Memaparkan catatan dengan label Set diet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set diet. Papar semua catatan

Ahad, 1 Januari 2017

SELAMAT kurus di TAHUN BARU 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, kita dah pun menghirup udara di tahun baru, 2017... sekejap je lagi nak tahun 2020 kan? tahun yang di sebut2 selalu oleh Tun M sewaktu pemerintahan beliau dulu. 

Saya nak berkongsi tentang azam yang paling selalu di sebut2 oleh mereka yang berLEBIHan berat badan. mesti terINGIN sangat kan nak berat badan ideal. 

Ada yang memang sejak zaman kanak2 lagi, di kategori insan yang COMEL. tapi kan sebenarnya, masih belum terlambat untuk berazam nak KURUSkan badan. Macamana nak SLIM ni? tak sempat nak ke gym la.. kan? Jangan Risau...melalui program NECK dah beratus orang yang BERJAYA diSLIMkan melalui program SLIM di rumah jer.

Ok jom ...

REALISASIkan AZAM KURUS 2017

 
.
Are you ready? Tahun 2016 dah dipenghujung. Rasanya ramai yang berazam nak kuruskan badan tahun 2017. Betul ke betul?
.
Stakat berazam TANPA TINDAKAN, seperti 'melepaskan batuk di tangga'. Kali ini cuba berazam bersungguh-sungguh. Buat sampai jadi.
.
Jom join Program Kurus dan Sihat 30 Hari. We are planning awesome thing to guide uols this coming year 2017 tau!
.
<> Program Kurus Hanya Dari Rumah. 
<> Makan Nasi Setiap Hari
<> Pemantauan ONLINE 24 jam sehari mentor berpengalaman. 
<> Nasihat pemakanan & nutrisi. 
<> Senaman hanya di rumah. 
<> Group support. 
<> Secret INFO Channel. 
<> Knowledgebased (ebook, articles etc)
.
Formula mudah dan berkesan telah terbukti membantu peserta turun berat sehingga 6kg dalam 2 minggu.
* Hasil adalah berbeza untuk setiap individu.
.
Sekiranya anda ingin dibantu, hubungi saya dgn kadar segera WhatsApp/SMS <NECK-Nama-Berat-Tinggi> ke Anisah 0136216522

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6 JAN 2017 bagi batch terkini. Fast action fast result.


Anda ibu menyusu?
Anda ada masalah kesihatan? seperti slip disc?
Anda masih muda?
Anda sudah tua?

Alhamdulillah setelah 2tahun program NECK dijalankan, kami telah berjaya membantu mereka yang mempunyai pelbagai latarbelakang. Ibu menyusu juga berjaya KURUS&SIHAT dan susu juga meriah! ;)

Jom hubungi saya segera, untuk kesihatan yang lebih baik...inshaAllah

Anisah 0136216522

takan nak tunggu 2020 baru nak berat ideal kan... Wawasan 2020..;) Jom sekarang!

Isnin, 26 September 2016

Terima Kasih ESP : kulit cantik , perut selesa.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dalam banyak2 product Shaklee, ESP adalah antara yg terPOPULAR sekali. Saya sendiri pun, antara consumer tegar sejak 2013.

 Dah berpuluh botol la minum..hehe. dulu sebab menyusukan Amanina, anak ke2 ( dan berjaya turun kan berat badan macam awal2 kahwin dulu), pastu terus kan je minum sebab best, kenyang, boleh elak gastrik dan terasa kulit cantik ( bukan perasan tau)... pastu dah pregnantkan Amni, terus kan lagi.. lahir la amni dengan kulit putih bersih, bam2 juga. Sekarang? Masih teruskan sebab fully breastfeeding amni... Alhamdulillah, untuk kesihatan baby& mama nya.

Cik abang pun minum juga, antara rahsia mengekalkan saiz yang sama sejak bertahun2... Psst baju pun boleh pakai bertahun2, kan saiz maintain je. Dan yg bestnye lagi, saiz kami sama, dan InshaAllah maintain sama sampai ke tua. Yang penting sihat ya!


