Memaparkan catatan dengan label supplement. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label supplement. Papar semua catatan

Khamis, 26 Januari 2017

LANDMARK STUDY - Shaklee

SHAKLEE LANDMARK STUDY!

"Betul ke Shaklee ni SELAMAT dan BERKESAN? Ada kajian klinikal tak?"

"Betul ke makan suplemen ni BERFAEDAH untuk kesihatan kita? Atau cuma gimik nak lakukan produk dan membazir duit je?"

"Selamat ke makan suplemen banyak-banyak ni? Tak jadi toksin dan effect buah pinggang ke lepas 10-20 tahun nanti?"

Kalau anda ada persoalan macam ni, jangan risau, SHAKLEE LANDMARK STUDY  ada jawapannya!

APAKAH LANDMARK STUDY?



LANDMARK STUDY adalah kajian PERTAMA seumpamanya di dunia, dijalankan untuk menilai FAEDAH DAN RISIKO penggunaan suplemen dalam JANGKA MASA PANJANG (Di kalangan pengguna Shaklee lebih 20 tahun!)

Ia dijalankan dengan kerjasama UNIVERSITY OF BERKELEY, CALIFORNIA dan diketuai oleh DR GLADYS BLOCK, iaitu seorang Professor di Jabatan Public Health Nutrition and Epidemiology.

Kesimpulan daripada LANDMARK STUDY ni, pengguna yang menggunakan Shaklee dalam jangka masa panjang (lebih 20 TAHUN) mempunyai TAHAP KESIHATAN JAUH LEBIH BAIK berbanding pengguna suplemen jenama lain atau yang langsung tidak mengamalkan suplemen.

Nak tahu lebih detail pasal kajian ni? Jemput baca info penuh di sini:-

Shaklee Malaysia - Landmark Study = kajian penting

Maria Firdaus -The-landmark-study-bukti-shaklee-selamat-dan-berkesan-untuk-jangka-masa-panjang

InshaAllah hari Ahad 19Februari 2017 ini saya akan hadir ke Landmark Study Roadshow bagi mendapat penjelasan dari Scientist Shaklee sendiri...;) Nanti saya kongsikan ya...


Sehingga berjumpa lagi...

Wassalam,

Anisah 0136216522

Sabtu, 14 September 2013

Luka Cepat Sembuh dengan Vitamin C

Assalamualaikum dan Salam ceria, 

Apa khabar anda hari ini? di harap semua sihat dan sejahtera hendakNya. 

Kanak2 kalau takde jatuh, takde luka seumur hidup... macam pelik kan? hehe.. perkara ni berlaku juga pada saya dedulu... dan kini tiba giliran anak2 pula. 

2 hari lps, ada accident kecil berlaku kat rumah, main tolak-tolak dengan abang Anas, tetiba Amanina jatuh dan terkena bingkai pintu. darah menitis-nitis.. dia boleh ketawa lagi dengan abang... abang pun beria ajak main lagi. 

Aduhai anak ohh anak.. 

Tengok la gambar Amanina, budak cantik ni ber plaster di kepala... Amanina duduk diam-diam je  masa Doktor bersihkan dan letak plaster yang dawai kecil untuk rapatkan luka. 

Pesan Dr : Jangan basahkan tempat luka dan datang balik dalam masa 2 hari. 
                   Dan JANGAN JATUH LAGI...

Aduhai.. budak-budak kan.. kalau tak jatuh, mana nak tahu jatuh tu sakit kan.. 


Adik ohh Adik.. 

Amanina makan 2 biji/sehari chewable vitamin C, kan vitamin C mempercepatkan penyembuhan luka... Alhamdulillah luka nya dalam masa 2 hari dah sembuh... 

Buat followup checkup, Dr kata Alhamdulillah takde jangkitan dan luka dah sembuh. 

Alhamdulillah... Moga Amanina membesar dengan cantik luar dan dalam, inshaAllah.



Doktor bekalkan juga ubat tahan sakit, tapi Amanina nak vitamin C je... 

Chewable vitamin C shaklee diperbuat dari rose hip... 

Selasa, 10 September 2013

Pelajar Perubatan Mesir VS supplemen Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah... 


Di atas perkongsian ikhlas dari seorang rakan. 

Rakan baik kami, Dayah yang merupakan pelajar perubatan di Mesir berkongsi PENGARUH shaklee di kalangan pelajar pintar. 





