Memaparkan catatan dengan label membuka rezeki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label membuka rezeki. Papar semua catatan

Ahad, 22 Jun 2014

Rahsia Magnet Kaya dan Berjaya! IMKK Jun 2014

Apa khabar rakan-rakan pembaca semua?

Alhamdulilah pada 12-15 Jun 2014 yang lalu saya telah 'terpilih' untuk mengikuti Seminar Insentif Magnet Kejayaan dan Kekayaan, anjuran Dr Azizan Osman dan team The Richworks. Menurut pihak penganjur,  jumlah peserta adalah sekitar 8000 orang. Bayangkan 8000 orang berkumpul dalam satu dewan... memang happening sangat!

Nampak saya tak dalam gambar ni? 


Alhamdulillah, dalam setiap sesi, saya duduk di tempat yang berlainan dan di samping orang yang berlainan. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat mengenali dan mengetahui kisah dan cabaran hidup orang lain. Ada juga yang datang ke sini, belum pun memulakan perniagaan, belum pun bercita-cita untuk berniaga. 

Alhamdulillah, saya pula? Hadir kerana ingin memajukan perniagaan saya. Tetapi ia bukan kelas pemasaran... ianya kelas pembersihan kolam jiwa, untuk menjadi kan kita magnet kepada kejayaan dan kekayaan dunia akhirat, inshaAllah. 

Sedutan akhbar Metro 



Allahuakbar. Energy yang berbeza.Proses pembersihan kolam jiwa. 

Saya kongsikan sebahagiaan dari input yang saya dapat sepanjang program ini. 

Dalam kita menuju ke arah menjadi magnet kejayaan dan kekayaan, kita perlu sentiasa menjaga hubungan sesama manusia, dan hubungan dengan pecipta kita. 

Empat hari yang penuh dengan macam-macam emosi, ada sesi menangis, ada sesi pengharapan dan ada sesi tersenyum dan tergelak sendiri. 

Kita perlu sentiasa memaafkan orang lain, sebab bila kita berdendam dengan orang lain, hati kita yang gelap...kita yang terasa terbeban dengan dendam tu. orang tu, ntah2 bahagia je dengan hidup dia. 

Maafkan, Maafkan, Maafkan...

Let it Go, Let it Go, Let it Go...

Dalam apa yg kita lakukan... Segalanya.. Dengan IzinNya. 

Kebergantungan kita kepada yang Maha Memberi... 

Macam-macam POWER (KUASA) yang Dr Azizan Osman ungkaikan.. di antara yang paling kerap di sebut, 

The Power of Syukur




The Power of Doa, The Power of Submission, The Power of Visualization, The Power of Focus dan macam-macam lagi... anda kena hadir untuk tahu lebih details, inshaAllah. 


The power of focus...

Setiap orang pasti ada impian, dan dalam kita ingin mencapai impian, pasti ada suara2 atau pun halangan yang terpaksa kita hadapi... di antaranya perasaan takut, was-was dengan kebolehan diri, hasutan dari ahli keluarga, rakan-rakan dan juga masyarakat. Kita perlu kuat dalaman dan hati yang cekal untuk kita merempuh rintangan menjadikan ia sebagai cabaran untuk kita lebih berjaya, InshaAllah. 




Pada petang hari ke 3, Sesi  Sharing bersama Dato Seri Tuan Syed Zainal, Ex CEO Proton


Di antara perkongsian beliau, 

Persepsi kebanyakkan dari kita  : Nak berjaya kena ada background keluarga berjaya, ada peluang yang yang besar dsb.

Tetapi sebenarnya... apa yang kita perlu untuk berjaya?

1. Extreme level of confidence
-the way you bring dan put yourself. Walk, speak, smile, talk.

2. Jangan malas cari ILMU
-terutama ilmu di luar buku. Use all senses (dengar, lihat, sentuh) to perceive information from your surroundings.

3. Janganlah takut gagal (takut malu, takut risiko)
-semua benda berisiko sekarang. Keluar jalan raya risiko dilanggar kereta. Hujan risiko dipanah petir. Nak berjaya, risiko memang asam garam.

4. Kena SUKA dikritik. Buka hati seluas-luasnya. 
-Bila kita di kritik, peluang untuk memperbaiki diri terbuka luas

5. Bersyukur dengan apa yang ada. Bersyukur bukan pasrah. Bersyukur maksudnya hargai. Say and express to Allah, thank him.

6. Have crystal clear DREAM.
-tulis. Kalau tak sekadar angan-angan mat jenin.

7. Paling DISIPLIN
-it's all in your mind. It's you who choose when to be disciplined.

8. Pilih kawan-kawan yang BERJAYA.
-maka anda pun akan jadi berjaya. Tak rugi memilih kawan. Nak kawan yang gagal dan anda gagal atau be selective dan anda berjaya? Pilihan anda.


................................................

Check list cuci KOLAM JIWA 

Pesanan DAO bagi cheklist penyucian kolam jiwa....

📌 Solat Tahajud
📌 Solat Istikharah
📌 Solat Sunat Fajar, 2 rakaat sblm subuh.
📌 Solat Dhuha
📌 Mandi Garam
📌 Istighfar 101 kali
📌 Selawat 1000 kali

Berpesan-pesan dgn kebenaran, berpesan-pesan dengan Kesabaran.


....................................................

Status Facebook dan gambar saya & rakan-rakan sepanjang program di jalankan;




Bersama susur galur Master Hafsah, Beliau sudah pun berada dalam rank tertinggi dalam shaklee
dan kini sedang hamil 7 bulan pun sanggup datang ke program ini,
 demi ilmu, di gagahi jua..


