terPOPULAR sekali. Saya sendiri pun, antara consumer tegar sejak 2013.

 Dah berpuluh botol la minum..hehe. dulu sebab menyusukan Amanina, anak ke2 ( dan berjaya turun kan berat badan macam awal2 kahwin dulu), pastu terus kan je minum sebab best, kenyang, boleh elak gastrik dan terasa kulit cantik ( bukan perasan tau)... pastu dah pregnantkan Amni, terus kan lagi.. lahir la amni dengan kulit putih bersih, bam2 juga. Sekarang? Masih teruskan sebab fully breastfeeding amni... Alhamdulillah, untuk kesihatan baby& mama nya.

Cik abang pun minum juga, antara rahsia mengekalkan saiz yang sama sejak bertahun2... Psst baju pun boleh pakai bertahun2, kan saiz maintain je. Dan yg bestnye lagi, saiz kami sama, dan InshaAllah maintain sama sampai ke tua. Yang penting sihat ya!


Ok jom baca jap rumusan tentang ESP ni;

ESP - ENERGIZING SOY PROTEIN Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi!

ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

- Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung.

- Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.

ESP sesuai untuk siapa? SEMUA ORANG DEWASA, LELAKI & PEREMPUAN!


Dapatkan ESP dan VITAMIN C pada harga promosi sehingga 30 SEPT 2016.

4 HARI saja lagi yer!

Hubungi saya untuk maklumat lanjut. 😀

Anisah Khalid
0136216522

Rabu, 6 Januari 2016

6 tanda BAYI nak SUSU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, diberi kesempatan memberi susu ibu kepada ketiga2 anak dgn jayanya. Alhamdulillah, seingatnya takde masalah dalam laktasi. mungkin berpengalaman memerhatikan adik2 dan anak2 saudara disusukan dulu... ditambah dengan kelas penyusuan / kempen penyusuan KKM. 
Breastfeeding is a wonderful moments. 
Hati saya rasa sayu sangat bila tengok bayi kecil ( ada yang baru beberapa hari) dah diberi susu botol. Jika atas faktor kesihatan, ok lah. tapi dengan alasan 'susu tak cukup', 'bayi tak pandai', 'bayi tak kenyang', 'bf menyusahkan' , 'susah nak bergaya' etc.. huhu. kesian anak kan.

Antara kegagalan PENYUSUAN SUSU IBU ialah sebab kurang ilmu tentang BILA bayi nak menyusu... 
Artikel di bawah saya petik dari Pa&Ma sebagai panduan/peringatan kepada breastfeeding mums. 

Bagi yang baharu bergelar ibu, tentu masih belum mahir memahami tanda-tanda bayi hendak menyusu. Adakah bila anak sudah menangis baru hendak disusukan atau susukan sahaja walaupun dia belum menangis? Mana satu tanda yang betul?
Kadang kala sampai merajuk si comel sebab ibu lambat sangat bagi susu. Bila bayi sudah 'melalak' kuat-kuat, ibu pun mulalah panik dan stres. Bila ibu stres, susu pun lambat keluar dan lagi kuatlah anak mengamuk.

Nampak tak kaitan tersebut? Jadi, pentingnya untuk ibu memahami tanda bayi hendak menyusu terutama dalam kalangan ibu baharu yang dalam tempoh berpantang. Bila ibu tahu tanda tersebut, tak perlu tunggu sehingga anak menangis dan mengamuk baru hendak disusukan.
Ini kerana biasanya orang sekeliling yang tidak faham tentang penyusuan susu ibu akan memberi tekanan kepada ibu dengan memberitahu susu ibu tidak cukup untuk anak sebab itu anak menangis walaupun sudah disusukan. Hakikatnya si kecil merajuk dan mengamuk sebab ibu lambat menyusukannya dan bukan sebab dia kurang susu!

Jadi, fahami betul-betul tanda berikut supaya anda menjadi ibu yang lebih cekap dan memahami keinginan si comel.

