Khamis, 17 September 2015

3 Sebab Kenapa GULA perlu di kurangkan kepada KANAK-KANAK

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? Samà2 kita doakan kita semua sihat, dengan izinNya. 

Sebelum ini, saya ada kongsikan Salahkah makan gula kalau nak kurus? , hari ni Saya nak share sebab mengapa anda perlu kurang beri makanan / minuman bergula kepada anak anak anda.

Kenapa? sebab corak pemakanan kita bermula dari zaman kanak2 lagi... Ok jom layan 3 sebab utama...

1. Mula Tolak Makanan Sihat

Bila dah terbiasa dengan makanan yang manis, anak akan rasa tidak suka makan makanan sihat seperti sayur dan lain lain lagi.

Salah satu faktor, anak akan ketagih makan makanan yang manis itu dan kesannya, mereka kurang makan makanan yang sihat sebab dah rasa kenyang.

2. Jejas Tahap Kesihatan

Bila anak anak suka makan manis, ia akan memberi ruang kepada masalah obesiti di kalangan kanak kanak.

Akan timbul masalah kencing manis. Dan bila besar, terdedah kepada masalah masalah lain pula.

Click image untuk lebih jelas

3. Paten Pemakanan Anak Yang Tidak Sihat

Bila anak suka makan makanan manis. Ia akan jadi satu trend kepada mereka.

Bila dah jadi habit suka makan makanan manis, mereka tak suka makan makanan lain.

Kurang makan sayur. Kurang minum air kosong.  Diet mereka tak akan jadi seimbang.

So....

Jom ubah gaya hidup kita dan keluarga sebelum hasilnya seperti poster di bawah


Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".


KONGSIKAN sebagai PERINGATAN kepada rakan-rakan lain... satu click kita, mungkin menyelamatkan NYAWA rakan yang lain. 
.
.
.


nak gula2 yang selamat? boleh bagi dalam bentuk Vitamins! ;) sambil kunyah2.. sambil dapat khasiat vitamins nya. 

Gula2 kegemaran anak saya : chewable Vitamin C dan Chewable vitalea for kids

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...