Ok jom baca jap rumusan tentang ESP ni;

ESP - ENERGIZING SOY PROTEIN Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi!

ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

- Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung.

- Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.

ESP sesuai untuk siapa? SEMUA ORANG DEWASA, LELAKI & PEREMPUAN!


Dapatkan ESP dan VITAMIN C pada harga promosi sehingga 30 SEPT 2016.

4 HARI saja lagi yer!

Hubungi saya untuk maklumat lanjut. 😀

Anisah Khalid
0136216522

Jumaat, 18 Disember 2015

Sakit Tumit Kerana Obes?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? apa khabar diet anda hari ini?

Baru-baru ini, ada beberapa orang rakan saya mengadu mengalami SAKIT di TUMIT dan di LUTUT... ouch! melihat mereka berjalan pun, seolah terasa sakitnya. 

Solat? sudah tentu tak boleh rukuk & sujud dengan betul. 
Memanjat tangga? aduhai... kesian sangat. 

dan pergerakan lain juga menjadi terbatas. 

APA yang menyebabkan sakit tumit ya?

Saya kongsikan sedikit artikel dari mmgazette.com mengenai sakit tumit ni...

antara penyebab sakit tumit??? BERAT BADAN BERLEBIHAN
dan cara merawatnya??? KURANGKAN BERAT BADAN la kan...


Alhamdulillah, bila badan semakin slim a.k.a mencapai berat ideal, sakit tumit juga BERJAYA di kurangkan. Di bawah ini testimoni peserta NECK yang gembira dengan KESIHATAN yang beliau kecapi. 

Jom layan... 

SAKIT TUMIT KERANA BADAN OBES
===========================



Anem Alwi, berusia 37 tahun telah menyertai NECK pada April 2015. Berjaya menurunkan berat badan dari 80 kg ke 59 kg.

BIG WHY nak menurunkan berat badan adalah kerana masalah kesihatan dan sakit tumit kaki sehingga terpaksa mengambil suntikan di tengah2 tumit yg amat menyakitkan.

Disebabkan masalah tumit yg dihadapinya, pergerakkan dan senaman juga terbatas. Jadi beliau sangat menjaga pemakanan. Dalam NECK kita menekankan 70% menjaga pemakanan.

Alhamdulillah dengan adanya pemantauan drpd coach dan support group dlm NECK, beliau berjaya menurunkan berat badan dari obesiti ke ideal weight.

Bersyukur dipertemukan dengan NECK. Nak kurus dan sihat, tak perlu beri banyak alasan. Just do it!

In sha Allah dengan izinNYA, kita berjaya turunkan berat badan dengan jayanya.

"Manjadda wajadda" Siapa berusaha dia berjaya.

Saya doakan anda kurus dan sihat.

Agen NECK
Anisah Khalid
0136216522

Ahad, 13 September 2015

Apa yang BEST nya ESP ni?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar anda semua hari ni? Sama2 kita doakan semua nya dalam keadaan sihat, ceria dan diberkati..inshaAllah. 

Hari ni, izinkan saya berkongsi 'cerita' ceria... BESTnya ESP! ye ker? kenapa pula? 

Dalam banyak2 produk shaklee, ESP antara produk keGEMARan ramai, sebab apa? 




Sebab antara feedback pengguna tegar, ( ada yang baru berjinak2 juga dah dapat rasa) seperti berikut; 

♡ Kulit mereka lebih sekata,lebih cerah
♡ kulit kurang berminyak, bedak pun tahan lama kalau tepek kat muka

♡ Jerawat jarang muncul
♡ Kulit lebih anjal
♡ Rambut kurang gugur
♡ Kekal bertenaga sepanjang hari,
♡ kenyang lebih lama
♡ kurang nak mengunyah junk food
♡ takde dah gastrik/senggut
♡ tumbuh makin fit,slim
♡ kalau ibu hamil lak, mereka kata mereka lebih bertenaga, anak yang lahir kulit saaaangat cantik, tak mudah ruam
♡ kalau yang ibu menyusu pulak, mereka kata susu lebih pekat, banyak
♡ awet muda
♡ rahim lebih kuat
♡ Kuku jadi cantik
♡ Parut stretch mark hilang


Ini antara muka2 pengemar ESP...yang paling famous, untuk KECANTIKAN, MENYUSU, HAMIL, DIET, dan membekalkan tenaga! 