1. Bebola mata bergerak-gerak

Apabila si comel mula menggerak-gerakkan bebola matanya ke kiri dan ke kanan, cepatlah bertindak.


2. Mulut terbuka dan mencari sesuatu

Alahai memang comel tengok aksi ini tapi itu petanda dia hendak menyusu.
Sumber foto: www.kidspot.com.au


3. Merengek manja

Suara manja yang ingin memberitahu ibu dia sedang lapar!


4. Menghisap jari, tangan, sarung tangan atau apa sahaja

Kalau anda melihat aksi si comel menghisap jari, tangan atau sarung tangan atau apa sahaja yang boleh disumbat dalam mulut memang 'confirm' dia kelaparan.


5. Menangis dengan kuat

Kalau bayi mula menangis dengan kuat secara tiba-tiba, ia adalah tanda dia betul-betul hendak susu.


6. Bayi mula merajuk

Tanda akhir ini sudah tentu akan membuatkan ibu menggelabah kerana akhirnya bayi mula merajuk dan susah untuk dilekapkan pada payudara ibu.

Jadi, sebaiknya ibu perlu elakkan bayi daripada menunjukkan tanda paling kritikal ini kerana penyusuan akan menjadi sukar. Cepat susukan anak sebelum dia  merajuk dan mengamuk.

Isnin, 28 Disember 2015

Elak Kelahiran Pra-matang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? Sihat selalu hendakNya.

Baru2 ni, ada rakan saya berkongsi pengalaman melahirkan anak pramatang. Bukan mudah untuk menjaga bayi pramatang. Mereka belum pandai menyusu, mereka lebih fragile berbanding bayi cukup bulan, mereka mudah terkena penyakit dan pelbagai risiko lain. Ada yang lahir pramatang, terpaksa 'berkampung' di hospital berbulan2 lamanya. Ibubapa juga penat sebab kena berulang alik ke hospital.

Macamana nak tahu kelahiran pramatang?


Tarikh kandungan seseorang dikira dari hari pertama haid terakhir ibu tersebut.

Kandungan yang mencapai 37 hingga 42 minggu dikira matang, manakala bayi yang dilahir sebelum 37 minggu ia dianggap kelahiran pramatang

Ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang ibu hamil melahirkan kelahiran pra matang, diantaranya:

1) Sejarah kandungan pra matang yang lalu

2) Mengandung kembar

3) Pernah menjalani pembedahan bahagian serviks

4) Struktur rahim yang tidak normal

5) Pendarahan rahim semasa mengandung

6) Penyalah gunaan dadah (heroin, ecstasy)

7) Menghisap rokok

8) Jangkitan kuman di pundi air kencing, rahim dan faraj

9) Berat badan yang terlalu ringan atau berat badan tidak meningkat semasa mengandung.

10)Air ketuban yang terlalu banyak ( polyhydraminous)

11) Kurang darah merah (anemia) yang ketara semasa mengandung

12) Mengandung terlalu kerap

13) Mengandung pada usia remaja.

14) Stres (fizikal dan psikologi) semasa mengandung

Salah satu cara utk mencegah kelahiran bayi pra matang adalah dgn pengambilan nutrisi yg secukupnya.

Ingat yer ibu2 semua....

Ibu hamil perlu nutrisi yg secukupnya kerana kita terpaksa berkongsi nutrisi dgn bayi di dalam rahim. Maka tidak dpt tidak, Vitamin dan mineral tambahan sgt2 diperlukan dlm tempoh ini.



Ibu yg cukup nutrisi akan melalui fasa 9 bulan yg menggembirakan 😉



📲 #0136216522
#TeamSeamlessMom
#HamilDenganSihat
#SetHamilTerbaikShaklee

Ahad, 27 Disember 2015

Anemia Semasa Hamil ~ Tanda kurang IRON

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera, 

Alhamdulillah, hujung2 tahun ni, selain banyak perkahwinan berlangsung... secara tak langsung, ramai juga yang hamil. 


Bila seseorang wanita itu mengandung, dia sebenarnya berisiko utk mengidapi anemia (kurang darah). 

Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah disebabkan kekurangan zat besi.

Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin. 

Sekiranya zat besi atau vitamin B12 dan folat tidak dibekalkan dengan cukup, penghasilan darah merah tidak dapat menampung keperluan bayi dan ibu itu sendiri.. 

Ibu hamil itu dikatakan mengidapi anemia bila tahap hemoglobin KURANG dari 11 g/dl semasa trimester pertama, 10.5 g/dl semasa  trimester kedua dan 10 g/dl dalam trimester ketiga.

AWAS!! Anemia akan membawa kesan buruk kpd ibu dan bayi jika tidak diambil berat.

Antaranya, ibu akan sentiasa merasa penat dan anak dalam kandungan mungkin akan jadi kecil dan dilahirkan sebelum waktunya (pre mature baby)! 

Jadi mummies,  pls b alert with the low hb symptom. Jgn biarkan anda hamil dlm keadaan kurang darah merah. 

Jika kita sukar utk mendapatkan keperluan zat besi yg mencukupi dari sumber makanan, maka tidak dpt tidak.. Kita perlu tampung ia dgn pengambilan SUPPLEMEN.

Anda Hamil?

Alhamdulillah tahniah!

Dapatkan sebotol Vitalea - multivitamin yang lengkap dgn 28 vitamins & mineral, telah melalui > 340 ujian kualiti. 



Alhamdulillah, banyak testimony ibu2 hamil yang low HB improved selepas amalkan 2 biji Vitalea setiap hari. Biidznillah 


#TeamSeamlessMom 
#HamilDenganSihat 
#SetHamilTerbaikShaklee

Ahad, 29 November 2015

Bayi 6 minggu... kenal ibuayah?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 


Alhamdulillah...

6 weeks dah #AmniKhadijah...Saya subscribe email mingguan dari babycenter tentang perkembangan bayi mengikut umur. Seronok juga kan kita tahu apa yang MENARIK dalam perubahan/perkembangan bayi. yelah kadang tu, bila baca artikel.. baru..'Aaah, la betul la' kan? kan? 
hehe. 



Minggu ni, baby center kata... baby dah boleh kenal suara parents.. AmniKhadijah? 

Alhamdulillah. kenal sangat kan adik! 

suara mama, papa, kakak dan abang... memang kenal sangat. 

boleh je main sendiri bila nampak ada orang di sekeliling... 

bila takde orang, uu..uu... mencari kan. ;) 

kakak menyahut... terus diam. :) 

Alhamdulillah. 


Alhamdulilah.. Dah makin bam2 #AmniKhadijah . 

Gambar kat atas ni masa checkup sebulan + vaccine sekali
smile emoticon
 

Moga membesar dengan baik, sihat dan solehah, InshaAllah.

Alhamdulilah, mama nya, dah kembali ke saiz asal. Kan #NowEveryoneCanKurus ! Hehe. 

Jaga pemakanan, ambil supplement yang bersesuaian. InshaAllah sihat dan ceria selalu. 


Khamis, 5 November 2015

Checklist BARANG persediaan BERSALIN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda hari ni? InshaAllah sihat dengan izinNya. 

Alhamdulillah, seperti yang pernah saya tulis sebelum ni dan kita juga sediamaklum, hujung2 tahun ni, memang ramai baby lahir. kan bulan nov sampai jan tu, musim cuti sekolah, musim berjalan2, musim relax2 sikit (ye ke?) bagi kebanyakan orang. jadinya bulan 7,8,9,10 ni.. ramai la baby yang lahir. 

Alhamdulillah, hari ni saya menerima berita gembira.. seorang rakan yang rapat juga semasa sekolah dulu sedang berada di labour room. menanti kelahiran anak ke 2 beliau. 

Kawan2 dari sekelas semasa diploma dan degree pun ramai yang samada dah bersalin ataupun menunggu hari. 

