Memaparkan catatan dengan label bersalin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bersalin. Papar semua catatan

Rabu, 1 Mac 2017

Boleh ke Ibu hamil bersenam?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Di doakan anda & kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang berkat. Aamin ya rabbalamin

Ada yang tanya dengan saya, boleh ke Ibu hamil bersenam???

Kan ada bayi yang sedang membesar dengan jayanya, kulit dah menegang, kaki dah bengkak, pinggang dah sakit2, macam an nak bersenam?

Boleh, yang sakit2 tu boleh dikurangkan Bila kena gaya nya. ;) Boleh pm saya untuk kongsikan.

Jadi Ibu hamil tak boleh la asyik nak baring jer, lama2 lagi sakit badan sebab banyak sangat lemak extra sana sini.

Ini poster untuk bersenam semasa hamil, sebenarnya kalau ibu2 ada buku pink- rawatan di klinik kesihatan kerajaan tu, ada juga poster2 seperti ini.


In fact, senaman ini membantu untuk melancarkan proses bersalin. 

Alhamdulillah saya amalkan dulu dan semasa nak bersalin tu, alhamdulillah dipermudahkan sangat. Dan saya terkebil2 'eh betul ke dah bersalin?' walaupun tu pengalaman kali ke3. 

Selain tu, mestilah juga amalkan pemakanan yang baik, banyak kan zikir, berdoa dan mengaji. InshaAllah Allah beri kekuatan yang luar biasa dan permudahkan urusan. 

Buat rakan2 yang sedang hamil dan bakal bersalin... Enjoy the moments and all the best. 

RabbiYassir Wala Tuassir
Rabbi tammin bi khair

Salam hormat,
Anisah 0136216522

Rabu, 27 April 2016

'Bantuan Kecemasan' untuk ibu baru bersalin!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda hari ini??? Alhamdulillah saya doakan kita semua di beri kesihatan yang baik & keberkatan dalam hidup.

Alhamdulillah Allah izinkan saya mengandung dan melahirkan 3 orang anak secara normal dan AlHamdulillaah,  di permudahkan. Antara ketiga2 kali bersalin, alhamdulillah yang ke3, tenaga yang ada sebelum, semasa dan selepas bersalin tu, lain... Sampai kan rakan ibu di wad macam tak percaya saya baru lepas bersalin. Ceria je... Bertenaga je. Anak pun cepat kenyang (puas menyusu). Dan dalam pantang pun, alhamdulillah cepat luka sembuh, rahim mengecut, dan paling makcik urut puji... Kulit bersih! Tak macam orang dalam pantang!

(Antara entry yang sering dikunjungi- Nikmat Sakit Bersalin dan Pengalaman Bersalin Yang Sukar di lupakan)

Ini kisah saya... Tapi sebenarnye macam2 kisah yang pernah saya dengar. Ia sebahagiaan dari aturan Allah tapi kita boleh Bantu diri sendiri untuk mengurangkan rasa sakit tu.

Alhamdulillah, antara saat2 yang seronok ialah melahirkan Anak... Setuju2? Walaupun hakikatnya sakit bersalin tu memang sakit... Sehingga dikira mati syahid, sekiranya mati ketika bersalin.

Sakit tak bersalin? Sakit juga selepas bersalin, bukan nak menakutkan, tapi inilah hakikatnya.

Sakit apa? Jemput2 teruskan bacaan.

ADUH!! LUKA INI SUNGGUH MENYAKITKAN
======================

Semalam baru bersalin. Anak yang keluar seberat 3.5kg.

Biasa je orang kata.

Tapi bahu dia lebar. Doktor nak keluarkan tu agak jenuh jugakla rasa.

Terpaksa koyakkan laluan.

"Srappppppp."

Doktor gunting bagi jalan luas sikit nak keluar.

Sumber : google.. nak lebih real? google sendiri, saya tak sanggup nak share. Ouch!

Sakit? Tak rasa apa dahhhh.

