Memaparkan catatan dengan label Lecithin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lecithin. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Mei 2023

Testimoni SET KURUS SHAKLEE "Hello New You"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Kita masih dalam bulan Syawal yang diraikan, entri terdahulu saya telah berkongsi tips menghadiri open house di hari raya , namun pasti ada yang tersasar juga kan? diri saya sendiri terasa juga baju yang pakai awal syawal tu, mengecut sikit sekarang. ops, maafkan diri ya. Dalam sedar tak sedar ter enjoy makan pula kan. tak kawal gula - minum air manis , kurang bersenam dan lain-lain lagi antara faktor berat badan boleh naik. setuju?  Marilah sedar diri... kita nak turunkan berat badan ni bukan untuk orang lain, tapi untuk kesihatan dan keselesaan diri sendiri juga. 





Di samping memudahkan diri untuk beribadat. Kajian saintifik telah menunjukkan obesiti / overweight adalah salah satu faktor mengurangkan jangka hayat seseorang. Orang yang obesiti / overweight, mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk terkena strok, serangan jantung, sakit sendi, tekanan darah tinggi dan macam-macam lagi.  Kita nak hidup sihat hingga hujung nyawa, maka marilah sama-sama menjaga kesihatan diri kan? InshaAllah. 


InshaAllah saya sendiri dalam proses penurunan berat badan dengan SET KURUS DENGAN CEPAT ni. Doakan saya istiqamah ya.  Tercabar juga tengok banyak sangat-sangat testimoni hebat rakan-rakan yang dah consistent amalkan diet seperti di sarankan dalam SET HELLO NEW YOU ni. 

Set ini dirumuskan oleh pakar pemakanan (nutrionist) dalam Shaklee Malaysia. Dalam website shaklee sendiri, ada menyatakan PERBEZAAN Set Kurus Shaklee berbanding brand lain - 

"Program ini dibangunkan supaya anda mempunyai pendekatan pengurusan berat badan yang selamat, sihat dan berkesan. Tidak seperti kebanyakan diet ikutan di luar sana, “Hello New You” Shaklee menggalakkan pengurusan berat badan yang lestari dengan mengambil kira nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan anda dan bukan hanya solusi sementara untuk mempromosikan penyelesaian pantas bagi penurunan berat badan."


Jom layan jap testimoni terkumpul ya , ramai yang berjaya turun 10kg sekurangnya dalam masa  satu bulan. Tempoh yang ideal dan tidak terlalu drastik. Tempoh sebulan dikira KURUS DENGAN CEPAT, dan yang penting tidak mudah bounce back, sebab bila kita sudah berjaya kurangkan berat badan, tentulah sayang untuk BREAK the pattern pula kan. dan tidaklah sampai tahap giveup. bizinillah . 


TESTIMONI SET KURUS SHAKLEE "HELLO NEW YOU"









SET KURUS SHAKLEE "Hello New You"


Setiap kali kita melangkah ke dalam cermin, apa yang terpancar dari sana adalah gambaran yang seakan-akan menjerit, "Sudah tiba masanya untuk berubah!" Memang, penurunan berat badan bukanlah perkara mudah, tetapi dengan Set Kurus Shaklee "Hello New You", segalanya mungkin!


 Set Kurus Shaklee "Hello New You" adalah satu himpunan produk yang dirumus khas oleh pakar pemakanan dalam SHAKLEE MALAYSIA untuk membantu anda mencapai impian penurunan berat badan dengan mudah dan selamat. Dalam set ini, terdapat empat produk utama yang akan memberikan sokongan yang diperlukan, iaitu Cinch, ESP, Herblax, dan Omega. Selain itu, terdapat tambahan istimewa iaitu ResV / Vivix yang akan menjadikan perjalanan anda menuju kehidupan baru yang lebih sihat dan langsing.


1. Cinch - Setiap langkah anda makan Cinch, anda sedang membuat pilihan yang tepat. Cinch adalah pengganti makanan seimbang yang mempunyai campuran nutrisi penting seperti protein, serat, vitamin, dan mineral. Ia membantu mengekalkan kekenyalan kulit serta memberikan tenaga yang berpanjangan. Dengan Cinch, anda akan merasakan kenyang lebih lama dan dapat mengawal pengambilan kalori dengan lebih efektif.