Alhamdulillah... tahun ni, ramai kawan2 saya ada anak sebaya dengan anak ke3 saya, Amni Khadijah bt Asyraf, lahir pada 20 Oktober 2015. (ops, saya masih dalam pantang ya sekarang, baru hari ke 16 ;)) tapi kadang lupa diri dalam pantang sebab macam segar jer. hehe. 

Oklah, bagi ibu2 baru...bila dah hampir2 nak bersalin ni, Dup dap...debaran kian terasa...


Nurse dah mula pesan persiapkan barang baby bila nak masuk 3rd trimester baby dah getting ready nak melihat dunia. 

Jadi ibu2 kena persiapkan barangan yang perlu di bawa ke hospital.

Kalau nak di senaraikan, macam2 nak bawa. Yelah bukan selalu Menyambut kehadiran insan baru. 

InshaAllah tak lama duk di hospital, jadi kita bawa apa yang perlu ya. boleh rujuk gambar di bawah ni;





Semoga Allah permudahkan urusan kita semua,


Buat rakan2, Moga perkenalan mak ayah berterusan ke anak2 juga. inshaAllah. 

Selasa, 20 Oktober 2015

Mengimbas kenangan melahirkan anak dengan induce...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Apa khabar anda hari ini? Moga sihat selalu, dengan izinNya. 



Alhamdulillah, entry ini di karang ketika saya sedang hamil 39minggu...tapi terbantut nak di post. hehe. ;) takpelah, post sekarang ya. hehe. ;) (akan bersambung untuk anak ke 3 pula)



 Sekejap je rasa dah 39 minggu, tup2 menunggu hari untuk bersalin jer. saya kongsikan pengalaman pertama melalui proses labour...6tahun yang lalu. 






Kisah Kelahiran Putera Sulung, 
Anas Huzaifah b. Asyraf...

Orang kata setiap kelahiran, membawa kisah tersendiri, ada juga yang kaitkan dengan pengaruh keluarga juga, ada juga yang kaitkan dengan sengugut tak semasa datang bulan. 

Mengimbau kenangan 6tahun lepas, kehamilan pertama yang amat di 


Pengalaman bersalin yang pertama dulu, masa tu kandungan berusia 38 minggu. Dr cadangkan induce sebab air ketuban kurang, takut baby lemas. 

Antara sebab lain Dr akan cadangkan induce; kandungan lebih 40minggu, GDM, dll. (boleh baca di rujukan di bawah jika berminat nak tahu lebih lanjut. 

Induce ada 2 jenis, 1 jenis tablet di masukkan ke laluan baby nak lahir, yang kedua jenis air, di masukkan ke dalam darah melalui jarum yang di cucuk di tangan. 

Saya ? kena 2 kali di induce dengan tablet PROSTAGLADIN. 

induce pertama- pukul 6 pagi, takde rasa sakit contraction pun. Cik abang beria tunggu. 

induce kedua- pukul 1ptg, dalam kul 2+ cik abang balik rumah  hehe. nampak isterinya segar je, boleh je berjalan macam biasa, katanya nanti kalau sakit bagitahu.  tup2 pukul 3-4, contraction dah mula. terus call... abang sampai jer, baru lepas check bukaan dah 4cm, nurse terus tolak masuk labour room. Tup2 pukul 6.30 ptg, lahirlah putera sulung kami. 



Nurse & Staff nurse duk cakap..'Alhamdulillah, mudahnya awak bersalin... lagi2 ni anak pertama' Tetapi di sebalik nampak mudah tu... sakit tak? 

Sakit ke induce? soalan cepu emas kan? Sebelum tu, Sakit tak bersalin? 

mestilah sakit kan.. kalau tak, takkan di berikan ganjaran seperti mati syahid jika ibu meninggal dunia sewaktu melahirkan anak. 