Sebab sakit nak bersalin ni lagiiii sakit.

Bila anak keluar...nak kena jahit pulak.

1,2,3,4,5,6,7,8,9 kali cucuk kuar masuk jarum dan benang.

"Srup srup sruppppp"

Sakit???

Tak rasa jugak sebab doktor bius. Yang doktor tak bius tak tau apa rasa.

Tak leh nak bayang.

Selepas kesan bius hilang, Allahuakbar! Sakitnya, orang yang mengalaminya yang tahu macamana.

Sakit di tempat jahit, sakit rahim nak mengecut, sakit 'terputus urat' dan pelbagai sakit lagi.

Sebab tulah suami...syukur isteri yang bersalin. Bukannya awak.

Sebab tulah anak...ibu cakap apa...kalau baik-baik tu ikut lah.

Balik rumah...luka tu bukan terus sembuh. Ibu perlukan makanan berkhasiat di waktu pantang. Baru cepat pulih luka.

Tapi ibu dalam pantang makan apa?

Ikan masin dengan nasi.
Zat pon kosong. Dah berapa lama ikan tu diperap dengan garam tu?

Ibu perlukan makanan berkhasiat ye untuk pulih.

Cuba bayang kita yang dikoyakkan tu...makan nasi dan ikan masin je masa pantang?

Bila nak sembuh kan?

Jadi suami...berikan isteri ikan segar...protin yang cukup.

Nak kasi isteri tu cepat pulih lukanya.

Yela..senang dia nak susukan anak bila luka sembuh elok dengan segera.

Sumber : google.. (sharing is caring kan)


Bagi minum jus oren. Bekalkan vitamin C pada badannya.

Sebab badan ibu yang bersalin perlu cepat pulih dari luka luar dan dalam.

Kalau susah sangat nak cukupkan zat...boleh ambil set lengkap bersalin dan berpantang sekaligus menyusu yang Shaklee sediakan.

Kita ni bukan nak banyak susu je. Kita nak sihat.

Tak guna kalau susu banyak tapi tak sihat. Boleh meroyan nanti

Vitamin C -cepat pulihkan luka luar dan dalam.

Esp- bantu bekalkan protin unt penyembuhan luka lebih elok dan bina sel baru

B compleks- elak tekanan perasaan pada ibu. Elak meroyan ni.

Vitaleamultivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum

Ostematrix- ibu baruuu je lepas meneran keluar bayi. Bayi bukan besar biji sawi. Tapi berkilo-kilo. Kalsium habis dah dik. Perlu topup. Kalau tak, sakit urat, sakit sendi, penat keterlaluan lah pulak nanti.

Alfalfa- milk booster. Tapi ni kasi lepas anak habis kuning. Takut panas. Ada anak yang ok, ada anak yang tak ok. Jadi kita elak dulu.

5 yang lain semua boleh diambil terus selepas bersalin walaupon masih dalam bilik bersalin.



Alhamdulilah, inilah antara BANTUAN KECEMASAN yang sangat diperlukan oleh ibu yang baru bersalin, bertarung nyawa melahirkan zuriat.

InshaAllah, nutrisi pelengkap ini membantu ibu2 untuk lebih bertenaga dan juga cepat sembuh. ppsst, dan susu yang meriah! anak juga bahagia. 

Saya dah dapatkan...saya dah rasai NIKMAT nya...JOM!


Ibu Anak 3,
#Anisah
#0136216522

Info untuk ibu nak bersalin
- http://www.babycenter.com.my/a1029325/tanda-tanda-bersalin
- http://asyrafanisah.blogspot.my/search/label/bersalin

Khamis, 5 November 2015

Checklist BARANG persediaan BERSALIN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda hari ni? InshaAllah sihat dengan izinNya. 