2. ESP - ESP adalah sumber protein serbuk berkualiti tinggi yang diperlukan untuk membentuk otot yang sihat dan membantu mengawal nafsu makan. Anda boleh mengambil ESP sebagai snek sihat antara waktu makan atau sebagai sarapan yang memberikan kestabilan tenaga sepanjang hari. Dengan ESP, anda dapat mencapai kepuasan yang lebih lama dan mengurangkan rasa lapar yang tidak diingini.


3. Herblax - Satu perkara yang penting dalam proses penurunan berat badan adalah memastikan sistem pencernaan berfungsi dengan baik. Herblax adalah suplemen serat semulajadi yang membantu melancarkan sistem pencernaan dan membersihkan usus dari toksin yang tidak diingini. Dengan pengambilan Herblax secara konsisten, anda akan merasakan perbezaan yang ketara dalam hal ringan dan segar sepanjang hari.


4. Omega - Kesihatan jantung dan otak adalah penting dalam setiap program penurunan berat badan. Omega adalah minyak ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 yang membantu menjaga kesihatan jantung dan memperbaiki fungsi otak. Tambahan Omega dalam set ini akan memastikan anda mendapatkan nutrisi yang mencukupi dan memperoleh manfaat kesihatan yang maksimum.

5. Lecithin dalam Set Kurus Shaklee "Hello New You" membantu penurunan berat badan dengan memecahkan lemak, mengurangkan penyerapan lemak, dan meningkatkan metabolisme lemak. Ini membantu membakar lemak sebagai sumber tenaga, mengurangkan kalori yang diserap oleh tubuh, dan memperbaiki profil kolesterol.

Tambahan: ResV / Vivix - Untuk menjadikan perjalanan penurunan berat badan anda lebih lengkap, terdapat tambahan istimewa dalam Set Kurus Shaklee "Hello New You", iaitu ResV / Vivix. ResV / Vivix adalah suplemen penambah tenaga dan antioksida yang membantu meningkatkan sistem imun dan melambatkan proses penuaan. 





*๐Ÿ˜ฑ Berat badan naik lepas Raya? Jom try SET KURUS SHAKLEE! *


Promosi Set Hello New You RM353 saja!



๐Ÿ’ฐNormal Price RM520,  Jimat RM167!


Anda dapat:-


✅ Cinch Shake Latte + Omegaguard + Lecithin + Herblax + FREE Cinch Shake Vanilla.

✅ FREE Membership

✅ FREE Postage

✅ FREE Green Shaker (For New Registration Only)

Tambah RM399 sahaja untuk vivix 


Ringkasan Fungsi Set Kurus Shaklee:-

๐Ÿ”น1. Meningkatkan metabolisme supaya lemak lebih cepat terbakar

๐Ÿ”น2. Memecahkan lemak, menghalang pengumpulan lemak & mengeluarkan toksin dari hati.

๐Ÿ”น3. Memberi rasa kenyang lebih lama

๐Ÿ”น4. Membina otot supaya tak menggeleber apabila lemak terbakar.

๐Ÿ”น5. Memudahkan pelawasan & mengeluarkan toksin dari badan.


Detailed info : 

https://www.shaklee.com.my/content/hello-new-you

Nak order sendiri? click di sini ya Order di website shaklee sendiri

Harga promosi sehingga 31 MAY 2023 atau sementara stock masih ada.

Mohon doakan saya ISTIQAMAH ya 



Nak PRODUK Shaklee atau nak mulakan BISNES ONLINE Shaklee? Jom saya bantu ๐Ÿ˜ƒ


Wasap.my/60136216522/NakShaklee


#RakanShaklee Anda,


Anisah Khalid

#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

Ahad, 5 Februari 2017

Promosi Shaklee Februari 2017


⭐️PROMOSI SHAKLEE FEB 2017!⭐️
===================
1. OSTEMATRIX (Calcium & Magnesium)
✅ Buy 6 Free 1 / Buy 2 Get 5% Off

2. VITALEA FOR CHILDREN
✅ Buy 3 Free 1

3. LECITHIN
✅ Buy 1 Free 1 (Expiry Apr 2017) Non promo : Expiry 2018

4. ALFAFA 700 biji
✅ Buy 1 Free 1 (Expiry Jun 2017) Non promo : Expiry 2018

5. ALFAFA 330 biji
✅ Buy 1 Free 1 (Expiry Aug 2017) Non promo : Expiry 2018




Sila refer poster di atas untuk Harga  promosi. Terima kasih!

