Isnin, 7 September 2015

10 'Penyakit' Biasa ketika hamil

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 

Apa khabar anda semua? moga sihat selalu dengan izinNya. 

Alhamdulillah, diam tak diam.. saya dah pun hamil masuk bulan 8.. tup2, tinggal lagi 5 minggu sahaja menuju ke due date. erm, kalau ikut anak2 sebelum ni, tak cukup pun 40 minggu dah nak lahir dah. untuk kali ini, tak tahu lah.. sebab setiap pregnancy lain2 kan.. 

Macam-macam yang lain tau.. ada sesetengah orang mabuk di awal mengandung sahaja, ada yang sepanjang kehamilan, ada yang takde simptoms pun, ada yang kencing manis la, ada yang darah tinggi la.. hanya ketika hamil. 

'Penyakit' yang datang hanya ketika hamil ni, kadang2 buat ibu2 rimas kan? ada yang menyebabkan kurangnya KESERONOKAN hamil kan? 

InshaAllah sebenarnya, ada cara nak kurangkan 'penyakit' ni datang atau pun berpanjangan sepanjang kehamilan. 




Ok sebelum tu, izinkan saya berkongsi artikel yang di kongsikan oleh website Pa&Ma seperti di bawah; 

Bila mengandung memang macam-macam perubahan yang dialami oleh bakal ibu. Perubahan hormon menyebabkan beberapa ketidakselesaan semasa mengandung. Walaupun merisaukan tetapi ia perkara biasa yang kebanyakannya perlu dilalui oleh ibu mengandung. Tetapi jangan risau, kebanyakannya tidak berbahaya tetapi ibu tetap perlu ambil berat beberapa simptom dan jika semakin teruk, segera hubungi doktor anda. 
1. Muntah
Ia petanda awal kehamilan dan boleh berlauk pada bila-bila masa. Keadaan menjadi lebih teruk jika ibu keletihan. Rasa loya dan muntah hilang selepas minggu ke-12 kehamilan tetapi adakalanya ia kembali semula.
2. Gusi berdarah
Masalah gusi berdarah dialami terutamanya selepas memberus gigi. Gusi menjadi lembut ketika hamil menyebabkan mudah cedera.
3. Kerap buang air kecil
Disebabkan rahim yang menekan pundi kencing membuatkan anda asyik ke tandas.
4. Sembelit
Pembuangan air besar yang keras dan kering pada sela masa yang kurang kerap daripada biasa. Ia disebabkan hormon kehamilan progesteron mengedurkan otot usus. Oleh itu pergerakan usus perlahan.
5. Kekejangan
Kontraksi otot yang menyakitkan, biasanya berlaku pada anak betik dan kaki. Ia kerap berlaku pada waktu malam. Mungkin disebabkan kekurangan kalsium.
6. Berasa pitam
Mudah rasa pening dan tidak stabil. Ia disebabkan tekanan darah lebih rendah semasa mengandung.
7. Sesak nafas
Ia kerap berlaku di akhir kehamilan apabila bayi yang semakin membesar menekan atas diafragma ibu, menghalang anda daripada bernafas dengan lancar. Keadaan ini berkurangan kira-kira sebulan sebelum kelahiran bayi apabila kepalanya turun ke ruang pelvik.
8. Pedih ulu hati
Rasa sakit yang kuat pada bahagian tengah dada. Ini kerana injap pada pintu masuk ke perut kendur semasa anda hamil disebabkan oleh perubahan hormon. Oleh itu, asid perut mengalir semula ke esofagus (saluran ke perut).
9. Buasir
Berasa gatal, sakit atau berlaku pendarahan apabila cuba membuang air besar. Ini kerana tekanan daripada kepala bayi menyebabkan vena di sekeliling anus membengkak. Keadaan bertambah buruk apabila memaksa diri untuk membuang air besar.
10. Sukar tidur malam
Biasanya ia berlaku di akhir kehamilan apabila bayi semakin membesar dan ibu semakin kerap membuang air kecil. Selain itu rasa panas yang melampau membuatkan ibu semakin sukar tidur selain tidak selesa dengan perut yang membesar.

Di petik dari Pa&Ma

...

Macam biasa2 je 'penyakit' kat atas ni kan? huhu.. boleh bayangkan ketidakselesaan nya. 

Alhamdulillah, pregnancy kali ni, kebanyakkan 'penyakit' di atas sangat2 dapat di kurangkan dan ada yang takde pun. Alhamdulillah, dengan izinNya. 

Alhamdulillah, bila badan kita cukup nutrisi, banyak dapat di kurangkan, di elakkan. contohnya;


  • Dengan pengambilan kalsium yang cukup, kejang kaki dapat di elakkan. tambahan lagi dalam ostematrik (bukan sekadar kalsium) ada magnesium, vitamin D dll yang boleh bantu elakkan sembelit. Serius, makan ostematrik 4biji malam sebelum tidur, inshaAllah awal pagi lagi perut di'bersih'kan. 


  • Bila sembelit tiada atau kurang, buasir pun dapat di elakkan. 


  • Peppermint Ginger pula membantu sangat juga ada rasa mual2 ke, kembung perut ker..nanti angin sempoi bahasa keluar dengan bahagianya. inshaAllah boleh elakkan rasa nak muntah tu.. boleh bancuh jadikan macam air teh ginger... berangin jer. 


  • Bila badan selesa, tidur malam juga lena.
  • Masalah gusi berdarah? cukupkan dengan protein dan kalsium.. inshaAllah dapat di elakkan. 
  • Sesak nafas? boleh terjadi sebab kurangkan iron dalam darah, oxigen yang dapat di bawa dalam darah berkurang dari biasa. inshaAllah 2bj vitalea membantu. (Info Vitalea)
  • Vitamin C sangat penting untuk tingkatkan imuniti badan dan bantu mencantikkan kulit. ini memang saya terasa sangat, alhamdulillah, kali ini, TIADA strechmark. kulit pun moist jer.  (Info Vitamin C )
  • Bcompleks (ada folic acid) bantu untuk kurangkan risiko kecacatan pada bayi dan pada masa yang sama mengurangkan stress. yelah kan ibu2 hamil ni.. emosi pun kekadang tu kurang stabil kan. hehe.( info Bcompleks)
Alhamdulillah, secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan SET HAMIL shaklee dan kesan-kesan sampingan nya. inshaAllah a healthy pregnancy, healthy baby. 

Nak tahu lebih lanjut pasal SET HAMIL ni? Jemput click : SET HAMIL TERBAIK!


Sebagai seorang muslim, kita wajib berusaha sebaiknya, dan kemudian bertawakal kepada Allah swt.  Moga Allah permudahkan , lancarkan dan berikan yang terbaik buat kita semua. Aaamin




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...