Alhamdulillah, seperti yang pernah saya tulis sebelum ni dan kita juga sediamaklum, hujung2 tahun ni, memang ramai baby lahir. kan bulan nov sampai jan tu, musim cuti sekolah, musim berjalan2, musim relax2 sikit (ye ke?) bagi kebanyakan orang. jadinya bulan 7,8,9,10 ni.. ramai la baby yang lahir. 

Alhamdulillah, hari ni saya menerima berita gembira.. seorang rakan yang rapat juga semasa sekolah dulu sedang berada di labour room. menanti kelahiran anak ke 2 beliau. 

Kawan2 dari sekelas semasa diploma dan degree pun ramai yang samada dah bersalin ataupun menunggu hari. 

Alhamdulillah... tahun ni, ramai kawan2 saya ada anak sebaya dengan anak ke3 saya, Amni Khadijah bt Asyraf, lahir pada 20 Oktober 2015. (ops, saya masih dalam pantang ya sekarang, baru hari ke 16 ;)) tapi kadang lupa diri dalam pantang sebab macam segar jer. hehe. 

Oklah, bagi ibu2 baru...bila dah hampir2 nak bersalin ni, Dup dap...debaran kian terasa...


Nurse dah mula pesan persiapkan barang baby bila nak masuk 3rd trimester baby dah getting ready nak melihat dunia. 

Jadi ibu2 kena persiapkan barangan yang perlu di bawa ke hospital.

Kalau nak di senaraikan, macam2 nak bawa. Yelah bukan selalu Menyambut kehadiran insan baru. 

InshaAllah tak lama duk di hospital, jadi kita bawa apa yang perlu ya. boleh rujuk gambar di bawah ni;





Semoga Allah permudahkan urusan kita semua,


Buat rakan2, Moga perkenalan mak ayah berterusan ke anak2 juga. inshaAllah. 

Selasa, 13 Oktober 2015

Salam Maal Hijrah 1437H

Salam Maal Hijrah 1437H

Alhamdulillah, diam tak diam.. dah nak masuk tahun baru hijriah. 



Menurut sejarah, 1 muharam bukan lah detik permulaan hijrah Nabi s.a.w, 



Namun, sejak zaman Syaidina Umar, tarikh 1 Muharam di pilih sebagai tarikh permulaan tahun baru hijrah bagi menyambut selesainya ibadat haji. 



Erm,,, kiranya Nasyid yang kita nyanyi kan sejak kecil tu...kurang tepat lah kan? Wallahualam. 

'1 Muharaam Detik Permulaan, penghijrahan Nabi dan umat Islam, dari kota Mekah ke Kota Madinah' 

Mungkin lirik nya perlu di ubah? Wallahualam 

Apa2 pun, sebagai orang Islam di bumi Malaysia, yang banyak terikut dengan budaya di sini. Menjadi amalan nenek moyang kita untuk membaca doa awal tahun dan akhir tahun. Siap memang terprint dalam kitab surah yassin. Dulu, saya ingatkan ianya seolah2 wajib.. yelah bukan main nenek2 mengingatkan.. kini, saya belajar... 

ok jom tengok jap rakaman video Ustaz Azhar Idrus mengenai HUKUM Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun ni. 


Kesimpulannya, bukan lah wajib, namun tidak lah haram. Doa yang baik, tak mengira waktu, Allah terima. 

Jadi jom lah kita berdoa...;) 

click untuk lebih jelas



Moga Allah permudahkan, lancarkan urusan kita di dunia dan akhirat.

Tahun baru membawa sinar yang baru🌟. InshaAllah.

Di akhir kata, doakan saya selamat melahirkan anak kami yang ketiga dalam sehari dua ni...;) dah masuk 40minggu pun.. Moga Allah permudahkan dan berikan kesihatan yang baik kepada seisi keluarga. Aamin Ya Rabbalamin.