Pada mulanya, beliau bertanya dengan saya mengenai harga bagi ESP, vitamin E, vitamin C, vitamin B complex, omega guard... Saya pun mcm pelik, dia ni mcm2 produk shaklee dia tahu, dah biasa makan ke? dah biasa beli ke?  Saya pun maklumkan seperti yang diminta. 

Nak di jadikan cerita, rupanya beliau dah biasa dengan produk shaklee ini sebab ramai rakan-rakan yang TOP dalam kelas sejak sekolah lagi dah makan shaklee. terasa tercabar juga kan, "aku pun nak berjaya seperti mereka". 

Kata beliau, sebagai pelajar perubatan, mereka di ajar tentang keperluan vitamin di dalam perkembangan otak dan badan. Kerana itu, beliau bertambah yakin, kepentingan vitamins bagi perkembangan otak dan fizikal yang baik. 

InshaAllah, Saya doakan beliau berjaya menamatkan pengajian beliau di Mesir dengan jayanya dan kembali untuk berkhidmat sebagai Doktor pakar di Malaysia satu hari nanti. 


Jom ikuti perkongsian beliau..




Alhamdulillah, shaklee semakin mendapat tempat di kalangan Masyarakat Malaysia (dan juga seluruh dunia) kerana telah semakin ramai yang telah merasai kesan positifnya... 

Ikuti apa itu ESP, Vitamin E, B Complex dan Omega Guard yang menjadi pilihan ibu bapa, remaja dan dewasa. 

     

     Soy Protein Isolate Powder (ESP)
ü Minuman membekalkan tenaga berpanjangan
ü  Meyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot
ü  Penting untuk kanak-kanak,ibu menyusukan anak, dan mereka yang sedang pulih dari sakit 
ü  Mengoptimumkan penyerapan nutrien lain 

o   Sesuai di minum begitu sahaja
o   mahupun di campurkan dengan milo / horlick.. panas/ suam/sejuk...
o   Sesuai untuk quick breakfast/sahur

 Vitamin E
ü  Softgel yang mengandungi ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol
üMengurangkan risiko sakit jantung
ü  Menyokong prestasi otot dan mempercepatkan pemulihan
ü  Anti oksidan, menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas
ü  Menolong melawan penuaan pra-matang pada kulit
ü  Meningkatkan kelelakian dan kesuburan



  
Omega  Guard
ü  Softgel yang mengandungi 85% Omega3 (tinggi dengan DHA dan EPA)
ü Mengalakkan perkembangan mental untuk dewasa dan kanak-kanak
ü  Mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah
ü  Mengurangkan risiko payudara, prostat dan usus
ü  Mengurangkan radang sendi


 

  B complex

ü  Tablet yang mengandungi vitamin B1, B2, B3,B6 yang menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga serta folic asid dan B12 membantu pembentukan sel darah merah di dalam tubuh
ü  Menggalakan kesihatan jantung, metabolism tenaga dan replikasi DNA yang sihat
ü  Menukarkan makanan menjadi tenaga
ü  Mengurangkan simpton kemurungan dan tekanan
ü  Meningkatkan fungsi otak
ü  Menaikkan selera makan 


















* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-

BEST Price Offer
FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!
Anisah Khalid
Shaklee ID : 963691
Call / SMS/Whatapps 0136216522

FB : ANISAH KHALID





Isnin, 2 September 2013

Sedapnya sambal tu.. tapi saya ada ulser mulut...aduh sakitnya

Ulser mulut...Apa zat yang terkurang ni?

Makanan Malaysia terkenal dengan pedasnya...tidak kiralah makanan melayu, india mahupun Cina.

Sedikit sebanyak mesti nak ada cilinya. Saya sendiri pun rasa macam kurang puas kalau makan makanan yang tidak pedas.

 Ini di antara menu biasa kita kan?
Tapi sayangnya tidak dapat nak menikmati sangat kelazatan makanan ini kalau mulut kena ulser.

Ouch... lagi-lagi kalau ulser tu bukan setempat je. merata mulut ada, aduhai.. rasa nak tercabut rambut bila kuah nya terkena kat tempat ulser tu. Kalau ulser yang teruk, even minum air kosong pun sakit juga. 

Saya faham sangat KESAKITAN nya, sebab dulu saya selalu kena ulser ni.. aduhai terbatas sikit mulut ni nak bercakap. kadang sampai orang kurang faham saya cakap sebab jadi PELAT gara2 nak elakkan gigi terkena ulser...