P.s untuk harga ahli khas untuk ahli ;) boleh pm saya untuk konsultansi PERCUMA.

Rabu, 5 Oktober 2016

TAWARAN VITAMIN SHAKLEE PERCUMA :)!!!


SAYA NAK BAGI VITAMIN SHAKLEE PERCUMA!! (SEHINGGA 15 OCT 2016 SAHAJA YER)

Special untuk AHLI BARU!!

Macam mana nak dapatkan VITAMIN PERCUMA ni?

Ok, anda boleh PILIH ANTARA 2 KAEDAH berikut ya.

KAEDAH PERTAMA:-

Buat belian produk Shaklee MINIMUM 100 UV (lebih kurang RM330) dalam 1 RESIT + bayar YURAN KEAHLIAN RM69,

==> Anda dapat PERCUMA SEBOTOL LECITHIN bernilai RM52.50!!

KAEDAH KEDUA:-

Buat belian produk Shaklee MINIMUM 200 UV (lebih kurang RM660) dalam 1 RESIT.

Anda dapat PERCUMA SEBOTOL VITAMIN C
bernilai RM92.50
+ PERCUMA KEAHLIAN SHAKLEE bernilai RM69
+ BONUS TUNAI bernilai RM30 !!

JUMLAH PENJIMATAN HAMPIR RM200!!

OFFER SEHINGGA 15 OCT 2016 saja tau!!


Ada antara anda yang masih belum menjadi AHLI SHAKLEE?

Apa tunggu lagi! Hubungi saya, Anisah segera di 0136216522 ya.

Jangan terlepas peluang!!

#FreeVitamin
#ShakleeEffect
#KeahlianShaklee
#JomShaklee
#MariaFIrdausEmpire
#DoubleAInShaklee (DAIS)

Isnin, 25 April 2016

PROJEK RAYA - SIHAT & SLIM DI AIDILFITRI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Alhamdulillah, diam tak diam, kita dah pun berada di bulan Rejab, dan beberapa hari lagi masuk bulan Syaban, kemudian??? Ramadhan... dan seterusnya syawal. 

Doa yang di sarankan untuk di baca di bulan Rejab ialah seperti dalam gambar di bawah;


Psst.. pesanan khas buat mereka yang belum habis ganti puasa, sila2 la ye, boleh niatkan sekali puasa sunat rejab. ;) boleh sambil tu melatih diri... erm.. nak tahu tak? ke memang dah tahu... puasa kan antara DIET yang baik, bagi perut kita rehat sikit dari bekerja 24jam .eh? 24 jam ke... kan ada tidur.. hehe. oklah tolak waktu tido.. yang selain tu, ada jelah mulut nak mengunyah kan?

Ok sempena puasa adalah diet yang baik, dan SANGAT membantu mereka yang nak slim kan badan.. jadi alang2 dah puasa tu, alang2 nak turunkan berat badan, kenalah dengan betul. sebab kalau tak betul, contohnya berbuka dengan seBANYAK2nya.. kan dah jadi BERAT pula untuk badan kita nak proses. Jom diet dengan sihat, kurangkan inci2 yang tak diperlukan tu melalui SOKONGAN yang betul. 

Jemput baca artikel di bawah! 



PROJEK SIHAT, SELIM MELIM & CANTIK BERGAYA DI AIDILFITRI!!


======
Hari Raya bakal menjelang tiba, lebih kurang 2 bulan je lagi.

Masa ni lah ramai ahli keluarga berkumpul ramai-ramai kan.

Sanak saudara yang setahun sekali berjumpa, mesti banyak cerita nak dikongsi.

Apa kata Aidilfitri tahun ni anda buat kejutan pada semua.

Kalau Aidilfitri 2015 dulu anda masih bam-bam.

Tiba-tiba Aidilfitri 2016 anda bertukar jadi lebih SIHAT, SELIM MELIM & CANTIK BERGAYA!!


Tentu ramai yang terkejut dengan perubahan POSITIF anda kan.

Alhamdulillah, dah ramai yang berjaya  BERUBAH menjadi lebih KURUS & SIHAT dalam masa 60 HARI bersama Program Now Everyone Can Kurus (NECK).