♡ dan jom layan testimoni bertulis dari mereka...;) 





Dr Bruce Miller menggalakkan pengambilan suplemen protin soya yang berkualiti tinggi!
 Dan ESP ni antara suplemen protin soya yang berkualiti tinggi


Cerita pasal ESP lagi? Jemput Click : ESP !!! YES!

Psst... bulan ni bulan PROMOSI ESP dengan TAWARAN super duper BEST! REBUT PELUANG ini! 


Di akhir kata, Jom kita kongsikan kenikmatan kesihatan melalui pemakanan yang baik, inshaAllah. 

;) Sehingga berjumpa lagi! 

Sabtu, 4 April 2015

Istimewa April 2015


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, Diam tak diam,dah masuk bulan April 2015!bulan ke 4, bagi tahun ini. Sekejap je kan? tup2, baby pun dah masuk 4 bulan juga. 

Untuk Entry kali ni, saya nak kongsikan promosi April 2015 yang awesome! 

2 produk penting sangat dan kegemaran mereka yang nak KURUS ataupun nak jaga berat badan. Lecithin dan Cinch 
1 vitamins yang famous untuk keCANTIKan dan keSUBURan : GLA Compleks
1 vitamins khas untuk DETOX hati : DTX
dan multivitamins kanak2- : Vitalea kids







Di samping promosi BEST ni, di bawah empayar mariafirdaus, sedang berjalan program Now Everyone Can KURUS batch ke 3, bermula pada 1 April --- dan bakal berakhir pada hari raya. Wow! ramai la yang selim melim nanti. 


Nak tahu TIPS PERCUMA untuk KURUS?
Nak tahu TESTIMONI terkini peserta NECK?
Nak tahu macamana nak KURUS tanpa seksa2?

Jemput singgah di sini --> Now Everyone Can KURUS



Sekian dulu, jika ada sebarang persoalan/perkongsia/dan apa2 la yang boleh saya bantu, sila lah hubungi saya ya...;) 

Bantu2 membantu ke arah kebaikan...Amalan Mulia! 

Saya doakan anda yang sedang membaca ni, Sihat , Ceria dan Bahagia selalu...

Sehingga berjumpa lagi, 

Anisah 
Rakan SID anda
0136216522
fb.com/anisahkhalid86

Isnin, 26 Januari 2015

Bfeeding Journey : Seronoknya Menyusukan Anak

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 

Apa khabar anda hari ni? moga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan keberkatan dalam hidup. 

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, diberi keizinan untuk menyusukan anak2 sendiri. satu kepuasan yang tidak terkata. betul tak ibu-ibu semua? 

Alhamdulillah, mak saya merupakan salah seorang 'idola susu ibu'. beliau pernah di jemput memberi taklimat penyusuan susu ibu di klinik kerajaan sekitar 20tahun yang lalu gara-gara berpengalaman menyusukan anak2 yang berjumlah 11 orang dengan jayanya. 

Alhamdulillah, kesannya susu ibu? kami adik beradik jarang sakit dan mak juga maintain slim..;) hehe, ada saya kongsikan pasal mak saya di sini -->opah cucu 16 orang tetapi awet muda
Wajah anak2 susu ibu, gebu2 semua..alhamdulillah

Alhamdulillah, mak lah antara pendorong terkuat untuk kami adik beradik turut memberi susu ibu kepada anak-anak kami. 