Aduh.. Sakitnya... namun Alhamdulillah sejak kenal Shaklee ini, saya semakin peka dengan punca dan cara mengelakkan ulser ni. 

Jom, saya kongsi sikit pasal ulser mulut ni....

Ahad, 1 September 2013

Akhirnya saya berhenti kerja... Shaklee penguat kasih...


Alhamdulillah dalam kesibukan menyiapkan tugas terakhir  sebagai staf UiTM, ramai rakan2 yang semakin mengetahui tentang Shaklee, dtg kepada saya untuk mendapatkan supplemen mengikut kesesuaian 'SAKIT' dan 'BAGET'.

Terima kasih rakan2, inshaAllah minggu hadapan saya COD/deliver ye..


Supplemen terbaik untuk semua peringkat umur
     
Anas akan ajak ke surau selepas 'lawatan' di Shaklee..
 Alhamdulillah kecik2 lagi anak mama dah ingatkan tentang solat. 

Amanina and her future dream car... 
Jom kita plan...

Alhamdulillah...
dan Hari ini... Saya bakal berjumpa dengan Upline Shaklee saya dalam Gathering Raya + 'Magic' Session untuk mendapatkan lebih ilmu dan kemahiran dalam berbisnes nih. Mereka sangat prihatin dan memberi sokongan yang jitu pada kami. Tak sabar rasanya nak serap dan praktikkan ilmu tersebut. (Akan di muatkan dalam entry berikutnya... nantikan nya ye)

InshaAllah..bulan September yang penuh dgn cabaran dan kejayaan!

Jom set goal kita!

Salam Kejayaan,
Anisah, 31 Ogos 2013

Please LIKE this post and SHARE if you like this post via below social media links.

Isnin, 5 Ogos 2013

Optimumkan kesan VITAMIN

Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai?

Bagi setiap pelanggan Shaklee  jadual pengambilan vitamin bersesuaian dengan jenis-jenis vitamin yang diambil. Oleh itu, jadual bagi setiap pelanggan mungkin berbeza tetapi asasnya tetap sama.

Terdapat rule of thumb yang boleh dijadikan panduan:

Vitamin larut air ( B-complex dan Vitamin C) :
Seelok-eloknya diambil dengan segelas air untuk penyerapan yang efektif dan elakkan diambil bersama-sama makanan berlemak/berminyak.

Vitamin Larut Lemak ( A, D,E K) :
Diambil selepas mengambil makanan berlemak / berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.

OsteMatrix@Calcium :
Diambil bersama produk tenusu seperti susu. Selain itu, pastikan calcium anda mempunyai magnesium kerana magnesium membantu calcium lebih mudah diserap.

Iron:
Diambil bersama dengan vitamin C kerana iron memerlukan vitamin C untuk lebih mudah diserap

Bagi mereka yang baru mengambil supplement, anda boleh gunakan jadual di bawah sebagai panduan. Ini secara umum yea.

Selepas sarapan : 1x Vitalea, 1x B-complex
Antara sarapan dan makan tengahari : secawan ESP
Selepas makan tengahari : 1x Vitamin C, 2x Alfalfa
Antara makan tengahari dan makan malam : Secawan ESP
Selepas makan malam : 1x Omega, 1x Vitamin E
Sebelum tidur : 2@4x OsteMatrix

Bagi anda yang mengamalkan lecithin untuk berdiet atau merendahkan kolestrol, ambil 2 caps selepas sarapan, makan tengahari dan makan malam berserta dengan 2 biji alfalfa.

Pantang Larang pengambilan vitamin yang perlu dipatuhi

  1. Alfalfa bersama Vitamin E -  Vitamin E akan menghalang penyerapan Alfalfa
  2. OsteMatrix bersama Iron  - Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vitalea mempunyai Iron jadi elakkan pengambilan bersama ostematrix atau produk tenusu. Produk tenusu=kalsium kan?
  3. Alfalfa bersama GLA complex – GLA complex mempunyai vitamin E jadi berbalik kepada pantang no. 1
  4. Pengambilan vitamin bersama kafein seperti kopi dan teh kerana kedua-dua minuman ini mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin.
  5. Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil vitalea kerana vitalea mengandungi iron.
Kredit kepada MyChibibox

Selain itu, anda perlu baca entry berikut untuk mengetahui cara mengoptimumkan pengambilan vitamin


** These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ahad, 28 Julai 2013

Pergerakan bayi mengikut minggu ke minggu...