NECK membimbing anda dengan amalan GAYA HIDUP SIHAT sepanjang hayat. Berikan peluang kepada diri anda untuk berubah ke arah kesihatan yang lebih baik.

Target untuk SIHAT, kita TERPAKSA KURUS!!

Pendaftaran NECK Batch 16 telah dibuka. Tempat adalah TERHAD!!

Daftar sebelum 30 APRIL 2016 untuk lebih penjimatan yer.

P/S: Harga pakej NECK akan diubah bermula 1 May 2016. Harap maklum.

anisah- 0136216522
Agent Now Everyone Can Kurus (NECK)
Jom Kurus Dari Rumah!

Isnin, 15 Februari 2016

KOS MEDICAL CHECK UP LEBIH RENDAH DARI BIL UTILITI

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah kita dah pun masuk pertengahan bukan February. Sekejap je kan masa berjalan sekarang...hehe. (Mcm la dedulu lambat kan?)

Apa2pun, tahun ni... Bil utilities - letrik, air, dll semakin meningkat. Mengejutkan lagi... Kos medical checkup lagi rendah tau?!?!? Sebab apa? Jemput baca ya...



KOS MEDICAL CHECK UP LEBIH RENDAH DARI BIL UTILITI
-------------------------------------------------------------------

"Aku sihat. Buat apa nak buat medical check up?"
"Alaa.....nanti laaa...busy, banyak keje ni....kena ambil cuti lagi..."
"Pegi hospital??? oh no....takutnya kena cucuk!"

Ni statement yang biasa kita dengar kalau suruh buat medical check up....

Agak-agak dalam setahun berapa dah uolls bayar duit bil elektrik, bil air....sapa yang rumah ada air cond lagi la bayar banyak kan....

Nasihat saya, buatlah pemeriksaan kesihatan 1x setahun bermula usia 40 tahun dan ke atas. TETAPI....jika uolls mempunyai SEJARAH KELUARGA yang BERPENYAKIT KRONIK, lebih baik berjumpa doktor pada usia yang lebih muda. Sekarang ni orang-orang muda pun mudah terkena penyakit-penyakit kronik.

Konsep dulu, bila jatuh sakit cari ubat. Konsep sekarang, CEGAH sebelum dapat penyakit.

Jika penyakit dapat dikesan dan dapat dikawal dipwringkat awal, kos juga akan menjadi lebih murah dan lebih mudah berbanding jika penyakit itu dikesan diperingkat yang terlewat.

Contohnya jika penyakit darah tinggi dapat dikesan diperingkat awal, komplikasi seperti angin ahmar dan serangan jantung pasti dapat dielakkan.

Ramai peserta NECK telah mendapat kesedaran dan berjaya mengawal darah tinggi, diabetes, gastrik mereka setelah join Program Now Everyone Can Kurus (NECK).

Di sini saya share rahsia kejayaan sahabat saya yang berjaya turunkan 18kg sekaligus dapat mengawal penyakit darah tinggi beliau.

everyonecankurus.blogspot.my/2015/08/kisah-azlan-turunkan-18kg-dalam-tempoh.html?m=1

Saya dan peserta NECK telah bertindak. Anda masih mahu bertangguh lagi?

Program Kurus Lengkap Online No 1 di Malaysia. Kurus dan Sihat hanya dari RUMAH.

Anisah Khalid
0136216522
Agen NECK

Jumaat, 29 Januari 2016

Perlu ke bijak memilih buah?

Assalamualaikum & salam Sejahtera,

Apa khabar anda hari ni? Apa khabar diet anda hari ni? Dah makan buah hari ni?

Alhamdulilah ... Banyak khasiat dalam buah tapi ...

 PERLU KE BIJAK PILIH BUAH?
------------------------------------------------------------------
Bila bercerita pasal buah, ramai beranggapan buah adalah makanan yang sihat.

Tak dinafikan....betul letew...

Uolls perlu tahu, buah juga ada kalori. Ada yang tinggi kalori, ada yang rendah.

Jadi, makan terlalu banyak buah, bukan juga satu tindakan yang bijak untuk sihat.

Sebiji pisang 105 kcal. Biasanya kalau dah menghadap pisang....mau makan 3-4biji kan.... dah menyamai macam makan nasi.