Alhamdulillah, anak sulung saya, Anas Huzaifah berjaya menyusu badan sehingga berumur 2tahun 2bulan. (sempat berkongsi dengan adik untuk sebulan). Sebab susu badan banyak sangat dalam pantang. Lain sangat 'corak penyusuan' anak lelaki dan perempuan. hehe, kalau anak lelaki memang bersungguh lagi lah. 

Amanina Aisyah pula berjaya menyusu sampai umur 3tahun 2bulan.. huhu. terlajak pula dari tempoh yang di sarankan kan?  seronok tau dapat bf ni. macam2 benefitnye, mak dapat, anak dapat. 

Poster di bawah menunjukkan manfaat penyusuan susu ibu kepada ibu dan juga bayi. Rugikan sekiranya kita tak gunakan peluang unyuk mengurangkan risiko MATI tau! 


Alhamdulillah, mak merupakan pengamal supplement sejak muda lagi, selain dengan pemakanan yang seimbang dan faham konsep SUPPLY and DEMAND  Alhamdulillah. tu antara rahsia mak berjaya menyusukan kami semua.  


Saya pernah kongsikan mengenai penyusuan susu ibu di sini, jemput click ya -->susu-terbaik-pilihan-ibu-terbaik


Perkenalan saya dengan shaklee, bermula dengan alfalfa compleks... kenapa?

Kak maria cadangkan untuk tujuan membantu dalam breastfeeding di samping boleh bantu buang toksin badan. Jadi oklah, tak salah kan mencuba. 

Masa tu amanina dah pun berumur 1tahun 6 bulan, kiranya tinggal lagi 4 bulan je untuk cukup 2tahun. Susu badan ada jer, cuma tidaklah meriah sangat. Amanina menyusu badan malam jer masa tu. kiranye siang2, kebiasaannya susu memang takde sangat. 

Tup2, tahu apa terjadi bila saya mula makan alfalfa dan ESP? 

Susu dengan sendiri nye jadi BANYAK... dan semakin syoknye amanina menyusukan. 

BONUS lagi... 

Maknye turun berat badan mendadaknya.. hehe, bayangkan tanpa kawalan makan sgt ( makanan yang seimbang la ye. ) , saya berjaya turun berat badan 5kg dalam masa 3bulan. wahh22... syok sangat tau! 


Cer tengok, nursing burns 300-500 calories in a day! maksudnye sambil kita menyusu kan anak, 300-500 kalori terbakar dalam sehari! bayangkan jika menyusukan selama 2tahun, tak kebanyak kalori yang terbakar. 

Bila saya mula menjadi Working-at-home-mum, amanina menyusu siang dan malam, tak pasal2 takpayah beli susu formula sangat. kira sepaket tu boleh tahan berbulan-bulan. ;) Manja dan rapat dengan maknye memang tak dapat dinafikan. Alhamdulillah. 

Seronok sangat, terasa anak puas menyusu dan badan pun bertambah slim. erm, belum di tambah dengan benefits yang lain. Cer google... Alhamdulillah hampir kesemuanya saya rasa. hehe, betul! tak caya? jom cuba...;) 




Dalam banyak2 vitamins shaklee, alfalfa compleks lah di antara  vitamins pertama yang saya ambil.

10 biji alfalfa, mengandungi 300mg kalsium  = segelas susu...

tu lah,antara sebab alfalfa membantu sangat bfeeding mums.

Ps.. Bonus lagi... Alfalfa adalah AGEN Detoks, bantu buang toksin dalam badan. ;) hehe. rahsia ibu yang makan alfalfa kembali slim melim. 

Opss... sejak dah tak bergelar ibu menyusukan (breastfeeding mum) ni, maka secara tak langsung badan pun mudah naik lagi. hehe, dulu boleh lagi makan lebih sikit.. sebab lebihan akan ke anak.. sekarang? erm kenalah lebih berjaga-jaga.