Salam hormat,
Anisah Khalid dan keluarga

Isnin, 21 September 2015

Puasa Arafah menghapuskan dosa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Alhamdulilah awal pagi 22sept, 8zulhijjah. Saya berkempatan mendengar kuliah subuh dengan tajuk Puasa Arafah, melalui radio ikim.fm





Di antara perkongsian ustaz, dalam menghuraikan maksud hadis puasa Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu- ialah dosa yang kecil. Dosa yang besar, tentulah memerlukan seorang melakukan taubat nasuha dll. 



Manakala, dosa setahun yang akan datang pula, adalah dengan di mana Allah memberi taufiq kepada hambaNya, untuk tidak melakukan dosa. 

Wallahualam. 


Di bawah pula, perkongsian beberapa hadis yang berkaitan dengan puasa Arafah kepada yang sedang Menunaikan haji dan tidak . 



Semoga bermanfaat. 



PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS



عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ... أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة

َ
Dari Abu Qatadah bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: " Puasa hari 'Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah kecuali jika berada di 'Arafah. (HR Tirmizi No: 680)


Pengajaran:



1. Disunahkan berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah) bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji



2. Orang yang berpuasa pada hari Arafah akan mendapat ganjaran keampunan setahun sebelum dan setahun selepas



3. Ganjaran puasa sunat Arafah seolah-olah berpuasa selama dua tahun.



عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَلِمَةً تُشْبِهُ عَدْلَ ذَلِكَ قَالَ صَوْمُ عَرَفَةَ بِصَوْمِ سَنَتَيْنِ وَصَوْمُ عَاشُورَاءَ بِصَوْمِ سَنَة

ٍ
Dari Abu Qatadah bahwa Nabi SAW mengucapkan kata-kata yang mirip dengan kesamaannya, ia berkata; Puasa 'arafah seperti puasa dua tahun dan puasa 'asyura` sama seperti puasa setahun. (HR Ahmad No: 21568)


4. Rasulullah dan para sahabat tidak menunaikan puasa  Arafah ketika melaksanakan ibadah Haji. 



سُئِلَ ابْنُ عُمَرَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ بِعَرَفَةَ فَقَالَ حَجَجْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَصُمْهُ

وَمَعَ أَبِي بَكْرٍ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُمَرَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُثْمَانَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَأَنَا لَا أَصُومُهُ وَلَا آمُرُ بِهِ وَلَا أَنْهَى عَنْهُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ أَيْضًا عَنْ ابْنِ أَبِي نَجِيحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ رَجُلٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ وَأَبُو نَجِيحٍ اسْمُهُ يَسَارٌ وَقَدْ سَمِعَ مِنْ ابْنِ عُمَر
َ
Ibnu Umar ditanya tentang puasa Arafah di 'Arafah, dia menjawab, saya pernah melaksanakan haji bersama Nabi SAW dan dia tidak puasa di Arafah, saya juga pernah haji bersama Abu Bakar beliau juga tidak puasa 'Arafah, pernah juga bersama Umar dan dia tidak berpuasa, demikian halnya bersama 'Utsman, beliau juga tidak berpuasa dan saya tidak berpuasa juga tidak menyuruh orang lain untuk berpuasa dan tidak juga melarangnya. (HR TIRMIDZI No: 682)


JOM kita bersifat RAHMAH untuk melaksanakan puasa sunat Arafah (9 Zulhijjah atau pada hari Rabu 23hb Sept 2015 ini).





#Rahmah Untuk Semua#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor


...



Bersama kita mengumpul pahala dan menghapuskan dosa... Moga kita semua di tempatkan di syurga tanpa dihisab. 



Aamin ya rabbalamin.



Sila KONGSIkan untuk peringatan bersama. 



Terima kasih,



Salam hormat,



Anisah 

#menungguhari perjuangan melahirkan anak ke 3


.moga Allah permudahkan dan diberkati dengan kesihatan yang baik untuk bayi dan ibunya serta seisi keluarga. 



Aamin ya rabbalamin.