Isyk....ruginya jika NAK KURUS tapi tidak ada ILMU mengira kalori diri sendiri....memang mampu terlajak pam badan tu nanti....๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Program Lengkap 60 hari Now Everyone Can Kurus (NECK) selama 60 hari memang sangat membantu untuk mengira kalori yang betul bagi keperluan badan masing-masing. Malahan mampu bantu turunkan berat antara 10-15kg untuk tempoh 60 hari hanya dari RUMAH. No gym, no meeting at all...

Dah BERTINDAK?

Daftar sebagai peserta Batch 13 Program NECK sebelum 31 Januari 2016.

Hubungi 0136216522 untuk info lanjut.

"Anda berhak untuk hidup KURUS dan SIHAT"

Anisah
Agen  Program NECK

Selasa, 12 Januari 2016

3 Saranan WHO - ABC - Pencegahan Obesiti

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hari ini, izinkan saya berkongsi poster yang menerangkan secara padat tetapi ringkas mengenai obesiti. 

Adakah anda obese?
boleh kira BMI masing2 ya.. BMI = [berat (kg) ]/ [tinggi (m) x tinggi (m)] 

pastikan tinggi dalam meter tau.. kalau kira dalam cm.. dah jadi lain pula nanti. 

Ok.. anda di 'gambarkan' berwarna apa? kalau hijau.. TAHNIAH!  jika warna lain, maka perlulah lakukan sesuatu. 

7 masalah penyakit common di sebabkan obesiti ;
~ arthitis
~ Kanser
~ Masalah kesuburan
~ Masalah Jantung
~ Sakit Tulang Belakang (cth : slip disc )
~ Diabestes
~ Strok

+++ banyak lagi penyakit lain, anda yang mengalami nya yang faham kan? ataupun melihat mereka yang terlebih berat badan ni. kesian, mudah penat dan banyak aktiviti yang sukar dilakukan. 

Ok..apa yang WHO sarankan?

A - Amalkan gaya hidup sihat
B - Seimbangkan pengambilan kalori dan kalori yang terbakar
C - Kawal berat badan

Nampak macam mudah kan? sebut memang boleh... tapi bila nak buat... huhuhu. 

Tapi kan, bila buat dalam jemaah...inshaAllah lebih mudah. 

Atas saranan inilah, Program Now Everyone Can KURUS bertindak! 

Alhamdulillah ramai yang semakin slim, dan yang seronok lagi.. bila dah semakin slim, banyak lagi BONUS tambahan yang mereka dapat. 

Nak tahu apa mereka dapat? boleh clickBlog rasmi NOW EVERYONE CAN KURUS

ada juga saya kongsikan sebahagiannya sebelum ini , jemput click - testimoni now everyone can kurus

Ok, sampai di sini dulu ya... psst. pengajian sarjana saya pun mengenai obesiti ni tau. Doakan saya berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya dan akan saya kongsikan hasil kajian saya nanti. 

Saya doakan kita semua diberi kesihatan yang baik, di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki, juga bahagia dunia akhirat. aamin ya rabbalamin. 

Sehingga berjumpa lagi. 







Sabtu, 7 November 2015

17 Penyakit Dapat Disembuhkan Bila Kuruskan Badan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar diet anda hari ni? Moga yang sihat2 selalu.

Hari ni saya nak kongsikan satu rajah yang BEST! Hehe kenapa best? Sebab ia menunjukkan apa yang seseorang boleh dapat bila badan dikuruskan... Of course la, dapat kurangkan berat badan pun orang dah happy! Banyak pula benefit yang lain tau!

Ok jom teruskan!



17 Penyakit Dapat Disembuhkan Bila Kuruskan Badan

Sedar tak sedar bila badan kita bambam, baru kita akan nekad untuk kuruskan badan bila penyakit mula menyerang.

Dalam program NECK, ramai peserta mengidap darah tinggi, kencing manis, asthma, sakit sendi & juga PCOS.

Alhamdulillah, selepas beberapa minggu join NECK, kebanyakan penyakit ini semua makin berkurangan.

Ada juga yang tanpa disedari ada penyakit lain seperti migrain & stress turut berkurangan.

