Isnin, 21 September 2015

Puasa Arafah menghapuskan dosa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Alhamdulilah awal pagi 22sept, 8zulhijjah. Saya berkempatan mendengar kuliah subuh dengan tajuk Puasa Arafah, melalui radio ikim.fm





Di antara perkongsian ustaz, dalam menghuraikan maksud hadis puasa Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu- ialah dosa yang kecil. Dosa yang besar, tentulah memerlukan seorang melakukan taubat nasuha dll. 



Manakala, dosa setahun yang akan datang pula, adalah dengan di mana Allah memberi taufiq kepada hambaNya, untuk tidak melakukan dosa. 

Wallahualam. 


Di bawah pula, perkongsian beberapa hadis yang berkaitan dengan puasa Arafah kepada yang sedang Menunaikan haji dan tidak . 



Semoga bermanfaat. 



PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS



عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ... أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة

َ
Dari Abu Qatadah bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: " Puasa hari 'Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah kecuali jika berada di 'Arafah. (HR Tirmizi No: 680)


Pengajaran:



1. Disunahkan berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah) bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji



2. Orang yang berpuasa pada hari Arafah akan mendapat ganjaran keampunan setahun sebelum dan setahun selepas



3. Ganjaran puasa sunat Arafah seolah-olah berpuasa selama dua tahun.



عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَلِمَةً تُشْبِهُ عَدْلَ ذَلِكَ قَالَ صَوْمُ عَرَفَةَ بِصَوْمِ سَنَتَيْنِ وَصَوْمُ عَاشُورَاءَ بِصَوْمِ سَنَة

ٍ
Dari Abu Qatadah bahwa Nabi SAW mengucapkan kata-kata yang mirip dengan kesamaannya, ia berkata; Puasa 'arafah seperti puasa dua tahun dan puasa 'asyura` sama seperti puasa setahun. (HR Ahmad No: 21568)


4. Rasulullah dan para sahabat tidak menunaikan puasa  Arafah ketika melaksanakan ibadah Haji. 



سُئِلَ ابْنُ عُمَرَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ بِعَرَفَةَ فَقَالَ حَجَجْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَصُمْهُ

وَمَعَ أَبِي بَكْرٍ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُمَرَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُثْمَانَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَأَنَا لَا أَصُومُهُ وَلَا آمُرُ بِهِ وَلَا أَنْهَى عَنْهُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ أَيْضًا عَنْ ابْنِ أَبِي نَجِيحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ رَجُلٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ وَأَبُو نَجِيحٍ اسْمُهُ يَسَارٌ وَقَدْ سَمِعَ مِنْ ابْنِ عُمَر
َ
Ibnu Umar ditanya tentang puasa Arafah di 'Arafah, dia menjawab, saya pernah melaksanakan haji bersama Nabi SAW dan dia tidak puasa di Arafah, saya juga pernah haji bersama Abu Bakar beliau juga tidak puasa 'Arafah, pernah juga bersama Umar dan dia tidak berpuasa, demikian halnya bersama 'Utsman, beliau juga tidak berpuasa dan saya tidak berpuasa juga tidak menyuruh orang lain untuk berpuasa dan tidak juga melarangnya. (HR TIRMIDZI No: 682)


JOM kita bersifat RAHMAH untuk melaksanakan puasa sunat Arafah (9 Zulhijjah atau pada hari Rabu 23hb Sept 2015 ini).





#Rahmah Untuk Semua#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor


...



Bersama kita mengumpul pahala dan menghapuskan dosa... Moga kita semua di tempatkan di syurga tanpa dihisab. 



Aamin ya rabbalamin.



Sila KONGSIkan untuk peringatan bersama. 



Terima kasih,



Salam hormat,



Anisah 

#menungguhari perjuangan melahirkan anak ke 3


.moga Allah permudahkan dan diberkati dengan kesihatan yang baik untuk bayi dan ibunya serta seisi keluarga. 



Aamin ya rabbalamin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...