Rabu, 29 April 2015

Shaklee penguat kasih ibunda.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda hari ni? mari sama2 kita menadah tangan,berdoa agar setiap yang membaca ini diberikan kesihatan yang baik, kebahagiaan di dunia dan akhirat. 
 Baru-baru ni, heboh mengenai Kisah seorang ibu yang RAHIM dibuangnya.  Allahuakbar, sakitnya, luluhnya diri seorang wanita bilamana 'mahkota' nya terpaksa dibuang. Namun, apa puncanya rahim dibuang? pelbagai faktor yang boleh menjadi penyebab. Dan amat tidak adil untuk HANYA menyalah 1 faktor sahaja. Antara faktor nye ialah pertumbuhan cyst fibroid. ( Boleh di elakkan dengan bantuan --> Cyst dan Gla

gambar hiasan, ehsan google ..;) kucing pun ada yang dibuang rahim...
Saya sendiri, sebagai seorang wanita dan juga ibu, Allahuakbar, tidak terbayang..Nauzubillahimzalik. Moga di jauhkan dari perkara sebegitu dari berlaku di kalangan saudara mara dan sahabat saya. 
Hari ni saya ingin kongsikan luahan hati seorang ibu dan kisah beliau bersama beberapa produk lain di luar sana dan bagaimana Shaklee menjadi penguat kasih ibunda.
Selamat menghayati…

 [SUARA HATI SEORANG IBU]
Suatu masa dahulu, dari tahun 2009-2011, anak2 saya (Ammar & Sumayyah) sering sahaja jatuh sakit. Setiap bulan, pasti akan kena 3 sakit serangkai ini; demam + batuk + selsema. Sekali sekala, mereka akan kena cirit birit etc...
Hati ibu mana yg tidak sedih bila melihat anak2 sakit. Ditambah suami saya jauh.. dan saya pula bekerja waktu itu. Setiap kali tinggalkan anak2 yg tidak sihat dgn maid, saya akan nangis dalam kereta... nangis sungguh2 sambil drive.
Cuti, mmg x adalah bakinya. Kadang kena tolak gaji lagi sbb ambil unpaid leave. Pernah boss ckp, apasal anak u selalu sakit ni??
Bukan saya tidak cuba usaha beri yg terbaik. Kadang diri saya pun stress. Apa lg yg saya boleh beri pd mereka??
Saya cuba few produk.. utk saya dan anak2. Pernah saya nk beli sejenis produk xx yg dikatakan makanan sunnah. Saya dgr pun di radio ikim. Lalu saya contact pengedar nya...
Masa dia cod brg tu, dia introduce produk lain (yy) yg serupa dgn produk yg saya nak beli..
"ainul, sebenarnya sama je xx ni dgn yy.. 2-2 dr kilang yg sama, cuma syarikat yg berbeza"
Waktu tu, saya terkedu... kemudian saya tak jd ambil xx, tp saya ambil yy. Sebabnya?? Harga yy lagi murah dr xx.
Hampir setiap bulan saya beli produk tu. Tapi progress anak2 sama sahaja.. nothing improved! Keadaan diri saya pun makin worst..nampak muka tua sgt even baru anak 2, n usia pun belum reach 30.
[Anda tidak pelik kah?? Kilang mana lah agaknya yg keluarkan produk2 ini?? Kilang di China kah??]
Bila saya mengandung anak ketiga tahun 2012, barulah saya tergerak hati mencuba $haklee. dan anak2 pun saya start beri $haklee (meal shakes + vit c + omega).
Ya Allah, surprisingly kesihatan mereka improved! Dan ketika lahirnya anak yg ketiga, baby saya bebas dari GBS! (Ammar & sumayyah- kedua2nya GBS positif dan perlu diberi rawatan antibiotik sejurus selepas dilahirkan). Alhamdulillah, yg ketiga..tiada GBS.
Do I obses dgn produk $haklee??
Oh tidak... bukan saya obses sehingga saya kata produk lain tak bagus. Dan bukan niat nak jatuhkan mana2.
Saya ambil $haklee kerana:
1) saya yakin, diet seharian saya dan anak2 tidak mampu cover NUTRISI GAP yg diperlukan oleh badan. Sbb tu, antibody badan tidak kuat dan kerap sakit.
2) Saya tidak mampu sediakan diet yg seimbang utk diri dan anak2