Kiranya dari segi quality of life orang yang berjaya menguruskan badan ini sangat memberi impak yang besar sebanyak 95% untuk hidup sihat.

Untuk senarai 17 penyakit tersebut, sila lihat gambar yang diberikan.

"Jom Kurus & Sihat Bersama NECK"
"Program Kurus Berjemaah Dari Rumah"
"Wajib Makan 5 Kali Sehari"

Ahad, 1 November 2015

Slip Disc, Asthma, Hypertension vs N E. C.K

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda hari ni? Moga sihat selalu bersama keluarga tersayang.

Dalam dunia Eramoden sekarang, penyakit orang tua seperti darah tinggi a.k.a hypertension ada 'menyerang' orang muda lagi. Even kanak2 pun ... Gara2 apa? Pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat.

Bahaya nya... Terlebih berat badan, ramai yang sedia maklum di antara penyebab penyakit2 lain.

Slipdisc dan asthma juga.

Alhamdulilah hari ni, saya kongsikan Perubahan Pesakit Slip Disc, Asthma, Hypertension yang telah menjalani program Now Everyone Can KURUS! Mereka bukan hanya berjaya turun kan berat badan... Malah lebih lagi...
.
Inilah 'peneman baik' peserta Batch 8
.

Selepas sebulan lebih bersama NECK
.
Tahap kesihatannya semakin bertambah baik
.
Beliau pun tak sangka begitu mudah rupanya
.
Semoga dengan sharing ini, akan memberi lebih semangat kepada kita semua untuk teruskan niat kurus dan sihat
.
InsyaAllah
.
Now Everyone Can Kurus
.
Jom! Kurus dari Rumah

Isnin, 28 September 2015

Makan BANYAK tapi boleh KURUS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda hari ni? apa khabar diet anda hari ni?


Diam tak diam, dah penghujung bulan 9 pun sekarang kan... alhamdulillah dah batch 8 pun program Now Everyone Can KURUS (N.E.C.K) sekarang ni. InshaAllah bulan 10 ni, bermula batch 9 pula. 

Uniiknya program N.E.C.K ni, mereka wajib makan 5 kali sehari, mereka kena makan BANYAK kali untuk mereka capai ideal weight! 

Alhamdulillah, ramai yang semakin slim dan yang penting SIHAT menerusi program N.E.C.K ni. 

Jom hayati Sharing Dari Peserta NECK
=======================

" KECEWA BILA GAGAL KURUS "

Dulu,

Saya pernah menyewa di kawasan pinggiran pantai.

Setiap pagi, mesti akan terjaga awal sebab kesejukkan dan bunyi pukulan ombak yang mengasyikkan.

Time tue, saya menyewa dengan officemate. Tinggal kami yang bujang berdua je kat rumah kampung tue.

Al-kisahnya, si dia ni kurus keding. Kuat makan.

Saya pulak.. gemuk gedempol, jarang-jarang makan.



Kadang saya stress tengok dia. Lagi stress bila dia ajak saya keluar makan makanan favoritenya. Kami berdua memang boleh dikatakan agak rapat. Kemana-mana memang berdua.

So, nak tak nak.. Saya ikutkan lah rentak dia. Sayangkan kawan. Dan akibatnya, saya lah yang menghabiskan makanan tue semua.

Sebab, orang kurus nie. Dia tak makan banyak. Makan nya sekadar merasa je. Melepaskan batuk di tangga.

Anda bayangkan.. Siapa yang stress?!

Saya ke dia?
Saya lah:weary:Hu3.

Sebagai ganti.. Dia wajib temankan saya jogging di pantai setiap hari.

Kalau tak sempat pagi, petang selepas pulang dari office.

Dia ok, je.

Saya ni, lah yang tak ok.

Badan saya makin di pam-pam naik.

Baju, seluar makin ketat. Tak muat.. Banyak baju-baju lama semakin sendat. Terpaksa dilupakan.

Saya mula cuba macam-macam cream sapu, pil jamu susut berat badan. Kempiskan perut.

Hurmm..

Saya ni, ada masalah di bahagian perut, pinggul, punggung, peha dan pinggang. Semua part makin melebar. Hingga leher dah tak nampak leher tahun demi tahun.

Stress dan semakin kecewa.

Apa silap saya?

Nak kata makan banyak.. Memang tak.

But! Why??

What happened to my body??