Cuma nya, bila di induce ni... sakitnya tu berpanjangan. Orang tanya, setiap berapa minit rasa contraction nye? Ermm ntahlah macam tak berhenti jer. Oh kebetulan masa tu, gastrik pun menyerang sekali. sampai muntah2 keluar air jer. kiranya saya rasa sakit contraction + gastrik serentak. sampai tak tahu sakit nya kat mana? macamana rasa sakit tu? ntahlah.. tak boleh nak di bayangkan dengan kata2. masa tu, zikir dan doa memang tak putus. tahap tawakal kepada Allah swt memang tinggi sangat.



Nurse siap bisik kan zikir ' Ingat Allah, dik' .. suami hanya boleh masuk bila baby dah nak keluar, huhu. kiranya masa contraction tu, kita bergelut sendirian. sakit yang memang tak pernah alami seumur hidup.

dan yang paling sayu, teringatkan mak..sakit macam ni ke mak nak lahirkan saya ke dunia?

  'Ya Allah, ampunilah dosa & dosa kedua ibubapaku... kasihani mereka , tempatkan mereka di syurgaMu' 

Alhamdulillah, bila baby dah hampir nak keluar, cik abang datang menemani... masa tu, nampak je muka abang, dalam hati terus ucapkan syukur, bagai kurang sikit rasa sakit tu. miracle kan?  kasih sayang dan anugerah yg Allah berikan. 

Alhamdulillah,dengam izin Allah swt, bertemankan cik suami, dan sokongan dari pasukan hospital... proses bersalin i.e dengan 2 kali push... lahir lah bayi seberat 2.8kg ke dunia. 

saat bayi dalam pelukan... MashaAllah, SubahanaAllah, AllahuAkbar, bagai hilang terus rasa sakit tu. satu pengalaman, satu suasana yang pasti segar dalam ingatan. 

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. 

Pengalaman bersalin kedua pula... ada saya kongsikan di sini --> pengalaman bersalin yang sukar di lupakan


Kali ini? Wallahualam.. padsti ada kisah tersendiri. 


'Ya Allah, permudahkan dan lancarkan urusan kami semua, sempurnakan anak yang ku kandungkan ini dari segi fizikal dan mentalnya, berikan kami kesempatan mendidik beliau dengan islam dan iman... Jadikanla dia dai yang berjaya dunia akhirat, aamin'




Inilah pengalaman pertama saya hamil bersama Set HAMIL shaklee . InshaAllah akan diteruskan untuk berpantang dan juga menyusu ( penyusuan SUSU IBU)  Nak tahu apa saya makan? boleh click->SET HAMIL SHAKLEE.


...

Info tambahan 
http://www.babycentre.co.uk/a173/induced-labour
http://bayi-ibu.com/induce-semasa-bersalin/

Selasa, 18 Ogos 2015

Berapa banyak susu yang diPERLUkan oleh BAYI?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 


Alhamdulillah, sejak bergelar ibu, selalu juga rakan-rakan yang sama2 'join' kelab ibu.. hehe bertanya tentang pengalaman menyusukan anak. 

Alhamdulillah, anak sulung saya lahir semasa saya baru berumur 23tahun, kira ibu muda la kan. pada waktu tu, kawan2 sekuliah masih ramai yang bujang. (sekitar tahun 2009). 

Ramai kawan-kawan sebaya /sekuliah mula dapat anak sekitar tahun 2011, kira masa tu, sedang hamil / menyusukan anak ke 2 pula. 

Alhamdulillah, pengalaman sendiri menyusukan anak memang sangat seronok, sebolehnya saya galakkan sangat kawan2 untuk turut sama menyusukan anak. 

Tapi, hati saya tersentuh bila ada yang kata... 'SUSU tak cukup' SUSU tak keluar' Baby menangis jer, macam tak kenyang jer, baby tak reti hisap, baby itu dan ini. 

Aduhai sayang, tahukah kita saiz penerimaan susu /makanan mengikut perkembangan perut dan juga badan bayi. 


2 hari pertama - hanya 1 sudu. 
hari ke 7- 2 1/2 cawan air (sekitar 400ml)
dan kemudian meningkat mengikut umurnya. 

Sila lihat carta di bawah; 

berapa banyak masuk dan keluar, juga berat baby yang bersesuaian. 