- makanan saya tinggi lemak, gula, garam serta kurang serat & nutrien
- makanan yg saya masak hilang nutrien ketika proses memasak itu sendiri
- terlalu bnyk pencemaran persekitaran yg berlaku

3) Saya juga tidak boleh jamin, makanan mentah yg saya beli di pasar bebas dari GMO, bebas dari injection, bahan pengawet, racun perosak, mahupun antibiotik...saya tidak boleh jamin, semuanya organic semata2. Kalaulah di Malaysia ni, kita mampu utk hasilkan makanan berorganik (purely), saya pun harap saya xperlukan supplemen.
4) saya juga ambil $haklee kerana saya sgt yakin dgn teknologi pemprosesan yg digunakan oleh syarikat $haklee itu sendiri...
Bayangkan.. $haklee telah tertubuh sejak tahun 1956, dan telah laburkan lebih USD250 juta hanya untuk ujian klinikal, kajian & pembangunan R&D semata2. Hebat bukan??
dan tahukah kita, sebelum $haklee keluarkan sesuatu produk, ia akan jalankan beribu ujian utk sesuatu vitamin.
Sebagai contoh, Nutriferon sahaja...mengambil masa selama 40 tahun penyelidikan sebelum $haklee decide utk keluarkan ia!!
Anda boleh bayangkan how strict $haklee dgn produk2nya??
Untuk tahu lebih lanjut ttg kajian2 $haklee, anda boleh refer di sini:http://physicians.shaklee.com/displayContent.htm…
Saya sebenarnya jadi takut melihat lambakan produk supplemen di pasaran... mengetatkanlah, menegangkanlah, menguruskan dlm masa seminggu lah, memutihkan dalam masa 14 hari lah...
Bila terlalu banyak iklan yg muncul di alam maya, saya terfikir, adakah produk2 tersebut dtgnya dr kilang yg sama, dan berapa banyak brand yg telah keluar dr kilang yg sama?? Dan berapa ramai yg telah consume??
Makin jd takut..bila timbul isu kena buang ovari, kanser, malah ada yg maut sbb ambil sesuatu produk...
Saya faham.. ramai SID yg menggunakan medium FB utk berkongsi ttg $haklee TETAPI ia tidak bermakna, $haklee sama seperti dgn iklan2 lambakan produk yg ada.
$haklee stands on itw own.. bukan main campur nie, campur itu, kemudian jadi $haklee.
Mungkin anda nampak, ramai promote $haklee, jadi anda pun assume, $haklee juga sama datangnya dgn produk2 lain...dari kilang yg sama
Tidak dear...
$haklee ada kilangnya sendir di USA, ada makmalnya sendiri..
Saya sendiri pernah berjumpa dgn barisan Scientist $haklee ketika melawat ke US pd tahun lepas. dan mereka bukan calang2 org, semuanya dgn high degree qualification.
Jadi, pastikan anda buat kajian dahulu sebelum membuat kesimpulan.
Kalau rasa tidak yakin dgn $haklee, tiada masalah...tidak perlu ambil.
Those who'd experienced illness only, then will appreciate health smile emoticon
I know because I'd experienced it (saya pernah rasa zaman "TUA SEBELUM USIA").
.....Dan Nasihat saya, sebelum anda ambil sesuatu produk, jalankanlah sedikit study.. bukan berdasarkan testimony semata2 atau cakap orang. Pastikan ia bukan produk cap ayam yg begitu rakus diedarkan oleh syarikat2 yg tahu kelemahan kita; nak cantik, nak kurus, nak kembali seperti anak dara dan lain2....
Harap info ini dapat membantu...
M. Ainul~

Working-at-home-mom


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. 