Uhhh!! Stress yang amat melampau.

Saya bertukar tempat kerja. Badan saya makin membesar bahagianya.

Saya dah tak kisah. Saya dah penat kuruskan badan. Tapi, gagal.

"Saya Kecewa"

Saya dah tak nak ambil tahu semua tue.

Tapi, kan.. Ia tak berhenti kat situ je. Bila pergi cari baju. Orang cakap mak cik:grin:

Saya fikir.. "Mimpi-mimpi ngeri" dah tak de.

Rupanya, masih ada lagi.

Saya pun, jogging naik bukit turun bukit. Sebab, tempat kerja baru nie. Dalam hutan pulak. So, banyak bukit.

Tapi, saya masih sama. "GAGAL"

Semakin membesar sehingga 75kg. Obesiti tahap 1.

Saya berdoa dan berserah kepada Allah mohon ditunjukkan jalan.

Akhirnya penghujung tahun 2014. Saya berjumpa seorang Mentor dan group support.

Hidup saya mula berubah.

Rupanya, banyak silap yang saya dah lakukan.

~Sakinah yang kini telah sedar~




Nak tahu apa silap tue?

Anda wajib follow program Now Everyone Can Kurus (NECK).

Banyak jawapan dan jalan penyelesaian yang anda bakal temui.

NECK Batch 9 masih dibuka untuk penyertaan. Baki kekosongan tinggal lagi 13. Ia sangat-sangat terhad.

Hubungi Anisah : 0136216522 untuk guide dan bantu anda.

#NECK
#NowEveryoneCanKurus
#JomKurusDariRumah


Selasa, 25 Ogos 2015

Layakkah saya komplen saya gemuk?

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Apa khabar diet anda hari ini? 

Jika diet sendiri x betul dan 5 faktor makanan masih menjadi tabiat - minyak, lemak, bergula, bergaram dan bergoreng. 

Jangan Komplen Anda Gemuk


Jangan komplen mengapa anda gemuk kalau anda tak mahu untuk berubah.

Nak kurus kena ubah gaya hidup.





Amalkan gaya hidup yang sihat. Makan cara yang betul. Bersenam cara yang betul. Barulah dapat result yang betul.

Sertai Program Now Everyone Can Kurus.


Program online 100 hari monitoring and coaching untuk turunkan berat badan.

Ada trainer yang akan guide anda selama 100 hari ini.

Pendaftaran NECK batch 8 akan ditutup pada 31 Ogos 2015 ini.

Program bermula 5 September 2015.

Nak kurus?

Buat tanpa tapi...
Lakukan tanpa nanti...

Saya doakan, Anda Kurus Dan Sihat

Team NECK
Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah"

Isnin, 20 April 2015

Niat untuk KURUS, Tetiba... Di kurniakan bayi!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 


Alhamdulillah, program Now Everyone Can KURUS telah berjalan bagi 3 batch sekarang. Banyak sangat feedback yang positif di terima. hati germbira, badan sihat, dan bertenaga! Family juga bertambah bahagia! 

Dalam banyak2 feedback, salah satu dari nya menjadikan beliau terpaksa TERsingkir! kenapa? 

Allahuakbar, besar kuasa Allah swt. 

Niat beliau asalnya sertai program tersebut, sememangnya untuk KURUS, tapi rezeki Allah nak bagi bayi pula! 

;) Jemput baca perkongsiannya. 



NAK KURUS TAPI DAPAT BABY PULAK





Alhamdulillah, akak ni peserta batch 2. Start neck awal bulan 3 hari tu.






Masa belajar sama dulu, akak ni ramping slim je. Sekali tengok gambar terbaru, mak oiii. Sodap buat bantal peluk nih.



Masa awal2 join neck ni, memang tak pregnant lagi sbb antara syarat2 neck ni, wanita hamil tak boleh join.



Dalam tempoh 6 minggu join neck, tiba2 dia dapat berita gembira ni. Akak ni dah pregnant sebulan rupanya. Rezeki Allah yang tidak ternilai! 

Ada sahaja vitamins yang boleh diteruskan semasa hamil, ada juga yang boleh disimpan dahulu sehingga selepas bersalin, ataupun boleh bagi suami nya makan kan..;) 



Bila amalkan gaya hidup yang sihat, hormon pun dah stabil, insya allah peluang nak tambahkan umat Nabi lagi cerah.