Seronok berkongsi cerita dengan ibu dalam pantang


Isu ni kami ada bincangkan dalam group Now Everyone Can KURUS ( nak tahu apa NECK? boleh click di sini--> NECK. )  syaratnya, breastfeeding mum takblh join.hehe, sebab apa? sebab menyusukan sendiri boleh mengurangkan berat badan secara semulajadi. 

Tapi ada pula yang kongsikan, ramai juga yang breastfeeding then masih overweight dan dahsyat lagi masih obes! huhu... oklah inshaAllah saya kongsikan pula kenapa pula ada yang obese kan even dah menyusukan... 

pelik tetapi BENAR! Setuju?

ok, stay tunedd...;) doakan saya dan keluarga juga anda semua diberikan kesihatan yang baik.. sehingga berjumpa lagi. 

Wassalam, 
Anisah
~A young mother sharing the breastfeeding journey, MashaAllah it is very wonderful~

Rabu, 29 Oktober 2014

Apa kata KKM mengenai Obesiti?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 

Alhamdulillah, saya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat masters dengan kajian mengenai pemakanan diet yang seimbang bagi mengurangkan kadar obesiti di Malaysia. 

Melihat kepada statistic yang diperolehi melalui sumber rasmi seperti dibawah, membuatkan saya seram sejuk.. huhu. ramainya orang yang obese kan sekarang. dalam the star online melaporkan 45.3% rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan. SCARY kan? (Berita penuh boleh baca di sini The star, june 2014)




Oklah, hari ni saya kongsikan dulu apa kata Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai OBESITI ni... jemput baca ya.. 

APA KATA KKM?


Kegemukan (Obesiti)