Click untuk lebih jelas...zzzommm


Jadi, jangan lah risau jika susu nampak sikit terutama sekali semasa bayi baru je keluar. baby tak pandai hisap? kita kena lah ajar... dan masalah2 lain. inshaAllah ada caranya. minta lah nasihat dari pakar penyusuan di klinik / hospital mahupun rakan2 ibu yang menyusukan. 


Ini pula, doa yang boleh di amalkan untuk memperbanyakkan susu. Sebab apa kita perlu berdoa? sebab setiap apa yang berlaku adalah dengan izin Allah swt. Jadi, kita kena minta dengan Allah, moga Allah izinkan dan permudahkan. Aaamin 

Bacaan tambahan mengenai penyusuan susu ibu, lemak susu? 
http://pama.karangkraf.com/bayi/laktasi/apa-itu-susu-foremilk-dan-hindmilk-1.420614  

Sebahagian dari usaha untuk melengkapkan nutrisi harian ibu dan juga bayi, supplement di bawah inilah yang menjadi pilihan saya juga ramai ibu2 di zaman serba moden ni. 

Buat ibu2 menyusu seperti saya, ESP+ ostematrik+ alfalfa sangat2 membantu mengenyangkan bayi pada masa yang sama membekalkan kalsium, protein yang cukup untuk kedua2nya. 

#setPenyusuanSusuIbu pilihan saya, anda bagaimana?


Info mengenai set ini di sini , jemput CLICK --> INFO SET PENYUSUAN

Feel free to LIKE and SHARE

Please do not hesitate to contact me/ comment for:-


FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Jumaat, 6 Disember 2013

Pengalaman Bersalin yang sukar di lupakan..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Setiap kelahiran, ada kisahnya tersendiri... Pengalaman bersalin pasti berbeza mengikut orang dan juga kelahiran anak yang berbeza. 

Izinkan saya berkongsi kisah yang saya tulis selepas terbaca kisah bayi yang 'pergi' sebelum mengenali ibubapa beliau.//sungguh hati ni terusik..ada saya kongsikan di akhir entry ini. 


Kisah kelahiran Puteri kami

AMANINA AISYAH = Harapan Kami Untuk Hidup Bahagia...

Amanina Aisyah hampir2 di lahirkan di sana, di Hospital Sungai Buloh (HSB)... Dalam banyak review hospital yang kami terima, HTAR mmg penuh, Hospital Putrajaya hanya terima pesakit yg tinggal di kawasan putrajaya dan yang terdekat sahaja. bila tanya HSB, diorg boleh terima pesakit dari Shah Alam. Jadi kami merancang untuk melahirkan anak ke2 kami di HSB. 

Ikuti kisah ringkas saya..

19 Oktober 2011 5pm : turun tanda, takde rasa sakit apa2 pun.. mak kata takpe, duduk dulu di rumah... tunggu dah sakit nanti baru serah diri. 

20 Oktober 2011 6pm : Serah diri di HSB, kena isi satu borang ni mengatakan 'jika tiada katil dalam wad, maka pesakit akan di tempatkan di tempat menunggu - sehingga ada kekosongan' memula tu tak faham juga... bila di tanya.. oh.. sbb kan wad selalu penuh, jadi kalau serah diri mcm ni.. kena duduk je . ok la, sbb kan tak nak bersalin di HTAR... saya dan suami pun sign je la.. maknanye 'rela utk tidak dpt katil' 

20 Oktober 2011 7pm : Doktor check laluan.. baru 1cm.. then di suruh duduk je kat kawasan menunggu.. 

20 Oktober 2011 8-10pm: Duduk berbual ngan ibu2 yang lain... mendengar cerita.. rakan2 ibu yg menunggu juga.. ada yg bersalin terus, tanpa duduk di wad.. kemudian balik terus.. tanpa masuk ke wad... bayangkan DUDUK sahaja beberapa jam.. dalam keadaan contraction! AllahuAkbar... sakitnya.. mereka yang melalui nya sahaja yang akan terbayangkan.. 