Best ke best?



Dr Arshat pun ada pesan, nak dapatkan peluang utk pregnant ni, 1st betulkan hormon, ubah gaya hidup yang lebih sihat, disamping ambil suplemen yang membantu mempercepatkan proses.



Jadi buat rakan-rakan yang dah lama nak menunggu kehadiran cahayamata dan agak bam2, 




Jom sama2 kurus dan sihat, mana tau bonus tetiba nak dapat baby pulak ke kan.Batch 4 start 1 may ni!!!


InshaAllah masih belum terlambat untuk sertai dan keluar dengan hamil seperti lukisan dibawah! 






Saya doakan anda kurus dan sihat
#‎kurusdansihatdarirumah 




Agen Now Everyone Can KURUS 





Artikel bberkaitan OBESITI dan KESUBURAN yang inshaAllah memberikan penjelasan yang lebih mendalam. 

http://www.webmd.com/infertility-and-reproduction/news/20071211/obesity-linked-to-infertility-in-women
http://www.pregnancy.org/article/fertility-advice-overweight-and-obese-women


http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Obesitijejaskesuburan/Article/index
http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Puncatidaksubur/Article/article_print

Sila download di sini : Now Everyone can KURUS


Selamat meNIMBA ilmu, dan sama2 slim sama2 jom....  

~ Mohon jasa baik pembaca semua, untuk kongsikan artikel ini, mana tahu dengan satu click... ada yang SANGAT  perlu turunkan berat badan...

 dan secara tak langsung bantu orang lain untuk SIHAT 

dan mungkin dapat menyelamatkan NYAWA.... pencen kubur untuk kita semua, inshaAllah.

PENTING sila Click button fb di bawah untuk SHARE~

Sabtu, 29 November 2014

KeLEBIHan yang tidak patut di banggakan...

Assalamualaikum wbt. dan Salam sejahtera...

Comel kah dia kanak-kanak ini?


Apa khabar anda hari ni? Moga anda yang sedang membaca ni dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu. 

Since saya sekarang dalam pengajian mengenai obesiti, perkataan OBESITI dah jadi macam magnet dah dengan saya... betul! Kalau di shopping compleks, asyikla nampak orang yang 'comel2' seperti dalam gambar di atas tu... 

Aduhai sayang. yang sedihnya, menjadi satu kebiasaan jika ibu & bapa nya bam2, anaknya pun turut bam2, dan ada juga ibu bapa yang biasa-biasa, anak yang bam2. 

Yang lebih menyedihkan, mereka (atau anda) tak rasa perkara tu sebagai satu MASALAH, macam biasa jer. Siap ada yang suka tengok anak DEMBAM semacam. 

Jom baca sekejap petikan surat khabar di bawah, ianya di tulis pada tahun 2009, 15% kanak-kanak Malaysia GEMUK...sekarang? secara keseluruhan peratusannya meningkat. 




Apa faktornya? 

Dah tentu yang paling penting adalah CORAK PEMAKANAN dan GAYA HIDUP kita. 

Orang yang dah obese atau menuju kepada obesiti biasanya disebabkan oleh kurangnya aktiviti fizikal di samping mengamalkan pemakanan yang sangat tidak SEIMBANG. 





Obesiti Ohh Obesiti... 2 daripada 5 orang rakyat Malaysia adalah obese! dan mungkinkah  anda salah seorang dari nya?

Sila click di sini untuk kupasan selanjutnya
1. apa-kata-kkm-mengenai-obesiti
2. pemakanan-seimbang-vs-diet

Terima kasih kerana meluangkan masa...Sehingga berjumpa lagi. 

Usaha...Doa...dan TAWAKAL. 
Jangan lupa 'LIKE' post ni dan JOM 'SHARE' dengan orang tersayang. Semoga ada di kalangan mereka mendapat manfaat dari entry ini

TERIMA KASIH!!!!

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 ๐—ฆ๐˜‚๐—ฟ๐—ถ๐—ฟ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari ๐‘ฉ๐’†๐’๐’ˆ๐’Œ๐’†๐’ ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’–๐’“๐’–๐’”๐’‚๐’ ๐‘ด๐’†๐’…๐’Š๐’‚ ๐‘บ...