Saya dan keluarga juga merasai peningkatan kesihatan yang baik, dan alhamdulillah, bila anak jarang sakit, kuranglah lawatan ke klinik dan lebih banyak masa dapat diluangkan bersama untuk pembelajaran mengenai dunia dan akhirat, inshaAllah. 

kisah anak2 --> Anas & Amanina vs vitamins

Alhamdulillah, atok saya juga yakin dengan vivix shaklee dalam mengawal kencing manis beliau dan juga sakit tulang belakang beliau. , ada saya konsgikan di sini --atok tersayang

Juga kisah bonda tersayang, ops, jangan terkecut mak saya dah pun ada 17 cucu sehingga hari ni.. dan bakal bertambah2 lagi tahun ni. tapi gagah lagi melawat (bekerja) di negara matahari terbit, Jepun. ;) Kisah Opah awet muda . Alhamdulillah, dengan izin Allah swt. 



Di akhir kata. sebelum kita makan apa2 pun, ketahui dulu isi kandungan nya, moga kita terselamat dari bahaya yang datang dari makanan dan semoga kita bertambah sihat, inshaAllah. 

Sehingga berjumpa lagi... 

Jemput hubungi saya untuk KONSULTANSI dan PELUANG BISNES ya..;) 






Isnin, 19 Januari 2015

Nikmatnya Sakit Bersalin

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda & keluarga hari ini? Di doakan moga semuanya baik2 belaka...

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Gambar : ihsan google


Awal tahun 2015, keluarga besar saya menerima seorang ahli baru. kelahiran bayi comel kepada pasangan graduan medical school. 

Mereka ialah adik ipar saya & suami... Dr Salwa Shaare & Dr Waqiyuddin. 

Sebagai medical doctors, beliau telah banyak merawat pesakit termasuk lah menyambut kelahiran bayi orang lain, melakukan jahitan , dll. 

Namun, sebagai manusia biasa,  doktor juga melalui proses 'kesakitan' , doktor juga boleh jatuh sakit, doktor juga hamil dan doktor juga perlu di rawat. 

Alhamdulillah, beliau di beri kesempatan untuk merasai betapa NIKMATNYA SAKIT BERSALIN. 

Ikuti nukilan seorang doktor perubatan melalui proses melahirkan anak sulung beliau. 

-SAKIT YANG MENDIDIK-


Sharing post untuk wanita sedunia dan bakal ibu dan bapa.
FIRST experience of labour pain

Betulla orang cakap tiada sakit yang boleh menandingi sakit nak bersalin. Pengalaman pertama yang sangat mendidik mental dan jiwa.
Sepanjang hidup memang dah biasa keluar masuk hospital, pernah patah tangan, masuk besi dan operation 2 kali. Pernah kene sakit ulser perut dan usus. Mcm mcm penyakit dah ditanggung tetapi sakit bersalin ni sangat SPECIAL.
Sakit yang tiada terhingga sehingga rasa ingin putus nyawa dan hanya Allah sahaja tempat untuk kita bergantung.
Lagi lagi kene 'induce' dan apabila contraction datang 2 minute sekali. Hanya Allah yang Maha Mengetahui perasaan time tu. Tak sempat untuk bernafas.
Time macam nila mcm mcm 'perangai' keluar. Ada yang akan menangis, ada yang menjerit mcm histeria dan ada jugak yang meronta ronta meminta tolong.
Memang menggila.
Tapi, pasti ramai yang berzikir tak berhenti.
Rabbi Yassir Wala Tu Assir 




dan 

Doa Nabi Yunus.