Dalam tempoh ni, tiada makanan di sediakan... suami nak beli nasi, di cafe nye pun takde nasi.. yg ada cuma roti canai.. agak kelakar juga. tapi takpela asal ada makanan.

Telefon mak, mak pesan buat solat hajat, doa byk2.. moga Allah permudahkan jalan. Moga Allah bagi petunjuk yang terbaik buat semua. 

 20 Oktober 2011 11pm : Doktor check lagi laluan.. baru 2 cm , then Doktor tanya samada nak balik@ tunggu di sekitar labour room..  saya ambil tindakan berani, balik! 


walau pun masa tu berdebar2 juga.. kalau ikut sejarah keluarga.. dh buka 2 cm.. dah tak lama dh nak bersalin tu.. cumanya... pinggang dah mula sakit sebab dalam keadaan macam ni.. tiada katil di sediakan... pilih la mana2 kerusi/sofa untuk duduk. rasanya tak sanggup nak tido dalam keadaan duduk dgn mmg dah sarat sangat. 



21 Oktober 2011 12am : sampai rumah... 



21 Oktober 2011 1am -4am: perut mula meragam sebab gastrik dan contraction kot (haha, dh 2 kali bersalin .. tapi saya tak tahu nak bezakan contraction ke gastrik... sbb mcm sama je..)




21 Oktober 2011 5.30am :serah diri di HTAR, di emergency utk wad bersalin.check laluan dh buka 8cm... terus masuk labour room...dalam 20min ... alhamdulillah lahirla Amanina Aisyah...




Allah nak takdirkan Amanina lahir di HTAR, sebelum ni.. dgn pelbagai cerita yang kami dengar.. mmg seram sejuk juga nak bersalin kat situ.. tapi Alhamdulillah.. Allah mudahkan sangat proses bersalin dll. Amanina lahir, di sambut dengan azan subuh di kawasan hospital...AllahuAkbar.. besar sungguh kuasaMu. 



bila berbual dgn nurse di HTAR... pasal layanan di HSB.. katanya 'walaupun HTAR mmg penuh, tapi kami takan tolak patient'  Melihat suasana dalam wad, memang penuh.. memang nurse dan doktor bagai tak menang tangan.. suasana yang sangat berbeza dgn di HSB. 

Pelbagai kisah dan pengalaman ibu2 lain juga saya dengar semasa duduk di wad. Inilah di namakan takdir, ketentuan Ilahi... mungkin berkat doa, zikir dan bacaan Al-Quran yang kerap saya amalkan memudahkan semua proses kelahiran cahaya mata kami ini. Alhamdulillah. Allah permudahkan dan lancarkan urusan kami. dan lahirnya seorang anak solehah, inshaAllah. 


Di antara doa yang kerap saya amalkan...


Terima kasih kami ucapkan di atas kecekapan dan kesungguhan semua... Alhamdulillah, moga Allah membalas jasa dan pengorbanan kalian sebaiknya, inshaAllah.




Buat ibu2 di luar sana... jika ada pilihan... elakkan bersalin di HSB ye...


Penafian : Kisah ini adalah kisah peribadi penulis, ia tidak mencerminkan kualiti mana2 hospital secara keseluruhan. 



Al fatihah buat si kecil yang telah di janjikan syurga ni...nantikan ibu bapa mu di syurga ye sayang..


Semalam ada kenalan berkongsi status 'perginya seorang anak' tanpa sempat mengenali ibu bapanya... Saya tak kenal ibu bapa nya.. mahupun rakan beliau ni. cumanya saya terbayang2 kisah saya suatu ketika dahulu...




Takziah buat keluarga beliau.. sesungguhnya yang dah pergi tidak akan kembali lagi... inshaAllah bayi ini akan menunggu ibu bapanya di syurga kelak... 

Al - Fatihah..

Sila ‘LIKE’ dan ‘SHARE’ sekiranya anda rasa kisah ini bermanfaat untuk dikongsikan.

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...