Pengenalan
Kegemukan atau obesiti (perkataan obesiti akan digunakan seterusnya) adalah satu penyakit kronik yang sedang menular di kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya. 10 tahun dahulu, obesiti hanyalah dikenal pasti sebagai faktor risiko kesihatan terutamanya untuk penyakit kardiovaskular khususnya penyakit jantung. Tetapi sejak 5 tahun kebelakangan, bersandarkan penemuan saintifk baru, masalah obesiti ternyata adalah satu penyakit yang membawa kesan buruk terhadap kesihatan dan menyumbang kepada penyakit-penyakit serius pada individu yang terdedah kepada obesiti terutamanya penyakit jantung dan diabetes (1, 2).
Negara Amerika Syarikat mencatatkan pada tahun 2003 - 2004 seramai 32.2% orang dewasa adalah obese (3). Manakala statistik di Malaysia melalui National Health Morbidity Survey yang di jalankan pada tahun 2011 mencatatkan 15.1% rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah obese. Ini menunjukkan peningkatan berbanding dengan 14% pada tahun 2006. Ini bermakna seramai 2.6 juta populasi dewasa di Malaysia adalah obese menjadikan Malaysia negara tertinggi mempunyai kadar obesiti di kalangan negara-negara asia tenggara (4).
Oleh kerana kadar obesiti yang tinggi dan penyebab kepada penyakit-penyakit kronik, saringan obesiti hendaklah di jalankan di premis kesihatan terutamanya di premis kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Definasi
Obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan. Lelaki dikatakan obese sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25% (5). Manakala wanita pula di katakan obese apabila lebihan lemak sebanyak 35%. Obesiti boleh di ukur menggunakan penggiraan Body Mass Index – atau BMI (Indeks Jisim Badan). BMI adalah indeks pengukuran berat badan berbanding dengan ketinggian.
Formula adalah seperti tertera:
BMI = Weight (kg) / Height² (m) ²
Saringan obesiti memerlukan ukuran berat badan dalam kilogram dan ukuran ketinggian di dalam meter.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendefinasikan BMI 30 kg/m2 atau lebih sebagai obes. Sementara BMI 25 kg/m2 atau lebih sebagai berat badan berlebihan (6).
Walau bagaimana pun risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular di kalangan penduduk Asia berlaku pada tahap BMI yang lebih rendah dari skala yang telah dinyatakan. Penduduk Asia mempunyai kadar lemak yang lebih tinggi berbanding dengan masyarakat barat pada skala BMI yang sama. 
Klasifikasi Kegemukan (Obesiti)
WHO Klasifikasi Obesiti untuk populasi Asia (rujukan 7)
KlasifikasiBMI (kg/m2)Risiko Kesihatan
Kurang berat badan<18.5Rendah
Julat normal18.5 - 22.9Risiko meningkat tetapi boleh di terima
Berlebihan berat badan> 23
Pra-Obes23.0 - 27.4Risiko meningkat dengan ketara
Obes 127.5 - 34.9Risiko tinggi
Obes II35.0 - 39.9Risiko sangat tinggi
Obes III> 40.0Risiko terlalu tinggi
Faktor Risiko Kegemukan (Obesiti)
Mengapa obesiti berlaku? Apakah faktor penyumbang kepada obesiti?
Faktor risiko obesiti adalah:
  • Umur. Peningkatan umur akan menyebabkan kadar metabolisma menurun. Oleh itu kenaikan berat badan akan ketara walaupun tiada sebarang pertukaran dan penambahan di dalam tabiat pemakanan dalam aspek jumlah, jenis dan kekerapan.
  • Gender. Kaum wanita mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadi obese berbanding dengan lelaki. Ini adalah kerana wanita mempunyai kadar metabolisma yang rendah berbanding kadar metabolism yang tinggi di kalangan kaum lelaki. Masalah obesiti ini akan menjadi meruncing apabila wanita mencapai menopause.
  • Faktor keturunan.
  • Aktiviti fizikal. Kurang melakukan aktiviti fizikal dan tidak menjaga pemakanan adalah faktor yang sangat penting di dalam peningkatan obesiti.
  • Faktor psikologi. Ramai individu yang makan berlebihan apabila menghadapi tekanan atau mempunyai ketidak stabilan emosi.
  • Penyakit. Walaupun tidak kerap, obesiti boleh berlaku kepada pesakit yang mempunyai penyakit hypothyroidism, kemurungan atau penyakit di bahagian otak yang menyebabkan pesakit makan berlebihan.
  • Ubat-ubatan. Ubat seperti steroid atau ubat untuk merawat kemurungan boleh menyumbang kepada obesiti.
Implikasi Kegemukan (Obesiti)
Obesiti menyumbang kepada banyak penyakit kronik yang boleh membawa kematian atau morbidity. Penyakit-penyakit ini boleh merendahkan kualiti hidup pesakit. Antara penyakit-penyakit yang disebabkan oleh obesiti:
  • Diabetes Mellitus
  • Penyakit hepatobiliary (fatty liver dan batu hempedu)
  • Dyslipidaemia (kolesterol tinggi)
  • Metabolic syndrome
  • Sleep apnoea
  • Penyakit jantung koronari
  • Cerebrovascular disease
  • Kegagalan jantung
  • Tekanan darah tinggi (hypertension)
  • Osteoarthritis
  • Gout
Mengapa Perlu Saringan Kegemukan (Obesiti)
Saringan obesiti adalah perlu kerana dengan menghitung BMI, pesakit boleh mengetahui status kesihatan. Jika BMI berada di skala yang tidak normal, pesakit tersebut boleh ke klinik atau hospital berdekatan untuk mengenal pasti faktor risiko obesiti. Seterusnya pesakit tersebut boleh mengambil langkah mengurangkan berat badan. Jika perlu, pesakit akan di beri rawatan sewajarnya. Pesakit juga boleh mendapatkan kaunseling untuk merawat obesiti.
Pesakit di galakkan menghitung BMI sekurang-kurangnya 3 – 4 bulan sekali atau setiap kali ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Penurunan berat badan akan menurunkan BMI dan penyakit kronik yang dihidapi akan lebih mudah di kawal.
Penurunan BMI juga boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik seperti tersenarai di atas.
Modaliti Saringan Kegemukan (Obesiti)
Pengiraan BMI hanya memerlukan alat penimbang berat badan dan pengukur ketinggian. Berat badan adalah dalam kilogram sementara ketinggian di dalam meter.
Rawatan Dan Pengendalian
Pesakit yang mempunyai obesiti perlulah berjumpa doktor untuk mendapat rawatan yang sewajarnya. Terdapat beberapa ubatan obesiti yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Walau bagaimana pun, pembedahan juga adalah satu pilihan rawatan dan pakar bedah akan mengendalikan kes-kes obesiti rumit.
Cara Mencegah Kegemukan (Obesiti)
Rawatan-rawatan yang telah dinyatakan hanya akan berjaya jika pesakit mengubah sikap dan menjalankan cara hidup sihat dengan mengawal pemakanan dan meningkatkan aktiviti fizikal.
Pengawalan pemakanan boleh di bantu dengan kaunseling oleh pegawai dietetik. Manakala penambahan aktiviti fizikal memerlukan tunjuk ajar dari pegawai pendidikan kesihatan.
Amalan pemakanan yang sederhana dan sesuai dengan menambahkan kadar serat dan mengurangkan lemak serta karbohidrat boleh membantu mengurangkan berat badan (8).
Mengamalkan aktiviti fizikal sederhana (moderate) 60-90 minit setiap hari boleh membantu mengurangkan BMI bagi mereka yang obes (9).
Amalan pemakanan yang buruk
Bersenam boleh menggelakkan obesiti