Alhamdulillah... telah di beri peluang untuk mengandung sebanyak 2 kali... MashaAllah...satu pengalaman yang seronok! Jika di tanya "Nak mengandung lagi?"... jawapannya tentu "NAK"... inshaAllah jika di izinkan Allah..

InshaAllah dgn izinNya, semua ibu akan merasai pergerakan bayi seperti dibawah.... dan semua pasangan suami isteri di luar sana juga akan di kurniakan anak ... 

Ya Allah, kau kurniakanlah rezeki anak kepada semua pasangan suami isteri yang mampu membimbing anak2 menjadi KhalifahMu...Semoga bertambah Ummat Nabi Muhammad dan Khalifah Allah di muka bumi ini...

SubahanaAllah antara detik2 yg saya rindui... 


Bagaimanakah ibu merasai pergerakan bayi  dari minggu ke minggu?

Anda tidak akan dapat merasai kesemua pergerakan bayi anda. Sesetengah pergerakan berlaku sekejap sahaja dan tidak sempat untuk anda merasainya. Anda lebih berkemungkinan merasai pergerakan-pergerakan yang berlangsung lebih daripada beberapa saat. Berikut ialah panduan mengenai pergerakan apa yang dijangka anda boleh merasanya dan bila:

~ Dari minggu ke-20 hingga ke-24

Aktiviti bayi anda akan bertambah secara beransur-ansur dari minggu ke minggu. Ketika ini, anda akan menyedari bahawa bayi anda lebih aktif pada siang hari di mana dia banyak membuat pergerakan menendang dan balik kuang (somersault).

~ Dari minggu ke-24 hingga ke-28


Anda mungkin mula menyedari apabila bayi anda mengalami sedu. Apabila ini berlaku, anda akan rasa seperti tersentak-sentak. Karung amnion (ketuban) anda pada ketika ini mengandungi sebanyak 750ml cecair yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Anda juga mungkin menyedari bahawa dia akan terkejut apabila mendengar bunyi kuat secara tiba-tiba.

~ Pada minggu ke-29

Bayi anda akan mula membuat pergerakan kecil yang lebih mantap, disebabkan dia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.

~ Pada minggu ke-32

Anda mungkin menyedari pergerakan bayi anda memuncak ketika ini. Selepas ini, jumlah pergerakan yang anda rasa akan berkurangan. Ini adalah normal kerana dia tidak mempunyai banyak ruang untuk bergerak.

~ Mulai kira-kira minggu ke-36

Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama kerana otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut.

Pergerakan utama yang anda akan rasa pada peringkat ini ialah pukulan tangan dan kaki bayi, dan dia juga akan membuat tendangan kuat yang agak memeritkan pada tulang rusuk anda.

Sekiranya ini bukan kehamilan anda yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh anda dijangka bersalin.

~ Dari minggu ke-36 hingga ke-40

Badan bayi kini lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi menghisap jari dan jika jarinya terlucut, anda akan merasa pergerakan yang pantas dan perit. Ini kerana dia sedang memusingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri untuk mencari jarinya semula!

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesarannya juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang...


Sedang mencari supplement yang bersesuaian utk anak dan ibu? 

Dapatkan set di bawah dengan harga ISTIMEWA... 


Maklumat Lanjut tentang Set Hamil, Pantang dan Menyusu

SHAKLEE FOR MEN


Shaklee : For Men

How to stay young, fit and energetic?

Introducing Shaklee health products just for men!!! A set of products that helps you to stay young, fit and energetic.

The products are:
1) Omega Guard
2) Vita-E Complex
3) Zinc Complex


Why the need of Omega-3?

Research have shown that consuming omega-3 increase the cardiovascular health by maintain the Triglyceride and blood pressure level in a normal state as well as the function of the brain, vision and joint.



What is Vitamin E?

Vitamin E functions are to help sustaining the heart health, muscle and prostate as well as improving the lung function, colon and the immune system.



Why Zinc?

Zinc is an essential mineral that is found in every cell in our body. It stimulates the activity of enzymes and the function of the male sex organ.



Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-

BEST Price Offer
FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!
Anisah Khalid
Shaklee ID : 963691
Call / SMS 0136216522

FB : ANISAH KHALID

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...