Dah sudah contraction pain berjam jam (in my case almost 14 hours), kene simpan tenaga untuk meneran dan saat ini sebenarnya yang paling genting dan 'crucial'.
Perlu set mind untuk bersalin secara normal dan mengurangkan koyak. Mcm mana nak set mind tu dalam keadaan kesakitan yang teramat dan diri almost give up.
Haruslah cekal, and focus on giving birth. Put pain aside. Focus Focus Focus. Technique kene kemas.
Saya bersyukur mendapat dorongan yang kuat daripada ahli keluarga yang terdekat kerana first experience and ammature.
Tapi nak tahu benda yang paling special pasal giving birth is...
U remember that it was the most painful experience that ever happened in your life but later after that you lupa rasa sakit tu mcm mana.

HEBAT CIPTAAN Allah buat Wanita. Sebab tu kemampuan wanita melahirkan anak sangat luar biasa. Ada yang setahun sekali. Saya tabik hormat.

At the end of the day, keindahan mendapat cahaya mata yang pertama mengatasi semua kesakitan yang dialami.


Alhamdulillah, semua ini kurniaan Allah.

~Salwa Shaare, 15 Januari 2015~






Pengalaman saya sendiri,  Alhamdulilah...a 'wonder'ful and precious moments... In my case, after having 2 babies...labour pain almost = gastric pain... Huhu. Can't really differentiate between them. (Kisah melahirkan Amanina aisyah, ada saya kongsikan sebelum ini (Sila click--> Pengalaman Bersalin Yang Sukar Dilupakan)

Masa tu...terasa Allah dekat sgt ngan kita kan...betapa sakit itu satu nikmat.

Ramai di antara rakan beliau memberi kata semangat dan ada juga yang berkongsi pengalaman masing2. yang pasti setiap kelahiran, setiap orang diberi kan ujian dan cabaran mereka yang tersendiri. dan rata2 ibu jika di tanya semasa sedang sakit

 'Nak hamil lagi? nak lagi melalui proses serupa? '
Tentunya.. jawapan mereka di kala itu...

'TAK NAK, This is the last time'...

Bayangkan... rahim ibu yang kecil membesar seiring saiz bayi... kemudian dalam proses melahirkan, laluan yang kecil ter'paksa' membesar... Allahuakbar, sakitnya hanya yang pernah melalui nya sahaja yang faham. Itu pun sangat subjektif sebab setiap orang merasai sakit yang berbeza-beza...

Video di bawah menunjukkan animasi bagaimana bayi di lahirkan...dalam dunia sebenar, ia jauh lebih complicated.


 Allahuakbar, manusia di lahirkan dengan kasih sayang... 

Tatkala, selamat melahirkan tak kira dengan normal ataupun Czer, di kala anak dalam pelukan... Allahuakbar, satu perasaan yang tidak terkata, sakit semua 'bagai hilang'... sungguh! satu jawapan yang common 


'BEST, SERONOK...Allahuakbar, MashaAllah, SubhanaAllah... tak serik!'

dan di kala anak semakin besar, pasti ibu-ibu merindui saat melahirkan... 

Bak kata mak saya, 

'You are all still my babies...and i miss my babies' 

Walaupun sekarang ni, 5 dari 11 orang adik beradik saya sudah pun berkahwin dan mempunyai anak... mak masih lagi ingat saat2 kami lahir ke dunia... betapa ia NIKMAT yang sangat berharga. 

Terima Kasih mak & Abah...jasa yang tidal terbalas... 'Ya Allah, kasihanilah mereka...ampun segala dosa mereka dan tempatkan mereka di syurga tanpa dihisab.aamin'



Lukisan Amanina, cuba anda cari di mana bayi dalam lukisan ni?
Nak tahu apa yang beliau ambil, boleh click di sini --> Cadangan untuk ibu dalam pantang








Kirimkan al fatihah buat Rasulullah s.a.w, para sahabat baginda ibu bapa, guru-guru, saudara mara, sahabat kita sama ada mereka masih hidup atau pun telah pergi di jemput ilahi...Moga mereka dicucuri rahmat kasih sayang Allah swt di dunia dan akhirat...

Wassalam,

Terima kasih kerana meluangkan masa.

Anisah.

Feel Free to Like & Share...;)

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...