 



Sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/kegemukan-obesiti

...
InshaAllah, akan saya kongsikan dengan lebih lanjut selepas ini...
Mohon doakan saya berjaya dalam pengajian saya...

Pelajar Sarjana, 
Anisah

Khamis, 23 Oktober 2014

Saya belum hamil, kenapa nak makan supplement?

Assalamualaikum

Dalam entry saya sebelum ini,  Hamil lagi, alhamdulillah. saya maklumkan yang saya telah pun makan supplements untuk wanita hamil kan...Seperti dalam poster di bawah. 






Kenapa? sebab sebenarnya vitamins 'hamil' ni bukan untuk orang hamil sahaja pun. 

Nama pun vitamins kan.


Jom kita tengok, vitamins yang sama ada juga dalam set berikut:


1.  Optimum Health Set ( Vitalea, Bcompleks, Vit C ) untuk kesihatan optimum.. ni semua boleh makan, lelaki @ perempuan tua muda..untuk kesihatan secara general. 


2. Set Slimming : Alfafa, Lecithin, Omega, ESP 

3. Set tulang : Omega & Ostematrik (+AJHT .. saya tak pernah makan lg ajht). 


Jadi bukan la nak tunggu pregnant baru nak makan 'ubat' .. ops bukan ubatla, supplement.


(Apa beza ubat dan supplement? boleh baca di sini --->Perbezaan Ubat dan supplement


KENAPA?

Sebab apa saya makan? 

Takkan nak tunggu sakit baru nak makan supplement kan. untuk elakkan perkara macam dalam gambar di bawah ni. ops, kurangnya nutrisi akan membawa kepada sakit2 yang lain.



InshaAllah, dengan izinNya... Dengan mengamalkan diet yang seimbang dan pengambilan supplement yang bersesuain, kita dapat memelihara diri dari penyakit merbahaya seperti di dalam rajah di atas.


Dan InshaAllah, sebagai persediaan untuk hamil lagi, dengan izin Allah swt. 
Di antara vitamins yang dicadangkan untuk sebagai persediaan untuk hamil boleh baca disini --->Set Kesuburan

Perkongsian oleh rakan MFMS mengenai KENAPA perlu supplement -->15 Sebab anda perlukan supplement.. Thank you abg faizal for a nice sharing. ;) 




Salam hormat, 
Mama kepada Anas Huzaifah b. Asyraf 
& Amanina Aisyah bt Asyraf..
dan... :) (Doakan kami yer) 



~Feel Free to LIKE and SHARE~
Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-

FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...