 




...............
Sedutan video sepanjang program IMKK, 12-15 June 2014 di The Mines...





Allahuakbar, sebenarnya dah lama sangat mentor saya, abang Mohd Firdaus cadangkan suruh pergi...siap dia kata ' Saya bagi warranty, kalau anda rasa IMKK tidak memberi apa-apa manfaat pada anda, saya akan refund balik yuran tu' ... punyalah, beliau yakin sangat yang IMKK akan memberi impak yang baik pada peserta nya. Pengalaman beliau sendiri yang membuatkan beliau NAK sangat orang lain pun pergi juga, proses pembersihan kolam JIWA yang bukan boleh dapat di tempat lain. Kisah beliau di sini : Perubahan peserta IMKK.



Di akhir kalam, Alhamdulillah, secara jujurnya seminar ini mencapai matlamatnya...iaitu  belajar untuk menyucikan hati dan menghargai manusia dan meletakkan sepenuh pengharapan pada pecipta manusia dan alam semesta...iaitu Allah swt!. 

'Tidak bergerak sebutir zarah pun, jika tanpa izinNya' 

Buat anda yang mencari idea/ terasa macam KENAPA la Hidup aku Begini... Jemput ke IMKK 23- 26 Oktober 2014 bertempat di Ideal Convention Centre, Shah Alam.  Tiket sudah boleh di beli sekarang... harga biasa RM997, tapi sekarang ada tawaran khas untuk alumni program..harga istimewa sehingga 30 JUN 2014 ini. Hubungi saya untuk tempahan. ;) 

Maafkan saya dan keluarga jika ada sebarang salah silap, izinkan kami untuk bahagia... Jika anda yang perlu penyelesaian, jangan segan silu untuk menghubungi kami ye...

Saya sayang anda, atas nama Islam... InshaAllah!

Sekian. Anda kaya dan berjaya dunia akhirat

Terima kasih kerana meluangkan masa...Sehingga berjumpa lagi. 

Usaha...Doa...dan TAWAKAL. 


Jemput 'LIKE' post ni dan JOM 'SHARE' dengan orang tersayang. 

Semoga ada di kalangan anda mendapat manfaat dari entry ini

TERIMA KASIH!!!! ANDA KAYA DAN BERJAYA! 

Rabu, 28 Mei 2014

MEMBUKA PINTU REZEKI MENURUT AL-QURAN DAN SUNNAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda hari ini? Alhamdulillah, moga kita semua dalam keadaan sihat sejahtera dan dalam perlindungan & rahmat Allah swt. 

Hari ni saya ingin berkongsi 10 Tips membuka rezeki berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. 
 (teks asal dikongsikan oleh rakan saya)
Semoga kita istiqamah dalam mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. InshaAllah. 



1. Taqwa
 "Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH SWT nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan (yang dikehendaki) nya. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah ath-Thalaq: 2-3).



2. Tawakkal
 Nabi SAW bersabda: "Seandainya kamu bertawakkal kepada ALLAH dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

3. Solat Dhuha
Firman ALLAH dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)



4. Istighfar
"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (Surah Nuh: 10-12).


"Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada ALLAH), nescaya ALLAH menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan, dan ALLAH akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka." (HR Ahmad, Abu Dawud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim).

5. Silaturrahim
Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Siapa yang senang untuk dilapangkan rezekinya dan di akhirkan ajalnya (di panjangkan umurnya), hendaknyalah ia menyambung (tali) silaturrahim."

6. Sedekah
Sabda Nabi SAW: "Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)




7. Berbuat Kebaikan
"Barangsiapa yang datang dengan (membawa) kebaikan, maka baginya (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu; dan barangsiapa yang datang dengan (membawa) kejahatan, maka tidaklah diberi pembalasan kepada orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu, melainkan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan." (Surah Alqashash:84)

Nabi bersabda: "Sesungguhnya ALLAH tidak akan zalim kepada hamba-Nya yang berbuat kebaikan. Dia akan dibalas dengan diberi rezeki di dunia dan akan dibalas dengan pahala di akhirat." (HR. Ahmad)

8. Berdagang
Dan Nabi SAW bersabda: "Berniagalah, kerana sembilan dari sepuluh pintu rezeki itu ada dalam perniagaan." (Riwayat Ahmad)

9. Bangun Pagi
Fatimah (puteri Rasulullah) berkata bahawa saat Rasulullah SAW melihatnya masih terlentang di tempat tidurnya di pagi hari, Baginda SAW mengatakan kepadanya, "Puteriku, bangunlah dan saksikanlah kemurahan hati Tuhanmu, dan janganlah menjadi seperti kebanyakan orang. ALLAH membahagikan rezeki setiap harinya pada waktu antara mulainya subuh sampai terbitnya matahari." ( H.R. Al-Baihaqi)

Aisyah r.ha juga menceritakan sebuah hadits yang hampir sama maknanya, yang mana Rasulullah SAW bersabda, "Bangunlah pagi-pagi untuk mencari rezekimu dan melakukan tugasmu, kerana hal itu membawa berkah dan kejayaan." (H.R. At-Tabarani)

10. Bersyukur
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim:7)

Setiap perkara yang berlaku adalah dengan izin Allah, lakukan setiap perkara kerana Allah... inshaAllah. dipermudahkan urusan kita. 

Kisah motivasi dan inspirasi menjadi USAHAWAN berjaya... 
Ilmu MAHAL yang diberi FREE melalui  ebook sila click 

Usaha...Doa...dan TAWAKAL.

Feel free to LIKE and SHARE


Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...